Berikut ialah email yang saya terima tadi dan siarkan tanpa prejudis, tanpa edit:
Nota dari bakaq: Keluhan di atas menguatkan lagi keyakinan saya bahawa cukuplah saya menyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sahaja. Setakat itu sahaja. Tak lebih dari itu. Dan, saya harap tidak ada lagi yang sanggup menjadi setan 'asabiyyah (meminjam istilah syaitan bisu) walaupun diwarnakan dengan istilah hebat seperti thiqah dan wala'.
Keluhan Aktivis Amal
Masa susah, masa belum menang, Unit Amal atau nama baru Jabatan Amal yang menjadi balaci, menjadi kuda, menjadi perisai kepada semua orang yang perlukan perkhidmatan Unit Amal berselindungkan dibawah nama khidmat masyarakat dengan selogan Amal kerana Allah. Ada yang pecah kepala kena belasah dengan FRU, masuk lokap, bermandikan hujan asid, hujan panas dan dihujani pujian bila bejaya, padahal hujan itu sekatika sahaja.
Apabila sudah menang, sudah mengecapi kemewahan, sudah ada kereta dua, rumah dua, bini dua dan sekarang ini hendak menduakan Unit Amal atau Jabatan Amal. Sudah ada suara hendak menubuhkan NGO’s seperti Unit Amal, padahal parti sahabat dalam PR sedang belajar dari Unit Amal cara menguruskan organasasi . Tak salah nak tubuh NGO’s apa pun tapi pandanglah apa yang ada, atau pandanglah ke dalam dahulu. Betapa susahnya kendak menubuhkan, menguruskan dan menjaga kebajikan aktivis-aktivis tersebut.
Aktivis Amal ini sedia berkhidmat di kala susah atau senang, pagi petang, siang malam, ribut taufan, hujan banjir, tanah runtuh, gerak gempa . Apabila ada kejadian ini tanpa segan silu Unit Amal akan hulur tangan untuk tolong apa yang patut walaupun dengan tangan kosong. Tetapi ada siapa yang tanya poket kamu ada isi, mai dengan apa, tidok kat mana, bawa alat apa nak tolong, kalau ada pun dua tiga kerat saja. Unit amal pasai makan tidok tak kisah sangat, tetapi kebajikan mereka dan keluarga mereka harus diperhatikan. Bukan senang nak menguruskan Unit Amal dan Kebajikan Unit Amal itu sendiri.
Itu cerita masa belum menang, masa naik proton saga model lama, naik van c 20 ramai-ramai pi dengar ceramah. La ni pakat naik Mercedez, Harrier, Honda CRV, dah tak pandang lagi Proton buatan Malaysia.
Depa tak pandang lagi kebelakang, masa belum menang dan mewah. Tak pandang lagi Aktivis yang dok usung dia masuk lecah, masuk ayaq acaq, rayu undi untuk menang.
La ni kumpulan aktivis ini kena cari makan sendiri untuk menguruskan kumpulannya, cari sendiri untuk menjaga kebajikan ahlinya sendiri. Cari duit sendiri untuk tambang pi mahkamah, cari duit sendiri pi mengurut pinggang bekas kena tendang dengan FRU. La ni kummpulan tersebut terpaksa buat funfair, cara baru untuk cari duit, jual beli besi buruk dan anjurlah majlis makan malam. Memang semuanya baik, beramal kerana Allah.
Bila buat majlis tersebut, mintalah sedikit sumbangan dengan cara terhormatnya menjemput hadir, bersurat, berkupon, jual meja dan sebagainya. Tetapi malangnya sifat manusia, macam-maccam helah diterima. Sibuklah, tarikh tak sesuai, tak ada masa, ada luar negeri, kat Langkawi ye pun. Yang paling menyedihkan jawapan diterima, ye ke ada majlis, bila hantar surat, tak terima pun, lambat sangat, nanti p.a tengok ada ka terima, cara kamu tak protokol la. Zaman canggih mana surat hilang dan tak sampai, kalau posmen cari tak jumpa dia pulang balik. Mereka ini tak pandang belakang, lupa slogan negara berkebajikan, dan kebajikan ahli-ahli yang perlu diutamakan.
Nota dari bakaq: Keluhan di atas menguatkan lagi keyakinan saya bahawa cukuplah saya menyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sahaja. Setakat itu sahaja. Tak lebih dari itu. Dan, saya harap tidak ada lagi yang sanggup menjadi setan 'asabiyyah (meminjam istilah syaitan bisu) walaupun diwarnakan dengan istilah hebat seperti thiqah dan wala'.










Cantik? Klik 






sapa pulak yg dak merak dok naik keta besaq yg dah lupa org bawah nie habaq mai...mangkok mana tuu biaq kita dedah satu dunia tau....
Saya setuju... saya bukan dari unit amal tapi saya adalah sebahagian dari aktivis yang sama-sama kena belasah dengan anjing-anjing umno, kena sembur dengan gas dan air kimia. Bila kita komen dalam blog, komen kita dianggap sampah. Dulu mereka naik kereta buruk. Cantik lagi kereta kita rakyat biasa dari kereta mereka. Sekarang bukan kata kereta yang cantik, no plet pun cantek juga. Semua pakat pakai PAS**. Berapa harganya tu? Bila mangkuk-mangkuk ni nak lalu kita rakyat biasa dah kena ketepikan kereta kita. Dah mula sombong... dah mula angkuh. Dah mula cakap rakyat tak nak dengar. Yang paling BANGSAT ada yang cakap umno dan pas macam abang adik. Dah mula nak berbaik-baik dengan umno atas alasan umno tu Islam padahal munafiq ya amat.
Maaf... saya tak boleh terima umno-pas macam abang adik. Umno adalah parti yang paling BANGSAT yang pernah saya kenal selama 4 kali pilihanraya yang saya lalui. Adakah pas juga ingin jadi sama BANGSAT dengan umno? Kamu semua tak lalui apa yang kami lalui. Hanya segelintir sahaja wakil rakyat yang kena belasah oleh anjing-anjing umno bersama kami. Yang lain terutama yang pakai no plet PAS** dan serban berjela tak pernah lalui seperti kami lalui. Kata-kata rakyat dah jadi sampah pada mereka. Tak perlu berhujah dengan nas dan hadis untuk menegakkan benang basah kerana rata-rata rakyat malaysia jahil setelah dibesarkan dalam persekitaran umno BANGSAT. Berapa kerat rakyat yang berserban serta faham agama? Kami dibesarkan dalam suasana BANGSAT tanpa tahu tentang agama secara mendalam. Tup.. tup.. pas-umno macam abang adik.
Ingatlah... untuk mencapai kemenangan bukanlah satu perkara mudah. Untuk mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar dari mencapai kemenangan. Ambil iktibar terengganu. Masa menang, bersorak gembira sakan. Senyum simpul hari pertama duduk dalam pejabat MB (sebelum tu hanya duduk bersila kat surau). Lepas tu dapat pulak pangkat dato, dato seri, tan sri dah mula tak sedar diri. Dah mula rasa diri hebat. Dah mula rasa rakyat seperti sampah. Sekarang dah terlungkup. Kamu rasa rakyat menyesal? Pergi JAHANAM sama kamu semua. Walaupun menyesal umno menang tapi kami rasa umno pas sama saja. Kami tiada pilihan dah. Abang adiklah katakan...
Terus terang saya katakan setakat ni secara ikhlas saya nampak hanya DAP dan parti Sosialis saja yang jelas nampak berjuang untuk rakyat. Alangkah indahnya jika mereka ini diberikan hidayah Allah untuk membawa imej Islam untuk menggantikan pas yang suatu ketika dulu saya sanjung tinggi...
Nak harapkan umno? Dah punah harapan. Nak harapkan pas? Dah punah juga... Abang adik sama saja...
Bhai Pak Bakaq... gua stuju ngan email tue.. memang ramai yang macam hampeh.. dah menang kalu.. rasa besaq... rasa hebat.. rasa gah...
Takpa.... takpa... bumi Allah nih bulat.. tunggu masa ja...
hahaha... PAS? wtf?
Bakaq,
Hak nih memang dah lama aku nak habaq dah! Bila diingat tentang keikhlasan tuh, tak jadi pula. Apapun kita kembalikan kepada Allah SWT.
Berkenaan org yg jadi merak buih tuh, memang semua budak yg terlibat dengan unit amal tuh tau sapa dia! Bukan seorang dua, agak banyak juga!
Walaupun berat nak terima kenyataan, namun bila ada geng yg telah meluahkannya, aku setuju jugak!
Apa yg betul, segelintir pimpinan ini telah kureng amalan pentarbiyyah dalam berjamaah, dok ralit fokus hal-hal lain yg berkepentingan sendiri jah!.
pok him pase mas
Kepada Nizam Said....
Tak yah lah harap sapa-sapa...haraplah pada diri sendiri,betulkan diri u dan keluarga dulu baru fikir yang lain.
Anon 7... kalau begitu kita tak perlulah ada pemimpin? Begitu ke? Kalau duduk dalam negara malaysia ni semua pemimpin tak boleh harap maka kita kena harap diri sendiri saja? Itu ke yang Rasulullah ajar? Begitu ke cara kamu semua bijak pandai dalam agama memimpin rakyat? Kalau begitu kamu semua duduk je kat surau atau masjid ajar cara mandi wajib, cara solat, cara wuduk. Tak perlu berpolitik atau jadi ketua politik. Kami rakyat akan betulkan diri sendiri-sendiri. Kalau keluarga saya tak betul, itu tugas saya untuk betulkan sebab saya ketua mereka. Tapi kalau saya dan kebanyakan rakyat lain yang ramai tak betul tu siapa nak pimpin? Sendiri-sendiri jugak? Nampaknya lagi teruk dari Islam Had Hari kalau macam ni...
Ada ilmu tapi tak gunakan. Manusia jenis nilah yang akan dipersoalkan dulu oleh Allah. Takkan lupa kot bila dah menang. Masa bergelar ustaz cabuk dulu bukan main lagi ingatkan jamaah. Bila dah pakai no plet PAS**** dah mula lupa ilmu yang diajar? Kami adalah produk hasil dari pengajian kamu semua semasa kamu semua bergelar ustaz dulu... Harap-harap kamu semua tidak mengajar kami ilmu yang sesat dulu.
bukan nizam Said la weyy..
tu Nizam saja la. "said" tu bahase inggelis. Kalau Said, semua adik beradik la yg duk komen kat atas tu termasuk UMNO, PAS, DAP, hehehe...
Kah... kah... kah... bengong betui. Ilmu takat expert fardhu ain nak jadi pemimpin politik.
Aku x tau la camna organisasi Amal ni. Cuma..
Takkan xleh bagi projek kecik2 cam potong rumput, bersih longkang pd persatuan depa. Kalu xde persatuan lg tumpang la mana2 yg ada link dengan Pas. Payah sgt ka
Cam Adil kat Selangor. Bagi la projek2 kecik kat ahli sama. Ni bagi kat amanau. Kalu jadik apa2 ada depa nak tolong?
Dulu masa x menang rasa azab serba kekurangan. Bila menang rasa tersisih kerana langsung x dihargai...
Pak Baqak, Begitu lah kepimpinan yang ader pade PAS, Moto Susah sama susah senang sama senang tu patut dipelangkung jer kat belakang pemimpin yang ader nie...Nasib baik Abang Mat Sabu, DS Nizar & Dr Zul hadir pada makan malam amal diserendah, terubat juga sakit hati... walau pun tak dapat nak difikirkan kan kemana pegi semua pemimpin PAS.
Pak Baqak, Saya nak crite satu peristiwa bagaimana DS Nizar menyantuni pemuda unit amal Pandan bilamana selesai kuliah di masjid Pandan Indah, dalam perjalanan pulang keipoh beliau singgah di Petronas bersebelahan TESCO Ampang.. beliau mengucapkan terima kasih kepada pemuda unit amal pandan dan memeluk seorang demi seorang pemuda unit amal tersebut hampir 15 orang pemuda unit amal bermotosikal berbaris untuk bersalam & berpelukan bersama DS Nizar sebelum mengucapkan selamat tinggal. Apa yang nak saya katakan disini sejak saya mula menyertai PAS 15 Tahun dulu inilah kali pertama saya jumpa peristiwa yang amat istemewa ini. Mengapa tidak semua pemimpin PAS Pusat berakhlak begini. susah sangat kah...
kerana adik abanglah ada penasihat dicop penasihat sesat. kebetulan (?) pula pakai no plet pas**. siap memberi amaran "jangan sekat ayahanda untuk bersetuju perpaduan".
kerana adik abanglah terlantun istilah "islam-melayu/melayu-islam". telan bulat2 idea yang diketengahkan oleh mosad umno. mosad umno sudah dijadikan sebagai consultant. dah terperangkap, maka lunaklah "adik-abang" di bibir.
kini ada pula ura2 "umno dah tak boleh, pas must take over", "presiden pas jadi piem". begitu lunak sekali kata2 yang memerangkapkan. kalau dulu hanya sekadar jawatan menteri. adik abang katakan...
wallahu'alam.
Kalau dapat baca blog nie....lagi faham...
http://g-82.blogspot.com/2010/05/unit-amal-bukan-anak-tiri-beb.html