Sedap!! Klik gambar di atas!

Ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung tengkuk depa?

Bercakap mengenai judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010, Haji Mohamad Sabu berkata:
"Tak perlu ulas panjang-panjanglah, Cina MCA pun tak setuju" (lihat berita Harakah Daily 20/5/10 bertajuk "Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi")
Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong. Berita Era Pakatan 18/5/10 bertajuk "Ah long pecah masuk rumah peminjam kerana gagal bayar hutang" memetik Chong berkata:
"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".
Berita Mingguan Malaysia hari ini bertajuk "Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia" melaporkan:
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

"Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

"Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi," katanya.
Riuh-rendah dah orang menentang judi tu, sedap mulut ja dia kata dia belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat. Kalau kita kata kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebenarnya kerajaan buta dan pekak, tentulah pak yet-pak yet depa angin satu badan. Kata buta perut lagi la depa marah.

Hampa heran ka bila kepala-kepala Umno memberikan reaksi seperti itu? Jangan lupa berita Malaysiakini 20/5/10 lalu bertajuk "Judi, Perkasa: Najib membisu" melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib.
Awat lagu tu?

Laa, mudah ja. Sebahagian yang amat besar dari dana politik Umno dan BN datang dari tuan-tuan agung mereka termasuk si tauke judi Tan Sri Vincent Tan. Dalam posting bertajuk "Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?", saya dah sebut:
...poster-poster, banner-banner, markas-markas serta apa saja yang hampa nampak hebat sangat yang ada pada Umno BN, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan tauke-tauke judi seperti tuan besar mereka, Vincent Tan - sebahagian besarnya adalah sumbangan hasil perjudian seperti Empat Nombor Ekor Magnum, Toto, Damachai dan loteri. Yang tu hampa jangan lupa.
Sebab itulah, menentang judi bola sepak yang dilesenkan kepada kompeni tuan agung depa Vincent Tan tu sama seperti memancung tengkuk Umno - musnahlah saluran nafasnya. Dah musnah saluran nafas, jawabnya tak bernafas lagi la.

Hampa ingat dak cerita Perang Badr? Tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi hakikatnya memusnahklan laluan perdagangan puak musyrikin Makkah. Ia sama seperti memancung tengkuk depa.

Hari ini, dalam keadaan ia begitu berkuasa, hampa ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung tengkuk depa?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pas cuba memainkan isu judi,penarik beca jadi agen pecah belah,

    pas parti bertopengkan islam,dikelantan,sel banyak pusat judi,

    jadi saya berharap penarik beca agen pas ,desak pas supaya tutup

    pusat judi tersebut,itu pun jika pas/penarik beca ada telor 2 biji,

    jika tidak jangan lah nak jadi juara,rakyat sudah nampak..pas suka menimbulkan suasana tak aman...dan kalau dipihak pas yg haram jadi halal...

  2. penarik beca ,elok tukar nama kepada penarik kereta,kerana bank tak kan tarik beca buruk tu, u dah ketinggalan 35 tahun kebelakang,patut lah bengap sanat.

  3. Dua dua mangkuk ni memang kaki ekor. Kalau dibatalkan judi bola miss la dua mangkuk ni nak betting.

  4. bukan mudah nak sedarkan Bapa Judi, bila bapanya sendiri dah jadi Bapa Rusuhan Kaum. darah daging setan, malaikat maut aje yang boleh sedarkannya.

  5. Wahai anonymous 11:55, 11:59,

    Awat berani pukui curi aje? Gentleman la sikit...pakai nama samaran pun takut?!! Ciss!!!

  6. pesanan utk sape2 yang menyokong bn, ingat mereka akan dapat saham judi, esok dekat padg masar jawablaaa. lepas ni minta dekat bn lesen pelacuran pulak barula takde pelacuran haram.

  7. ingat nak berpolitik zaman la nie boleh pakai ayaq lioq ka?! yang paling elok pak bakaq dengan kick de fella kena cukuq kepala bagi botak kurung dua-dua dalam satu bilik!!!

  8. asalamualaikum

    penarik beca, aku nak sangat kau tunjuk bukti yang UMNO tu disponsor oleh taukeh judi, kalau kau tak tunjuk bukti, aku akan ambil statement kau kat atas tu sebagai fitnah. aku nak juga tengok umno tu jatuh, tapi bukan jatuh atas sebab fitnah tapi jatuh sebab kebenaran yang konon-konon puak kau perjuangkan. kau tahu dosa fitnah kan, apa guna banyak link tentang islam tapi isi blog penuh dengan dusta, sama ja macam kau yang gigit tuan kau bila kau dah tak diberi kerja. dan satu lagi, kau tak pernah sentuh sentuh pasal ds anwar ibrahim, apa sekarang dia dah jadi tuan kau ka...

    wassalam

  9. Barua yahudi (umno) sudah datang..
    takut dengan bayang2 dacing kerna kebodohan najis
    huhuhuhu..

  10. Helo Anon Sunday, May 23, 2010 11:55:00 AM GMT+08:00,

    Siapa yang berkuasa meluluskan lesen judi dalam negeri...? Cuba siasat secara telus, berapa banyak lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam negeri yang mereka tadbir..?

    Semua kedai judi yang ada dalam negeri kerajaan Pakatan Rakyat membayar cukai pendapatan mereka kepada siapa..?

    Kalau semua orang tidak kira apa jua bangsa dan agamanya membantah judi bola diluluskan kenapa ahli UMNO diam membisu. Apakah ahli UMNO tidak beragama sehingga tidak tahu bahaya judi itu boleh merosakkan maruah diri dan institusi kekeluargaan...?

    Atau ahli UMNO semuanya akan jadi pengkhianat pada agama, bangsa dan negaranya apabila matanya dibutakan dengan rasuah, telinganya dipekakkan dengan rasuah dan mulutnya disumbatkan dengan rasuah...?

    Kerajaan pusat meluluskan lesen judi, kemudian kamu suruh kerajaan Pakatan Rakyat membatalkannya..? Bangang jenis apa yang ada dalam otak kamu sehingga pemikiran kamu setaraf dengan Khir Toyo..?

    Sekiranya lesen judi bola itu tidak ditarik balik, semua ahli UMNO tak kira jantan atau betina mesti dipersalahkan.

  11. bakaq,
    ada lagi rupanya orang umco yg percaya dana pilihanraya depa adalah dari yuran ahli setahun RM5.

  12. aku heran betullah kenapa lesen judi ni ashik diberikan pada orang bukan melayu.kalau ditawarkan pada orang melayu kan bagus. bertambah 3,4 orang jutawan melayu. boleh angkat muka dengan bangsa bangsa lain. haram? memang orang islam tak boleh berjudi tapi orang melayu boleh.

  13. lulus lesen judi bola dan judi MKT (Magnum...Kuda.. Toto..), tokey kilang arak, menipu Orang Melayu,semuanya datang dari idea pemimpin UMNO orang Melayu.

  14. PAS MESTI SAMAN PEMUDA UMNO MENFITNAH SETUJU ALLAH ITU TRINITY

    Adam Jalil

    Pas yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, Datuk Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.

    Sebelum Pemuda Pas mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri ini.










    http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9799

  15. aku tabik Anon#12....tambah sikit lagi;

    orang islam tak ambik yahudi jadi penasihat
    orang melayu UBN-APCO sembah yahudi habis2an.

  16. Pak bakaq,

    Judi tetap haram

  17. JUDI, sememangnya banyak merugikan si penjudi. Jgn ingat orang Islam saja yg haram berjudi. Agama lain pun melarang perbuatan berjudi ni.

  18. Batal kan terus siaran bola sepak piala dunia, lagi baik.

  19. SOALAN: Islam mengharamkan umatnya berjudi,meluluskan lesen judi?dikira bersubahat kan? tetapi bagaimana pulak dgn Babi,makan umat Islam diharamkan kan?kalu bagi lesen?buat kandang yg moden berteknologi tinggi? sediakan tempat? itu bersubahat atau apa? minta pejelasan dari sesiapa yg lebih arif, saya jahil..terima kasih..Wassalam

  20. Anon 9:50 Yuran ahli RM1.00 je. Itupun ketua cawangan bayarkan.

    Rumah org yg aku beli dah 18 tahun ni pun setiap tahun datang 7 surat panggil ke mesyuarat umco. Orgnya dah takde, yurannya dibayar setiap tahun oleh ketua cawangan yang mabuk kuasa.

    Sebab tu umco tak bantah judi, ahlinya dah tak berapa ramai dah.

  21. Anonymous 1 dan 2 ni Yahudi species Dajal ke? sampai tak faham issu atau segaja buat tak faham.Dah memang Issu Judi isu Judi lah jadinya yang dok tuduh Pas cuba main isu judi tu apa hal pulak....bodoh tak boleh di ajar betul .Pokok nya Judi itu Haram disisi ugama kalu dijadikan halal melalui kelulusan lesen kerajaan pusat maka jadi lah Issue.Macam tu tak boleh faham kah???????

  22. Anom 10.35 Yuran ahli dah percuma sekarang. Jangan selalu ditinggal dek bas nanti banyak fitnah dan maklumat separuh masak dijaja merata tempat.

  23. ..puak2 nie buta mata hati kot?!

  24. bkn setakat buta mata ja,buta perut..kedai2 judi dekat negeri pakatan sapa yg luluskan dulu???bukan UMNO ka?yg dok ada la ni pun taik2 puak tu la,pastu kata negeri pakatan bnyk judi,bengong ka apa?baling batu sembunyi tangan..puak2 ni perosak bangsa,perosak agama,konon bela agama&bangsa..piiiirahhhhh!!!nyesal sokong hampa dulu bertahun2...hipokrit!!!

    -ex-PemudaUMNO-

  25. hampa UMNO yang takdak telor....!!!dok ikut telunjuk ja,YES BOSS!YES BOSS! takdak maruah..kerana duit hampa sanggup dicucuk hidung mcm lembu,lembu pun bleh melawan tuan dia kalu tuan dia nak sembelih,ini hampa org nak sembelih,boleh bagi leher hampa kt depa..mknanya hampa lg bodo dari lembu...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008