Dalam berita Harakah Daily hari ini yang bertajuk "Hulu Selangor buktikan BN sudah tidak ada harapan," Haji Mohamad Sabu kata, jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor.
"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai kerajaan Negeri Selangor.
"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.
Merujuk kepada berita itu, saya tanya dia dalam perbualan telefon, "Ai, tak sebut pun Kelantan dengan Kedah? Kedah dengan Kelantan lagu mana?"
"Aku kata kalau trend mengundi di Hulu Selangoq jadi ukuran," jawab beliau.
"Maknanya kalau ikut trend mengundi di Hulu Selangoq tu, (di) Kelantan dengan Kedah kalah ka PR?"
Saya tak ingat apa dia jawab. Saya juga tak tanya adakah trend pengundian di Hulu Selangor itu hakikatnya adalah loceng amaran kepada PAS Kelantan dan Kedah? Saya lalu main kot-kot dalam hati. "Orang (Melayu) Kelantan tak sama kot dengan (kebanyakan) orang (Melayu) Hulu Selangoq". Kalau dah main kot, tak tentu lagi la.
Tetapi saya lebih tertarik dengan frasa berikut:
Berkaitan:
Instead of winning the hearts and minds of the people on its principles of struggles, mission and purpose for which UMNO was formed in 1946, it is now actually just a company doing business (Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 27/4/10, komen-komen di sini)
"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai kerajaan Negeri Selangor.
"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.
Merujuk kepada berita itu, saya tanya dia dalam perbualan telefon, "Ai, tak sebut pun Kelantan dengan Kedah? Kedah dengan Kelantan lagu mana?"
"Aku kata kalau trend mengundi di Hulu Selangoq jadi ukuran," jawab beliau.
"Maknanya kalau ikut trend mengundi di Hulu Selangoq tu, (di) Kelantan dengan Kedah kalah ka PR?"
Saya tak ingat apa dia jawab. Saya juga tak tanya adakah trend pengundian di Hulu Selangor itu hakikatnya adalah loceng amaran kepada PAS Kelantan dan Kedah? Saya lalu main kot-kot dalam hati. "Orang (Melayu) Kelantan tak sama kot dengan (kebanyakan) orang (Melayu) Hulu Selangoq". Kalau dah main kot, tak tentu lagi la.
Tetapi saya lebih tertarik dengan frasa berikut:
Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.Saya teringat kata-kata bekas Bendahari PAS, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman kepada saya lama dahulu, kalau tak silap awal 90-an dulu. Dia kata, "kalau Tok Guru dengan keluarga dia (terus) hidup sederhana, takkan menang Umno di Kelantan tu. Itu kekuatan kita".
Berkaitan:
Instead of winning the hearts and minds of the people on its principles of struggles, mission and purpose for which UMNO was formed in 1946, it is now actually just a company doing business (Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 27/4/10, komen-komen di sini)










Cantik? Klik 






Kenapa takut sangat nak sebut Presiden PAS pergi memancing di Maldives waktu ahli-ahli PAS bertungkus lumus dlm prk Hulu Selangor? Dah kena beli dgn geng perpaduang ke?
Dah kecut takut ke nak sebut Umno ada duta-duta dia dalam PAS spt Hadi Awang, Harun Din, Nasharudin Md Isa, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali? Sebab tu apa nak heran Hadi Awang pergi memancing ke Maldives masa prk Hulu Selangor? Blog ni dah kena beli dgn geng perpaduang ke? Hidup Umno!
Enjin pesawat tentera lebih murah dari kereta Nik Abduh - Zahid
As I see it… My version of:-
Facts Of Failure At Hulu Selangor.(2010 By-Election)
Congrats To BN…hmmm, but winning a just mere 1700 votes after spending of RM70 Million, at its own fortress ( kubu kuat Barisan Nasional) and with 3 BN ADUNs is NOT something to cheer about. It’s an absolute utter nonsense. As our YAB.TPM said, BN should and must win with majority of 6000-10,000 votes. His advisors were correct. With all the advantages of being ruling Govt party, the results were NOT favoring Barisan Nasional. If the majority is 1700 votes, my view is Barisan Nasional is in deep trouble. With all these:-
1) SPR
2) Undi POS
3) Govt Servants
4) FELDA
5) FELCRA
6) Orang ASAL
7) Orang Melayu
8) Orang Cina
9) Orang India
10) And with an entire BN machineries
The result 1700 votes are NOT acceptable. It’s RIDICULOUS RESULTS. BN lost the battle at its very own ground.
BN has to do an urgent post-mortem examination autopsy now, to rectify its failure. If not, believe me, it’s an alarming sign, something very catastrophic coming towards BN in two years time.
Political Observer.
Hidup BN! Hidup Apco! Hidup Yahudi! Hidup Zionis! Hidup Israel!
Kena kerjakeras untuk DUN yang ada Felda.
Jaga baik2 ,mana tau kot2 PAS kena tutup kedai awal2 PRU nanti. Duk bising lagu mana pun orang melayu tak dengaq cakap PAS. Suara TGNA pun tak laku di Hulu Selangor. Orang melayu dah malas nak denqag cakap PAS. sekarang PAS sangat bergantuing kepada bukan Melayu untuk lawan UMNO> Habislah PAs oii. Asyik melepas saja!
Pak bakaq,PRU nanti suruh Dato Zaid cuba kat Kota Baruy.kalau sana pun kena reject , tak tahu apa nak cakap lagi. Lepas tu nak cuba kawan PAS, letak Khalid Samad lawan Cina BN di Selangor atau Pulau Pinang. Tengok mana janji setia kawan baik PAS.
Anon2:
BN bagi duit macam mana banyak pun, tak akan dapat hati bukan Melayu. hati sudah dibeli oleh PAS dan PKR dengan janji PAS for All. Bukan Melayu mahu lebih banyak lagi , mahu bagi sampai seluruh generasi akan datang samapai ke anak cucu. BN hanya Buat habis duit. Lebih baik sumbangkan kepada kroni dan juga Melayu2 yang nak sokong BN.
Penarik beca,
Barisan Nasional mewakili UMNO telah memenangi pilihanraya kecil Hulu Selangor. Bagaimana cara untuk menang dalam pilihanraya itu tidak perlu dipersoalkan tetapi yang penting adakah kemenangan.
Ada pengundi di Hulu Selangor mengatakan bahawa cara BN/UMNO bertanding dalam setiap pilihanraya adalah sama dan telah menjadi pekara biasa sehingga sekarang. Walau pun ada bantahan namun ia tetap diteruskan. Maksudnya adalah tentang rasuah, penipuan, sekatan, provokasi samseng upahan, ugutan Polis, pengundi hantu, undi pos, SPR bersubahat...
Tak perlu bukti untuk diadili kerana kita tidak mempunyai mahkamah yang adil selain mahkamah UMNO yang telah diketahui umum adalah mahkamah orang utan.
Ahli UMNO patut berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau telah berjaya mencipta mahkamah Malaysia sebagai mahkamah UMNO yang menjadikan segala perbuatan salah dari pemimpin BN akan diadili sebagai tidak bersalah. Semuga Allah panjangkan usia Tun Mahathir sehingga 2020.
Bagi penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR, tidak perlu kecewa diatas kekalahan calon anda untuk menjadi ahli parlimen. Sebenarnya BN yang kalah meraih sokongan dari rakyat 1 Malaysia berikutan perbelanjaannya menjangkau hampir 1 bilion ringgit sedangkan mereka hanya mampu mengutip lebihan 1,725 undi saja.
Dalam politik kemenangan dengan hanya satu undi tetap dikira sebagai pemenang. Tapi kalau ada ruang dan peluang untuk menyanggah kemenangan itu... jangan buang masa, lakukan segera.
Selain daripada itu Pakatan Rakyat mesti terus berkempen dikawasan Hulu Selangor sehingga tiba pilihanraya lebih besar diadakan. Tuntut segala janji yang telah diucapkan dalam pilihanraya tempohari, persendakan pengundi yang diperbodohkan pemimpin BN, buktikan kepada rakyat mengapa mereka perlu pilih pemimpin dari Pakatan Rakyat sebagai wakil keparlimen dan DUN.
Pilihanraya kecil di Hulu Selangor bukan dilihat sebagai "loceng amaran kepada PAS Kelantan dan Kedah.." tetapi ia adalah bom jangka yang perlu diketahui cara bagaimana mematikan suisnya sebelum ia meletup dalam kawasan semua pemimpin Pakatan Rakyat.
Penyokong Pakatan Rakyat jangan lupa bahawa UMNO ketika ini mendapat tunjuk ajar dari APCO. Lupakah anda bahawa ahli parlimen BN telah menerangkan dalam dewan secara jelas bahawa mereka menggunakan khidmat APCO adalah untuk menghadapi tentangan dari Pakatan Rakyat yang diketuai Anuar Ibrahim..?
Bagus para blogger seperti penarik beca.....kata sokong PAS kata sayang kat PAS tetapi posting kamu seperti gunting dalam lipatan
mati-mati orang felda kena tipu BN, maklumlah dijanjikan RM50k kelabu la mata, walhal tanah yang tergadai valuenya dah mencecah ratusan ribu. kalau pinjam bank, bank kenakan interest. tu namanya orang melayu ni akal pendek, kalau cina dia mintak lagi. bila la nak cerdik kalau asyik diperbodohkan saja.
MIC BOLEH TUNJUK BELANG BILA NAJIB ROSMAH CURAH JUTA-JUTA WANG NAK PULIHKAN IMEJ. YANG DERITANYA RAKYAT MALAYSIA. I LIANG KUBUR!
Gila punya UG. Lu jangan nak tabur fitnahlah.Kalau TGHH nak mancing kat Rusila pun bolih tak payah pergi jauh jauh.Lu ni sapa haa,Kalau lu tak suka pimpinan Pas sekarang
lu jangan buat fitnah nanti Pas juga yg rugi. Lebih baik lu tunggu pemilihan tahun depan bolihlah Lu, penarik beca,tulang besi dan geng geng lu yg lain tanding dari Presiden hingga pemereksa kira kira.
ah apa peduli yang pasti sudah menag,apa mau cakap lagi pasal sudah menang,duit datang dari mana apa kao orang perduli,pasal sudah menang,spr sudah umumkan,BN menang.itu lah ulasan tan sri tpm,malas mau sebut nama.
yang penting menag.ulasan dari setiausaha MIC dalam tv umno(tv3)banyak sogokkan yang pkr berikan.cara cakap dia ni tak boleh pakai,tadak pruff.tak kukuh.BN tabur berjutawan ringgit dia buta ke ?pasal dia sokong MIC.Tv umno(tv3) bubuh lah gambar dia.
tv umno(tv3) telah memainkan sepenuhnya sokongan yang tak berbelah bagi kepada BN.tv umno(tv3)telah menbodek habisan.you all tengoklah siapa yang duduk kat atas sekali si tv umno(tv3)Dato johan jaafar,penyokong kuat umno--upco
itu sebabnya Jaafar dipilih untuktv 3.yang dahulunya tv bebas,tapi sekarang dah jadi tv umno.stysen tv menumpang di bagunan yang di punyai saudagar cina.kepunyaan bandar utama atau see hoy chan.
UNDI MELAYU TERHADAP PR
sebenarnya undi melayu terhadap PR semakin bertambah terutama di kawasan2 bandar, pekan2 kecil yang ada akses kepada media2 baru juga media non partisan UMNO macam Sinar Harian. Cuma hg kini PR masih gagal untuk menawan melayu di felda juga di Kg2 pedalaman. Dan sebahagian melayu2 di kg2 yang kuat pengaruh UM NO nya. Jentera pakatan rakyat perlu kuatkan aktiviti, penerangan di tempat2 ni untuk tambah sokongan melayu dan tgjwb ni harus dipukul bersama PAS dan PKR. Kalau DAP join lg bgs so tak da lah org label DAP tu cina cuvanist. Selulah bekunjung ke tampat2 tu dan jgn tunggu time nak election atau dkt2 election br g sana. Dan ada baik kalau pemimpin2 kanan PR trn padang scr mengejut. Rakyat pasti suka jgn tunggu permaidani merah br nak dtg. hehe.
Lg 1 saya kira perlu ada 1 media Pakatan Rakyat yang betul2 truly Pakatan Rakyat maksudnya media itu gabungan PAS, PKR dan DAP serta SNAP. bukan lagi spt Harakah atau Suara Keadilan yg kdg2 jrg sentuh isu luar parti masing2 terutama DAP dan pencapaiannya, aktivitinya dll. Media pakatan juga boleh ditubuh bukan saja meliputi akhbar, bahkan laman web rasmi pakatan rakyat, tv online pakatan dll. Ini penting bg memastikan program2 kerajaan dan parti2 Pakatan Rakyat sampai kepada rakyat terutama rakyat felda, kg, sabah sarawak, johor yg krg akses kepada media alternatif. Ada baiknya jika diwujudkan 1 media akhbar neutral spt Suara Keadilan untuk menawan pembaca2 totok UM NO.
kalau melayu Felda, melayu kg PAS boleh tawan insyaallah PRU13 dengan izin Allah dan saya sentiasa berdoa, buat kali pertama dalam sejarah Malaysia dan dunia, Malaysia akan jadi milik PAKATAN RAKYAT. AYUH KITA MULAKAN MISI PAKATAN RAKYAT TAWAN MALAYSIA PRU 13. TAKBIR 3X REFORMASI 3X
betul2. rasa2 Khalid Ibrahim kena wat kejutan attack sikit Media Prima Berhad tu buat macam mana dia beli Guthrie PLC di London dulu2 dan bawak pulang ke Malaysia sbg ikon perlandangan ( skrg dgabung jd Sime Darby Bhd ). hehe tp nak cari duit tang mana tak tau la. hehe. attack bg saham jatuh menjunam pun da ckp ok x payah nak ambik alih.
lawak la tgk tv3/4 td. boleh si s/u MIC tu ckp PKR bg rasuah. bengong ka apa? tu yg BN janji projek byk2 tu dia x sebut la pulak. UiTM saja da makan ratus2 juta, Flyover 80 juta, peruntukan 50 ribu sekeluarga dah capai juta2. campur2 tak ke dah ratusan2 juta. huhu. pe da otak mentak pemimpin kanan MIC. tak cerdik langsung. sapa yang percaya tu triple tak cerdik.
Pasal loceng amaran Kedah Kelantan
Kelantan insyaallah mood rakyat melayu sana akan terus2 an bersama2 Pakatan Rakyat tambah2 isu royalti minyak kelantan yg menyebelahi PAS di sana. Tahniah YB Husam Musa. Saya doakan andalah pengganti Tok Guru sebab bg saya anda betul2 komited dlm berjuang, tak merajuk walaupun hilang jawatan, tak mnyerah walaupun ada yg tak suka mengkritik anda dan saya suka cara anda berhujah yang penuh dengan sokongan2 fakta yang susah untuk kita pertikaikan seringkali. Kelantan bertuah kerana mengangkat Husam Musa untuk mewakili anda.
Saya orang Kedah. di Kedah dari segi peribadi Ustaz Azizan, ramai org melayu suka termasuk melayu di kg2. saya cakap camtu bukan atas dasar persepsi semata2 tp sy lihat sekeliling sy termasuk keluarga saya yang pro umno di kg. mereka menyenangi ustaz azizan dan cara kedah mentadbir negeri. Cumanya banyak rungutan org kg terutamanya ( org kg ni dia x pikir secara kritikal, secara analisis kebanyakan ) isu2 air ( air selalu tak ada, air mahal selepas SADA ambik alih ), sampah sarap terutama bawah tadbiran MBAS dan MPSP iaitu bandaraya Alor Setar dan bandar Sg Petani. kalau ustaz Azizan boleh atasi masalah2 yg mgkn kita semua anggap remeh, tp penduduk yg x suka PR ni akan anggap PAS, PKR, DAP x reti pimpin insyaallah PAS akan tambahkan kerusi2 nya di Kedah termasuk kerusi kuat UMNO majoriti melayu. Pendekatan PAS dalam karnival kedah sejahtera, solat di tengah2 jalan walaupun benda2 cam gini nampak kecik tp byk rakyat termasuk totok UM NO membicarakannya. Dan rata2 menyukainya. Cumanya saya harap kuatkan lagi jentera kempen PAS agar segala program2 kerajaan Kedah dpt sampai kpd rakyat dgn cara yg betul. 1 lagi masalah Kedah Radio Kedah milik RTM yang suka sgt2 mengutuk kerajaan negeri. Cuba atasi masalah tu ok?
lagi 1 lupa pulak
berdasarkan analisis Zentrume Future Studies antara kekalahan PKR selain undi melayu FELDA, org2 muda melayu lambat turun mengundi dimana majoriti hanya mengundi selepas jam 3 ptg dan maybe ada yang tak sempat mengundi sbb jalan sesak. Dan lebih malang ada yang belum daftar mengundi. So ayuh bangun wahai pemuda, jangan buat lagi kerja2 mengundi last minute.
Analisis ZENTRUME FUTURE STUDIES juga menyebut undi melayu yg berpihak kepada BN adalah
1) undi2 wanita
2) undi org2 tua
2 kelompok ni lah yg harus jd sasaran PR terutama jentera penerangan. Undi wanita tu sebenar2 nya yg menyebelahi BN.Secara ringkas di Hulu Selangor kita hanya tewas undi melayu dimana tak silap hanya dpt dlm 35%. Undi India walaupun kita hanya 40%, tapi tidak lah boleh dianggap hilang undi India sebab nya MIC meletakkan wakil nya, maka sudah tentu majoriti akan undi kaum sendiri. selalu senarionya begitu tp yg hairan undi melayu ni pelik bin ajaib sikit. 65 % lebih rela memberi undi pada MIC India. hehe sedangkan pada masa sama mereka selalu labelkan PKR PAS agen DAP, budak suruhan DAP walhal tak pernah pulak PAS PKR bg kerusi majoriti melayu pd DAP beza sama sekali ngan UMNO yang serah kerusi maoriti melayu pd MIC di Ijok dan skrg di Hulu Selangor juga di Gerik Perak bg pd MCA.
Sentuh pasal Ijok. Ingat tak dulu Khalid Ibrahim pernah kalah disana, dan apa jadi selepas PRU12. Khalid bukan saja menang DUN Ijok malah bersama2 kerusi Ijok, PKR, PAS dan DAP berjaya membentuk majoriti di DUN Selangor akhirnya memimpin Selangor. Dan saya rasa ini mungkin petanda Allah nak bg kita pegang majoriti PARLIMEN maybe 2/3 ataupun majoriti mudah. Maybe PRU 13 Zaid Ibrahim akan menang pulak di Parlimen Hulu Selangor bersama2 calon2 lain dari PKR, PAS, dan DAP dan akhirnya bila disatukan cukup membentuk majoriti di Parlimen untuk kita memerintah. Jika di Ijok kita kalah DUN dan akhirnya memimpin Selangor, kali ni kita kalah dan gantinya mungkin negara tercinta Malaysia. Sama2 kita doakan. Allah berkuasa segalanya dan PRK Hulu Selangor dah membuktikan. Segala jentera Pusat, segala menteri2 BN turun padang, ratusan juta projek diisyhtihar dan di kawasan yang 3 DUN milik UM NO, MIC BN hanya mampu menang dgn majoriti kurang 1800 undi. Itupun termasuk undi POS. Dan lebih malang, jika PRK Hulu Selangor sbg benchmark, kita dah berjaya raih undi majoriti di 2 DUN di dalam Parlimen Hulu Selangor.
kita tengok bn berkempen. bn menang saya tak hairan tapi saya akan hairan jika bn kalah.
Yang menang hanyalah DAP dan MIC. Yang lain semua kalah termasuk Umno, Pas, Keadilan dan lain-lain.
Saya cadangkan untuk 2 DUN di Hulu Selangor dimana undi rakyat memihak Pakatan Rakyat, kerajaan Selangor haruslah meletakkan wakil disana bagi menghargai sokongan masyarakat 2 DUN berkenaan. Salah seorang wakil disana bolehlah diletakkan Zaid Ibrahim dan 1 lagi wakil bolehlah dipilih mana2 pemimpin PR ( anak tempatan lebih baik ) yang berwibawa dan sentiasa kedepan dalam cuba memenuhi hasrat rakyat.
Bagi membuktikan kerajaan Selangor adalah keraajaan bertanggungjawab dan Pakatan Rakyat adalah gabungan parti yang betul2 ikhlas, segala janji Pakatan Rakyat haruslah dikotakan walaupun kita kalah dan elok selepas dilaksanakan janji2 tersebut, disebarkan ke seluruh Malaysia melalui jentera penerangan parti, jentera penerangan kerajaan Selangor dan media baru Pakatan Rakyat agar rakyat tahu Pakatan Rakyat selalu memenuhi janji yang dibuat. Zaid Ibrahim juga bolehlah dilantik sbg Penyelaras Felda sebagaimana dicadangkan MB Selangor, Khalid Ibrahim. Misi tawan selangor dan Tawan Malaysia hendaklah dimulakan hari ini bukan esok atau lusa. Perkuatkan jentera kita di semua DUN dan Parlimen di Malaysia terutama di kawasan milik kita. Perkuatkan negeri kita masing2 dan pastikan sebelum tahun ke4, janji2 utama PRU12 dpt ditunaikan. Yang tidak dpt ditunaikan, usahakan agar rakyat paham kekangan2 kita.
Bagi meyakinkan rakyat, jentera penerangan pada masa depan bukan sahaja menumpukan kepada masalah2 dalaman UM NO dlm memenangi hat rakyat, tapi saya juga mencadang pada masa sama jentera penerangan mengutamakan fakta2 yg menyokong pencapaian Kerajaan2 Pakatan Rakyat dlm memerintah negeri berbanding UM NO. Saya kira dgn cara itu rakyat akan dpt membuka mata siapa sebenarnya lebih bijak memerintah baik dari segi ekonomi, sosial.