Saya copy and paste cerita si kaki tipu yang tersiar dalam halaman N9 edisi bercetak Sinar Harian hari ni untuk rujukan akan datang. Adakah anda, sebagai seorang Muslim, memerlukan orang seperti itu menjadi pejuang agama anda? Mat Salon kata, one a liar always a liar:
Soo Nee dakwa Zul minta wangYaakub nafi minta wang kempenALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta.
Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.
“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.
Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.
Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.
Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga.
“Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.
Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.
“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.:
Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran.
“Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya.
Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.
Sementara itu:, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka.
Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.
“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka.
“Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.
”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang.
“Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.
Sinar Harian (7/3/10): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Yaakub Husin menafikan jentera pilihan raya Pas meminta wang untuk berkempen daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ketika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
“Mengarut! Jentera pilihan raya Pas tidak pernah minta duit daripada Zulkifli seperti yang didakwanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas(SMS) kepada ADUN Kulim, Lim Soo Nee,” katanya.
Yaakub mengulas mengenai SMS daripada Zulkifli yang dihantar kepada Soo Nee pada Mac 2008 yang mengatakan jentera Pas meminta RM21,000 dan akan memboikot kempen PRU-12 jika permintaan tidak dipenuhi.
Katanya, Ahli Parlimen Bebas itu tidak menyumbang apa-apa untuk menjayakan kempen pilihan raya ketika itu
“Beliau pernah berjanji untuk mengadakan jamuan untuk menghargai jentera pilihan raya Pas selepas memenangi PRU-12, tetapi sampai sekarang tak ada pun,” katanya.
Yaakub berkata, Majlis Tindakan DUN (MTD) di kawasan itu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu N35 (Kulim) dan N36 (Bandar Baharu) dan mempunyai dua pengarah MTD berbeza. Peruntukan yang disalurkan untuk berkempen sebahagiannya diurus oleh MTD.











Cantik? Klik 






Salam Bakaq,
Waaaa////gue tabik jepun dekat zkbb(zul kulimbaru B)...sebab begitu sopan and santun..sampai tak mau jawab and bals balik..dia cuma penyerang aje..tapi..tak balas..
serang-serang serang tinggal lariiiiiii..tak mau lawan..
Nak jawab apa? Dah tahu memang salah
Orang yg berani sahaja mampu jawab dan berani jawab bila difitnah
Pak Bakaq,
Kalu benar apa yang didakwa oleh Soo Nee, malunya umat Islam Malaysia, pemimpin beragama Islam, pakai kopiah, mengaku memperjuangkan Islam, tapi, ea dok bahong orang..okpa la ea jd lagu ni.
Syabbas mr shahab... syabbas.... sangat nipis persoalan yang dtimbulkan...
buat zul..ayuh saman cina ni pasal buat fitnah..awak kan manusia berprinsip. he he ..
Junjungan
Komen yang terlampau peribadi terhadap Zul Kulim tak dapat saya siarkan.
Anon Tue, Apr 6, 2010 at 12:52 PM, komen anda terpaksa diedit:
Kalau terjumpa ular senduk dan Z** K**** serentak, katok Z** dulu. Z** ini memanglah jahat orangnya dan dia sentiasa pakai ketayap pula tu. Rosak...
Sokong Zul
Antara ciri-ciri orang munafiq ialah bohong. Nipis, kan?
udah2 la tu pak bakaq...dah zul tak sudi dgn hangpa..toksah dok peburuk dia..dulu hangpa jugak yg sanjong..
salam pak bakaq,
“Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya. ”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang.
ni yang tak tahan bila zul sebut camtu..awat ada apa2 ka?? macam ugut je...betui kan sy kalau salah..
Anjing kalau dah biasa makan tahi kalau tak makan dihidunya juga! Ini bukan ditujukan pada sesiapa, ini hanyalah mengingatkan tentang perumpamaan Melayu. Orang yang kuat Melayunya kena fahamlah perumpamaan ini.
zul kaki belit... mana2 surau yang dia dtg bg kuliyah kene terminate kontrak die.. takut 1 surau sesat...
jawapan Tuan Zul MP Kulim semacam jawapan idola dia dulu2... anak murid kot... sat lagi Zul pun nak mintak tukar hakim jugak kot...
"anjin makan tahi" itu bahasa kampong zaman Hang Jebat Tun Teja. orang zaman lah nih, pakai kopiah lagi terok perangai dari anjin... kucin pon Ok lah; anjin kucin boleh tak aniaya tuannye, mamat berkopiah nih, satu kampong di tipunye, nasib baik tak dijual kat Singaporee. jual taiknye lah, apa lagi.
Korek...korek...korek....bila ybZul dah pandai dan banyak mengorek orang lain, jawabnya kisah dia juga kena korak juga. Correct?
Pandai makan pandailah simpan, pandai korek pandailah kambus. berani buat berani tanggung, berani dendam beranilah saman. kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. ada something wrong some where dengan ybZul sejak awal2 lagi ni.....
Beraninya dia menyaman ybKhalid maknanya berana menyaman parti ybKhalid....isu nama "Allah" jadi pemisah besar ybZul dengan 'anti-UBN'. Sejak itu iblis bertepuk kerana berjaya melagakan manusia. Dan berlakulah firaq antara hak dan batil secara lebih nyata.Correct...correct...cerrect...