Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangankan yang waras, MIC pun tak hormat Umno

Podaaaahhhh!!!! Seolah-olah itulah kata S Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (lihat berita Malaysian Insider hari ini "Anak Samy Vellu pertahan dakwaan terhadap Umno").

Semalam, Muhyiddin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Hari ini, Vell Paari enggan menghentikan tuduhan itu. Saya sebut enggan menghentikan sebab dia bukan sahaja tak tarik balik malah mempertahankan tuduhannya bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” katanya.

Dia peduli apa. Dia tahu, sehebat mana pun dia maki Umno, bila tiba pilihan raya, pemimpin-pemimpin serta orang-orang Umnolah yang akan jadi kuli untuk memenangkan calon dari MIC. Lihat saja bagaimana Umno mengkulikan dirinya dengan penuh perasaan kepada calon dari MIC dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Jeritan Umno bahawa dialah "juara pembela Melayu" memang sedap didengar oleh orang-orang yang berlagak dan enggan belajar dari sejarah. Sesedap itu jugalah nikmat yang dirasai oleh MIC ketika ia mengkulikan "hero Melayu".
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. lorrr... muhyiddin tak ngaji sejarah kot.... beliau (muhyiddin) kan kuli MIC jerr... buat ke benda anak boss MIC nak dengar cakap kuli bapak dia... hehehe...

  2. MELAYU YANG MEREMEHKAN MELAYU APABILA BANGSANYA DIHINA ADALAH MELAYU YANG BANGSAT

  3. Wed, May 26, 2010 at 2:01 PM,

    Komen hang terpaksa diedit:

    ********** ****** NI NAMPAK MELAYU LEMAH, DI NAIK KEPALA LAH, MACAM BAPAK DIA, DIA INGAT MIC TU BAPAK DIA PUNYA ... PEMIMPIM MELAYU JADI LEMAH SEBAB MELAYU SENDIRI YANG TAK SUDAH SUDAH MAHU MENJAHANAMKAN MELAYU .. POORAHHH ... BAGI LAH SUMBANGAN YANG LEBIH KONSTRUKTIF UNTUK MELAYU MAJU ....

  4. Bagaimana pula Pas mengabdikan diri kepada bos DAP di Sibu? Siap kutip derma bantu DAP. Punyalah taksub sampai jadikan Pas parti multi agama dan multi racial. Tiru cara DAP. Pertubuhan islam tapi penyembah berhala pun boleh jadi ahli. Bila sayapni berjumpa arak jadi hidangan. Ahli2 Pas yg lain tiada pilihan sebab arahan DAP.

  5. caca merba habis satu malaya

  6. tahun lepas semasa kongres MIC, UMNO bagi peruntukan RM 4 billion pada Mic,

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008