Dalam posting bertajuk "Judi bukan budaya orang Cina", kawan lama, Haji Suhaimi Said menulis:
Harta dalam negeri pun bagi percuma, tambah la harta di Singapura (Misai Merah 25/5/10)
"Kalau judi bukan budaya orang Cina dan judi juga bukan budaya orang India dan judi bukan budaya orang Melayu, maka judi itu budaya siapa?" limparan persoalan dari Haji Suhaimi Said, pengerusi majlis ceramah pada malam itu dan dijawab serentak oleh para hadirin: "Budaya Umno!" (baca selanjutnya di sini).Di bawah ialah pemikiran Umno yang saya copy and paste dari laman Sinar Harian. Sila lihat yang diboldkan:
Salahkan halalkan yang gagal dibasmiMenarik:
Oleh - Tan Melaka
Ramai yang tidak tahu apabila Lee Kuan Yew (LKY ) menghalalkan kasino di Singapura, generasi muda menentangnya. Tetapi LKY terpaksa membelakangkan idealisme moral dan mengutamakan dinamisme ekonomi global Singapura.
Bagaimanapun, tidaklah mudah untuk dicabut nilai moral yang disemainya di kalangan generasi baru Singapura bila beliau mengasaskan pemerintahannya sejak lebih 40 tahun dahulu.
Sama ada langkah LKY itu dalam awal tahun 60-an didorongkan oleh penilaiannya sendiri atau kerana desakan golongan kiri Singapura yang mahu membersihkan republik pulau dari gejala pengaruh Barat tidaklah dapat dipastikan tetapi terserlah sekarang bahawa LKY tidak berpegang teguh kepada prinsip asalnya.
Bagaimanapun, dalam soal ini tidak semestinya beliau bersalah kerana pragmatisme adalah amat diperlukan untuk survival politik dan negara. Umpamanya Pas yang begitu dogmatik dan fanatik telah dapat bersama dengan DAP dan PKR yang amat berbeza nilai dan fahaman dan dalam beberapa hal sanggup mengorbankan roh dan jati dirinya.
Dalam menentang langkah kerajaan mahu memberikan lesen pertaruhan perjudian kepada Berjaya, Pas adalah ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan najis.
Dalam soal perjudian ini dari awal lagi sikap Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) adalah pragmatik. Perdana Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalannya Tun Abdul Razak lebih pragmatik dan dinamik dari LKY. Ketika LKY bersaing dengan golongan komunis di Singapura yang mementingkan moral, Singapura mengharamkan kebudayaan kuning seperti pelacuran, tarian bogel dan sebarang perjudian. Tetapi Malaysia membenarkan pembukaan Kasino di Genting Highlands dan juga melesenkan judi tikam ekor.
Dalam pengeluaran lesen Kasino Tunku telah memberikan alasan jika perjudian terus diharamkan maka akan menggalakkan lebih banyak pertaruhan haram terutamanya judi tikam ekor dan dengan melesenkannya maka perjudian haram dapat dikurangkan dan kerajaan mendapat cukainya.
Malah Tunku lebih terbuka dan lebih berani dalam menentang bantahan dari orang Islam terutama Pas yang membantah Loteri Kebajikan Masyarakat. Beliau menyatakan hasil jualan tiket loteri itu akan digunakan untuk pembinaan masjid dan surau dan beliau sanggup menanggung dosanya. Suatu seminar ulama diadakan bagi merasionalisasikan sikap orang Islam terhadap penggunaan wang loteri itu untuk kerja-kerja kebajikan.
Sebaliknya, Singapura tidak membenarkannya kerana mahu membangunkan masyarakat yang bersih berdisiplin dan tahan lasak tetapi akhirnya disiplin dikorbankan kerana survival rakyat dan negara untuk menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak bersempadan yang lebih hebat. Nilai-nilai murni diketepikan.
Generasi muda Singapura yang menjiwai falsafah asal Singapura dan doktrin LKY secara senyap-senyap membantah nilai baru LKY ini kerana mereka berpandangan perjudian mudah menjadi wabak yang berbahaya dalam masyarakat Cina yang perjudian merupakan budaya yang sebati dengan mereka.
Wartawan-wartawan Malaysia yang melawat Singapura telah dapat menciumi kegelisahan generasi muda Singapura ini. Harus diingatkan bekas Menteri Kanan Singapura mendiang Rajartanam juga tidak setuju dengan LKY dalam soal ini.
Di Malaysia langkah terbaru kerajaan memberikan lesen perjudian Piala Bola Sepak Dunia telah juga menerima bantahan terutama dari Pas yang sejak zaman Tunku lagi menentangnya tetapi tentangan PAS kali ini dilihat bersifat hipokrasi kerana jika bangsa dan maruah agama pun sanggup dijual maka apalah ertinya penentangan Pas terhadap perjudian kecuali untuk menutup mata pengikut pengikutnya yang fanatik tentang kenajisannya sekarang dan mengelirukan seluruh umat Islam di negara ini.
Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual malah, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.
Kita telah pasti bahawa perjudian haram bola sepak pastinya tidak akan dapat dihapuskan sama sekali di zaman dunia dikuasai oleh Internet ini tetapi apakah salah jika sekiranya dikuatkuasakan mekanisme yang boleh mengurangkan operasi judi haram itu. Mana yang lebih baik membenarkan dengan kawalan dengan membiarkannya bermaharajalela tanpa dilesenkan yang akan menyebabkan rakyat terdedah kepada penipuan dan penyelewengan dan menggalakkan rasuah yang lebih besar di kalangan pihak yang berkuasa; polis dan sebagainya.
Tidak melesenkannya bererti kita membiarkannya tanpa kawalan dan adalah mustahil bagi pihak polis yang terbeban dengan berbagai jenayah akan dikerahkan pula untuk menjalankan operasi judi haram.
Sekarang pun tidak dapat dinafikan ada pihak berkuasa yang terlibat “menutup mata” ke atas perjudian haram dalam berbagai bagai cara. Apabila yang haram dihalalkan maka akan lebih mudah untuk dikawal selia dan pastinya akan mengurangkan yang haram sekalipun tidak dapat dihapuskan sama sekali. Apakah salah jika pun tidak dapat dihapuskan, kita dapat mengurangkan?
Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah.
Wang haram dari perjudian itu bolehlah digunakan untuk membantu masyarakat Cina terutamanya Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang merupakan benteng kebudayaan Cina. Perjudian adalah sebahagian dari budaya Cina yang sangat dicintai oleh masyarakatnya.
Bagaimanapun pencegahannya di kalangan orang Islam di negara ini mestilah dikuatkuasakan sepenuhnya tanpa tolak ansur termasuk orang atasan terutama orang berdarjat dan kebal. Tetapi jika mereka nak makan juga daging babi secara bersembunyi di tempat yang rahsia atau di luar negara, maka apalah daya pihak berkuasa.
Harta dalam negeri pun bagi percuma, tambah la harta di Singapura (Misai Merah 25/5/10)










Cantik? Klik 






lesen nombor ekor dah diberi, tapi kenapa masih bersepah tokey 4 ekor haram....jd macam tula juga nanti ngan tokey judi bola ni...yang mana dulu tak tau kat mana nak main skg dah tau terang-terangan kat mana nak beli dan risalah2 pasti diedarkan untuk memberi panduan macam-mana nak beting.....bertambah pandai la rakyat malaysia ni nanti. kalau dulu hanya 10/100 yang tau main judi bola tp masa akan datang mungkin 100% rakyat malaysia akan faham macamana selok belok permainan judi bola ni....yang pastinya bertambahlah keahliannya dan bolasepak ni akan dianggap bukan salah satu bidang sukan tp salah satu perjudian sama la nasibnya dgn lumba kuda....jangan tak percaya suatu hari nanti orang islam haram bermain bola sepak. ingat bola ingat judi...
Pak bakaq...
itulah contoh pemikiran yg masih di jajah 446 oleh penjajah luar dan 53 tahun oleh bangsa sendir..nak buat mcamana kalau sudah menjadi sebahagaiand daripada budaya, maka tidak akan nampak lah kesalahannya lg..mank yg hak, mana yg batil...
"Elok jugak lah dihalalkan dadah, pelacuran dan lain-lain sebab memang GAGAL dibasmi pun!" Dalam Islam...semua ni halal ke? AMCO AMCO
Pisangmalaysia
eloklah, tanda-tanda bahan bakar api neraka dah bertambah tambah.
Penarik beca,
Diantara berjenis perniagaan, dadah, arak, judi dan pelacuran adalah perniagaan yang paling laris dan mudah serta cepat mengumpul keuntungan.
Mana-mana negara yang mengamalkan perniagaan seperti itu pasti akan terkenal diseluruh dunia.
Apa yang kita perbahaskan tentang judi dalam Malaysia adalah untuk mencegah agar penyakit ketagih judi tidak akan merasuk kepada anak-anak kecil yang masih memerlukan tunjuk ajar dari kedua ibubapa mereka.
Lupakah kita peristiwa seorang bekas menteri yang bukan beragama islam dari Sabah dikejar oleh mahkamah luar negara kerana orang itu tidak mampu membayar hutang judinya..?
Lupakah kita pada seorang raja melayu yang beragama islam kalah judi sehingga terpaksa meminta bantuan kerajaan negeri membayar hutang judinya..?
Tidak timbul isu judi dilesenkan untuk siapa, bangsa apa dan agama apa yang layak berjudi. Apa yang kita tahu bahawa judi akan jadi penyebabkan seseorang itu hilang harga diri, bangkrap, rosak institusi kekeluargaan. Dan kerana judi seseorang itu boleh diperangkap dan memaksa mereka menjadi pelacur, pembunuh, pencuri, perasuah dan pengkhianat kepada agama bangsa dan negara.
Apa yang kita lihat, kerajaan hanya mementingkan keuntungan jangka pendeknya saja. Mereka tidak menghiraukan apa akan jadi pada rakyatnya jika terlibat dengan perjudian.
Pegawai agama dari jabatan kerajaan juga dilihat bersubahat dengan perniagaan itu. Dan kita telah di beritahu bahawa judi yang berlesen adalah halal dan judi tidak berlesen adalah haram.
Judi adalah haram dalam agama islam sama ada berlesen atau tidak dan judi juga tidak baik bagi agama-agama lain.
Kita tidak boleh berdiam diri seperti ahli UMNO yang dilihat seperti sudah tidak bernyawa lagi dalam parti.
Sebagai rakyat 1 Malaysia, kita mesti bersatu menentang dan membantah apa jua tindakan tidak bertanggongjawab kerajaan terhadap rakyatnya.