Sedap!! Klik gambar di atas!

Memang saya rasa depa apparatus Zionis, tapi bukan kafir

Saya tak pernah ada perasaan suka kepada mana-mana pemimpin Umno atau orang yang tebiang sangat nak berbaik-baik atau mewujudkan kerajaan dengan Umno. Tetapi untuk menuduh mereka tak beriman, itu bukan urusan saya. Saya juga tak berani cakap lebih-lebih seolah-olah dah sah-sah pandangan saya mendapat restu Allah s.w.t. yang dikasihi.

Memang saya ada pandangan berdasarkan kefahaman saya seadanya tentang Islam, keadilan, kejujuran, prinsip tidak khianat kepada orang ramai yang memberi kepercayaan dan sebagainya. Tetapi saya tidaklah boleh mendabik dada dan mendakwa ini pandangan aku yang aku yakin sah-sah akan direstui Allah.

Begitu juga, mengkafirkan orang lain bukan kerja saya walaupun saya sendiri berkali-kali dituduh kafir. Saya juga tak minat langsung perbuatan takfir atau nafsu yang galak sangat nak kafirkan orang.

Jika benar laporan bahawa Tan Sri Harussani Zakaria menuduh Haji Khalid Abdul Samad tak beriman, ia sama seperti menuduh Khalid kafir. Kepada saya, jika benar Harussani menuduh demikian, ia sangat kurang ajar. Bukan sebab Khalid tu kawan saya. Ini soal prinsip. Kalau orang tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak kafir pun saya tak setuju. Cukuplah Allah Yang Maha Menyaksikan.

Memang benar saya terasa di dalam hati saya bahawa Najib dan Umno Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya adalah alat atau apparatus Yahudi Zionis (wittingly or unwittingly) akibat perselingkuhannya dengan Apco Worldwide yang didominasi Yahudi Zionis. Memang benar saya amat benci dan tak pernah padam kebencian saya terhadap pengkhianat kepercayaan rakyat yang saya terasa menjadi apparatus Najib sambil mereka berkeliaran dalam parti lain yang menentang Umno BN.

Tetapi saya sama sekali tak akan menuduh Najib atau apparatusnya yang beragama Islam itu tak beriman atau kafir. Saya tak teringin langsung nak mengambilalih kerja Allah. Saya hamba-Nya yang Maha Suci. Saya hanya nak buat kerja saya sebagai hamba Allah.

Ikut suka nafsu dialah kalau benar Harussani mengambilalih kerja Allah. Itu pun, kalau benar. Saya harap tidak benar.

Harap sangat berikan sokongan:
Demo bantah Apco esok (Harakah daily 15/4/10)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. malaysia ni tunggu masa nak jahanam all out pak bakaq oii
    segenap sudut kong mang kong
    mufti ni tah apa dah jadi heyhey
    tapi kita semua akan masuk kubur ....
    ni kesan tak beriman dengan sungguh2 hari kiamat
    rasa hanya yang ada - kehidupan dunia saja
    hakikat itulah kalau kita pikirpikirkan

  2. 'saya hanya nak buat kerja saya sebagai hamba allah'??? la takan kerja mencaci orang,menghina orang,mengada adakan cerita dan melaga lagakan orang kerja yang allah suruh kau buat.tak mungkin."memang benar saya amat benci dan tak pernah padam kebencian saya pada bla bla bla" aku tahu daripada tulisan kau dan kebencian kau pada orang yang kau tak sebulu,jiwa dan hati kau bukan daripada jiwa orang melayu.dan kau pun bukan orang melayu.kerana orang melayu tak gitu.mengafirkan orang kerja yang buruk dan kurang ajar? apa kurang menghasut orang supaya mempercayai dan mengapi apikan cerita kononnya orang yang kau benci sebenci bencinya dalang satu pembunuhan? cakap jangan sedap mulut aje. itu kah kerja kau sebagai hamba allah?

  3. Hang merapu la sorang2 bakaq ooii, harap jangan dok cakap sorang2 tengah jalan sudah.

  4. bila si benggap mengata sesuatu, janganlah diendah endahkan. kalau dah dari mulut benggap lagi bahlol, buat de ajelah. semua orang boleh cakap apa nak dia cakapkan, tapi sedikit saja yang boleh 'walk the talk'. secoit aje, dan lebih secoitlah dari kalangan mereka yang makan minum hasil titik peluh cukai pendapatan rakyat. inilah yang sedih, dah disuap beras pagi siang perangai buat macam taik aje. buat habis beras aje, malaun nih duduk kat dunia nih. tapi kalau bagi nyawa kat pak zionis untuk balun umat Islam dimana pun didunia ini, ini sudah kes berkawan dengan setan. hanya setan saja yang boleh buat baik dengan setan. common sen kan?

  5. Harussani kena mengemukakan bukti dan hujjah yg berasaskan nas terhadap tuduhan yb khalid tidak beriman yg bermaksud bolehjadi kufur.

    Sekiranya gagal maka tuduhanitu akan jatuh ke atas dirinya sendiri.....wallahualam

  6. kenapa sdr menulis perihal kafir mengkafir.adakah saudara cuba mengelirukan pembaca.apa persoalannya sekarang.saudara bercakap secara pusing-pusing.sekejap ye sekejap tidak.sekejap tuduh dan dalam pada masa lain menafikan.adakah saudara telah menghubungi ustad harrusani bertanya soalan tuduhan beliau kepada khalid samad sebelum saudara menulis,mewartakan kepada khalayak ramai.ada kah berita yang saudara tulis hanya sedap dibaca tapi tidak tepat yang mengakibatkan berlaku fitnah,secara tidak langsung berdosa,apa kelayakkan saudara cuba menilai keimana seseorang.saudara dah tahu,tapi saudara macam kaedah tarik tali.seorang kafir dan menjadi islam dengan kalimah lailah haillah,tetapi makan babi,minum arak.Pun begitu kita sebagai orang islam tidak boleh mengkafirkan mereka.inikan pula seorang islam,Hanya berbeza pendapat serta perlaksanaan pemerintahan negara.saudara semudah mengandaikan pendapat saudara yang sempit.Saya juga sokong perjuangan PAS.tetapi terpaksa tutup mulut apa bila PAS bersekonkol dengan DAP(sosialis).apa pula ni kita nak takrifkan...

  7. Ano Thursday, April 15, 2010 8:25:00 PM GMT+08:00 tulis: Ini satu lagi alat zionos
    Kalau berani tolong publish.


    Hello Umno, kalau setakat nak kata bukan kami saja babi tunggangan Zionis, Anwar pun sama, hang pi hantaq hang punya komen dlm blog dia.

    Setakat nak kutuk Anwar, aku lagi cekap daripada hang.

    Tapi prioriti aku lawan setan lebih besar dulu - setan yang kuasanya mencengkam negara ini. Yang lain aku kira kemudian.

  8. Tok Peti ni dah expired...

  9. Salam Semua,
    Disinilah masanya kita bersama-sama penduduk Islam Palestin mencabar keangkuhan Yahudi kepada semua bangsa. Pastikan kita bersama-sama dengan perjuangan ini dengan membuat sedikit sumbangan yang termampu.
    Lawat http://www.lifeline4gaza.org/
    Jangan dok cakap saja.

    Kepada Tuan Tapak pohon promo dilaman ini.tk.

  10. pak bakaq,

    takdak ulasan ka pasai zaid ibrahim kat hulu selangor? nak dengar juga apa pak bakaq nak ulasa....

    gorila

  11. Cangkui

    Bila hang tanya confirm dah ke, aku tak siar komen hang. Aku heran org yg dok teriak sakan untuk Sayyidush-Shuhada', tapi tak kenai Yazid.

    Org bodo pun tau, berlawan satu2. Kalau kedrat tak tara mana, jgn tebiang nak bukak sampai tiga empat padang perang. Musuh tak dapat cantas, kita yg kena tebas.

    Aku pun dok temenung ni, adakah lawan satu2 itu bermakna aku kena lawan dulu jenis2 yg dok boh paku atas padang perang org yg nak berlawan dengan setan?

    Could you please come out in the open? My email is sangkutu@gmail.com

  12. --kepada penulis dalam ne jangan nak salahkan penarik beca .

    --penarik beca cuma luahkan isi hati dia

    --jangan dok marah marah jeee.

    --buka minda seluas luasnya,

    --fikir apa akan terjadi kepada anak bangsa kita neee.

    --bawa masuk apco yahudi.

    --pm cakap apco bukan yahudi punya
    --anwar bagi bukti ,terkial kial nak jawab

  13. Salam Bakaq.
    Aik..! Aku ada tanya apa-apa ka tadi?? Confirm amende?? Seingat aku, komen aku cuma sebaris dua..tu pun..hang pi padam.. Tak kena kat mana pulak.
    Aku komen apa yg hang nak relate aku tak kenai Yazid? Ka..hang yang confused??

    Hang bukannya jenih orang bodo.. Hang category cerdik. Orang cerdik, mai pi la sepuluh pun.. Hang nak takut apa.. Hang pun tau, setan pilih kepala... Satu belah sana..satu belah sini.. Hang perang belah sana, tapi masih berkepalakan setan belah sini..Macammana orang nak paham? Sampai bila?

    Awat...hang dah confident sangat ka kepala kat Kedah ilmu yg ada pada dia, setan gerun?? Terha yg kat Kelantan pun..lately dah jadi tak ketahuan...Rheja sapa?? Setan la...

    Aku bukan jenih taboq paku... kalau aku, jenih pilih jadi Merton...

    Solawat!!!!!!!

  14. mamat pencacai to shake hand dengan si Kerry. si Kerry ni bukan budak kecik, dia dah kenal benar DSAI nun. tengok muka pencacai tu, nampak macam dia 'dah kantoi' aje... muka benggap susah nak klentong orang terror macam si Kerry tu, pakar debat siang malam.

  15. Penarik beca ini blogger upahan yang sanggup mengadai apa saya bagi mencapai matlamat boss dia. Semua boleh.

  16. ejen2 yahudi lantang menyalak nampaknya.....

  17. kan saya dah kata.apa macam datok harusani dah jawab dia tak kata khalid tak beriman.khalid tak jadi saman datok harusani.sudah terjawab.tanya dulu lain kali baru buat kenyataan yang benar.kalau dalam gelap suluh dulu jalan dan baru jalan.kalau jalan dalam gelap macam-macam ada.ular atau binatang berbisa.kalau tak pun masuk parit ayar acar apa macam.ok

  18. Cangkui

    Hang yg komen, hang yg tak ingat. Aku copy and paste ayat "confirm dah ke" dari apa yang hang tulis.

    Terima kasih kat hang kerana ayat "berkepalakan setan belah sini.." Cukuplah Allah yg menjadi Saksi sama ada aku berkepalakan setan atau tidak.

    Kepala kat Kedah ka, Kelantan ka, hudoh2 pun aku lawan dlm terang apa yg aku nampak tak kena. Aku tulis di sini dan org tahu aku yg tulis.

    Aku tak guna nama entah apa2 dan bubuh paku sana sini.

    It is really sickening when people bring disgrace to the house of the Holy Prophet.

  19. Ano Thursday, April 15, 2010 8:25:00 PM GMT+08:00 tulis: Ini satu lagi alat zionos
    Kalau berani tolong publish.
    Hahahah memang pak bakar ni tak ada telur
    penakut hahahahah tak berani
    tak berani
    poiiii buamg masa aje pak bakar ni
    penakut.............tak berani kerna benar
    hahahahahahhah

  20. Aku akan tetap sokong UMNO, mati hidup pun utk UMNO. Segalanya adalah utk UMNO. Walaupun terang-terang Yahudi bunuh org Islam & w/pun terang-terang Zionis keparat tu dilaknat Allah, aku tetap akan sokong UMNO. Kalau Pak Bakaq dedahkan bhw Gomen ada kaitan dgn Zionis Israel pun aku akan tetap sokong UMNO. Pak Bakaq dedahkan kebenaran pun aku tak boleh terima. Man boleh aku nk terima. Aku sokong UMNO.

    Aku sebagai penyokong totok UMNO cukup marah bila Pak Bakaq dedahkan isu ni. Marah sgt-sgt. Biarlah Yahudi nk bunuh org Islam pun. Asal aku dpt makan, minum aku peduli apa. Ah, satu lagi, aku pun solat jugak tau!!! Dlm solat tu aku baca doa iftitah "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku HANYALAH UTK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM".

    Hidup UMNO. Jgn lupa, aku pun solat jugak....

  21. Bakaq..Bakaq.. Kalau hang let go komen first aku tu kan senang...Ni dah jadi tak ketahuan dah..
    Tajuk utama, sapa ikut setan, kita tentang. Samaada terang-menderang ikut setan dalam keadaan sedar, atau buat-buat tak sedar.., atau tak sedar-sedar..yg last tu yg bahaya....
    Yang duk jadi masalahnya, bilamana golongan yang tak sedar-sedar mengikut setan bercita-cita nak pi rejam golongan pengikut setan tegar. Bila jadi macam ni, maka tertawa berdekah-dekah la segala makhluk setan. Aku bukannya kata kat hang..Aku dulu pun berharapan macam hang jugak. InsyaAllah, kalau hang berjuang berpaksikan yang HAK, apa nak risau..kalau hang sendiri dah mengenal yg hak...
    Tarak pasai aku nak pi boh paku kat pentas silat hang. 'AB' is an 'AB', silap campoq..takut jadi AB-Normal...

    Hai..tak kan hg marah kat aku sampai nama Cangkui pun hg tak berkenan?? Tak kan aku nak boh nomboq surat beranak aku sekali kut..

    Amendenye..quote hang tu..????? Pening aku...hakim coklat Hack pun dah kiok dah...

  22. Saya belajar agama secara rasmi setakat sekolah menengah. Ada beberapa syarat atau rukun iman. Apa sebenarnya maksud beriman?Adakah jika seorang itu tidak beriman ianya kafir.

    Setahu saya kita buat perbezaan diantara orang beriman dengan tidak beriman. Juga perbezaan antara Islam dan kafir. Orang Islam perlu mengucap kalimah syahadah. Siapa yang engkar dia termasuk golongan kafir seprti kebanyakan ahli MCA, MIC, DAP dan ahli kafirun PKR(PKR ada juga yang beragama Islam).

    Pak Bakaq, jangan pula lupa pemimpin PAS dulu lagi dahsyat hukum orang UMNO. Saya sokong dua2 parti PAS dan UMNO asalkan beragama Islam. Ada masa PAS betul dan ada masa UMNO betul. Kebenaran mestilah berlunaskan ajaran Islam berasaskan Al-Quran dan Hadith serta Majlis Fatwa . Kalau boleh ada satu majlis fatwa mewakili seluruh umah Islam lagi baik.

    Kita jangan terlalu taksub kepada mana2 parti atau pemimpin kerana pemimpin kita sebenarnya ialah Rasullulah SAW seprti lafaz syahadah kita setiap kali solat. Cintailah Rsulullah SAW, baginda tetap di hati sanubari kita dan perjuangan Rasulullah yang harus kita bawa hingga akhir hayat kita. Tiada seorang pemimpin , baik UMNO atau PAS setatarf dengan Rasulullah SAW. Ada masa PAS betul dan ada masa UMNO betul. Sebalikya ada masa PAS salah dan ada masa UMNO salah atau kedua2 sama2 salah. Yang tetap benar hanyalah Islam. Jangan masing2 mendabik dada kata dia lebih Islam kerana Allah adalah sebaik2 Hakim.

    Kehidupan dunia hanyalah satu cubaan menguji keimanan masing2.

  23. Cangkui

    Aku tak pernah gaduh pun nama hang Cangkui. Adakah sebab aku tulis "Aku tak guna nama entah apa2 dan bubuh paku sana sini"? Ayat tu tak pula membayangkan "tak berkenan" kepada nama Cangkui. To the best i can remember, nama Cangkui tak pernah jadi isu kpd aku.

    Or, do i see anything in my inbox?

    Guideline aku nak publish komen senang ja; antaranya, kalau org tu mengaku AB, tetapi komennya membayangkan pemikiran yg abnormal dan pro-yazid, aku cantaih atau aku click reject pada komennya. Dgn penjelasan tu, harap lain kali org tak tertanya2 kenapa komen dia kena cantaih.

    Tentang kwn2 dari Umno pula, aku rasa lebih baik depa buat blog sendiri, tibai la apa nak tibai pun, dari menyusahkan aku nak moderate komen depa di sini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008