Sedap!! Klik gambar di atas!

Di mana sultan Selangor?

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - ucapan sultan Azlan Shah ketika beliau dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
Prof Dr Abdul Aziz Bari bertanya:
Di mana sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluaran arahan untuk menghalang tazkirah di masjid-masjid dalam bulan Ramadhan? Apa yang sultan itu buat ketika Khir memusnahkan sebuah masjid di Bangi dan mengunci* satu lagi masjid di Batu Tiga beberapa tahun lalu.
Raja Petra pula berkata:
The monarchy is suffering from a serious case of a bad image. Malaysians no longer look at the monarchy with respect as in the days gone by. The dignity the monarchy once had is no longer there. If you were to conduct a poll or referendum, you would most likely find that more than 50% of Malaysians would vote in favour of a Republic of Malaysia.

Under Malaysian law, this is a crime under the Sedition Act. If you ask for the monarchy to be abolished you can be arrested and sent to jail. So no one dares say so openly. But in the privacy of their homes or in closed discussions, the majority of Malaysians would admit they see no more use for the monarchy.
Malas nak terjemah. Tapi lebih kurang dia kata, kalau kita minta sistem beraja dalam negara ini dihapuskan, ia satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Tapi secara bisik-bisik sesama sendiri, majoriti rakyat mengakui bahawa mereka tidak nampak sebarang manfaat.... (Malaslah nak tulis habis. Pi baca sendiri dalam artikel Malaysia Today semalam bertajuk "Restoring the dignity of the monarchy").

Yang menarik sangat untuk dinantikan, adakah selepas ini ada pulak yang menggelejat dan membuat laporan polis terhadap Dr Abdul Aziz dan RPK?

Tu yang menarik. Yang meluat sangat untuk dilihat ialah apabila PAS buat hal yang tidak pro-raja, Umno yang memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide mengamuk. Bila Umno pula buat hal yang tidak pro-raja, PAS menerkam giliran dia pula untuk mengamuk.

Berkaitan:
Nak buat lagu mana, aku selalu minum kat Selangor (29/4/10)

Nota kaki:
*Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 114:
Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Kata as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir:
Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan untuknya…juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat” (1/144, Beirut: Dar al-Khair).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya harap penarik beca ni disumbat dlm lokap.tlg jgn jadi lebih padaia dgn membuat adndain sendiri berkaitan dgn sistem beraja.ini lah susahnya bila dah jumud.bkawan dgn syaitan pun dah Jjadi halal

  2. bakaq, x der orang nak komen...
    nanti dituduh derhaka...

  3. sultan2.
    bila rakyat susah ada sultan nak tolong ker. ada rakyat tak makan beberapa ari ada sultan nak tengok ker. macam ni ka dikatakan pemerintah. idup aku nih tk dak pun sultan nak tolong. kalau aku tak kerja, ada ka sultan2 nak bagi duit. yang buat perjanjian ngan raja2 melayu dulu tu (demang lebar daun) entah betul entah tak. mana ada dokumen. tak pernah pun aku tengok. lagipun aku nih bukannya keturunan dia. pi mampos la.

  4. Very interesting and revealing article. What with malas-malas ni, bro? Lazy Sunday's syndrome kot, hehe. Cheers.

  5. Salam bakaaq

    Org kg aku kata, hang ni cari maru.

    Memang la "berkata benar walaupun pahit lepang". Terpulang la, tunggu respon lepas ni dari pihak2 yg tengah tak banyak projek-projek anugerah ni akan menziarah balai2 polis sambil buat laporan polis tentang artikel hang. MAD Baling

  6. aku pehatikan skarang ni RAJA-RAJA & SULTAN ni dah banyak bercakap mengikut rentak UMNgok yang suka mengadu domba semata-mata nak megheret pihak ISTANA dlm kancah POLITIK BANGSAT diaorang nii...padahal PARTI BANGSAT UMNgok ni le yang dulu nye MEMBULI SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU MASA SI MAMAK KUYAKUTTY TU MEMERINTAH..apake bendanye RAJA-RAJA MELAYU MUDAH LUPA...LEBIH-LEBIH RAJA PERAK NIII..

  7. poster tu bertepatan sekali dengan titah sultan selangor.....
    bacaan yasin untuk kamalanathan..

  8. majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk calon BN Hulu Selangor!? WHAT THE F**K!!?

  9. manusia sama sahaja,dari Adam dan Hawa, dari saripati air yang hina (mani).Kemudian Allah mengangkat darjah (darjat) , muliakan mereka atau menurunkan darjah (hina) . Siapa yang dimuliakan Allah , dialah yang berjaya dunia dan akhirat. Islam lah yang memuliakan manusia.

  10. sejak bila BN tau baca yasin dan solat hajat tu??? macam ada yg pelik pulak bila baca banner tu. tapi ok la kan... 1 malaysia dan lepas ni 1 agama plak.

  11. masyaallah, aku ingat pakat dok baca utk budak2 ambil periksa aja,nak beertanding phanraya pun baca yassin.Ni kalau jumpa Dr Asri saheh kena sengat cukup......kena ambil fatwa Datu Harusana...kot

  12. Boleh saya nak tambah sedikit Pak Bakaq? Semasa khir toyol memberi arahan mengharamkan tazkirah di masjid-masjid sekitar selangor, masa tu sultan sedang berada di hard rock cafe mendengar tazkirah di sana. Lepas ni siapa nak buat repot polis, dipersilakan. Saya sedikit pun tidak gentar dengan hukum dunia ni. Untuk pengetahuan semua saya adalah dua pupu kepada sultan selangor sekarang ni di mana datuk saya dan nenek sultan sekarang ni adalah adik beradik. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Di alam barzakh nanti 2 malaikat yang bengis tidak akan bertolak ansur walaupun dengan yang bergelar sultan atau presiden umno sekali pun dalam menanya soalan-solan kubur walaupun kubur sultan cantik berhiaskan batu marmar yang mahal-mahal. Kalau semasa hidup melakukan perkara mungkar serta maksiat, maka akan dibelasahnya mengikut arahan yang Allah telah tetapkan. Tidak ada PDRM, SPRM yang akan membela siapa saja di alam barzakh sana.

    Terpulang Pak Bakaq kalau berani nak siarkan komen ini kerana pada saya, saya hanya takutkan Allah. Biar pun ditusuk besi panas ditengah-tengah kepala, yang penting kita mesti bertakwa (thaqwa? tak tau mana satu ejaan yang betul).

    Wallahualam...

  13. anak raja selangor kalau betul2 berani tulislah detail nama dgn address rumah..kalau setakat goreng macam ni budak darjah satupun boleh tipu

  14. Bhai Pak Bakaq,

    Gua dah terangkan gua punya hujjah kat satu blog gua (gua ader berpuluh blog... hahaha) tentang pendirian gua dengan kepimpinan nih....

    Cakap banyak karang... kena Akta Hasutan..

  15. Nak komen sikitlah..Pak Bakaq.. Status Sultan2 di Malaysia ni mengapa kena sebut Duli yang "MAHA" MULIA. 'MAHA' itu apa maksudnya? Kalau tak silap saya "MAHA' ni bermaksud "the most supreme",atau bermakna "Yang paling/yang amat" .Jadi siapakah yang sebenar2nya bersifat 'MAHA' ini? Makhlok seperti kita semua atau Sultan2?. Kembalilah ..dan sedarlah.. Sifat 'MAHA' ini hanya sifat ALLAH semata mata. Tiada sifat 'MAHA' kepada makhluk. Kalau saya jadi Sultan sudah lama saya minta supaya jangan muliakan saya setaraf sifat Allah.Nauzubillah...astagfirallah. Ikhlas dari Leman.

  16. SULTAN KENA SEDAR YANG MEREKA SEDANG DIPERGUNAKAN OLEH UMNO.... YANG MENYEDIHKAN JIKA ADA KOMPLOT ANTARA ISTANA DAN UMNO SEBAGAIMANA DI PERAK... SIAPA YANG TAK SUKA IKUT ARAHAN ALLAH SILA KELUAR DARI BUMI INI... BUKAN SETAKAT SELAGOR JE.... KAT NEGERI2 YANG DIPERINTAH BN SULTAN SENYAP JE.. YANG PELIKNYA DI NEGERI2 PR SULTAN TERLEBIH LAH PULAK... JIKA ADA TAKHTA TAPI TIDAK BERTAKHTA DI HATI RAKYAT... TIADA MAKNA TAKHTA TERSEBUT.. SYA SETUJU DENGAN RPK BAHWA DIHATI RAKYAT SUDAH LAMA SULTAN TIDAK BERTAPAK KECUALI SULTAN YANG RAPT DENGAN ALLAH..

  17. pandangan aku sama dengan lagu butterfinger- daulat tuanku. raja adil raja disembah raja zalim raja di sanggah-petikan kes menteri besar terengganu.

    islam tak rosak zaman rasullullah, islam berkembang zaman amirulmukminin. tapi islam mula jatuh zaman sultan. yang akan bangunkan islam bukan sultan mahadi tapi imam mahadi dan mengikut kepercayaan islam Nabi Isa akan turun ke bumi bukan Sultan Isa.

    sultan wujud disebbkan kehebatan, keislaman dan keadilan individu yang bergelar sulatan, bila sultan hanya wujud sekadar warisan anak beranak (tanpa kehebatan, keislaman dll) maka di situ bermula kejatuhan sultan- rujuk empayar turki & Kesultanan Iran.

    budak baru bersejarah

    generasi bundle

  18. Allahuakhbar!

  19. Baguslah Sultan Selangor dah tak kasi orang jual ugama dalam masjid. Tak habis-hsbis golongan ini mempergunakan ugama atas kepentingan diri sendiri. Jangan kita nak cari makan pun nak gunakan ugama. menjijikan.

  20. Anak Raja Selangor,

    1) Taqwa, sama-sama kita usahakan

    2) Thaqwa - restoren mamak di Tmn Sri Gombak. Aku pun suka pi pekena teh pasai dia tak juai rokok, sambil2 minum dia pasang cd quran. Pekerja pun dia tak amek dari chennai yg ada tande di dahi.

    3) Bab raja2 ni.....kat THAQWA kita cerita la !

  21. Ya..bila zaman sudah semakin moden dan canggih kita telah mulai melihat langit terbuka dan kita sedar. kita bertanya, untuk apakan lagi institusi raja ini? kita sediakan mereka istana jutaan ringgit, kita kenyangkan perut anak isteri dan segala kaum kerabat mereka dengan sekenyang-kenyangnya. Kita dahulukan segala projek rakyat untuk disapu keluarga suku sakat mereka. Apa yang mereka berikan untuk kita? Apa sumbangan mereka kepada kita, rakyat jelata kononnya ini?

    Alangkah membazirnya kita...kalaulah wang ringgit yang kita curahkan kepada kroni mereka itu dapat diterjemahkan kepada beberapa buah rumah sempurna untuk kaum nelayan dan petani kita yang miskin..kalaulah wang itu dapat digunakan bagi membiayai pengajian anak-anak kita sehingga ke peringkat tertinggi..kalaulah wang itu dapat digunakan bagi membiayai belanja perubatan orang-orang yang tidak berkemampuan...kalaulah wang itu....

  22. Ehh..solat hajat dan bacaan Yaasin utk calon pilihanraya boleh pulak?
    Bukan politik ker..?!
    Kuliah, tazkirah, ceramah dlm masjid yak boleh!
    Dunia..dunia...

  23. Koi tak nak campur hal raja-raja ni. Tapi pemuda Umno memang suka sangat mengadu pada polis, satu hari nanti kalau seluar dalam mereka koyak pun, mereka akan repot polis kata orang Pakatan Rakyat rentap! Polis pun syok jugalah, banyak repot dapat, gaji ada sikittt naik! Pemuda Umno dengan polis memang rapat kerana PRDM (Polis Raja Di Malaysia) sekarang ini!

  24. gua respek tengku faris.. hasil didikan tok guru.. 1st time aku tgk seorg raja yg btl2 sempoi dlm tv smlm.. dgn kpla botak n pkai jubah, relax aje pi mlwt pengwal yg kna tembak kt spital.. btl2 cool.. hehehe... mcm tok guru je..

  25. Pak Bakaq,
    Hang jangan lah bagi contoh Prof Aziz Bari dan Raja Petra. Cari contoh lebih bagus sikit. Mereka berdua bukan popular kalangan orang Melayu. cerita Bangi tu dulu,aku ingat betullah cerita PAs tu dulu tetapi kena berlaku adil,tanyalah orang biasa (bukan sokong mana2 parti politik)apa yang sebenranya berlaku. Sepatutnya taraf Profesor kenalah betul2 cakap macam Profesor. Sekarang ini Profesor Pakatan pun cakap sama bunyi dengan Profesor UMNO. Yang cerita Raja Petra , tak payah nak cerita la, dia saja yang betui.

    ADA SATU PERKARA NAK BAGITAU,DENGAQ BETUI2 ===== Orang melayu Pakatan jangan seronok sangat dapat sokongan Cina, lebih 80 pertus kerana ia menunjukkan bahawa kena lebih berhati2 juga. Bersungguh2 UMNO duk ingat dapat sokongan kaum Cina (sebab itu Muhyiddin duk kira 6000 undi lebih) tapi kalah teruk sampai 80 peratus Pak bakaq. Pandai sungguh lakukunan mereka. Mereka ibarat lalang. Tak risau ke orang Melayu PAkatan , tiba2 perkara sama berlaku pula kepada PAs atau Melayu PKR akan datang?

  26. wow !!! umi kalsom ... cian la kepada pak bakaq, daripada sumbat pak bakaq dalam lokap baik anda komen tentang banner bacaan yasin untuk si kamalanathan tu ...

  27. pegi mampos dgn umi kalsom! melayu bodo!

  28. Bagus la wahai anak raja krn tidak berat sblh. Masalahnya UMNgok suka fitnah, addomba, mencucuk. Dan....bacaan Yaasin utk Kamal? Biar betul!!!!! Tok2 lebai UMNgok tak nak komen ke?????

  29. Banyak komen yang tak dapat saya siarkan kerana aku takut kena tangkap. Selain itu, saya siarkan juga komen nombor 24 walaupun saya nak termuntah sangat2!

  30. Pak Bakaq, hang ni penakut gak nooo, takut kena tangkap dgn Polis Raja Di Malaysia @ Zionist. Pasai apa hang nak termuntah pulak, bini hang mengandung ka? Komen 24 tu apa salahnya pun, benda betul. Hang cari anak raja mana la ni boleh jadi imam, sembelih korban..habaq mai. Tok sah la hang bermusuh dgn TGNA, berapa depa dah bayaq kat hang? ha 4 juta?

  31. gua rasa sultan yang jahil ni, banyak menyusahkan

  32. Anak Adam kalau ikut nafsu lesu, ikut hati mati.
    Tak kira Presiden ke Pee Em ke Sultan..sama aja.
    Yang ramai-ramai tu jangan pulak dicucuk hidung macam ternakan lembu sudah..

  33. As'kum pada semua pembaca komen yang muslim...
    Saya ghasa kita semua kena kembali kepada ajaran agama islam yang sebenar berpandukan kitab Al-Quran, Hadith Nabi dan ijma'& kias ulama2 muktabar, takira dalam hal politik, kehidupan bermasyarakat dan cara hidup kita seharian.

  34. hati-hati Pak Bakaq.

    Anon 1.06 pm (komen no. 25) tu sbnrnya penyokong umno yg malu nak mengaku UMNO. UMNO dah panas punggung bila ada komen Pro Aziz Bari. Korang tau tak, dari segi kajian akademik, Prof Aziz ialah org yg paling pakar sekali di Malaysia tentang isu kedudukan dan kuasa Raja2 Melayu menurut Perlembagaan.

    Dissertasi PhD yg dihasilkan Prof Aziz Bari pada tahun 1996 di University of Birmingham adalah berkaitan dengan The Role of Constitutional Monarch in Malaysia. Prof Aziz bukan mmpertikaikan kuasa Raja, tapi dia hanya mempersoalkan kenapa Raja2 Melayu ni sejak selepas PRU 2008 begitu assertive menegaskan kuasa dan kedudukan mereka terutama dlm hal2 yg berkaitan dgn Islam dan Hak Istimewa Melayu. Masalahnya, ianya hanya berlaku di negeri2 yg diperintah Pakatan.

  35. Sememangnya muslim semua kena kembali berpandukan Quran, hadith Ijma dan Qias.
    Tapi bagaimana pulak tentang kefahaman kita tentang yg tersurat dan tersirat.
    Cuba peratikan apa yg tersurat dalam protokol seangkatan apco

    5.1.

    What kind of government can one give to societies in which bribery and corruption have penetrated everywhere, where riches can only be obtained by cunning surprises and fraudulent means, in which dissensions continuously prevail; where morality must be supported by punishment and strict laws, and not by, voluntary accepted principles, in which patriotic and religious feelings are merged in cosmopolitan convictions?

    5.2.

    What form of government can be given to these societies other than the despotic form, which I describe to you?

    5.3.

    We will organise a strong centralised government, so as to gain social powers for ourselves. By new laws we will regulate the political life of our subjects, as though they were so many parts of a machine. Such laws will gradually restrict all freedom and liberties allowed by the Gentiles. Thus our reign will develop into such a mighty despotism, that it will be able at any time or place to squash discontented or recalcitrant Gentiles.

  36. Anon 34:

    Saya ini anon 25. Untuk pengetahuan tuan anon 34, saya ini memihak siapa yang benar ikut Islam. anganlah ngat UMNO buat semua salah.tak kan tak ada satu yang betui? PASpun belum pasti seratus peratus ikut Islam.

    Ada Phd tak semestinya pakar. Tanyalah anak2 kita yang mengaji di Universiti tempatan atau orang2 yang pernah berurusan dengan orang yang ada PhD. Saya bukan Sila baca semula apa dia tulis ikut cerita Pak Bakaq diatas. Saya tak memihak kat siapa pun, tolong baca betul2 kenyataan saya. Jangan cepat tuduh orang UMNO kalau apa orang tulis tak memihak kat PAS.

    Cuma nak bagitau Pak Lebai PAS dan Pak Keris UMNO, kamu semua kembali lah kepada Islam. tak ada gunanya kamu bergaduh2 jika niat kamu nak membangunkan Islam. Perjuangan Islam mestilah ikhlas ,tak payah nak duk tikam menikam, patut saling membantu dan eratkan persaudaraan. Jangan lah ada persaaan dendam dan benci sesama Islam, rosak amalan kita. Kita semua kembalilah ke jalan Allah. sama2 kita doakan kita semua selamat dunia dan akhirat.

    Kalau UMNO betul katalah betul, kalau UMNO salah kata lah salah. Kalau PAS betul katalah betul dan jika PAS salah katalaha salah. Kat blog UMNO pun, saya hentam UMNO, kat Blog PAs saya hentam PAS . Cuma blog PKR dan blog DAP saya tak bagi komen. Mari kita semua Ikut Islam, ikut jalan lurus jangan bengkok2.


    Saya tak ikut PAS atau UMNO atau PKR, saya ikut Islam dan pemimpin saya sentiasa dalam hati dan solat saya ialah Nabi Muhammmad SAW.

  37. Anon 13... apa perlu saya tulis nama penuh dan alamat rumah secara detail? Adakah supaya mudah sang penguasa zalim untuk ambil tindakan? Ingat... ini tahun 2010 bukan tahun 1970an lagi. Dulu orang menggigil dengan mata-mata. Orang sanggup cium tangan pm atau sultan. Tahun 2010 ini hanya si bodoh saja yang sanggup buat begitu. Jangan dipaksa untuk beri penghormatan. Saya dan kebanyakan saudara mara sendiri malu meletakkan pangkal nama raja atau tengku di hadapan. Cuma ada seorang dua saja lagi yang beranggapan bila ada nama raja atau tengku akan terlepas seksa kubur. Saya malu jadi seorang islam yang berketuakan orang jahil (bukankah sultan jadi ketua agama setiap negeri?). Kalau kamu ada peluang melawat istana (bukan secara formal) kamu lawatlah setiap istana di setiap negeri. Jangan dengar puji-pujian palsu dari pembodek, tetapi lihat sendiri kehidupan sebenar sultan-sultan di malaysia ini. Bukan sultan selangor sahaja, tetapi boleh dikatakan kebanyakan sultan tak layak menjadi ketua agama. Mereka hanya dipergunakan oleh puak-puak umno untuk meraih sokongan. Buat masa ini tak perlu kenal siapa saya untuk memudahkan penguasa zalim memburu saya. Jangan buat kerja bodoh. Cukup-cukuplah orang melayu dibodohkan. Jangan nanti tahun 2020 pun masih bodoh lagi. Burulah RPK dulu sampai dapat kemudian baru buru anak-anak raja yang lain untuk disembelih oleh penguasa zalim.

  38. Anon 25 (aka anon 36),

    Takyahlah nak putar belit. Nak kenal org UMNO ni senang aje. Kalau duk meneran cakap kononnya tak sokong mana-mana, tapi implicitly kutuk PR atau pandangan pro PR, sahlah UMNO tu. Ko ni dari awal merapu. Isu kat sini adalah berkaitan dgn pandangan Prof Aziz Bari. Takde satu pun pandangan ilmiah yg ko bawa untuk menangkis pandangan Prof Aziz. Cuma ada dua aje tuduhan ko kpd Prof Aziz, iaitu :

    1) Prof Aziz tak popular di kalangan org Melayu

    2) Prof Aziz meskipun ada Phd tak semestinya pakar

    Aku nak tanya, apa kaitannya populariti di kalangan org Melayu dgn kesarjanaan dan kepakaran Prof Aziz ? Dia peduli apa org Melayu sokong ke tidak kat dia. Tp aku rasa kalau Melayu UMNO mmg tak suka kat dia.

    Sekali lagi aku tanya ko, apa fakta ko kalu ko mengatakan analisa Prof Aziz tu tak betul? Bwk kat sini mari kita hujahkan.

    Anon 34

  39. salam! nak nasihat anon dll. Jika anon nak pilih suami, jika jumpa yg 100% perfect baru nak kahwinkah? saya rasa anon akan pilih yang terbaik seadanya.Itu baru perihal kahwin yg mana kahwin tidaklah wajib dalam keadaan tertentu. Tapi memilih pemerintah yang berdasarkan islam adalah wajib untuk sesiapa yang ada kuasa memilih (undi). Cuba anon nyatakan satu saja perkara haram yang diluluskan oleh TG Nik Abd Aziz di DUN Kelantan!Dan cuba anon senaraikan benda haram yang diluluskan BN di parlimen, mgkin satu malam tak habis! Kalau orang nak tukar note RM1 dgn note RM100 anon, rasanya sampai khiamat pn anon tk nak bukan? Jgnlah anon pandang maksiat derhaka BN kpd Allah SWT lebih rendah dari note RM100 anon. Soal kelemahan pemimpin individu jgn lah dibuat alasan kerana tak akan selesai, kerana manusia memang lemah. Hari ini PAS islamik, WAJIB PILIH PAS! Jika BN lbh islamik dan tidak taja makasiat nanti, WAJIB PULA PILIH BN! Dosa maksiat yang diluluskan BN akan dicatatkan kepada siapa lagi jika bukan kepada pengundi BN? Kita berlindung dari tipudaya syaitan! wallahu'alam, Takbir!!!

  40. Anon 38,anon 34:

    saya ini anon 25(aka anon 36)
    Saya mohon maaf jika awak marah kepada saya. Terpulanglah kepada awak nak kata apa2 kepada saya. Saya tidak ada niat nak burukkan Prof. Aziz Bari. Kerana saya sangat berharap sarjana2 kita menyatu padukan orang2 melayu dan Islam lain .Nak harap orang politik, sangat susah kerana mereka pun nak jaga periuk nasi masing2. itu saja.

    kalau prof Aziz terbaca komen saya dan kecil hati saya mohon maaf. Saya hanya beri teguran, cuma bimbang terkasar bahasa. Teguran saya tak semestinya betul. Tapi kita orang Islam kena pesan memesan tentang kebenaran dan pesan memesan tentang kesabaran. saya hanya hendakkan orang Islam bersatu. sekali lagi terpulanglah kepada tafsiran masing2.

    sekali lagi saya mohon maaf kepada semua sekiranya kata2 saya menyebabkan kemarahan saudara semua.

    Pak BAkaq, Saya pun mohon maaf kat Pak Bakaq kerana menyusahkankan Pak Bakaq kerana komen saya ini.

    Jangan bimbang lepas ini, saya tak komen lagi. Semuga kehidupan kita semua di dunia dan akhirat mendapat keberkatan Allah Ta'ala.

  41. lain kali bila nak bagi hujah guna akal yang waras jangan guna kepala lutut..patut tahu yang mana satu hujah yang mana satu fakta dan yang mana satu fitnah dan yang mana satu fikiran sempit...orang yang waras dapat menilai setiap jawapan serta hujah atau fakta.kita berminat pada fakta dan bukannya andayan liar yang tak ada kualiti atau Ilmiah..khas buat anon 13 grow up

  42. Baso bodo tok buleh nok diajar!

  43. Betul ke PAS ini Islamik atau hanya pada luaran saja dan juga mengunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri. Ramai juga orang maklum tentang perkara ini tapi tak kuasa je.

  44. Nak bersatu konon...! Boleh ke...? Bukankah dulu dah bersatu dan apa sudahnya....? Fikrah yang berbeda.., ada yang hendak tunduk dan patuh dengan perintah ALLAH dan di satu pihak menentangnya pula...!

    Inilah perjuangan dalam menegakkan kalimah ALLAH. DIA hendak melihat siapakah dari golongan hamba-hambaNYA yang beriman.

    Itu sebab ada Namrud ada pula Ibrahim. Ada Firaun terciptalah Musa yang membesar dalam keluarganya. Ada Abu Jahal, maka lahirlah Muhammad anak Aminah...!

    Ada APco-Umno ada Parti Islam SeMalaysia...,semua dan segalanya akan dihisab nanti...

  45. Anon 43......UMNO guna Islam untuk Politik tp PAS guna Politik untuk Islam...banyak bezanya tuu...

  46. Pak bakaq

    Hang pun akan jadi macam kicdefella juga nanti. aku jamin

  47. Kalau perjuangan yang dilakukan itu benar benar Kearah KeIslaman...kenapa sehingga sekarang masih lagi menjadi pembangkang....dah berpuluh tahun berjuang...tetapi masih lagi di takuk lama..perubahan berlaku hanya bila bergabung dengan puak puak kafir...dan itupun kerana bantuan puak puak kafir tersebut sahaja...kalau betul betul berjuang kerana ALLAH...maka bertanding lah secara bersendirian di seluruh DUN dan DP...sekian...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008