Sedap!! Klik gambar di atas!

SPR: Cakap tak boleh pakai

Dalam berita bertajuk "SPR: Kami tak pindah pengundi, angka 13,000 tak masuk akal" Malaysian Insider 19/4/10 melaporkan:
Sambil menyifatkan perubahan pusat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi didakwa PKR sebagai tidak masuk akal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan pihaknya sengaja memindahkan lokasi pengundian pengundi-pengundi berkenaan.

"Tidak mungkin berlaku. Kalau berlaku pun angka 13,000 adalah sesuatu yang tidak masuk akal," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Ahmad mempertahankan bahawa jika pun perubahan itu berlaku ia semestinya melibatkan proses permohonan oleh pengundi-pengundi terbabit.

"SPR ataupun pegawai suruhanjaya dengan sengaja tidak boleh mengubah tempat mengundi seseorang pengundi. Ia mesti berdasarkan permohonan daripada pengundi sendiri, di mana pengundi sendiri kena muncul (hadir di kaunter) untuk membuat permohonan perubahan tempat mengundi," kata beliau lagi.

"Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang," katanya lagi.
Selepas itu pada 22/ 4/10, dalam berita bertajuk "Pindah pengundi: Angka PKR cecah 15,000, SPR kata cuma 10,000" portal berita yang sama melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan jumlah pengundi yang terlibat dalam pemindahan pusat mengundi cuma dalam lingkungan 10,000 orang tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, bilangan itu mencecah hampir 15,000 orang dan terus meningkat dari sehari ke sehari.

"Tak benar, ia cuma kira-kira 10,000 orang," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pengundi-pengundi berkenaan dipindahkan ke pusat pengundian yang baru diwujudkan demi keselesaan pengundi sendiri.

"Pemindahan hanya melibatkan daerah mengundi sahaja, tidak melibatkan pemindahan ke daerah mengundi yang lain... yang sebenarnya pemindahan ke daerah mengundi lain tidak boleh dilakukan," kata beliau.

Setiap daerah mengundi hanya mempunyai satu pusat mengundi dan had pengundi dalam lingkungan 3,500 orang, kata Wan Ahmad.

Menyentuh isu yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mempertahankan angka yang pihaknya keluarkan Ahad lalu.

"Semakin hari semakin meningkat angka ini... saya pun dah berhenti daripada mengira lagi," kata beliau dengan merujuk kepada senarai bercetak yang dipegangnya.
Nampak tak? Mula-mula Wan Ahmad kata, "Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang". Lepas tu dia kata, "Pemindahan hanya melibatkan daerah mengundi sahaja, tidak melibatkan pemindahan ke daerah mengundi yang lain... yang sebenarnya pemindahan ke daerah mengundi lain tidak boleh dilakukan".

Kalau hari ni cakap macam ni, esok cakap macam lain pulak, makna itu cakap orang tak boleh pakai, cakap orang tak boleh dipercayai. Tu tak masuk lagi cerita pemindahan lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pindah memindah ini adalah tanda tanda rakyat tidak bersependapat dengan kepimpinan negara dengan agenda 1Bahlol di hulu hilir dan dalam tanahnya. kepala otak!

  2. SPR memang la bodoh.. lama dah.. tak tau ka?

  3. Sudah lah pak bakar, jamgan putar belit kan keadaan
    ynag dipindah TEMPAT mengundi bukan DEARAH mengundi
    Apa kebanggangnya pak bakar niii...itu pun tak boleh nak bezakan
    heheheheh kalau berani publishlah
    kebenaran pak bakar kebenaran

  4. SPR anjing UMCO

  5. bakaq dah tau zaid ibrahim akan kalah, teros main isu SPR...dah tersedia dah alasan bakaq kalau kalah ni. pandai pak bakaq cover pkr, diorang la kot banyak beli kismis pak bakaq

  6. Bila dah mula menipu, selepas tu cakap apa pun susah nak percaya. Dah biasa menipu, tak de jaminan cakap seterusnya tak menipu. Yg mudah percaya dengan penipuan dan rela ditipu sepanjang hayang ialah org spt Anon 3 yg cakap:
    "ynag dipindah TEMPAT mengundi bukan DEARAH mengundi"

  7. ada jugak yang nak bela spr ni no..

  8. Mangkuk ni memang HATU RAYA yang jaga PILIHANRAYA. Saya masih ingat dia kata HANTURAYA yang kaki dia tak jejak tanah. BANGANG punya ANJING UMCO...

  9. Pak Bakaq, sya dpt tau ada anggota polis dan tentera yg dulu bertugas di hulu slangor tp dah tukar ke lain2 tempat dipanggil mengundi. Pada PRU 12 yg lps anggota polis/tentera trsbut telah mengundi di tempat bertugas yg baru..knapa boleh patah balik ke ulu slngor???

  10. Anon 9, mana ko dpt info ni? aku rasa pn memang betul. Memang byk cara penipuan Umco ni. Ini smua SPR pnya kje la,barua Umco.

  11. tula... elokla SPR daftar jadi parti komponen UMCO... lepaih tu jadi asnaf ke 10 zakat lepas balkis... hahahaha

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008