Sedap!! Klik gambar di atas!

Menjatuhkan Najib adalah hak rakyat

Saya bukan siapa-siapa. Itu pertama. Kedua, saya juga tak berani pegang duit orang sebab saya tak ada duit.

Alangkah baiknya kalau saya berjumpa beberapa orang yang amanah untuk ditubuhkan satu badan pemegang amanah yang berdaftar - lengkap dengan sistem akauntabilitinya. Selepas itu, sesiapa yang berminat bolehlah bersama-sama melancarkan kempen mengumpul duit untuk menjatuhkan Datik Seri Najib Tun Razak yang memohon petunjuk Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide serta gerombolan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Kita boleh letak target - tak kisah sampai RM4 bilion sekalipun.

Apa nak kisah, kita bukan buat kerja haram. Menjatuhkan pemimpin yang zalim atau dilihat zalim serta tak bersih atau dilihat tak bersih adalah tuntutan Islam yang suci. Kerja dapat pahala. Kerja yang dituntut konsep pengesaan Allah atau tauhid. Kerja yang boleh dimulakan dengan menyebut nama Allah - BismiLlahirRahmanirRahim.

Kalau pengganti si zalim atau dilihat zalim itu buat perangai pulak, kita lawan pulak si pengganti yang mengitar semula perangai busuk itu. No love lost.

Dalam satu segi, sebahagian orang Umno lebih bagus dari setan-setan 'asabiyyah dalam parti lain. Mereka sanggup berlawan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Perdana Menteri mengantuk itu jadi presiden parti mereka. Mereka lebih mulia dari setan-setan 'asabiyyah yang melihat pemimpin mereka suci dan ma'sum serta bersih dari salah silap (saya menggunakan istilah setan 'asabiyyah untuk disesuaikan dengan perkataan syaitan bisu - satu anutan yang lebih kurang sama).

Kita sebagai rakyat mempunyai hak demokratik untuk menjatuhkan Najib dan gerombolan BNnya Oleh kerana kerja itu memerlukan dana, atas nama rakyat kita perlu menggerakkan dana untuk tujuan itu.

Atas nama rakyat kita bersuara dalam dunia siber; atas nama rakyat kita buat footage yang mengandungi dokumentari, lagu dan apa sahaja; atas nama rakyat kita bersuara di mana-mana; atas nama rakyat kita pasang banner di mana-mana; atas nama rakyat kita sebarkan risalah sehingga ke pelusuk kampung dan tanah rancangan; atas nama rakyat kita bergerak ke mana saja - semua atas nama rakyat.

Menjatuhkan Najib bukan hak eksklusif mana-mana parti tidak kiralah PAS, PKR, DAP atau Umno sendiri. Menjatuhkan Najib adalah hak kita - hak rakyat.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. sokong

  2. Inilah blog BUSUK HATI MANUSIA TAK TAHU BERSYUKUR..Kufur Nikmat..Patut orang macam ni duduk je di Saudi. Tentu dah lama kena pancung.

  3. Bakaq , ayat ni macam hang perli Nik Ajis and geng ja -
    "Mereka lebih mulia dari setan-setan 'asabiyyah yang melihat pemimpin mereka suci dan ma'sum serta bersih dari salah silap (saya menggunakan istilah setan 'asabiyyah untuk disesuaikan dengan perkataan syaitan bisu - satu anutan yang lebih kurang sama)".

  4. hARI INI SAYA MENEMUKAN SATU SUARA RAKYAT MARHAEN YANG TULIN DARI PAK BAKAQ. TAK KIRA SIAPA YANG BUAT KARUT MISTI DI JATUHKAN.KALAU AZIZAN RAZAK BUAT KARUT PUN KENA PEJATUH JUGA TAPI KENA PASTIKan bukan umno yang naik balik.UMNO BN ADALAH PUNCA SEGALA2 NYA.PALING MENYAYAT HATI ADALAH KEHILANGAN TANAH AIR.SINGAPURA DAN BATU PUTIH TERLEPAS, TULISAN JAWI LENYAP DAN PALING MUTAAKHIR TELAGA MINYAK, WAHAI ORANG2 MELAYU, SEDARLAH.... BADWI PAS

  5. tak nak jatuhkan Najib juga hak rakyat, kan pak bakaq ?

  6. Wajib jatuhkan DS Najis

  7. Umno/Bn serta Najib Rosmah bukan jatuh dengan rm 4 juta, tapi akan tersungkur dengan suara dan undi rakyat berjuta-juta terutamanya generasi muda yang amat faham dengan kezaliman Umno/Bn dan pemimpinnya! Amin.

  8. salam.........bila nak buka akaunnya nanti hang bg tau lah.....tolong duit boleh lah...tolong baring atas jalan aku x sanggup...sumpah!!! bakaq...aku tak sanggup.....tang collect duit tu bole la mulakan hari dan seberapa segera......aku sokong sgt2........

    tok pengulu

  9. menaikan najib juga hak rakyat.............

  10. marilah kita jatuhkan diri masing masing ke dalam longkang longkang berdekatan rumah kita kerana dengan membersihkan longkang longkang dari sampah sarap yang tersumbat dapat mengelakkan kebanjiran dalam musim hujan yang akan melanda bumi milik Allah ini. selagi kita tak jatuh dalam longkang, kita tidak tahu betapa busoknya dan tersumbatnya ayer ayer longkang akibat kebodohan diri kita sendiri. bala yang melanda keatas kita hanyalah hasil dari perbuatan bahalol benggap lembab dan bodoh yang kita lakukan. sedarlah, mati itu benar.

  11. kah..kah..kah...Melayu sama Islam memang suka lawan. Hari-hari Melayu kata kat Islam. Hari-hari Islam balas balik. Melayu kata hangpa Islam sama saja dengan kami- Dah main politik wang! Hangpa lagi jahat sebab guna kopiah putih main politik. Kami pakai songkok hitam takpa sebab hati kami memang dah hitam. Hangpa tak bolehlah main kotor macam kami sebab hangpa pakai kopiah. Hangpa tak boleh main politik pakai duit. Hangpa kutip duit nak perjuangkan kopiah putih pun salah. Sapa audit derma orang kampung? Kami tak perlu audit sebab kami memang hitam songkok dan hati kami. kah..kah..kah., Melayu dan Islam dah bercakaran. Kah...kah..kah..Yahudi APCO duk gelak saja....kah..kah..kah...Melayu dan Islam memang bebal! kah...kah..kah..

  12. TUAN BLODER..
    sesipa pemimpin zalim tak kira Najib atau sesiapa?
    tapi sekarang ni...saya terasa kezaliman dalam pemerintahan k;jaan pas kelantan ke atas peniaga2 kecik....

    Bercakap bohong,suara rakyat di permain2kan......saya perihatin dgn nasib peniaga2 kecik yg di janjikan oleh k;jaan negeri di BAZAR TOK GURU..

    Kalau betul cik bloger sensitif dgn kezaliman..siasat,tanya peniaga2 kecik di sini...
    Kedatangan Tuan Bloger di alu-alukan

  13. Kpd Anon no.5. Betul, tak nak jatuhkan Najib juga hak rakyat. Tapi hak ini akan disoal oleh Allah juga di akhirat. Ini beza diantara Islam dan Demokrasi. Noktah.

  14. Wah wah Bakaq. hang nak jadi pejuang hak rakyat lak la ni..
    Pandai sungguh hang bersendiwara.. hang mengaku hang bukan sapa sapa tapi bersilat macam pahlawan.. hang kata hang takut tapi tulisan hang macam superhiro.. hang akui hang tak pandai tapi hang perbodohkan semua cerdik pandai.. Hang kata nak perpaduan tapi hanglah yang banyak menimbulkan perpecahan baik dalam UMnooo mau pun PAS atau PR..hang kata hang anti yahudi tapi bertindak dalam tulisan hang lebih dari yahudi atau nasrani..
    Aku rasa hang kena tukak nama blog.. macam kick t p senang org cam.. Aku cadangkan Nasaroodriver.blogspot atau apa-apa yang setaraf dengannya. Sebab? semua tulisan hang menjurus kepada permusuhan & perpecahan dikalangan ummat (Melayu atau Islam).
    Semua ni idea yahudi atau nasrani yang mahukan ummat ini berkelahi dan berpecahbelah agar senang mereka menguasai ummat.

  15. mmg la x nak jatuhkan najib juga hak rakat..tapi rakyat jugak yg rugi..bukan najib

  16. Nak jatuhkan Najib itu memang hak rakyat tetapi kalau dijatuhkan Najib kerana dibayar ini satu perbuantan mungkar.

  17. Ia bukan saja hak tepi jihad... jihad untuk memerangi yahudi..

  18. Anon 9.43am,
    Dalam blogg ini saja sudah nampak "Melayu yang tak sadar dan tak insaf".Baru Pak Bakaq nak buka langkah kumpul dana nak jatuhkan pemimpin zalim,sudah kedengaran dan kelihatan "Melayu-Melayu yang tak sadar diri".Gulungan inilah yang sanggup bergolok cedrakan yang sebangsa dan seagama dengan depa diHulu Selangor.Gulungan ini jugalah yang sanggup baca Yassin meminta kemenangan kepada yang bukan seagama dengan depa.Gulungan ini tak ada pegangan dan tak ada prinsip hidup - prinsip depa hanya "wang".Siapa bayar lebih depa sokong.Ayuh Pak Bakar! Jadikian cadangan ini satu kenyataan.

  19. nak nunggu pak bakaq komen fasal judi halal....

    sebelum tu, nie artikel sy...

    Edyes sokong lesen judi sempena Piala Dunia diperkenalkan

  20. Seluruh rakyat malaysia wajib menjatuhkan mana mana pemimpin dari mana mana parti yang dok buat karut dalam semua hal yang berkaitan dengan harta rakyat,hak Rakyat,moral,keamanaan rakyat,kebebasan rakyat,Kususnya pemimpin yang menghasut supaya rakyat bergaduh sesama kaum,meyalahgunakan harta rakyat,rasuah,kroni,.Pemimpin yang suka cakap bohong,penipu,janji palsu dan sebagainya.Pokoknya biar kita rakyat malaysia rakyat yang bemaruah dan benci dengan segala kemunkaran...Pada pilihanraya yang akan datang kita misti cari Pemimpin yang bersih telus ada prinsip dan ada maruah untuk mewakili kita di Parlimen bukan setakat Najib saja yang kita misti jatuh kan semuanya yang ada dalam UMNO/BN ke PR ...Hidup Rakyat Malayia yang bermaruah

  21. Memang patut pun Kickdefella diberhentikan. Nama saja Pengurus di PMBK tapi selain buat majalah biasa-biasa untuk PMBK apa la kontribusi Mamat ini?

    Tanya pula ramai mana viewers yang pegi kat stesen TV Internet yang ditubuhnya semasa berperanan CEO GMC? Ingat kalau dapat orang media "tersohor" macam dia dan belanja 4 juta, produk content dan persembahan GMC boleh jadi box-office. Sayang sekali semua hampes saja. Buat wayang Lizardman kat pawagam lagi baik!

    Sekarang nak tutup kelemahan diri pandai pulak nak kaitkan konon dialah hero yang membuat Pak Lah turun.

    Bukan orang tahu Blog Kickdefella wujud bertahun sebelum Mamat ini masuk kerja PMBK. Tak terkejut sakan kalau masa dan kegunaan ofis GMC dicuri-guna untuk menulis blog menghentam Pak Lah. Bukan dia sorang pun.

    Pun begitu blog itu bukan bawah PMBK atau GMC. Itu personal, pilihan dia sendiri untuk menulis apa saja - sama seperti blog kawan baik dia, Amiruddin Rockys Bru, geng pencaci Pak Lah.

    Memang Kick born-loser. Dimana saja pergi dia membawa "sial" pada diri dan semua orang kerana sikap, ego dan perangai kebudakannya. Suka sangat mengamuk dan menyalah orang dan memang konfem tidak ada prinsip perjuangan.

    Sekurang-kurangnya gurkha Rocky dah boleh berpesta dan dapat "Datuk" pulak sebagai ganjaran. Kick masih berkelana terpaksa lari dari kampung halaman. Kesian.

  22. mempertahankan najib pun hak rakyat jugak.....all love and war in politics...

  23. ada penulis marah kat penarik beca
    -tak dapat habuan kat hulu selangor kott
    -kat sibu ada lagi
    -tukar alamat megundi sibu
    -mesti dapa habuan

  24. salam pak bakaq,

    minta maaflah,kat kg kubangtaik UBN dan UG jangan mimpilah nak dapat pemimpin yg suci lagi menyucikankan.......

    apapun marilah kita perkasakan Pakatan Rakyat

  25. Kah kah

    aku sokong ano no 5 kat atas ni. Tak nak jatuhkan Najib pun hak rakyat jugak la. Sebab tulah kita tunggu aje pilihanraya. Kalau lagi ramai nak jatuhkan, tersungkurlah Najib dan BN.

    Sebab tu lah Najib tengah berusaha keras supaya lebih ramai org tak nak jatuhkan dia dari nak jatuhkan dia. Nasiblah, untung sabut timbul.

    Lainla kalau artikel Pak bakar kali ni pun nak membela orang yang membela kaki fitnah? Tu lah, buat lagi kerja kotor macam tu? Kerana Allah sayangkan PAS tu lah bala datang bertimpa-timpa ni.

    Bukan apa, nak menyedarkan. Yelah, itu baru pegang Kelantan? Agak2 pegang Malaysia, lebih baik dari BN ke?

    -malaymind-

  26. Keputusan Pilihanraya Culaan!!!
    1.DUN N999 KAWAH PANAS
    Komposisi pengundi : Penzina tegar 20% Perasuah 20%,pelacur tegar 30%,Kaki botol
    15%, kaki judi 15%
    Keputusan : Najibs (Parti Nifak) - 17,771 undi
    NikAziz (Parti Islam)- 0 undi (hilang wang deposit)

    ulasan :Di padang mahsyar Najibs nanti mungkin akan mengepalai perbarisan spesis2 di atas yang telah mengundinya untuk disoal Tuhan!!!

  27. saya setuju cadangan Pak Bakar,tetapi perlu bersama kepimpinan PR yg ada.kita perlu bersatu pada satu kumpulan (PR),kita percaya kepimpinan yg ada.Sesungguhnya mereka berusha siang malam berhari2,berbulan2, malah bertahun2.Ada yg mati,ada di penjarakan,ada dimalukan dengan fitnah dan pelbagai keseksaan mereka hadapi.
    Tiba masanya KITA RAKYAT mencadangkan diadakan kutipan tabungan menjatuhkan pemimpin yg zalim.

  28. Kesimpulannya, tak salahka jika ada pihak merasakan mempertahankan Najib pun hak rakyat juga. Cuma satu saja yang saya tidak faham. Kenapa kamu gemar sangat memanggil mereka dengan gelaran yang buruk sedangkan tuhan mu berfirman agar jangan kamu lelaki perempuan memberi gelar buruk kepada lelaki perempuan lain kerana mungkin yang diberi gelar buruk itu lebih baik dari yang memberi gelar buruk tersebut?

  29. Memang betoi/tepat bahawa UMNO memohon petunjuk Yahudi. Alah mereka adalah hamba Yahudi Bankers.

    Bacalah rencana "Revolusi Perhambaan" dan buti2nya di..

    http://warongpakyeh @ blogspot.com

    Ayoh ! Jom Revolusi !!!

  30. aku suka baca blog parti yang kalah. what a loser. ada aje alasan setiap kali kalah....

  31. Heh.heh,heh. Kita tenggok sahaja siapa winner siapa looser. contoh...Suharto ? Taksisn, Marcos,Czar Russia, Maharaja Cina, Shah Iran ???
    Allah tak akan beri kuasa dengan UMNO selamalamanya.
    Akhirat nanti siapa pemimpin yang merompak rakyat akan masok api neraka. Ha,ha,ha,ha. Padan muka hampa.
    Peace. Jom Revolusi.

  32. pasai UMNO betul la Allah bagi kuasa lama...

  33. zeck ..

    itu istidraj name nyer ..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008