Sedap!! Klik gambar di atas!

Hello semua pemimpin politik! Tolong jujur la dengan rakyat!

Artikel Malaysiakini hari ini bertajuk "Voters' task: Keep both sides honest" sangat menarik perhatian saya. Saya tak dan baca lagi. Tapi tajuknya menarik - Tugas pengundi: Pastikan dua-dua jujur.

Saya nak cakap bab Yahudi Zionis Israel dulu.

Kalau lu bising-bising marah lu punya seteru bersahabat dengan Yahudi la'natuLlah yang menjadi mastermind serangan ke atas Iraq, lu apa hal ambik Yahudi Zionis termasuk dari Israel dalam Apco Worldwide sebagai tempat memohon petunjuk? Lu bising orang berkepit dengan Yahudi Zionis yang kita mohon dila'nati Allah s.w.t., lu sendiri jadi pak yet, jadi pecacai Yahudi Zionis yang dila'nati Allah. Apa barang lu!

Lu yang sorang lagi tu, kalau lu jerit-jerit lu punya seteru jadi pak yet dan pecacai Yahudi, lu sendiri sudah berenti ka berkepit dengan Yahudi la'natuLlah? Muassasah konon. Dalam Dewan Rakyat wa dengar lu sebut berulang kali perkataan muassasah. Lu hingat lu cakap Arab, gua punya mata boleh masuk pasir tak nampak lahanat-lahanat di belakang tu semua. Lu ingat orang lupa kerajaan negara Teluk yang konon jadi pengasas muassasah tu boleh mati beragan kalau tak jadi barua Amerika?

Hello semua, apa parti lu punya fasal, tolong jujur la dengan rakyat. Lu hingat lu terer sangat ka? Lu tau dak, kalau tak jujur lu hancur!

Bercakap bab jujur, sampai mati pun aku tak lupa buruk kelaku satu puak tertentu dari parti tertentu yang ketika pilihan raya depa minta rakyat undi depa kerana nak lawan Umno. Lepas menang sikit kerusi, depa khianati rakyat yang mengundi depa, yang beragama Islam dan bukan Islam, dan berkendak serta berselingkuh dalam gelap dengan Umno. Itu khianat namanya. Islam ada ajar khianat ka?

Lu horang terpekik terlolong mendakwa itu semua cerita lama. Lu horang hangin satu badan kalau disebut-sebut lagi. Lu horang pernah dengar ka Mat Salon kata, once bitten twice shy. Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Sekali hampa tipu, sampai bila pun aku tak percaya. Menipu siap guna nas pulak tu.

Hello semua pemimpin politik! Tolong jujur la dengan rakyat!

Gambar ihsan Pahang Daily
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. huahuahua..muassasah..aku tau Pak Bakaq kata kt sapa..hehe

  2. ha.. ha.. nasib ko le labu

  3. Org giler beca pancit tgh memekik..........

  4. politik tipu curi makan...nak hidup

  5. Pak Bakaq yang dikasihi,

    Please be fair to DSAI. Foundation for Future (yg dirujuk Anwar sebagai 'Muassasah' sebab dalam Arabic ianya dikenali sebagai 'Muassasah Al Mustaqbal'sebagaimana yg terpapar dlm web versi Arab) yg Anwar prnah jadi pengerusi tu bukannya kepunyaan Zionis atau Amerika. Takkan Pak Bakaq pun trmakan dgn hujah KJ dlm Parlimen?

    Nak tau siapa dia dlm Future Foundation tu, Pak Bakaq buka aje webnya dan cuba periksa samada mereka yg duduk dlm foundation tu ada kaitan dgn Mossad, Shin Bet atau US sama mcm mereka yg duduk dlm APCO atau Asiasoft. Kalau Pak Bakaq malas nak cari, ni saya kasi linknya : http://www.foundationforfuture.org/en/ . KalauPak Bakaq jumpa bukti yg mereka dlm Future Foundation tu ada kaitan dgn Zionis, barulah Pak Bakaq berhak utk hentam Anwar.

    Skrg ni Anwar dan tunjukkan bukti APCO dan Asiasoft utk tunjukkan kaitan antara UMNO/BN dgn Zionis. Kalau sesiapa nak tuduh yg Anwar jugak ada link dgn Zionis/Yahudi, maka kemukakanlah bukti. Tapi kalau setakat bawak bukti Future Foundation tu, ianya amatlah lemah sama sekali. Carilah modal lain.

    Pak Bakaq pun yg dari dulu tak puas hati kat Anwar, saya harap jgnlah copy paste hujah KJ aje. Sy bkn menyokong Anwar. tp kita kena menilai kekuatan hujah dan bukti. Kalau Pak Bakaq tetap kata Anwar ni jugak pro Zionis dan Amerika, maka buatlah study dan tunjukkan di sni. Jangan main perli yg Anwar sebut perkataan Muassasah dlm ucapan dia dlm Parlimen. Anwar dah jelaskan latar belakang Future Foundation tu.

    Kalau penjelasan Anwar tu tak benar, maka Pak Bakaq tunjuklah kat mana yg tak benarnya.

    Kawan Lama dari Batu Caves.

  6. Ya Pak Bakaq..
    Saya pun setuju dengan cadangan Anonymous 6:59:00Pm
    Saya tak mau lah hujah stail KJ..dan puak2 UMNO/APCO....
    Pak Bakaq kena tunjukkan bukti...
    DSAI tu pun sama perangai macam puak UMNO APCO...

  7. Jawab jangan tak jawab Bakaq.

    KJ kan budak Oxford dia boleh bergayut "from tree to tree"..

  8. Apa lu bakaq...itu kj ada mari lu punya dekat kaaa...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008