Hari ini 13 Mei 2010. Pada tarikh ini tahun 1969 lalu, berlaku rusuhan antara kaum. Ramai yang tidak membaca sejarah peristiwa berdarah itu. Bagi yang masih tidak mempunyai maklumat tentang peristiwa 13 Mei 1969 yang tidak mahu kita lihat berlaku lagi, berikut ialah beberapa artikel yang saya jumpai dan saya salin untuk memberi kefahaman kepada yang tidak mempunyai maklumat mengenai peristiwa itu. Harap baca apa yang saya boldkan dalam kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff di bawah:
Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina YusoffKetika berucap pada Majlis Menyambut Kepulangan Lim Guan Eng di Bukit Mertajam 29 September 1999 di Dewan Moral Uplifting Society yang dirakam Pemuda Umno, Naib Presiden Keadilan ketika itu, Marina Yusoff dilaporkan berkata:
"Saya nak cakap pada orang Melayu, Cina, India, punca 13 Mei dimulakan oleh Umno. Masa itu dirancang oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Selangor diketuai oleh Datuk Harun (Idris).
"Jadi orang Cina jangan ingat dia sokong Barisan (Nasional) itu bagus kerana dulu orang Umno dalam Barisan yang membunuh orang Cina."Dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengkhianatinya (dikutip daripada prakata buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd - gambar di sebelah adalah buku asal terbitan Utusan).
Dalam bukunya May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969, Kuala Lumpur, Dr Kua Kia Soong mendakwa, rusuhan tersebut adalah satu pakatan yang dirancangkan oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpini Tunku. Beliau seterusnya mendakwa, gerakan yang mahu menjatuhkan kepimpinan Tunku diketuai oleh timbalannya, Tun Abdul Razak.
Apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah Marina dan Dr Kua tidak dibicarakan habis-habisan serta dijatuhkan apa jua hukuman berikutan dakwaan mereka itu? Apakah yang dibimbangi oleh pihak yang mahu mendakwa? (Sila klik imej Utusan Malaysia di atas untuk besarkan)
Sedar dan Besarlah HishammuddinKetika rusuhan antara kaum itu bermaharajalela terutamanya di Kuala Lumpur, apa terjadi di Kelantan? Berikut ialah sebahagian dari penulisan mengenai 13 Mei 1969 di Kelantan:
Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau Pinang pada 29 September 1999.
Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya memegang pihak UMNOlah yang bertanggungjawab, terutamanya Datuk Hishammuddin dan pasukan pemuda UMNOnya.
Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam memutar –belitkan keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan perkataan “serentak” (concurrent) dan menggantikannya dengan perkataan “berturutan” (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap Datuk Harun.
Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku terhdapa Datuk Seri Anwar.
Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.
Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani menyatakan kebenaran terhadap salah laku UMNO adalah amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar. Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau meninggal dunia beliau tidak menyertai UMNO Baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei.
Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969. Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda UMNO telah datang menemui saya dan menyuruh saya pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan dari parti pembangkang yang menang, pemuda Melayu telah merusuh.
Sungguhpun UMNO mungkin tidak menjangka peristiwa tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada UMNO untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.
Sekiranya UMNO Baru dan sayap Pemudanya terus menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Hishammuddin serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya serta akibat dan kesan dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti Datuk Harun.
Hajjah Marina Yusoff
Naib Presiden,
Parti Keadilan Nasional
11 Oktober 1999
Ketika itu, ketegangan akibat rasukan perkauman menjalar ke seluruh negara. Namun semua itu hampir tidak berlaku di Kelantan. Kalau ada pun, cetusan itu cepat-cepat dipadamkan oleh kerajaan PAS di Kelantan ketika itu.
Tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra. Menurut bekas Setiausaha Agung PAS yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".
Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.
Mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR10.
Ketika di bawa ke JKR10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu. "Mereka dijamu dengan mee dan nasi lemak," kata Salahuddin.
Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam. PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam. Beliau menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.
Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang banyak melaksanakan projek-projek membuat jalan di Kelantan tanpa sebarang bayaran awal dari kerajaan negeri ketika itu (dia buat dahulu, kira hutanglah tu), Chua Say Paw, datang le JKR10. Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.
Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan. Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.
Sambil memandang Chua yang dianggap tauke besar di Kelantan ketika itu, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.
Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.
Benarlah kata Menteri Besar Kelantan kini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang rusuhan perkauman pada tahun 1969 itu, "bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan".













Cantik? Klik 






Artikel yang menarik dan berfakta. Bagaimanapun jawatan Ustaz Salahuddin Abdullah bukanlah bekas Setiausaha Agung PAS, tetapi bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan. Beliau masih sihat dan boleh ditemui di rumahnya di simpang empat Jalan Bayam dan Jalan Dato' Lundang.
Bagus PAS ni, sbb lindung Cina.
Penindasan berlanjutan dari zaman British oleh kaum minoriti ke atas kaum majoriti dalam aspek ekonomi,sosial dan politik punca berlaku rusuhan kaum.Mungkin penulis terdiri dari golongan kelas atasan tidak menyedari hal ini.Bagi saya yang datang dari keluarga kais pagi makan pagi amat menyanjungi pemimpin seperti Tun Razak yang mewujudkan DEB.
Pak bakq nie mcm ahli sejarah pulak. Kalau Ramlah Adam (UM) baca, konpom dia kata ini bukan disiplin sejarah, ini tulisan blog aje. Teruskan perjuangan lawan kejaliman dan pembohongan!
Pak Bakaq, hari ini, hari lahir saya. Tolong2 lah doa supaya Umno BN mampos cepat2 sikit ek sempenan hari ini. Amin.
Zainulfaqar Yaacob
Pak Bakaq
salamualaikum. baca tulisan sejarah buat bulu roma berdiri dan takut juga, namun apa kan daya anak anak gadis cina amat cantik dan sesuai dibuat isteri, lebih lebih lagi bangsa cina satu bangsa rajin bekerja kuat dan kurangnya berperut boncit seperti yang kenyang makan rasuah siang malam. apa itu 13 Mei sebenarnya hanyalah berpunca kekurangan tahan daya upaya ala HIV Aids. jikalau bangsa melayu rajin berusaha dan hidup berlandaskan ajaran Islam dan takut mati (kerana mati itu benar, dan seksaan kubur juga benar!') maka tidak mungkin 13 Mei boleh berlaku di masa hadapan, di alaf yang maya yang bermaya maya macam Maya Carrot.
macam macam yea....
lahir tahun 62 saya tak faham 13 mei tapi saya yakin pertembungan antara kaum tidak ada faedahnya kecuali atas jalan agama.
Sudah la...jangan nak putar belit fakta...yang untung bangsa lain...
modal murahan untuk tarikan sokongan cina...
dari atas sampai bawah semua kaki putar...
Zainulfaqar Yaacob..doakan org ln cpt mampos xdimakmulkan ALLAH swt, ada belajar ke dak???? apa la ini org...
Zainulfaqar Yaacob..doakan org ln cpt mampos xdimakbulkan ALLAH swt, ada belajar ke dak???? apa la ini org...
Salam Encik Bakar....
Memang betul lapuran yang menyebut tidak ada berlaku kekecohan di Kelantan semasa 13 Mei, 1969.
Pada 13 Mei 1969 awal malam, saya sedang mengikuti Rancangan Kebun Pak Awang di radio. Siaran rancangan itu diganggu sementara dengan menyiarkan pengumuman perintah berkurung di Kuala Lumpur.
Besoknya saya seperti biasa ke Sekolah Menengah Hamzah, Machang Kelantan. Semua murid dan guru dari kaum Melayu, Cina dan India macam biasa sahaja, tak ada apa-apa pun yang kecoh. Saya pada masa itu dalam tingkatan 5.
Cumanya kami berasa sedikit hairan bila nampak sekumpulan askar menduduki Dewan Bandaran Machang, yang bersebelahan dengan bilik darjah saya.
Di pekan Machang pun tidak ada apa yang kecoh, macam kehidupan harian biasa sahaja.
Itulah bukti terjaminnya keselamatan orang bukan Melayu bernaung dibawah negeri yang ditadbir oleh Pas.
Pak bakaq
teringat pulak pasal sembahyang 5-waktu sehari tanggungjawab umat islam, tapi kalau jubor tak basuh betul2 boleh sah ke sembahyang, Pak Bakaq? banyak orang melayu dah bonggap hal hal hidup mati nih, datang pulak cerita bawah nih yang buat ramai tak tentu arah nak basuh bontott ke tak payah basuh bontott jubor nun.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/13/nation/20100513151404&sec=nation
Published: Thursday May 13, 2010 MYT 3:11:00 PM
Sodomy II: Saiful tells court he did not wash his anus for two days
By M. MAGESWARI and NURBAITI HAMDAN
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan did not wash his anus for two days after he was allegedly sodomised by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim as he wanted to keep the evidence intact, the High Court here heard.
Saya lihat dengan mata dan dengar dengan telinga saya dua tiga hari sebelum 13 mei dan hingga terjadi peristiwa 13 mei 1969. Saya bersekolah di Jinjang berulang di Jln Ipoh tiap hari.Saya terlibat dalam kejadian 13 mei. Sehingga hari ini masih terpahat dalam jiwa saya segala penghinaan yang dihamburkan kepada Melayu. Fikirkanlah sendiri. Apakah masa depan untuk anak cucu bansa Melayu sudah terjamin.
Baguslah, orang Melayu memang baik hati.
Bagi tanah, bagi hak mengundi, bagi kuasa, bagi projek sana sini. Jom la kita bagi teloq kita sekali?
Salam Pak bakaq,
Apa yang berlaku tidak akan dapat di ubah lagi tetapi apa yang ada sekarang mestilah di hargai...pertumpahan darah banyak berlaku di dunia ini dahulu, sekarang dan akan datang kepada mereka yang alpa dan mengejar kepentingan diri sendiri...
berbagai teori mengenai tragedi dikeluarkan menuding kesilapan orang hakikatnya punca datang dari diri sendiri..renung-renungkan lah..
terima kasih atas maklumat ini, sbb saya lahir pada okt 1969 dan tidak merasai kejadian itu. tp kesian pada mak saya sbb masa tu dia sarat mengandungkan saya....
bare nok ko pitis jablako
jadikanlah ia sebagai pengajaran buat kita semua, keburukan akan terbongkar jugak akhirnya. bangkai gajah boleh ditutup tapi baunya tetap ada......
pak bakaq harap pak bakaq adil dlm kes ni. salahkan umno saja macam salahkan org melayu semata2. mungkin kedua2 pihak pun salah. sy sampai hari ni x minat cara pemimpin bkn melayu memimpin. x gaya org hidup pelbagai kaum. depa sama atau lbh drp umno lagi. baik bn maupun pakatan.
Amboi hang Bakaq..hang buat nostalgia 13 Mei no..Awat hang nak habaq kata kat Kelantan time tu tak jadi rusuhan pasai PAS perintah aman ka?? Awat puak Cina Kelantan ada usung penyapu tengah jalan Kota Baru ka time tu? Awat kat panggung wayang kat KB puak Cina ada sembelih Melayu ka time tu?
Piirahh Bakaq woi...tak dak Melayu pun akan mengamuk time tu kalau Cina tak buat kurang ajaq. Benda ni tak kira Melayu Umno Melayu PAS.. Hang toksah duk persalah la Melayu Umno mai tang bab ni..Melayu PAS kat Kedah pun ada yang pi KL time tu..Ustaz Azizan dia tak pi la..pasai dia jenih ulaq kapak..dia duk diam saja celah bini-bini dia..
Awat hang tak mau cerita macam mana kurang ajaqnya Cina KL time tu????
Nor Azam..no.13. Orang Melayu yang mana bagi hak mengundi dan tanah, projek dan entah apa lagi tu kepada mereka? Pas ke? Atau UMNO ke? Kalau UMNO yang bagi kpd depa tu semua sebab pada masa itu UMNO ada kuasa, jadi kalau nak bagi telog suruhlah bagi telog UMNO dan pengikut2 mereka. Aku bukan UMNO dan tidak rela telog aku di pedagangkan.. Orang Segar
Pak baqaq,
Tak de ke org Umngok nak bayar kat kau supaya kau jadi mcm syed azidi (kickdefella) tu. nanti kau juga akan pro ke Umngok.
aku jamin, kau akan jadi mcm dia. so mahfuz omar kau baik berhati-hati dgn pak baqaq ni.
KENAPA LANGSUNG TAK DICERITAKAN KETIKA DAP MENANG PILIHANRAYA PADA WAKTU TU MEREKA TELAH MENJADI RIAK. MEREKA MEMBAWA REPLIKA PENYAPU BESAR DAN MENJERIT SAPU MELAYU KELUAR DAN POTONG BAWANG (KUBAH MASJID). PADA KETIKA ITU MELAYU UMNO DAN PAS BERSATU. DIKELANTAN TAK TERJADI SEBAB CNA TAK RAMAI DAN BAHANG NYA TAK SAMPAI DISANA. CUBA CINA RAMAI SEPERTI DI SELANGOR DAN PERAK DAN TERJADI PERISTIWA ANAK MELAYU KELANTAN DIBUNUH.... KITA LIHAT LA APA JADI MASA TU. ALANGKAN LAWANBOLA KALAH PON NAK MENGAMUK. SAUDARA PUNYA BLOG... SUDAH SUDAH LAH TU...
byk bukti gambar2 dan saksi2 mereka yg berada di masa tu ..pak bakaq mana masa tu ..sedap2 aje nak tulis mcm ni .... hang kalau gila nak jadi barua cina jangan le nak bodohkan org pak bakaq woi ...hang ajak le geng2 jual agama PAS hang masuk DAP lg senang ...sampahhhhh
...MAY 13, Jom kita relax & berpikir sejenak dengan puisi ini
SAHABATKU - (Kepada Dr. M.K. Rajakumar) Fragmen
…Bilakah kita dapat memadamkan
Perbezaan keturunan yang kian membakar kita
Dan membiarkan curahan minyak yang kian menyala
Oleh mereka yang sering bermuka dua?
Bilakah kita dapat mempertaruhkan nasib
Anak-anak kita yang tak berdosa
Dan generasi akan datang keturunan kita
Menjadi mangsa keturunan yang berbeza
Oleh mereka yang mementingkan laba dan kuasa?
Bilakah kita dapat menimbusi jurang perbezaan
Kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan berlebihan
Antara dua golongan darjat masyarakat
Suatu janji dari erti kemerdekaan?
Bilakah semua warganegara mendapat hak
Layanan dan keadilan yang sama
Dikenal dengan satu rupa nama:
Bangsa Malaysia?
(‘Sasterawan Negara – Dr. Usman Awang, )
Puisi ini tidak ngam untuk Geng Songkok Tinggi(GST), pengikut Berahim tongkat Ali, Orang Kuat Umnu (OKU), gerombolan C.S.Lek Kong Kek, geng Sami Value, Tsu Kun & gerombolan ultra racict nationalist xtreme cibai lahanat. Cintailah Malaysia, Selamatkan Malaysia. Malaysia Tanah Airku...
... Benarlah kata Menteri Besar Kelantan kini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang rusuhan perkauman pada tahun 1969 itu, "bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan".
gua manyak respect dengan SI FU Tok Guru Nik Aziz. umno,mca,mic-PERIKATAN/BN adalah parti racist sempit & Gerakan masa itu telah mengajar orang Cina menjadi chauvinist egoist lalu membutakan mata dengan reality sejarah Malaysia. umno-BN masih menggunakan perkauman melayu untuk kepentingan politik mereka & mereka disokong oleh cukong2 Cina yang berkepentingan...
Pak baqaq,
Hang memang pengecut. sy punya komen tak keluar
Pak Bakaq
si Bahlol Qinzire Wangsamaju tu ingat rakyat dan PKR benggap macam diri nya. ni nak lompat katak macam Zul Nord-dhing-ghell pulak. tengok baca tulisan dari papaer DUMNO DAPCO bawah nih, lawak betul si Bahlol nih.
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31841:wangsa-majus-wee-to-quit-pkr&catid=21:special-reports&Itemid=100135
Wangsa Maju's Wee to quit PKR
SPECIAL REPORTS
Friday, 14 May 2010 Super Admin
.
Wee is expected to announce his decision soon. When contacted, Wee who once again criticised the handling of the corruption claims against Selangor-government owned Kumpulan Semesta Sdn Bhd by its Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, described it as another flip-flop move and it was done in bad taste.
The Malay Mail
Wangsa Maju Member of Parliament, Wee Choo Keong is set to quit Parti Keadilan Rakyat.
Wee who has been vocal against Pakatan Rakyat leadership and embroiled in major criticisms against the party's motives told The Malay Mail this morning : "I am compelled to call it a day.
"As this matter involves principles, I am compelled to do this," he said.
Anno 20 : Betul kata awak. Puak mana yang bagi :
1. Kerakyatan pada Gagak dengan khin...ni..
2. Puak mana yang bagi tanah kat diorang
3. Mengundi untuk diaorang.
4. Macam-macam lagi..
Kadang-kadang mereka tak minta, tapi dapat demi mengekalkan kuasa...
Bila Melayu minta mereka buat tak tahu...
Macam gampang puak-puak ni....
Aku pun dah haramkan undi aku buat puak-puak ni..
UMNO sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu... kini dan selama-lamanya...
memang ini negeri melayu....buruk baik memang org melayu yang buat pasal ini negara kita.. negara melayu.yang kauorang dok sibuk apa kau bukan melayu ke kau nak puja cina ke indiake kau punya pasal...kau nak rebut undi cina kau burukkan orang melayu... apa jadah nya kau ni...melayu bangkit masa tu pasal cina dah berani nak cabar melayu..tapi kalau kau nak tau org melayu jugak yg banyak selamatkan cina...klu tidak dah lama dah habis bangsatu.....yg kau ceduk tu bukan fakta sejarah itu cakap org nak mintak undi.klu tak tau duduk pekara sebenar jgn cakap la lagi baik......
umno bkn pengkhianat bangsa melayu..umno dh tolong tanah melayu utk merdeka,bebaskan diri dari penjajah..tapi umno kene ambil kira kaum-kaum lain juga sbb kita perlu bersatu untuk bebaskan diri daripada penjajah..sbb british dh bgtau awal2, kalau nk merdeka, melayu cina india kene bersatu..kalau tak smpi skang ni kita dijajah lagi..negara dan kita tak berdaulat..pikir la skit..cuma org melayu ni baik hati sgt,bila baik hati, ada yg mengambil kesempatan, kurang ajar dgn orang melayu..tak mengenang budi....bodoh!! cuma org melayu kena pertahankan tanah melayu kita, jgn smpi kita jadi mcm singapore, melayu sana tak mcm melayu dh...kalau korg menghayati 7 wasiat majlis raja-raja melayu..korg msti menangis mengenangkan org melayu skang...cari buku perlembagaan, baca perkara 153..itu hak kita...
pandai la ckp umno..pas kelantan tu dah 20 tahun perintah kelantan apa pun takde..harap kb mall je..jangan asyik nak salahkan umno je...mcm org cina tu baik sgt..tgk skrg la,org cina bkn pandang melayu pun,kalau takde drng nak dr kita,jangan mimpi la drng nak kawan..drng tgk org melayu mcm anjing je..