Dalam berita bertajuk "Altantuya: Najib sumpah lagi ketika kempen pilihan raya", Malaysian Insider semalam melaporkan:
Bersumpah satu hal. Tetapi, yang kita dok tunggu ialah dia ambil tindakan terhadap akhbar-akhbar antarabangsa seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.
Najib sepatutnya mencontohi Tengku Razaleigh Hamzah tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.
Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.
Apa pun, saya ingin mendengar Najib bersumpah dengan kalimah WaLlahi, WabiLlahi, WataLlahi bahawa tangannya tidak berlumuran dengan darah rakyat Palestin yang dijajah Yahudi Zionis apabila dia mengambil Apco Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi Zionis sebagai tempat ia memohon petunjuk.
Sambil itu, marilah kita memohon petunjuk dari Allah s.w.t. sahaja.
Berkaitan:
'PM Najib': International media's underwhelming reception (Malaysiakini 24/3/09)
Najib Razak dan kematian Altantuya (Kerabu 24/3/09)
Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui "kesemua" rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.Portal berita itu seterusnya melaporkan:
Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.
"Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini," kata Najib yang juga Presiden Umno.Saya tak pi dengar dan saya tak tahu bagaimana Najib bersumpah di di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Tetapi sebelum ini, memang benar, dia dah bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu. Dia kata:
Najib membuat sumpah berhubung isu kematian wanita Mongolia ini ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008. Ketika itu beliau merupakan timbalan perdana menteri.
"Saya tak kenal dia,jangan tuduh," kata Najib lagi.
"Satu pembohongan besar dan dahsyat," kata beliau.
Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.
"Dengan nama Allah, WaLlahi, WabiLlahi, WataLlahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia".Perempuan Mongolia mana? Nama apa?
Bersumpah satu hal. Tetapi, yang kita dok tunggu ialah dia ambil tindakan terhadap akhbar-akhbar antarabangsa seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.
Najib sepatutnya mencontohi Tengku Razaleigh Hamzah tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.
Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.
Apa pun, saya ingin mendengar Najib bersumpah dengan kalimah WaLlahi, WabiLlahi, WataLlahi bahawa tangannya tidak berlumuran dengan darah rakyat Palestin yang dijajah Yahudi Zionis apabila dia mengambil Apco Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi Zionis sebagai tempat ia memohon petunjuk.
Sambil itu, marilah kita memohon petunjuk dari Allah s.w.t. sahaja.
Berkaitan:
'PM Najib': International media's underwhelming reception (Malaysiakini 24/3/09)
Najib Razak dan kematian Altantuya (Kerabu 24/3/09)



































Cantik? Klik 






Post a Comment