Sedap!! Klik gambar di atas!

Memang, jangan lupa 13 Mei!

Dalam berita bertajuk "Dr M pertahan 'Melayu Bangkit', minta jangan lupa 13 Mei", Malaysian Insider hari ini melaporkan (berita Malaysiakini mengenai perkara yang sama di sini):
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya untuk menghadiri perhimpunan sempena memperingati 13 Mei 1969 sambil menegaskan rakyat tidak harus melupakan peristiwa berdarah itu. Bekas perdana menteri berkata, ia penting untuk memastikan negara tidak berhadapan dengan peristiwa seumpama itu sekali lagi.

Dr Mahathir yang bersara pada 2003 selepas 22 tahun memimpin negara sepatutnya menghadiri perhimpunan “Melayu Bangkit” anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Terengganu semalam.

Bagaimanapun pertemuan itu ditangguhkan ekoran arahan institut itu, yang dipercayai turut disebabkan bantahan pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional sendiri.

“Saya merasakan bahawa jika kita lupa sejarah kita, maka kita akan mengulangi sejarah (kesilapan).

“Ada ungkapan yang mengatakan bahawa siapa yang melupakan sejarah akan dihukum kerana mengulangi kesilapan. Ini kepercayaan saya,” kata beliau pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di sini.

“Saya bukan hendak pergi ke sana (Terengganu) untuk mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat pelbagai kaum, tetapi untuk mengingatkan mereka bahawa jika kita tidak mengambil berat masalah kaum ini, maka kita akan mengulangi kesilapan (masa lalu).

“Sudah tentu saya akan pergi, dan saya akan dilabel sebagai rasis,” katanya.
Saya bersetuju dengan Dr Mahathir. Saya berharap pakar-pakar kaji selidik sejarah akan menjumpai siapakah dalang-dalang yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 - tidak kira dari parti mana dan bangsa apa.

Saya tak tahu apa ajaran agama lain. Tetapi, sebagai orang Islam, jika kita menyorok perbuatan jahat sesiapa pun jua dari bangsa kita, ia bermakna kita menolong kaum kita melakukan kezaliman. Perbuatan itu ditakrifkan sebagai 'asabiyyah oleh Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi. Golongan yang 'asabiyyah tidak diakui umatnya oleh Nabi yang suci.

Sama ada kita orang Melayu, Cina atau India, amat jahat kalau kita menyorok sesiapa juga dari kaum kita yang menjadi dalang peristiwa berdarah itu. Alangkah baiknya kalau semua pihak sanggup meletak ke tepi ketaksuban atau 'asabiyyah kepada kaum dan parti mereka untuk membolehkan rakyat mengenali puak-puak lapar darah manusia itu.

Orang-orang itu mesti dikenalpasti sifat dan kelaku mereka. Sejarah sifat dan kelaku mereka boleh menjadi guru untuk mengenali sifat dan kelaku yang sama hari ini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau boleh buat lagu tu, memang kecut perut puak2 parti biawak ni ahaha... anak beranak diorg pon yg bermaharajalela sekarang nih membantai duit dan kuasa kat Malaysia ni

  2. pAK bAKAQ
    sesungguhnya setan setan itu datang dalam pelbagai rupa termasuk dalam diri manusia itu sendiri, dan ketahuilah bahawa setan setan akan terus mengajak manusia kejalan durjana ke neraka jahanam. 13 Mei 1969 dah lah lepas, suatu bangsa akan jadi bahlol benggap lembab sembab dan toye jika hidup hanya mengenang perkara perkara yang lalu lepas. bangsa cina seluruh dunia memikirkan masa hadapan untuk anak cucu mereka, bangsa india memikirkan kemajuan untuk masa kini, manakala bangsa melayu sibuk mencari cari dihutan manakah mereka dahulu datang dan cara hidup jahiliah manakah yang perlu mereka anuti. akhirnya, muncullah aristokrat benggap bagai ketam batu di bakul mengkantoi bangsa bangsa melayu yang dahulunya keluar dari hutan BELUM.

    benggapkan, Pak Bakaq.

  3. Pak bakar
    Yang penting ada kenapa peristiwa itu berlaku bukan siapa, kaji siapa tidak akan membawa apaapa feadah, kaji kenapa dan pastikan ia tak berlaku lagi itu kan yang penting, islam tak galakkan kita bonkar buruk umat nya, tp berlu belajar dari kesilapan itu
    Islam itu benar and kebenaran itu islam

  4. anony 2, bengap bukan benggap. eja betul2.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008