Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau kau kacau Zionis, aku arah siasat!

Kalau ada Yahudi Zionis masuk dalam negara kita, jangan bising-bising. Nanti kamu akan disiasat. Kalau ada Yahudi Zionis nak main kriket dalam negara ini, jangan tunjuk perasaan. Nanti kamu akan masuk jel!

Walaupun tak masuk jel, aku dah masuk lokap pasai menentang Yahudi Zionis nak main kriket dalam negara ni. Hampa jangan buat tak pasai. Kan Yahudi Zionis kawan parti Apco...

Dalam berita bertajuk "'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hisham arah siasat", Malaysiakini semalam melaporkan:
...kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
Kenangan lalu:
Mahfuz pilih penjara daripada membayar denda

Utusan Malaysia (10/11/2000): Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar, memilih untuk dipenjarakan sebulan daripada membayar denda RM1,500 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyertai satu perhimpunan tanpa permit tiga tahun lalu.

Majistret Sayani Mohd. Nor turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas tiga orang lagi iaitu Naib Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, 39, serta dua lagi ahli Pas, Minghat Mamut, 54, dan Jalaluddin Abd. Manan, 64.

Salahuddin dan Jalaluddin juga memilih hukuman penjara tetapi Minghat menjelaskan denda yang dikenakan.

Mereka didapati bersalah menyertai perhimpunan tanpa mendapat permit daripada Ketua Polis Daerah Brickfields, di depan pintu masuk Universiti Malaya di sini pada 4 April, 1997 sebagai membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang menyertai kejohanan trofi Majlis Kriket Antarabangsa di sini.

Mereka dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahfuz, 43, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Salahuddin dan Jalaluddin dilihat menaiki van polis pukul 3.40 petang untuk dibawa ke penjara.

Turut hadir mendengar keputusan mahkamah itu ialah Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Ezam Mohd. Noor.

Majistret Sayani dalam penghakimannya berkata, pihak pembela bukan sahaja telah gagal menafikan kewujudan perhimpunan tersebut malah mengemukakan pembelaan yang bersifat penafian semata-mata.

''Namun berdasarkan keterangan dokumentari yang dikemukakan oleh saksi-saksi, pendakwa berjaya membuktikan tertuduh berada di tempat kejadian,'' katanya.

Menurut beliau, walaupun Mahfuz, Salahuddin dan Jalaluddin mengatakan mereka berada di situ untuk menyuraikan orang ramai namun keterangan itu tidak dapat diterima.

''Begitu juga dengan keterangan Minghat yang mengatakan dia berada di perhimpunan tersebut untuk mencari anaknya,'' tambahnya lagi.

Majistret Sayani menyatakan beliau akan mengemukakan alasan penuh penghakimannya itu tidak lama lagi.

Peguam bela kepada empat tertuduh, Mohamed Hanipah Maidin yang diminta mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman, menyatakan anak guamnya amat terperanjat dengan keputusan itu.

''Saya rasa denda RM1 adalah memadai bagi mereka dan saya yakin keputusan ini bukan sahaja tidak menggembirakan umat Islam di negara ini malah membunuh demokrasi di Malaysia.

''Adalah tidak wajar jika anak guam saya yang menentang Israel iaitu pengkhianat dan pembunuh Islam, didenda melebihi RM2,000,'' tegasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamaruzaman Abdul Jalil bagaimanapun memohon hukuman berat dijatuhkan terhadap Mahfuz dan rakan-rakannya supaya ia menjadi pengajaran.

Menurut beliau, sikap degil yang ditunjukkan oleh mereka tidak patut dipandang ringan.

''Kalau guru kencing berdiri, murid pula akan kencing berlari,'' tegasnya.

Kamaruzaman menyatakan, sekiranya tertuduh tidak berpuas hati dengan hukuman yang akan dijatuhkan, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

''Hukuman yang dijatuhkan terhadap orang bukan Islam atau sebaliknya di mana-mana mahkamah di negara ini, tidak ada bezanya,'' kata beliau.

Sejurus selepas hukuman dijatuhkan, Mahfuz, Salahuddin dan Jalaluddin memberitahu peguamnya yang mereka tidak akan membayar denda dan memilih untuk dihantar ke penjara.

Empat tertuduh terbabit dihadapkan buat pertama kali di mahkamah pada 5 Ogos 1997 bersama 44 tertuduh lain.

Mereka bagaimanapun diperintahkan membela diri pada 20 Oktober tahun lalu manakala yang lain dibebaskan daripada tuduhan.

Pihak pendakwaan mengemukakan 19 orang saksi sementara saksi pembelaan mengemukakan lapan orang.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Orang Yahudi ternama termasuklah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s. Yang lain Baruch Spinoza, Albert Einstein, Marc Chagall, Leonard Bernstein, Alan Greenspan, Soros dan lain-lain.

  2. Kita bukan anti Yahudi, itu bangsa dia tapi kita anti zionist iaitu puak2 yang merancang perampasan tanah Arab Palestine dan membunuh kanak-kanak serta wanita mereka (Palestine).

    Bukan semua Yahudi itu harus diperangi, ada yahudi yang menentang kezaliman rejim zionist. Google dalam tajuk anti-zionism by Jews dan anda akan dapati kumpulan Yahudi yang menentang pembunuhan orang-orang Arab ini.

  3. yahudi ada yg baik, ada yang jahat.
    kerajaan israel, kakitangan2nya, tentera2nya baik @ jahat?
    yg bersekongkol dgn ejen israel, mcm APCO, baik ke jahat?

    mcm2 hujah dikeluarkan untuk membela tindakan umno. kenapa hujah2 ini tidak dikeluarkan selama 10 tahun waktu anwar ibrahim dituduh sebagai ejen israel, berkawan dgn yahudi dll?

    ini membuktikan sifat hipokrit dan talam 2 muka barua2 umno. saudara seagama sendiri dibenci, yahudi yang terang2an jahat dibela. tradisi membela yahudi. elok tukar saja nama, pertubuhan kebangsaan yahudi bersatu

  4. ek..ek..le...
    sembang deraih cukup terer...
    tapi..habuk bo liau...
    nak jihad lawan yahudi dalam diri sendiri pun terhegeh-hegeh..
    dalam party..selerak macam semut hitam atas hindu tengah sun-bathing..
    standard Melayu tepi jalan berpolitik...
    bangangg......

  5. patut la g merayu nasihat yahudi, sbb standard Melayu berpolitik bangang rupanya....
    cakap kosong tarak bukti x guna.
    yang dah ada bukti terang2, g siasat yg tu dulu.

  6. BN pasti menang di Hulu Selangor berkat nasihat dari APCO yang sudah berpengalaman berpuluh tahun di bumi Palestin....

  7. Bernstein Najis ini kumpulan politika Yahudi ke? tapi gelagat teruk macam mat Zionist yang Hitler nak pupuskan zaman Perang Dunia Ke-2. Bernstein Najis boleh merancang apa lauk pauk yang nak dirancang, tapi ALLAH SWT yang tentukan hari kiamat dan kematian-kematian. APCO ke, URKO ke UPKO ke BNCO ke kalau dah baghal bahlol benggap lembab, tak akan ke mana juga. buat habis beras aje!

  8. Heboh diParlimen tentang APCO.Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia 2 Day telah buraikan tentang penglibatan Syarikat Yahudi diMalaysia termasuk PDRM.Dulu Mahathir terpaksa bayar berjuta-juta ringgit untuk peluang pergi keRumah Putih(White House)cium tangan Bush,Presiden Amerika Syarikat.Dia ambil Syarikat Yahudi jadi konsaltan ekonomi dan hapuskan bantuan kesekolah agama rakyat sebab nak ampu Yahudi.Hari ini Najib pula pergi keAmerika Syarikat walau pun didalam negerinya isu APCO hangat dibincangkan.Dia tak ambil kisah,seruan Yahudi itu lebih afdal ditunaikan.Terbukti Najib tak ambil berat tentang perasaan rakyat.Balik nanti munkin ada sesuatu yang akan diumumkan sebagai mana Mahathir umumkan penarikan bantuan kepada sekolah agama rakyat,sekembalinya dia dari upacara mencium tangan Bush.Sama-sama kita tunggu.

  9. err..Nabi Ibrahim tu yahudi ? nasrani ?

    ...lihaza annabi ?

    ibnmohamad

  10. yahudi ialah perkataan dunia moden, dahulu dikenali yahudza iaitu pecahan dari 12 kabilah keturunan bani Nabi Ya'akub, puak zionis yg menyamar sebagai keturunan bani Israel ialah keturunan yg di sebut dlm bahasa inggeris Ashkenazi jew.
    Israel bukan zionist dan mereka puak2 yg berlainan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008