Sedap!! Klik gambar di atas!

Setelah ketuanan Melayu dibonekakan

Setelah ketuanan Melayu menjadi boneka mereka, berikut ialah berita mStar Online mengenai tuan-tuan terbesar yang menjadikan ketuanan Melayu sebagai pecacai mereka.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hartawan Malaysia terbaru dimasukkan dalam senarai bilionair dunia 2010 Majalah Forbes - sebuah majalah bisnes terkemuka dunia.

Kemasukan baru hartawan itu, yang bernilai AS$1.2 bilion dan menduduki tempat ke-828, menyertai lapan rakyat Malaysia lain yang berada dalam senarai 1,011 bilionair global yang diumumkan oleh Forbes hari ini.

Hartawan Malaysia yang lain termasuklah raja gula Robert Kuok yang menduduki tempat ke-33 dengan kekayaan bernilai AS$14.5 bilion, diikuti oleh usahawan ulung Ananda Krishnan (tempat ke-89)(AS$7.6 bilion), Pengerusi IOI Corporation Tan Sri Lee Shin Cheng (ke-189) (AS$4.4 bilion), Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow (ke-277)(AS$3.4 bilion), Pengerusi Kumpulan Hong Leong Tan Sri Quek Leng Chan (ke-277) (AS$3.4 bilion), Pengerusi YTL Corporation Yeoh Tiong Lay dan keluarga (ke-421) (AS$2.3 bilion), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (ke-655) (AS$1.5 bilion) dan Pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau Tiong Hiew King (ke-937) (AS$1.0 bilion).
Kosmo pula melaporkan:
Di negara Asia Tenggara, Malaysia mendahului jumlah bilionair dengan sembilan orang.

Ia diikuti oleh tujuh orang dari Indonesia dan empat orang warga Singapura.

Tan Sri Robert Kuok, 86, yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$14.5 bilion (RM48.13 bilion) berada di tempat 33. Beliau mengalahkan George Soros yang berada di kedudukan 35 bersama pengasas Microsoft, Paul Allen dengan kekayaan AS$13.5 bilion atau (RM44.8 bilion).

Tokoh perniagaan dari Malaysia, Ananda Krishnan, 71, berada di tempat 89 dengan kekayaan AS$7.6 bilion (RM25 bilion).

Pemilik syarikat I0I Berhad, Tan Sri Lee Shin Cheng, 70, dengan kekayaan berjumlah AS$4.4 bilion (RM14.6 bilion) menduduki tempat ke-189.

Selain itu, pengasas bersama Hong Leong Bank, Tan Sri Quek Leng Chan, 69, dan pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, 80, menduduki tempat ke-277 dengan memiliki kekayaan sebanyak AS$3.4 bilion (RM11.2 bilion).

Pengasas syarikat hartanah YTL, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 72, dan keluarganya mempunyai kekayaan sebanyak AS$2.3 bilion (RM7.63 bilion) menduduki tempat ke-421.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menduduki tempat ke-655 dengan kekayaan AS$1.5 bilion (RM4.97 bilion).

Tan Sri Vincent Tan berada di tempat 828 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.98 bilion).

Pengasas syarikat pembalakan, Rimbunan Hijau Group, Tan Sri Tiong Hiew King yang berusia 75 tahun berada di tempat 937 dengan kekayaan sebanyak AS$1 bilion (RM3.3 bilion).
Apa yang tidak dilaporkan oleh Forbes ialah sebahagian besar dari harta mereka diperolehi hasil dari mempecacaikan ketuanan Melayu atau menurut dakwaan sesetengah orang nama sebenarnya ialah Umno.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq, jka senarai diatas itu tak layak kerana pencacai UMNO , jika tiada unsur kroni siapa yang pada pandangan Pak Bakaq seharusnya tersenarai orang2 kaya Malaysia.

  2. hang keras pedal la bakaq..hang x takut isa ka???

    tok pengulu

  3. to anon #2, pak bakaq kata "bak tagline v3 samseng jalanan, Mati Hanya Sekali"..go bakaq go..

  4. bab ketuanan nih hanyo Yahudi yang handal takkan umNO nak ikut perangai Yahudi tu...

  5. Tok Ketuo.. memang yahudi tu handal tapi umno tak ikut pun perangai yahudi. Tapi lagi teruk dari yahudi. Sebabnya.. yahudi memperkayakan bangsanya dan menindas bangsa lain selain yahudi.

    Umno pulak terbalik.. umno menindas bangsa sendiri dan memperkayakan bangsa lain. Jadi pada saya umno ni lebih teruk dari yahudi.

  6. sebarkan cerita ni pada semua umat melayu siapa petualang melayu sebenarnya.daje sunnguh puak umnogok ni

  7. kalau ikut betul betul landasan Islam, orang melayu sudah jadi Tuan seperti bangsa lain. malangnya, sebahgian besar orang melayu dah ikut landasan nasrani dan yahudi, malah landasan orang utan pun lebih baik dari orang melayu sendiri. tengok tuh, dah tua ganyot nak bini dua tiga empat tapi bila dah beranak kecik, suruh gomen tanggung. kepala otak punye mentaliti, bukan nak bangun rakyat yang sudah lemah lagi lembab, dikelingtong lagi adalah. sebab sudah tak percaya berkatan dan takdir Allah SWT, mula timbullah ketuanan taugeh.... satu sekim cepat kaya tipu orang.

  8. Sebenarnya ..nak jadi orang politik ni nak kena tau fakta., Maksud Ketuanan Melayu pun tak faham..senang-senang je nak jatuh hukum.. dulu kerajaan bagi peluang sekolah dan belajar masuk universiti yang kerajaan bina, tak belajar betul-betul..Tak Semua parti politik sama.. bezanya ada yang boleh membantu dan ada yang tidak boleh membantu..masing-masing pun bukannya malaikat..Kita kalu nak hukum orang dengan katakan Yahudi atau tidak, kena lah suluh cermin diri kita tu..jangan sampai kita dijatuhkan hukum syirik keatas diri sendiri pulak nanti..IOI Group dulu pun kita selidikla siapa pengerusinya..pengerusinya orang melayu juga dan siapa pulak dia..mgkn penasihat PKR boleh jawab agaknya..orang nak berpolitik depa nak berpolitik , orang nak berbahas depa pun nak berbahas juga..tapi apa yang nak dibahas tak mendatangkan kebaikan kepada orang yang membacanya.. anak melayu sekarang dah semakin pandai..pemikiran lebih kehadapan..sebab kerajaan hanta belajaq tinggi untuk jadi orang berguna dan sentiasa bersyukur dan berjaya..kita dok komplain sana sini..kalu boleh jadi jutawan ok juga..ini bukan zaman malayan union bro..ini sudah zaman 2011 dah..jadi melayu jangan melayu puah..jadi melayu yang senantiasa berfikiran positif dan sentiasa maju kehadapan..cerita-cerita tingkap ni zaman 70an boleh la..

  9. cuba kita sama-sama fikirkan dan renungkan..apa puncanya melayu sering berpecah dari mula zaman kesultanan melayu melaka hingga zaman 2011 ni..agaknya mungkin memang bangsa kita ni memang suka dengan perpecahan..bila direnungkan zaman ini.. sebenarnya orang melayu telah lemah sebenarnya.. cuba la kita tanya diri kita ni kat mana kita berdiri sekarang ..adakah kita ni berdiri dinegara orang atau di bumi melayu..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008