Sedap!! Klik gambar di atas!

Betul ka ada kotor, Khalid?

Berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "MP PKR beri Menteri Besar 72 jam, desak pecat 3 staf rasuah" melaporkan:
Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi 72 jam kepada Menteri Besar Selangor itu agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.

Manikavasagam yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sd. Bhd. kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.
Saya tak tau apa nak komen pun. Saya berharap Menteri Besar Selangor memberikan jawapan yang memuaskan, telus dan tidak mengelirukan.

Jika benar ada yang kotor, rakyat mesti bangkit menuntut pembersihan.

Berkaitan:
'Dedahkan pegawai KSSB yang seleweng' (Malaysiakini 9/5/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq,

    Cerdiklah sikit. Janganlah fikir lurus sgt.Dah byk contoh2 sebelum ni takkan tak faham lagi. Ni semua ni strategi dan helah bila nak melompat keluar jadi Bebas BN friendly. Semua duk meracau konon tak puas hati dgn kpimpinan parti atas macam2 alasan. Tengok ajelah Zul Nordin, Zahrain, Mohsin dan lain-lain lagi apa yg depa mbising bila nak keluar.

    Kalau betul ada rasuah dan penyelewengan, pergilah buat report kat SPRM atau polis. Biar depa yg siasat. Lgpun bukknay kita tak tau yg SPRM ni kalau melibatkan PR dia akan cepat aje menyiasat.Buat apa nak pergi ugut kat MB. MB bukannya ada kuasa dan kapasiti nak siasat dan tentukan seseorang tu makan suap atau pun tidak. Tu bukan kerja MB. Lagipun bukannya boleh sesuka hati nak buang orang hanya semata-mata berdasarkan dakwaan orang lain yg kita tak taupun buktinya kuat atau tidak.

  2. jaga-jaga. Lompat si katak lompat akan berlaku lagi. Fedup ngan wakil pkr. asyik nak lompat partije.

  3. Part ugut-ugut ini tak berapa bagus. Ada cara lain nak membersihkan rasuah SEMESTA.

  4. Wahai anon 1, saya setuju kemungkinan yang anda utarakan. Mungkin ada benarnya tetapi amalan rasuah memang berlaku dalam pentadbiran PKR mau pun PAS sendiri. Saya sendiri secara langsung terlibat dalam perniagaan dengan kerajaan negeri.

    Buat masa ini saya kira kerajaan negeri masih belum terlambat untuk bertindak. Tolong pantau ahli-ahli majlis anda walaupun bukan semua yang begitu. Boleh dikatakan kebanyakan mereka ibarat BERUK DAPAT BUNGA. Tak pernah dapat kuasa, tiba-tiba berkuasa, Semua mereka sapu. Kadang-kadang sapu bersih sampai kontraktor rugi. Tak perlulah ujud istilah tabung pilihan raya untuk ahli majlis. Nampak serupa umco je. Berikan saja pada projek pada kontraktor yang layak. Masa pilihanraya nanti mohonlah dana dari kontraktor yang terbabit. Itu pun kalau kontraktor nak beri. Kalau tak nak beri jangan paksa.

    Hati kami mulai tawar dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang kelihatan hampir sama dengan kerajaan umco. Kami mahukan perubahan bukan persamaan. Kalau sama juga lebih baik kami pilih umco yang dah establish.

    PAS pun sama juga. Bila tang duit ni Islam entah ke mana. Tolonglah, jangan rosakkan kepercayaan. Buang je mereka yang terlibat walaupun dah banyak jasa pada parti. Biar mereka melompat ke planet mana pun. Cadangan saya jangan buang diam-diam. Buang mereka yang terlibat disebabkan makan duit haram. Lepas tu umco nak ambil haram jadah ni pun rakyat dah tau. Kalau nak kaya jangan jadi ahli majlis yang elaun tak seberapa ni. Jadi je kontraktor sama-sama dengan kami. Lepas tu kita bersaing secara sihat.

    Jangan risau miskin papa kedana. Rezki kita Allah yang tentukan. Allah maha adil.

  5. biasanya, orang yang menjerit terlalak lalak 'pencuri - pencuri' itulah yang sebenarnya pencuri. tak perlu terperanjat yang menyalak yalak kepada MB itu sendiri yang gilakan nak jadi MB, kalau tak pun deputy MB ataupun deputy minister.

    dalam Pakatan Rakyat ni susah nak jadi kaya raya sampai cucu cicit pun boleh hidup kaya bila dia sendiri dah mati (kena seksa dalam kubur!). dunia dunia; orang yang gila dunia tak tenang hidup sampai mati. muka pun tak berseri, itulah manusia jahil lebih teruk dari biawak biawak hidup di ladang kelapa sawit.

  6. Dia dok bising suruh MB pecat, kenapa tak bagi bukti kat MB. Jika dah bagi kenapa tak sebut dalam artikel?

  7. Beri case rasuah ni pada SPRM sure boleh selesai punya..
    lagi lagi sebelah PR...SPRM lagi cekap...MB tak boleh main buang2 orang dari berita cakap2 saja..biar SPRM buat kerja..jangan risau kalau sebelah PR ..SPRM tak kan cover2 punya...kalau betul mamat2 tu rasuah memang patut kena humban...
    nak rasuah pergi join BN..kalau orang2 PR perangai macam orang2 BN...
    PR pun patut di humban...INGAT LAH KUASA RAKYAAT...

  8. Jebon,

    Takyah nak menyamarlah konon panggil UMNO apco. Nama pun jebon.Pergi berlatih lagi mcmane nak jadi cybertrooper yg pandai reversed psychology. Ko ni memang UMNO totok. Tapi saje buat strategi konon2nya. Kalau ada rasuah senang aje, tampilkan bukti dan pergi buat report. Jangan main tuduh umum mcm tu ajer.

    Aku tak nafikan yg dalam PR pun mungkin ada rasuah. Org PR bkn malaikat. Tapi jangan main tuduh rambang aje. Tunjukkan bukti dengan spesifik. Kalau setakat nak sindir PAS kes RM4 juta, ko pergi sembang dgn org kampung ajelah. Lainlah kalau ko ada bukti duit tu diperolehi dari sumber yg tak betul.

  9. Anon 8, kamu tu melayu totok sebenarnya. Sama saja perangai macam umco. Kalau salah tetap salah. Jadi kena ubah. Kenapa nak pertahankan macam polis pertahankan penembak-penembak tepat dia orang. Ada otak pakai, jangan pakai kepala lutut. Kalau bodoh pergi belajar balik. Saya cuma nak selamatkan PR dari terjerumus ke lembah hina macam umco. Kalau dah 2 penggal memerintah tapi masih tak berubah maknanya sama je macam umco. So, buat apa ada PR kalau macam tu? Nak membahagi-bahagikan kekayaan negara sesama sendiri.

    BODOH... Nama saja Pakatan Rakyat tapi perangai sama macam UMCO LAKNATULLAH. BERUBAH... Jangan sampai rakyat ubah.. BODOH!!!

  10. kahkahkah...
    jebon ni ka yang berlakon do re mi tu...

  11. Betul ke atau tak benar ke pokoknya tak mustahil kalau ada rasuah. Pada mulanya MB Selangor meramalkan hasil pasir dijangka melebihi RM100juta mengikut kaedah yg diperkenalkannya. Hasil pasir yg dikutip bagi tahun 2009 hanya sekadar RM.4juta sahaja.
    Dimana kesilapan? Baru-baru ini juga sejumlah kakitangan penguatkuasa ditamatkan perkhidmatan. Tugas mereka ini dikatakan bersangkut-paut dgn pemantauan industri pasir
    di Selangor. Kita tunggu apa jawapan dari Khalid Ibrahim. Mengikut pandangan seorang petugas, jumlah pasir yg diangkut keluar oleh kenderaan tidak sepadan dgn jumlah hasil yg dikutip. Ada yang tak kena. Dalam soal duit,manusia punya kelemahan.

  12. Jebon,

    Nak ubah apa? Nak ubah supaya balik ke dasar sama mcm Khir Toyo? Kau buta ke x nmpak apa perubahan yg dibawa PR di Selangor, Penang dan Kedah selepas PR memerintah?

    Aku dah cakap,PR pun ada kelemahan. PR bkn malaikat. Tapi cubalah ko detailkan sikit apa dia rasuah atau penyelewengan yg ko kata dilakukan oleh PR. Masalah ko ni sbb ko main tuduh rambang, tapi ko tak sertakan bukti. Kalau nak PR bertindak, bagilah detail supaya kjaan boleh amik tindakan. Betul, aku setuju dengan ko yg bnda salah tetap salah. Tapi aku mintak tunjuklah bnda apa yg salahnya supaya dapat diperbetulkan.

    Kau tu yg bodoh bahalol sebab main tuduh takde bukti. Sebab tu aku rasa ko ni cybertrooper UMNO. Nampak sgt takde modal, tapi tak abis2 nak samakan PR dgn BN.

    Anon no.8

  13. Cik Jebon, apa yg anon 8 mintak saudara buat adalah
    perkara yg cukup senang. Tunjukkan contoh apa dia yg rasuahnya PR ni berdasarkan pengalaman saudara yg mana saudara kata saudara ada pengalaman berurusan dengan krajaan negeri.

    Tapi saudara ni cuba nak pusing tajuk. Anon 8 tak pertahankan pun rasuah dalam PR. Cuma dia mntak bukti sahaja. Itupun lu takdek faham ka?............

  14. Pasai apa tak tau nak komen pulak...aku cadang komen la yang tu bukan rausah..yang tu derma ihsan

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008