Dalam posting saya pada 1/4/08 bertajuk bertajuk "Mat Sabu, apa jadahnya jadi senator!", saya tulis seperti berikut:
Saya juga tak tulis bahawa dalam perjalanan itu saya juga cuba "korek-korek" berapa sebenarnya jumlah wang yang dibayangkannya itu. "Mana boleh habaq kat hang. Tapi banyak la. Banyak sangat-sangat".
Bila dia kata "banyak sangat-sangat", saya pun membuat sangkaan dalam hati jumlahnya tak mungkin sekadar puluhan ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit. Tentu ia melibatkan jutaan ringgit dengan operasi yang cukup terancang. Saya juga membuat andaian dalam hati, hanya ahli-ahli politik dari parti tertentu sahaja yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan belanja yang begitu banyak untuk memalukan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Apa pun, sangkaan dan andaian bukan fakta. Sangkaan dan andaian boleh ditolak gitu-gitu ja.
Selepas peristiwa malam itu, saya tak pernah dengar lagi Mat Sabu kata, "aku sanggup terkorban (kalah dalam pilihan raya) di Kepala Batas". Sebelum itu, beliau begitu bersemangat termasuk menceritakan statistik dan andaian seorang peguam berbangsa Cina yang terkenal mengenai taburan dan kedudukan pengundi di situ.
Tak pernah lagi beliau bercerita tentang dorongan-dorongan ramai orang ternama (bukan dari PAS) supaya beliau bertanding di Kepala Batas termasuk seorang ternama yang menyifatkan Mat Sabu sebagai "kuda kita". Segala puji bagi Allah, akhirnya Mat Sabu tak jadi kuda sesiapa pun kerana dia takut orang "tuduh aku makan duit".
Saya teringat posting tersebut dan cerita tersebut bila orang heboh di sana-sini tentang berita-berita seperti "'Saya terima RM4 juta'" (Utusan Malaysia 29/4/10) dan "Kickdefella beri keterangan" (Utusan Malaysia 1/5/10).
Saya tak kata apa yang saya teringat itu dan berita-berita tersebut di atas ada kaitan. Tuduhan mesti kena ada bukti. Saya tak ada bukti. Saya hanya teringat. Saya tidak kata dan tidak akan cuba kata ada kaitan.
Apa yang saya teringat ini juga tak ada kaitan dengan berita Harakah Daily 1/5/10 bertajuk "Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta - Husam" dan berita Utusan Malaysia 22/2/09 "'Bukan hanya Pas berbudi'".
Takkan ada kaitan sebab berita Utusan Malaysia 20/2/08 bertajuk "'Saya lawan kerana dendam'" melaporkan:


Lama sebelum pilihan raya 8 Mac lalu, saya menyokong penuh ura-ura Mat Sabu bertanding di Kepala Batas sehingga saya buat blog Tak Nak Lah (bila selepas itu jadi wang-wing wang-wing tak tentu hala, saya malas nak maintain blog itu).Sebenarnya, ada lagi keluhan Mat Sabu yang saya tak tulis dalam posting itu. Dia kata,"kalau aku terima (bertanding di Kepala Batas), orang boleh tuduh aku makan duit. Tuduh aku mata duitan. Tu yang aku tak nak tu".
Memanglah hampir pasti kalah - BN tentu akan buat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Perdana Menteri yang dituntut berundur. Tetapi, ia bertujuan memberikan kesan politik yang lain. Mengambilkira itu semua, Mat Sabu memang berminat. Sayangnya, beberapa perkembangan yang sungguh mendukacitakan menjelang pilihan raya, yang tak dapat saya sebut di sini, menyebabkan Mat Sabu hilang minat untuk bertanding di Kepala Batas.
Saya dapat mengagak perkara itu apabila satu malam beliau menelefon saya dan meminta saya mengambilnya di satu tempat dan menghantarnya balik ke Shah Alam. Ketika saya mengambilnya, beliau bersama-sama seorang ahli politik (jangan silap faham, Allah Maha Menyaksikan, bukan dari Umno atau BN) yang saya pun kenal dia dan dia pun kenal saya.
Saya tanya satu soalan sahaja, "Berapa orang lagi jumpa dia (ahli politik itu)?" Apabila Mat Sabu memberitahu nama-nama tertentu, saya terus jawab, "Mengarut dah ni".
Saya tak tanya apa-apa dah. Selepas itu, hampir tidak berbual apa-apa dan sepanjang jalan, boleh dikatakan Mat Sabu hanya melengung dari tempat itu hinggalah ke Shah Alam. Hanya sesekali dia tergelak apabila saya memecah kesunyian dengan cerita-cerita lawak bodoh.
Ketika hendak turun dari kereta sesampainya di rumah beliau di Shah Alam, Mat Sabu memberitahu saya, "Tak jadilah kot Kepala Batas". Saya masih menaruh harapan agar beliau bertanding melawan Perdana Menteri. Lalu saya kata, "Relax dulu..."
Saya juga tak tulis bahawa dalam perjalanan itu saya juga cuba "korek-korek" berapa sebenarnya jumlah wang yang dibayangkannya itu. "Mana boleh habaq kat hang. Tapi banyak la. Banyak sangat-sangat".
Bila dia kata "banyak sangat-sangat", saya pun membuat sangkaan dalam hati jumlahnya tak mungkin sekadar puluhan ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit. Tentu ia melibatkan jutaan ringgit dengan operasi yang cukup terancang. Saya juga membuat andaian dalam hati, hanya ahli-ahli politik dari parti tertentu sahaja yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan belanja yang begitu banyak untuk memalukan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Apa pun, sangkaan dan andaian bukan fakta. Sangkaan dan andaian boleh ditolak gitu-gitu ja.
Selepas peristiwa malam itu, saya tak pernah dengar lagi Mat Sabu kata, "aku sanggup terkorban (kalah dalam pilihan raya) di Kepala Batas". Sebelum itu, beliau begitu bersemangat termasuk menceritakan statistik dan andaian seorang peguam berbangsa Cina yang terkenal mengenai taburan dan kedudukan pengundi di situ.
Tak pernah lagi beliau bercerita tentang dorongan-dorongan ramai orang ternama (bukan dari PAS) supaya beliau bertanding di Kepala Batas termasuk seorang ternama yang menyifatkan Mat Sabu sebagai "kuda kita". Segala puji bagi Allah, akhirnya Mat Sabu tak jadi kuda sesiapa pun kerana dia takut orang "tuduh aku makan duit".
Saya teringat posting tersebut dan cerita tersebut bila orang heboh di sana-sini tentang berita-berita seperti "'Saya terima RM4 juta'" (Utusan Malaysia 29/4/10) dan "Kickdefella beri keterangan" (Utusan Malaysia 1/5/10).
Saya tak kata apa yang saya teringat itu dan berita-berita tersebut di atas ada kaitan. Tuduhan mesti kena ada bukti. Saya tak ada bukti. Saya hanya teringat. Saya tidak kata dan tidak akan cuba kata ada kaitan.
Apa yang saya teringat ini juga tak ada kaitan dengan berita Harakah Daily 1/5/10 bertajuk "Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta - Husam" dan berita Utusan Malaysia 22/2/09 "'Bukan hanya Pas berbudi'".
Takkan ada kaitan sebab berita Utusan Malaysia 20/2/08 bertajuk "'Saya lawan kerana dendam'" melaporkan:
Sidang akhbar Ibrahim itu juga tegang seketika apabila beliau ‘naik angin’ terhadap seorang wartawan yang bertanya sama ada laluan yang diberikan oleh Pas untuk bertanding kerusi itu melibatkan pemberian wang kepada parti tersebut.
Beliau yang berang dengan soalan yang dianggap cuba menjejaskan kewibawaannya serta memberi gambaran buruk terhadapnya bertindak merampas alat perakam suara milik seorang wartawan lalu mencampakkannya.
Selepas berbuat demikian, Ibrahim bingkas bangun dari kerusi tetapi ditenteramkan oleh pembantunya.
Ibrahim dengan nada suara keras berkata, beliau berasa amat terhina dengan soalan itu.
Beliau bersumpah dengan nama Allah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.












Cantik? Klik 






orang sekarang ni tak takut mati ke? tak takut alam kubur ke? aniaya orang suka suka aje. kesian malaikat malaikat siang malam kena kerja seksa orang mati dalam kubur. satu hari di alam akhirat sama seribu tahun alam dunia kan?
Salam bakaq
Hang sebut baru aku teringat cerita2 'ator mengator' ni. Kawan2 aku ni 80% org kuat biru. Tapi sok-sek ni aku dapat dari parti biru masa musim election 2008, hang jadi pesahihnya. Bukan saja Abg Mat, tapi ada lagi yg lain. Terakhir aku berada dalam majlis ator-mengator ni, ketika Bro Nuar bertanding di Pmtg Pauh. Real depan mata siap lukis2 atas surat khabar sampai hancur oleh perancang tegar tu dalam sebuah bilik hotel mewah. Aku percaya kalau dialah orgnya, berdasarkan jasa sebelumnya dalam bab ni. Jenis bukan ator selubang, tapi merata2, macam tak masuk akal, tapi itulah realitinya. Pernah juga aku tanya kat bro kita (laki faridah) 10 tahun lalu. Lebih kurang gitulah gayanya.
Hal2 lain: kalau ada kenduri sambut menantu ke hapa2 yg sewaktu dengannya, jemputlah sahabat2 lama. Simpan email aku: wanamadhrd@yahoo.com.
Pak Bakaq. Dari dulu lagi aku dah cakap. Orang UMNO pun ada terlibat sama. Suspek macam Mahathir, Sanusi Junid dan Tengku Adnan. Elok kalau Pak Lah buat buku ceritakan semua ni. Tentu lebih meletup daripada buku Barry Wain. Saya tak menentang orang yang berjuang menegakkan keadilan. Macam Pak Bakaq tulis pasal raja-raja saya tak komen apa. Tapi kalau fitnah (walaupun separuh betul) dan memburuk-burukkan orang, adakah kemenangan itu diredhoi Allah?
Tau tak manusia bernama Syed Azidi ini boleh kucup tangan - minta maaf - mohon halal makan minum konon kasihnya kepada TGNA seperti kasih ayah sendiri?
Kemudian apa jadi dalam tiga bulan kemudian?
Tok Guru diconteng dan digomolnya bertubi-tubi tanpa sedikit belas kesihan.. Cerita demi cerita diolah hanya untuk satu tujuan - menjatuhkan maruah dan kepimpinan TGNA.
Hari ini KICK terus dibaruakan, untuk sedikit keuntungan dunia dan ego diri..
Kemana sahaja, percaya lah, perangai dan watak sebegini susah mencari kawan dan taulan.
insyaAllah ramai2 pakat berdoa dan solat hajat kepada Allah, mudah-mudahan negara kita di pimpin oleh orag yang layak.. begitu juga hanya raja yang Layak. yang tak layak dan cuba melayakkan diri semoga allah Lanyak mereka sehingga mereka bertaubat!
perkara yang baik serta membawa manfaat, wajar diDEDAHkan dan diSEBARkan...
'perjuangan dari rakyat untuk rakyat'