Sedap!! Klik gambar di atas!

'Asabiyyah kepada pemimpin yang membiakkan political zombies

Antara sifat paling lumrah pemimpin-pemimpin politik ialah mereka suka berbohong, terutama ketika pilihan raya. Apa yang selalu terjadi ialah mereka menjanjikan bulan dan bintang ketika berkempen. Selepas pilihan raya, mereka bawa pelita minyak tanah sahaja kepada rakyat. Itu pun dengan segala hingar-bingar media yang menyebelahi mereka. Macam bagus sangat.

Tetapi bukan pemimpin politik sahaja yang salah. Rakyat pun salah. Pertama, mereka merasa lazat sangat kalau diri mereka ditipu dan diperbodohkan. Kedua, mereka tidak berfikir sebagai rakyat. Yang sokong Umno berfikir seperti Presiden Umno. Yang sokong PAS pun sama. Mereka tidak berfikir sebagai rakyat.

Satu lagi wabak yang kini amat teruk dihidapi oleh rakyat ialah penyakit taksub kepada pemimpin mereka. Bayangkan betapa gelinya mendengar lagu ketaksuban mereka yang amat meloyakan.

Dalam semua parti bersepah-sepah pemimpin-pemimpin oportunis dan pembohong. Memang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sangat murni. Saya tak peduli apa orang rasa dan kata tetapi bagi saya, saya rasa berdosa kalau tak menyokong fasal-fasal itu. Setakat itu saja sebab banyak sangat pemimpin PAS yang aku meluat. Bersepah-sepah di dalam PAS pemimpin-pemimpin yang bersifat pengkhianat, pembohong (termasuk dalam muktamar dan sidang akhbar), sapu duit tauke kononnya untuk parti, melantak balak dan sebagainya.

Walaupun begitu, kejahatan pemimpin-pemimpin politik biasanya disucibersihkan oleh penyokong-penyokong mereka yang 'asabiyyah. Kalau orang-orang Umno bercakap mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kita, setiap tutur kata diwarnakan entah apa-apa sehingga kita melihat beliau seolah-olah sedang melakukan pemujaan kepada dewa suci bernama Najib. Kalau orang-orang PAS bercakap mengenai pemimpin mereka pula, lagilah nak termuntah. Orang-orang PKR pun sama, macamlah kita tak kenal Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang DAP saya tak tahu kerana saya hampir tak pernah bergaul dengan mereka kecuali terjumpa sekali-sekala.

Ringkasnya, tidak ada parti yang suci dari pemimpin-pemimpin jahat dan kurang ajar dan tidak ada juga parti yang suci dari pengikut-pengikut yang taksub dan memperjuangkan 'asabiyyah kepada pemimpin-pemimpin mereka. Dalam parti itu ada orang jahat, dalam parti ini pun ada orang jahat. Dalam parti itu ada pejuang 'asabiyyah kepada pemimpin parti mereka, dalam parti ini pun ada pejuang 'asabiyyah kepada pemimpin parti mereka.

Pejuang-pejuang 'asabiyyah itu tidak berfikir sebagai rakyat. Mereka adalah gerombolan hilang akal - political zombies.

Tinggal lagi, apa yang nampak dengan begitu ketara kepada kita ialah Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah yang paling jahat. Hakikat itulah yang banyak orang tak nampak atau terlupa.

Saya menulis apa yang saya rasa di atas selepas terbaca berita berikut:
"We didn't really think we would get the aid, judging from past experiences, but Kamalanathan seemed different so we gave him the benefit of the doubt. And we got duped again."

She also expressed anger at the Umno group that told them that it had “come all the way from Sungai Petani to help you and promptly left without lifting a finger”.

"All we received from BN was RM200 and that TV," she said, gesturing to a brand-new television set in the corner. "We won it in the lucky draw that was held the night before polling day. But that's not going to feed my family" (Baca selanjutnya dalam FMT hari ini "The family that BN forgot")
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Tak mengapa.

    Umat Melayu ada malaikat2 bernama Nuar, Ajib dan Hadi yang diturunkan dari langit untuk memberi pedoman dan melindungi umat Melayu dari mara bahaya.

  2. Minda Pak Bakaq masih macam budak-budak kat universiti, penuh dengan idealism.Hebat jugak boleh pertahankannya.

  3. sy suka tulisan pak bakaq. pak bakaq punya bahasa bagus. kalah wartawan media pro umno. bahasa mereka hancus. dgn blogger muda pun pak bakaq menang. tahniah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008