Sedap!! Klik gambar di atas!

Susahnya aku nak berenti merokok

Saya mula hisap rokok ketika saya berada dalam Remove Class, tahun 1971. Arwah mak saya marah berapi. Pernah dia hendap saya yang tengah 'asyik-ma'syuk hisap rokok dalam hutan. Dia simbah saya dengan air. Terkejut babun saya!

Jasa mak tak mungkin saya lupakan. Mudah-mudahan Allah s.w.t. berbelas-kasihan kepada mak dan pak saya yang telah lama meninggalkan saya, dan seluruh mu'minin m'minat, muslimin muslimat.

Sejak Remove Class lagi, saya dah pandai cari duit sendiri. Ambik upah macam-macam kerja rencam di kampung saya di Matang (dalam kawasan Bukit Gantang). Biasanya, saya ambik upah kopek nyioq (kupas kelapa pakai cop besi tu). Upah masa tu 5 sen sebiji. Pagi-pagi, sebelum pi sekolah petang, saya dapat kopek paling kurang 200 biji. Sat ja. Tu yang banyak duit dan terus merokok tu.

Kira-kira, saya ni perokok tegar walaupun la ni saya hisap rokok murah ja. Rokok mahal-mahal macam Dunhill, Benson atau Pall Mall (yang murah) saya tak beli. Tak tahan. Mahal sangat.

Pagi tadi, setelah putus rokok, saya berkira-kira nak pi kedai beli rokok. Sebelum pi kedai, jenguk sat Malaysia Today. Baca pi, baca mai, terjumpa artikel bertajuk "Cigarettes may contain pig blood" (mungkin ada maklumat lanjut kalau klik di sini).

Lepas tu saya pi kedai dengan azam tak nak hisap rokok. Cadang nak servis kereta sama. AlhamduliLlah, dengan kemurahan rahmat Allah yang dikasihi, hujan turun dengan lebat. Tersangkut kat Restoran Thaqwa (Mamak tu eja gitu). Minum kopi panas.

Laaa, punya la gian rokok. Masa tu la saya hantar sms kat kawan-kawan nak membunuh gian rokok. Tetapi, aku kecundang jua. Last-last, pi kedai waris Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Hussin, sebelah restoran tu (ni kempen kedai ja, bukan kempen lain). Beli rokok daun.

Saya juga tarik balik slip of tongue saya kepada Ustaz Wan Ji tadi, "hidayah apa, dok hisap rokok daun lagi ni". Saya memohon ampun kepada Allah s.w.t. yang dikasihi.

Apa pun, kompeni-kompeni rokok mungkin menafikan apa yang terkandung dalam artikel tu. Tetapi, untuk lebih ihtiat, saya memohon perlindungan Allah. Itu saja. Cakap besaq tak berani.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam pak bakaq,
    akak akak akak (nervous laughter).
    kenapa sampai teruk macam tu menghisap rokok! kasihan.
    saya semasa di sekolah menengah, di belakang sekolah ada yg hulur rokok. hisap sekali, saya bertanya - 'apa benda berbau gini dan dgn asap teruk, kamu kata sedap?' itulah sekali saja saya hisap rokok seumur hidup walau dah setengah abad.

    ada caranya kalau nak henti merokok.
    hang pastikan kena cekup polis, masuk lokap setahun di mana tak ada yg dapat seludup rokok. ah! baru taubat.
    akak akak akak.

    maaf ya, berjenaka.
    saya tak merokok, tapi anak saya merokok pula.
    hai nasib.

  2. orang kafir laknat akan guna apa saja taktik untuk menarik umat islam ke alam neraka selepas mati. itu fakta!

    pasal rokok ada darah babi ke, susu badan ke - itu satu pembaziran bila hisap rokok, lebih baik hisap susu badan yang dapat mengeratkan perhubungan keluarga dan jaga kesihatan. ALLAH SWT beri umatnya rezeki untuk dipergunakan dengan secara baik seperti menderma anak yatim, membeli makanan untuk anak pinak dan bukannya duit dari rezeki dibakar seperti sampah. lebih teruk, asap rokok tadi mendatangkan penyakit kepada perokok itu sendiri dan mereka yang berdekatan dengannya.

    hisaplah ubat gigi jika perlu selagi ianya bukan membakar rezeki yang ALLAH SWT berikan pada umatnya. ini common sen!

  3. Salam tuan, aku pun rupa hang jugak, tengok artikel pasal rokok dan kaitannya dgn babi. Mula nak berhenti rokok, tapi punya le gian,tak tahan. Tapi aku baca balik artikel tu, depa kata filter rokok je ada bahan dari babi. Jadi aku pub sekarang hisap rokok takde filter, mcm lucky strike. Ya Allah, tolong le aku nak berhenti rokok.

  4. Reme

    Sapa kata dlm lokap tak boleh hisap rokok? Aku ni kan graduate beberapa lokap...

  5. Tahniah pak bakaq..berentilah pak bakaq oii..kajian tu orang putih gak yang buat, takkan dia orang nak sabotaj syarikat rokok tu kot...

    Banyak dah rencana tentang bahaya merokok ni. Lagipun syarikat rokok menyumbang kepada ekonomi Israel dan dana untuk pembunuhan umat Islam Palestine. Kasihanilah mereka!

  6. Hisap bahan tembakau mati kena kanser tu tak penting. Sikit darah babi budak Melayu kelam-kabut. Merokok dalam semua bentuk telah bunuh berjuta orang tetapi orang makan darah babi di serata dunia tak pernah mati akibat makanan tu.

    Anehnya orang Islam?

  7. woi hangpa dok sibuk pasai babi ada dalam ghokok ,nu pi tengok puak2 tu dah nak pi gabung ngan umno dah nu. ghokok memang tak elok tapi tak lah sampai dosa nak pakat ngan umno.........................aku tak suka rokok tapi aku amat tak suka join ngan umno.

  8. Sebut je pasal babi, orang melayu terus je kelam kabut. Tapi cuba tengok orang melayu yang togok arak di kelab-kelab malam, selamba je mereka tanpa rasa bersalah. Cuba ada kajian mengatakan dalam arak ada campur babi, pasti ramai melayu yang geli geleman nak minum arak.

    Apa punya melayu ni?

  9. kalau google drug addiction , akan jumpa -
    nikotin adalah part of drug
    ketagihan rokok memang power
    dan payah nak buang , barangkali payah dari drug ...
    selain rokok yang ' ada pig blood ' mcm dikatakan tu
    mungkin pig blood tu yang tambah ketagihan yang payah dibuang ,
    sbb pig dan part-partnya tu ada ketagihan yang power ,
    yg mungkin juga antara sebab haramnya ,
    ada orang kata heroin yang dibawa masuk tu dari thai
    ada dicampur dengan sisa tulang mayat mat-mat druggies
    dan kemdian dijampi oleh bomoh siam , wallahu a'lam
    apa pun satu je ubat nak buat ketagihan ...
    keazaman yang sangat-sangat tinggi
    kerana keazaman jiwa dan semangat adalah drug paling tinggi
    yang aku pun tak berjaya dapatkannya lagi pak bakaq .. hehehe

  10. gua mat rock, gua sokong lu marzuq, dosa kecik memang selalu pakat heboh sebab melibatkan orang kecik2 macam gua,dosa besar2 melibatkan orang besar2 sebab tu tam mau di besar2.
    dunia hipokrit,gua lalok gua sorang2 pening, pemimpin lalok banyak rakyat pening....pergi jahanam umno.

  11. -rokok biasa (dunhill, marlboro, dll) dan rokok daun, wa rase kandungan die lain la..tgk bntuk pun dah bole tau isi kndungan die mmg brbeza..so kna wat kajian gak ape kndungan rokok daun n rokok biase..

  12. Salam,

    Pak Bakaq ni mesti dapat isteri yang baik. Saya mulakan kempen berhenti menghisap rokok dari sebelum kawin. Di rumah no smoking. Tu pun dia curi-curi hisap rokok bila saya dah tidur. Ashtray semuanya masuk tong sampah. Jumpa kotak rokok, saya pulas sampai rokok longlai. Bila anak dah besar, mereka yang buat kerja tu. Apapun mereka tak pernah tengok pak mereka hisap rokok. Saya cuma tahu suami dah berhenti selepas 3 bulan dia berhenti. Masa tu anak pun dah masuk sekolah. So kempen saya mengambil masa lebih kurang 7 tahun. Saya tak pernah tanya bila dia mula merokok. Suami kawin umur 37. Saya pernah masuk pejabat dia sebelum kawin. Serupa duduk dalam ashtray. So Pak Bakaq, sayangkan isteri dan anak-anak, berentilah merokok. Janganlah terus merokok dan pada masa yang sama dok doa 'waqina 'azabannar' tapi sendiri yang bawa api kat jasad.

  13. lawaklah. kat Malaysia nih, Melayu dengan Rokok bagai Tunggao dengan Telok! dah sunat bagai terang lagi bersuloh masih lagi gatai gatai nak garu. Rokok tu ada darak khinzir ke, kulit biawak ke, Melayu tetap akan hisap. tapi dengan kaedah modern, kertas balut rokok tu letak gambaq keluarge benggap boro bonyok bak kata RPK 'ToyBoy', semua muntah keluar perut dah tak hisap rokok. kunnyah tembakau ade ler. tak cuba try tak tahu!

  14. rokok daun best beb... daripada hisap rokok biasa, hisap rokok daun, jimat..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008