Bacalah salinan dari hansard Dewan Rakyat 1/4/10 yang saya copy and paste di bawah untuk mengetahui anak siapa Model Ekonomi Baru (MEB).
Model Ekonomi Baru: Tidak untungkan Melayu secara langsung? (The "thirteen million plus Ringgit" guy 11/ 3/10)
NEM: whose child? (Malaysia Today 6/4/10)
Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera]: Sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri sebut Model Ekonomi Baru. Nampaknya ini dasar yang terpenting dalam 40 tahun sejak DEB dilancarkan. Soalan saya, kenapa dokumen-dokumen atau laporan-laporan tidak dibentangkan di Parlimen? Soalan kedua, kenapa ia tidak dibahaskan di Parlimen? Saya cadangkan kepada kerajaan janganlah bangga dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingat Rancangan Malaysia Kesepuluh disediakan oleh EPU dan New Economic Model disediakan oleh NEAC, kedua-duanya agensi yang berbeza dan kedua-duanya penting. Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh Parlimen hanya diberikan enam hari untuk di bahas. Jadi, saya minta kalau boleh saya cadangkan kepada kerajaan buat sesi asing ataupun bentangkan Model Ekonomi Baru dalam Parlimen sesi ini. Terima kasih.Berkaitan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Nor Mohamed Yakcop]: Saya jawab dulu Yang Berhormat Bukit Bendera tadi. Yang Berhormat, Model Ekonomi Baru seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bukit Bendera adalah sebuah dokumen yang disediakan bukan oleh kerajaan, oleh NEAC dan diserahkan kepada kerajaan. Jadi, tidak ada locus standi untuk kerajaan membentangkan laporan itu ke dalam Dewan Rakyat sebab itu adalah satu cadangan daripada NEAC kepada kerajaan dan kerajaan menerima, dan dalam banyak hal mungkin bersetuju juga dengan gagasan dan cadangan laporan itu.
Akan tetapi kerajaan ingin mendapat pendapat dan komen daripada semua pihak termasuk daripada Ahli-ahli Parlimen, NGO dan rakyat biasa tentang laporan itu supaya membolehkan kita membuat keputusan tentang cadangan mana kita terima, cadangan mana kita bawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk dilaksanakan, rancangan mana kita masuk dalam bajet. Jadi, dengan izin, this is a process of getting feedback from stakeholders. Jadi, laporan itu bukan satu laporan kerajaan, bukan seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh yang kita bawa ke Parlimen. Ini bukan laporan kerajaan. Itu satu perbezaan.
Model Ekonomi Baru: Tidak untungkan Melayu secara langsung? (The "thirteen million plus Ringgit" guy 11/ 3/10)
NEM: whose child? (Malaysia Today 6/4/10)










Cantik? Klik 






2 perkara besar yang disunyikan
http://showyourmiles.blogspot.com
MEB anak siapa? Mana aku tahu...Yang aku tahu Bakaq Anak Haram
pak bakaq
dari hansard ni kita tau dah...memang dorang nak kelentong rakyat...buat dasar tapi tak nak bahaskan di parlimen...saja nak bagi sedap ahli falsafah ekonomi puji bagi rakyat dok sedap dengar...sama macam npl kita dgn world bank...memang la prestasi bagus tapi indikator dgn negara lain berbeza...kita 6 bulan baru npl...negara lain 3 bulan dah npl
dari dulu sampai la ni...asik tipu je keje dorang
Pulak dah..semua tak ngaku anak. Buat adegan pandai..
Aleh-aleh campak kak longkang.
MEB ni "Men Eating Bangkai" ke.....
WE DON'T WANT RENT SEEKERS AND THE POLITICS OF PATRONAGE TO BLEW UP TAXPAYERS MONEY. GOYANG KAKI. DAN HANYA ANGKAT FULUS SAHAJA SAMPAI MATI.