Dalam berita bertajuk "Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai - Nasharudin", Utusan Malaysia hari ini melaporkan:
Umno lepas tangan dalam tragedi Natrah (TV Selangor 10/3/10)
PAS tolak kerajaan perpaduan sebab Umno 'sesat-sesesatnya', kata Nik Aziz (Malaysian Insider 10/3/10)
Wahai pemimpin PAS, tolong nafikan berita ini (Al-Bakistani 10/3/10)
Perjuangan isu Natrah perlu dicontohi (Utusan Malaysia 10/3/10)
Ahmad Awang mengaku enggan bincang (Utusan Malaysia 10/3/10)
Berkaitan:Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.
“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.
Umno lepas tangan dalam tragedi Natrah (TV Selangor 10/3/10)
PAS tolak kerajaan perpaduan sebab Umno 'sesat-sesesatnya', kata Nik Aziz (Malaysian Insider 10/3/10)
Wahai pemimpin PAS, tolong nafikan berita ini (Al-Bakistani 10/3/10)
Perjuangan isu Natrah perlu dicontohi (Utusan Malaysia 10/3/10)
Ahmad Awang mengaku enggan bincang (Utusan Malaysia 10/3/10)












Cantik? Klik 






Elok la tu Nasa mano la bergabung nanti kau buleh jadi menteri perpaduan tak pun penerangan kan
Apa boleh buat, ahli PAS ramai lagi yang bengap macam ayam daging ...tunggu untuk di ratah musang
Bodoh...
Yang ko amik sumber daru Utusan tu pasai apa..? ko tnya laa tuan punya badan tu pasai pe dia gi sana & tnya dia betul ke dia kuarkan kenyataan tu.
Kata boikot Utusan Meloya ni tp dalam masa yg sama amik berita ni dan percaya sggh2. Ko ni betul2 bodoh & mangkok pemecah belah dlm PAS
salam pak bakaq...
daripada ambik sumber u.meloya,baik usha tamil nesan...pembawa gagasan Sheikh Yusof Qardhawi tuh.
Nasarudin dengan Hadi sama-sama bengong. Elok-elok senyap dan tak de masalah digerakkan balik fitnah yang sedang tidur. Know what, both of you better shut your mouths up than giving headache to and restlessness among party leaders/members!
jika benar sepatutnya mamat ni pun diambil tindakan yang sama seperti zul kulim tu. terlalu haprak.
DI BAWAH NI PUN LAPORAN BOHONG UTUSAN MALAYSIA?
Majlis Syura Pas restui muzakarah
KUALA LUMPUR 21 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, usaha Pas mengadakan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan umat Islam di negara ini telah mendapat restu Majlis Syura Ulama parti itu.
Beliau berkata, restu itu diberikan sebelum pertemuan pertama antara Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut beliau, pertemuan pertama antara kedua-dua pihak itu diadakan sejurus Pilihan Raya Umum Ke-12.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Abdul Hadi memberitahu, hasil pertemuan itu juga telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama Pas.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Pas memenangi 23 daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi calon-calon parti itu.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas memperoleh 83 kerusi.
“Pas tidak menafikan ada pertemuan antara pucuk pimpinan tertinggi Pas dengan Abdullah bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
“Berikutan itu Majlis Syura Ulama Pas telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Pas mempertingkatkan kesungguhan dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam,’’ kata Abdul Hadi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai reaksi Presiden Pas itu terhadap pendedahan Abdullah yang juga Presiden UMNO bahawa muzakarah UMNO dan Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.
Perdana Menteri berkata, UMNO ikhlas dalam menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menjelaskan, pertemuan Abdullah dengan pemimpin peringkat tinggi Pas itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut beliau, susulan daripada pertemuan pertama itu, satu lagi perbincangan telah diadakan di bangunan Parlimen antara pucuk pimpinan Pas dengan Abdullah.
Pertemuan di bangunan Parlimen itu hanya membabitkan Timbalan Presiden Pas dan Perdana Menteri.
“Pertemuan ini juga telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulama,’’ ujarnya.
Salam Bakaq, panas panas...sapa lagi yang suka terima jemputan n makan free and giler microphone...dah tau d situ ada umno..tengok u.m cuma citer turut serta TPP and KPP..tapi dlm berita bergambar mana ada photo depa ..cuma photo pak din aje..lepas ni..d galakan semua Pimpinan Pas supaya sentiasa menanti-nanti jemputan majlis macam tu..maklum makan free and d buat d hotel..tak macam hang bakaq..cuma takat makan d restoren takwa..gue makan d rumah aje..
Hang jangan lagi masukan citer zul dkk dlm blog hang ni..jangan layan..dgn budak higusan tuuh..semua orang buruk dia aje yang baikk..and terlebih islam..kesian pimpinan gue d kata higusan..
Tapi kadang-kadang slah pimpinan juga yang tergiler glamour pasal apa..
pak bakaq...
bila lagi nak buat undian ni...
dah tak tahan da ni..
Tuan Guru NA..tolong tarbiah MANGKOK MANGKOK..ni..
dia orang ni memang TELINGA KUALI...
Geramnya....
Salam, Pak Bakaq,
Kami kini yakin usaha membawa PAS bersama UMNO BN memang masih berjalan....laporan Utusan is testing the mood dan setting the scene. It's all question of timing and putting the "blockading factors" to toe the line and "freezing" them up. Akan ramai aktivis PAS terutama kepimpinan aktif yang anti UG di panggil/remand polis kerana ploy ISA dah tak berapa menjadi... TGNA...ha..ha rasa-rasanya we can expect some surprises..ya Allah selamatkan pemimpin-pemimpin jemaah kami yang benar....
salam pak bakaq.
ni nak kata benda yang jauh dari tajuk, awatnya iklan `minta bantuan segera` HA, DSAI, WA, ni tak buang lagi, program tu dah lama dah.
kalau reporter tulis cite bohong, lama doh kena saman hoi... masalahnya pemimpin hang pa tu yang cakap tak berapa nak betul, bila news report tak berapa sebelahi ko rang maka kata reporter bohong.
filter la sikit... harakah pun tak semesti selalu betul...
Dari mana sumber kenyataan Nasaruddin Mat Isa ni tak penting,pokoknya dia telah buat kenyataan semasa perasmian Buku "Natrah" oleh Muhyiddin Yassin. Apa Tim.Presiden PAS buat diupacara dimana ada Muhyiddin Yassin? Itu bukan acara resmi kerajaan.Mengapa pulak Nasaruddin buat kenyataan tentang "perpaduan parti politik umat Islam".Jelas dalam otak Nasaruddin masih teringin nak bergabung dengan UMNO.Telah ramai yang membuat komen betapa "Geng Perpaduang" ni memang tidak akan "tutup buku" sebagai mana janji Presiden PAS. Secara senyap-senyap agenda untuk tidur sebantal dengan UMNO mereka teruskan.Kalau ada dikalangan ahli PAS yang menyangka isu ini dah lapok,bukalah mata,telinga dan otak anda - isu ini belum tutup buku malah sedang berjalan senyap-senyap sebagai mana Geng UG menemui UMNO dalam gelap.
Saya dah jangka kedatangan Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS di majlis pelancaran buku Natrah diberikan gambaran buruk oleh pihak-pihak tertentu. Mereka akan sentiasa menulis apa sahaja perkara-perkara yang boleh dijadikan kontroversi demi untuk menaikkan hits blog dan seterusnya menjadi blogger yang terkenal.
Maka, tidak hairanlah bila sudah terkenal dengan penulisan-penulisan yang picisan, maka wujudlah dalam dirinya untuk melabel sesiapa sahaja termasuk ulama' sebagai kepala lutut dan bodoh.
baca lagi di http://dutaperubahan.blogspot.com/2010/03/kenapa-paranoid-dengan-perpaduan-umat.html
Nasaruddin Mat Isa ni bukan sekadar musang berbulu ayam tapi lebih dari itu.Dia dan Geng Perpaduangnya adalah "anai-anai" yang akan meruntuhkan harakah PAS.Tepat sekali anggapan TGNA terhadap Nasaruddin Mat Isa.Manusia jenis ni wajar tidak diberi maaf kerana impiannya nak jadi menteri bersama UMNO begitu kuat.Begitu juga Hadi Awang,Mustafa Ali dan Hassan Ali.Resminya Hadi Awang mengumumkan kes perpaduang "tutup buku" tapi cara senyap-senyap mereka terus menjalankan perancangan dalam gelap.Kenyataan Nasaruddin Mat Isa dipelancaran buku Natrah membuktikan gulungan UG ni tidak pernah berdiam diri dan gigih meneruskan impian mereka.Banganglah mereka yang menyangka isu perpaduang ni sudah "tutup buku".
org dok marah pak bakaq membebel pasal kerajaang perpaduang... tapi tgk la mamat ni... tak habis2 berkehendak politik dalam gelapnya... apa nak jadi la....
Ikut suka hangpa lah..... PAS dah jadi macam parti sendirian berhad. Buat macam macam ucapan/ulasan. Dah tau kedai toto/nombor ekor... yang hang nak pergi beli gula disitu buat apa? Tak kan tak kenal tempat yang nak dituju...... Kemana agaknya PAS nak pergi selepas ini.
pak bakaq. salamualaikum. mula mula Utusan Banggang & Berita Matian serta semua milik UMNGOK tok sah di baca, jauh lagi untuk dijerling. suratkhabar nih semua untuk membenggap dan membahlolkan pembaca. pasal Nasha nih semua orang dah tahu, dia kot mimpi nak jadi DPM bila join BN. mungkin dah three-some kot dalam gelap sama Ah Lah dan lain lain, tapi tak leh buat kes macam DSAI nun. masih toye adalah kenapa ahli ahli PAS tak panggil EGM fired si Nasha and the benggap leadership gangs dalan PAS nun. kalau ahli ahli PAS dah kena pukau dengan Utusan Banggang, dah leh tak buat apa apa dah. nih dah kira najis, kalau secoit pun tak sah sembahyang. umur makin lanjut dan akan mati kita orang tua tua nih, tapi anak bini kita yang kena susah jika malaysia masih diketuai orang bahlol macam baghal nun.
salam,
lagi2 isu UG. aku bukan apa, korang selalu sembang out of context la bila cakap pasal ni. mesti nak emosi. aku tak fikir org mcm ust. nasa & tgha tergila2 nak bergabung dgn umno . depa bercakap soal dakwah la bro..soal asas memperkuatkan umat Islam iaitu daulah Islamiyyah yg lagi besar tujuannya. bukan isu remeh temeh UG ni. dakwah ni sentiasa berjalan bro tak kira ko berdepan dgn sape. nabi Muhammad s.a.w berdakwah dulu sebelum declare war dgn Rom & parsi. nabi Nuh a.s. berdakwah 900 tahun lamanya..so siapalah kita nak persoalkan niat suci PAS utk meneruskan kerja dakwah ni. mana boleh dakwah utk segolongan pihak saja?? jadi, soal nak gabung dgn umno x muncul sama sekali..nak buat apa..ape la korang ni.
kalau pas join PR dgn semangat utk berdakwah kpd DAP, apa salahnya bercakap pasal perpaduan umat Islam? kan itu juga matlamat PAS. mari kita rileks sekejap. jgn dok emosi2 ni. aku percaya dlm konteks dakwah ni tgna juga sependapat dgn aku. cuma takmau gabung dgn umno je...
soalnya, PAS tak macam PKR , pas haprak! sebab tu mangok2 tu ade lagi dalam PAS
Pimpinan Ulama apa agamapun kalau sistem politik/ekonominyanya maseh Kafirnomik, maka sesiapa jadi pemimpinpun Negara dan umat maseh kafir.
Sila layari rencana "Hidup Merdeka dari Kafirnomiks" di...
http://warongpakyrh.blogspot.com
Hidup Revolusi Islamnomiks!!!
Utusan bohong ke, tipu ke sama dengan puak UG yang tipu rakyat. Itu bukan persoalannya. Persoalannya sekarang kenapa dekatkan diri pada fitnah? Utusan bukan macam harakah. Walaupun jualan masing-masing merosot tapi jualan utusan masih jauh lebih tinggi dari harakah dan utusan dibaca oleh majoriti rakyat terutama mereka yang masih kurang tamadun termasuk puak-puak UG.
Saya percaya kalau nanti dibuktikan dalam bentuk rakaman audio macam sebelum ni akan terbongkar segalanya. Cubalah jangan tipu rakyat. Seronok sangat ke menipu ni? Dah sama je perangai macam umno yang PAS tentang dulu.
Kalau kata sokong DAP mesti ada puak-puak yang komen suruh masuk neraka sekali dengan DAP. Apa... ingat orang PAS tak ada yang masuk neraka ke? Asal masuk/sokong PAS je terus masuk syurga walaupun munafiq?
Pak Bakaq, Assalamualaikum.
Fakta sejarah peristiwa Natrah yang patut puak UG, terutamanya nasharuddin, sedar adalah ianya atas dasar kesedaran ISLAM bukan atas dasar bangsa kerana paling banyak memberi dana dan sumbangan adalah kalangan pedagang India Muslim atau dikenali DKK (Dari Keturunan Keling, mengikut istilah yang digunakan oleh setengah penulisan berita ketika itu), kebanyakan dari 18 orang yang terbunuh adalah di kalangan DKK. Puak UG memang nak masuk perangkap...Cik Aminah ditipu Arthur Locke ke Singapura kononnya ingin membantu Cik Aminah mendapat penjagaan yang sah. Rupa-rupanya Cik Aminah termasuk perangkap dan terjadi kes perbicaraan Natrah di Singapura. Menurut cerita ayah saya, kalau kes tersebut dibicarakan di Johor atau negeri-negeri ada Raja Melayu maka besar harapan Natrah dapat diselamatkan kerana Sultan boleh memutuskan hal ehwal agama dan peguam yang bertungkus lumus membela Natrah perlu kita tahu adalah sebenarnya arwah Syaihkhul Kuliyyah Prof Datuk Ahmad Ibrahim, Dekan Kuliyyah Law, UIAM. UMNO ketika itu tak pun masuk campur pada peringkat awal dan kritikal kes Natrah...apakah mungkin ianya ploy dalam gelap antara David Marshall-Dato'Onn/Hussein Onn-Arthur Locke ketika itu..??? Yang termaktub dalam sejarah adalah UMNO menyelamatkan mangsa yang dihukum mati...nampaklah kononnya UMNO berjasa pada Islam???? Sejarah Natrah sepatutnya menyingkap perangai sebenar UMNO terhadap Islam...Cuba ingat kembali bila PAS ditendang keluar BN? Ya..Bila mereka rasa mereka sudah kuat kembali dan perangai pemimpin PAS sudah macam UMNO dan sudah banyak kesilapan pemimpin PAS dalam genggaman UMNO. Belum diungkit peristiwa berdarah Memali dan lain-lainnya. Beringat-ingatlah wahai pemimpin jemaah PAS yang ikhlas dan benar.
ni aku nak tanya.. apa nama.. Pak Bakaq??! sbb dia org tua dan dgr cerita lama dlm PAS, sure faham mana halal dan haram..
Pak Bakaq.. takdir katalah semua yg utusan laporkan itu adalah benar, sebijik2 dari perkataan Ustaz Naza.. cuba sebut mana perkataan dia yg haram? Mana perbuatan dia yg haram? Pasal UG lak, cuba bawa dalil UG itu haram? apa dalil puak2 UG yg kata halal, kemudian ko kata haram, mana dalil ko kata haram? Macam mana pula ko leh terima PR, pernahkah ko mintak dalil dari pemimpin tentang pakatan rakyat? apa kata mereka?
Kita ni pak bakaq, bila makin tua2 kurang2 lah buat dosa, sbb tu kita dinasihat kurang bercakap, kerana bila banyak bercakap banyak akan berlaku kesilapan, bila banyak berlaku banyak kesilapan semakin banyak dosa kita, bila semakin banyak dosa kita.. tahu2 lah mana tempat kita nanti.. menulis ni pun cam bercakap lah jugak..