Di bawah artikel bertajuk "The reversal of Anwar Ibrahim," saya tertarik dengan komen berikut:
Jika Umno terus memerintah, lingkup Melayu dan semakin hilanglah Islam dari hidup kita. Hanya si buta perut yang tak nampak sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu dan Islam. Antara lain ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang terang-terang mahu menghancurkan bangsa Melayu yang juga umat Islam tetapi akhirnya berpatah balik bagai boomerang menghentam parti itu.
Lihatlah sendiri bagaimana mereka menjerit-jerit kesakitan dan menyalahkan semua pihak kecuali diri mereka sendiri sejak selepas pilihan raya umum 8/3/08.
Terus terang, saya mengharapkan tokoh-tokoh muda yang masih bersih untuk mengambil alih kepimpinan negara ini, asal bukan dari gerombolan Umno atau Barisan Nasional. Malangnya, saya tak nampak seorang pun lebih-lebih lagi dari dari kalangan kepimpinan Pemuda PAS hari ini.
Mudah-mudahan tak nampak tidaklah menjadi satu dosa.
Menarik:
PAS takut media maya (Lensa PR 2/5/10)
Move on, even if Malaysia needs a new leader, it won't be ANWAR!Bagi saya sendiri, memang Malaysia memerlukan pemimpin baru. Oleh kerana pemimpin baru Malaysia itu secara konvensyennya datang dari bangsa Melayu, saya memohon kepada Allah s.w.t. agar ia tidak datang dari Umno yang menjadikan Apco Worldwide sebagai tempat memohon petunjuk.
Jika Umno terus memerintah, lingkup Melayu dan semakin hilanglah Islam dari hidup kita. Hanya si buta perut yang tak nampak sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu dan Islam. Antara lain ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang terang-terang mahu menghancurkan bangsa Melayu yang juga umat Islam tetapi akhirnya berpatah balik bagai boomerang menghentam parti itu.
Lihatlah sendiri bagaimana mereka menjerit-jerit kesakitan dan menyalahkan semua pihak kecuali diri mereka sendiri sejak selepas pilihan raya umum 8/3/08.
Terus terang, saya mengharapkan tokoh-tokoh muda yang masih bersih untuk mengambil alih kepimpinan negara ini, asal bukan dari gerombolan Umno atau Barisan Nasional. Malangnya, saya tak nampak seorang pun lebih-lebih lagi dari dari kalangan kepimpinan Pemuda PAS hari ini.
Mudah-mudahan tak nampak tidaklah menjadi satu dosa.
Menarik:
PAS takut media maya (Lensa PR 2/5/10)










Cantik? Klik 






Pak Bakaq
Pemuda PAS? entahlah.... kalau dah diberi free Mercedes Benz, lupa pulak nak dengar Azan dari masjid tu. "Eh, what's that noise?"
Kalau Firaoun ingat sendiri Tuhan, Pemuda PAS mungkin boleh ikut perangai tu bila duduk Bentley, especially kalau bukan dari duit gaji sendiri. Zaman sekarang ni kalau benggap lagi cepat jadi Boss pulak tu!
Ada. Husam Musa.
Ada. Husam Musa, Nizar dan anak2 buah Yong yang tegar dalam PAS. Deme tak mungkin akan jadi katak untuk menyeberang ke ameNO sebab deme tak heran dengan Merc, BMW atau tanah. Sebabnya? deme tak perlu duit lebih untuk main pompuan, minum arak, berjudi atau tambah bini.
setuju dgn simpangtiga.
apa pulak tak de pelapis dalam kepimpinan negara;
PM wasiatkan bini dia mesti ganti dia.
presiden PAS wasiatkan anak sulong dia atau bini muda dia mesti ganti dia.
tim-presiden PAS wasiatkan bini dia mesti ganti dia.
ketua DAP wasiatkan anak dia LGE mesti ganti dia.
ketua umum PKR wasiatkan bini dia atau anak dia mesti dia.
walak jangak tak walak!!!...selesai lah masaalah.
susah...susah...... kalau dah melayu, dari parti apa pon 2X5 jah, melayu sebelah rumah naik, melayuatas rumah nak cantas, camtulah kitaran alam sampai qiamat.kecuali melayu yang ada iman dan takutkan Allah. ......adaka melayu yang gitu lani???? ada kut sekoq dua. tapi tu yang payah nak cari!!!!
Pak Bakaq,
Sesuatu yang dikehendaki pasti diperolehi, walau secara yang tidak dirancang, ini jika kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan (baca ayat seribu dinar).
PAS mungkin mengalami kekeringan pimpinan, namun Islam pasti terselamat dari masalah tersebut. Yang menjadi masalah adalah kita ahli PAS, adakah perjuangan kita ikhlas murni untuk mempertahankan agama-NYA.
Contah paling dekat adalah Kelantan, pada asasnya PAS Kelantan kering kontang dari segi melahirkan pimpinan. PAS Kelantan hanya menerima sedekah untuk setiap jawatan tinggi dalam parti (rujuk AJK PAS pusat). Namun secara tiba-tiba Allah Taala telah lahir pimpinan PAS yang mempunyai thiqah untuk memegang amanah perjuangan di negeri-negeri yang kurang ahli PAS.
Jangan kita merasa curiga bahawa Allah akan membiarkan kita kosong daripada pimpinan selagi kita berada daripada jalan yang benar. Sesungguhnya kebendaan adalah racun utama kepada kekeringan pemimpin yang kita sendiri percaya, bahkan kita tidak tergamak memberi wala'.
nak harapkan orang2 pas memerintah negara? mampos jahanam negara malaysia ni.dia orang setakat mengajar orang ngaji atau baca kenduri atau membaca talkin bolehlah. amas
Yes Simpangtiga... Husam Musa for PM...!!!
PAS ada tokoh untuk PM Malaysia tapi definitely bukan dari sayap pemudanya.. tapi sayangnya tokoh tersebut diketepikan dalam pemilihan parti...
Yes... Husam Musa for Malaysian PM!!!
sokong. Husam Musa. tp ada chance ke nak naik jd PM dah ramai yang tolak Husam Musa jd Timb Presiden. bukan tak setuju Ustaz Nasarudin jd Timb Presiden. Tp nampak dia krg menonjol la dan krg berbisa. Rasa naib2 presiden lg aktif. tak tahulah dalam PAS dia camner sbb sy lum jd ahli PAS. tp kalau kami yg perhati dr luar, nampak Husam Musa calon sesuai ataupun Ir Nizar. MP Kuala Selangor Dr Dzulkifli pun ok. tambah2 jd menteri kewangan
Salam
Komen memang senang.
Masaalahnya, kut: orang lain semua tak betul, diri sendiri tak ada satu pun yang betul.
Justeru itu sama-sama perbetul mana yang silap, jangan korek sangat yang tak betul sikit2 tu.
Penarik beca,
Kalau nak nilai kelayakan pemimpin muda PAS sebagai pemimpin negara, sama ada boleh atau tidak memang susah. Mereka belum diberi ruang dan peluang menunjukkan kebolehan walaupun Negeri Kelantan telah ditadbir olih pemimpin PAS sekian lama.
Kelayakan mentadbir bukan saja tertakluk pada pengaruh politik tetapi kemahiran dalam bidang ekonomi dan cara pengagihan secara adil kekayaan negara kepada semua lapisan warga negara. Kalau keadilan seperti itu tidak boleh ditegakkan maka sifatnya serupa walaupun tidak seiras dengan UMNO BN.
Sebenarnya rakyat Malaysia memang memerlukan suatu perubahan dalam pemerintahan dinegara ini. Namun perubahan yang diperlukan itu masih tidak nampak lagi kerana selalu diganggu oleh idealogi UMNO APCO yang bertunjangkan rasuah menyebabkan rakyat terlupa pada perubahan itu. Cuba lihat keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor.... adakah pengundi disitu bijak atau mereka diperbodohkan..?
Sebenarnya sebagai seorang pemimpin bukan setakat pakar dalam hadis, firman Allah, sejarah para sahabat. Tetapi mestilah ada bakat sebagai seorang pemimpin. Dan orang itu perlu berusaha meningkatkan kualiti bakat nya agar ia dilihat oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan agama bahawa dia adalah pemimpin yang memang cermerlang, gemilang dan terbilang (slogan Pak Lah yang tidak dipedulikan oleh ahli UMNO).
Pak bakaq,
Aku rasa Abang Mat Sabu kita lagi layak, Husam tiada kelas langsung. Masyarakat Malaysia mahu seorang aktivis rakyat jadi pemimpin mereka, tak percaya tengok selangor. Yang asyik pakai kot ke hulu ke hilir, buat perabih ke beras.
ayoyo anon 12:06...kok begitu sekali. laa zaman multimedia bukan zaman teori evolusi darwin.
khali samad pun ok..bleh jadi pm
iman takdak...pastu mata dan perut pulak dah buta...mcm mana nak nampak pak bakaq woi!
Yang pentingnya tumbangkan Umno/Bn yang zalim itu!
Misai Kontot..
wa sokong lu....
Wa setuju Husam ....Malaysian Pm.
Inshallah..
Anom 8...
habis tuu ,nak harap ke pemimpin umno ,,,,nanti semua nya mungkin akan tergadai ,sebahagian besar dari mereka tak der maruah hanya mahu dan tahu untuk mengaut keuntungan sajaer dapat projek lps tu sub kat cina ,masa kat pwtc pegang keris kononnya aku lah pejuang bangsa melayu dll....suruh rakyat berbelanja berhemah tapi pemimpin berbelanja mewah al maklum lah Duit senang kut ....cerut saja dah Rm 200 ke rm 300 sebatang ,,Bila dah mabuk raba punggung pelayan kat BAR ,bila budak tuu buat polis report terpaksa bayaar duit sebab nk tutup aib n maluu ...Yg ini ni pemimpin PAS ke Pemimpin Umno ??? Anom 8 jawap lah ... Beli kapal selam tapi tak leh nk selam ,beli kapalterbang tapi tak der injin ..ini ke pemimpin umno yg cerdik wahai anom 8 !!!
Bila tiba maulid nabi ,pemimpin umno lah juara nya berarak dgn sepanduk atas jalan raya n stadium ,,,tapi bila malam menjelma merekalah juara minum /betina dll .walaupun tak semua .....Boleh tanya Naib presiden PAS Dato Mahfuz omar ,dia ada list nama MP umno yang minum arak ....ada yang sampai tertidur dalam Kasino ,mak datuk ini kah pemimpin pelapis yg dicari , Ini kah pemimpin yg akan memertabatkan bangsa & agama ,,,TAPI AKU YAKIN dan PASTI pemimpin inilah yg memertabatkan Syaitan dalam hidup mereka.....piiiraah ,pooodah ...
Sekadar renungan untuk anom 8 dan yg sewaktuu dgn nya..
Pemimpin Pelapis dalam PAS mungkin ada yg aku nampak , ada karisma nya ,ada wawasan tapi bukan Ustaz Nasa ,Hassan ali seluruuuuh nya,Ketua pemuda dan teman-teman yg sewaktuu dgn nya ....Yang mana geng UG tuu tak ada dalam senarai ....
Ramai orang cendikiawan dan golongan marhain berharap n mengharap pemimpin seperti HUsam ,Nizar ,Khalid samad ,Bang Mat sabu ,Ustaz Dr. Hamzah dan yg sewaktuu dgn nya mesti diketengahkan dalam Parti ....Sewaktu aku Di Mekah aku selalu mendoakan untk mereka ini ....Tapi realiti nya selagi ada puak UG dalam Parti PAS agak sukar untk mereka diketengah kan....
Ya ALLAH permudahkan apa yg baik untuk kami di Malaysia !!! Pendekkan umur mereka yg tak nak / menentang Agama mu ini( bahasa senang mampus deras puak-puak nii)
Dr B Rompin
pas galal menjadi alternatif kepada org melayu. selama ini pas tidak membangukan generasi nya yang berketerampilan yg mana boleh menguasai ekonomi, pentadbiran dan sebagainya yang diperlukan bagi membangunkan negara. Contoh kelantan, kenapa tak jadi sangat hebat? padahal kuasa ada, kenapa tak buat sesuatu yg luarbiasa agar ianya menjadi lambang kejayaan pemerintahan cara islam. S'pore cemerlang setelah keluar dari m'sia. kenapa kelantan tidak? Pas banyak melahirkan golongan ustaz. zaman terbuka sekarang ni apa yang manusia lihat adalah kebendaan doa sahaja tidak cukup, ia perlu satu strategi. Apakah kekuatan PAS sebenarnya....
Setakat ni nampak tiga material saja..
Husam...Khalid..Nizar
Takbir!
dakwah atau politik atau apa apa aje
tuan, apa yang menarik tentang PAS-parti politik yg gunakan islam ni, apakah yg PAS boleh tawarakan kepada golongan atas pagar atau golongan pertengahan. anwar dan zaid tak pilih pas sebagai wadah perjuanganya, kenapa mereka ini tak masuk PAs kenapa? apa cara pas nak menarik gologan pertengahan ini...60 tahun satu perjalanan yg jauh...
Pak Bakaq,
Apabila Sallahuddin Ayub meninggalkan Pemuda PAS begitu ramai yang telah bersuara kebimbangan Pemuda PAS akan ketandusan kepimpinan memandangkan yang akan mengambil aleh jawatan itu sama ada jawatan Ketua mahu pun Tim.Ketua adalah muka-muka yang tidak ada kemampuan untuk memimpin.Sekarang kerisauan dan kebimbangan itu telah terbukti.
Ana agak setuju dengan beberapa nama yang ditarakan diatas namun kerja besar yang lebih penting dan lebih urgent dilakukan ialah "membersihkan" Ibu Pejabat PAS dari Geng UG Trengganu.Tidak ada gunanya sekadar mencanangkan beberapa nama tapi Ibu Pejabat PAS tidak "dibersihkan" dari makhluk-makhluk perosak yang sedang bermaharajalela diJalan Raja Laut itu.
ABC