Berita Malaysiakini bertajuk "Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'" ni disiarkan semalam. Tapi semalam tak dan nak berkawan lama-lama dengan Internet.
Antara lain, berita tu lapor:
Lagu-lagu mana pun, Datuk Seri yang dilihat berpisah tiada dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu tu tentu marah kalau kita kata dia bukan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi, saya dok nampak dia ni Perdana Menteri Umno dan Barisan Nasional. Umno dan BN didahulukan.
Setelah dia memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide, lagu tu lah kot petunjuk dan rukun komunikasi yang dia dapat.
Berkaitan:
Antara lain, berita tu lapor:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.Takut satu hari nanti saya terlupa berita tu, saya salin sebahagiannya tanpa izin (mohon maaf) dan bubuh di sini.
Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.
"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.
"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.
Lagu-lagu mana pun, Datuk Seri yang dilihat berpisah tiada dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu tu tentu marah kalau kita kata dia bukan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi, saya dok nampak dia ni Perdana Menteri Umno dan Barisan Nasional. Umno dan BN didahulukan.
Setelah dia memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide, lagu tu lah kot petunjuk dan rukun komunikasi yang dia dapat.
Berkaitan:
Apco diterajui musuh-musuh Islam
Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.
Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.
Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.
Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.
Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.
Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.
Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.
Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.
Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.
Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.










Cantik? Klik 






DR. MAHATHIR TAK PAKAI APCO, MALAYSIA TERUS MAJU DAN RAKYAT NYA SEMUA BERSATU.
NAJIB BAYAR APCO BERJUTA-JUTA TAPI MASIH PERLUKAN "CORRUPTION IN KINDS" DI-PRK HULU SELANGOR DAN SIBU.
APA PUNYA PM DAH INI, TAK MAMPU UNTUK MENAMBAT HATI RAKYAT MALAYSIA DENGAN SLOGAN SATU MALAYSIA.
KALAU INI LAH KEADAAN NYA, BERHENTIKAN AJE PERKHIDMATAN APCO DAN KITA KEMBALI KEPADA SLOGAN "MALAYSIA BOLEH " TAK KENA BAYARAN LAGI.
HIDUP MALAYSIA, MALAYSIA BOLEH TAPI NAJIB TAK BOLEH
mahathir guna saatchi & saatchi..2x5 ler tu. kalu tak pecaya tanya daim
kalau dah bonggap, buat apa cara pon tak jadi sebab dah bonggap, rupa pon bonggap jugak. badan gemuk nampak pon bonggap! dah duit rakyat pon takot nak pulang pada rakyat doh. konpirm bonggap!!
Pak Bakaq,
Permainan Yahudi ni memang halus dan kadang kala sukar hendak dikesan apatah lagi untuk difahami.Mereka yang banyak membaca buku-buku tentang Yahudi dan Zionism tahulah apa yang berlaku kepada negara ini.Malangnya kebanyakan buku-buku itu dalam Bahasa Inggeris sebab itu ramai orang Melayu kita bila disebut "Ancaman Zionism" ramai yang tak ambil kisah wal hal mereka merasa dan mengalami "ancaman" itu saban hari.Hiburan yang berlebihan distation-station TV kita adalah salah satu ancaman kepada masyarakat kita khususnya yang beragama Islam.Pesta Hiburan yang dibuat pada hari-hari perayaan adalah salah satu strategy Yahudi menghancurkan moral muda-mudi kita.Setakad ini lebih dari 17,000 anak luar nikah telah didaftarkan.Ini tidak termasuk yang tidak didaftarkan dan tidak juga termasuk bayi-bayi yang dibuang merata-rata tempat.Judi memang sudah pun berluas-luasa dan tidak terkawal lagi.Sebut saja semua Malaysia ada - 3 ekor,4 ekor,Toto,Magnum,Loteri dan yang terkini Piala Dunia.Ini semua permainan Yahudi/Zionism untuk menghancurkan Islam.Dalam dunia Malaysia juga terkenal punya Mufti yang terbanyak.Tak tahu apa mufti-mufti ni buat dan kita sudah boleh panggil mereka setan bisu.Sultan dan Raja yang jadi Ketua Agama disetiap negeri pun tak berani nak buka mulut.Inilah tanda-tanda Akhir Zaman.
abc
Anonymous said...
Tuesday, May 18, 2010 5:27:00 PM GMT+08:00
mahathir guna saatchi & saatchi..2x5 ler tu. kalu tak pecaya tanya daim.
AHCI KE MAKCHI KE, YANG PENTING SEMUA NYA BERJAYA DENAGAN BAIK NYA.
ITU LAH PENYAKIT ORANG TAK PANDAI NAK TUNJUK PANDAI.
MALAYSIA BOLEH TAK KENA DUIT DI-CARI NYA NAJIB APCO YANG KENA BAYAR DUTI BERJUTA-JUTA.
APA PULAK KATA ROSMAH NANTI