Sedap!! Klik gambar di atas!

Sepatutnya sendiri bagi, bukan nanti orang lucut

Saya menyokong sepenuh-penuhnya usul Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Haji Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh istana Perak.

Saya tidak nampak sebarang faedah kepada rakyat melarat benda-benda tu semua.

Dengan adanya usul itu, istana Perak kini mempunyai alasan untuk berbuat demikian. Istana boleh kata, sebagai raja berjiwa rakyat, pihak istana bertanggungjawab menghormati kehendak dan aspirasi rakyat seperti yang terkandung dalam usul yang disokong begitu ramai wakil-wakil rakyat itu.

Berkaitan:
DUN Perak: Syor undi lucutkan gelaran Datuk Seri, Datuk terhadap Nizar dan Ngeh
Berita Harian (31/3/10): Seorang wakil wakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.

Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak.

Mohammad Nizar adalah wakil rakyat Pas bagi Pasir Panjang, manakala Ngeh (DAP-Setiawan) yang juga Pengerusi DAP Perak.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Biarkan kena lucut. 2 YB tu setakat malu je. Tapai malu besar ialah pada orang yang melucut kerana orang itu datang dari dunia undang-undang tapi langgar undang-undang.

    Apa ada pada dato'sekarang? Perangai dato' lebih keji dari perangai rakyat yang tak ada dato'.

  2. Tak der ka isu yg lebih bermanfaat kpd rakyat Perak selain dr menggunakan Dewan yg dibiayai dgn hasil titik peluh rakyat digunakan utk nafsu sarakah politik rimba.

    Wakil Rakyat makan hasil titik peluh rakyat akan berdiri di Mahsyar utk didakwa oleh setiap rakyat adakah mereka telah menjalankan tanggung jawab yg diamanahkan serta sumpah yg dilafazkan.

    Mentaliti adun yg menyangka hanya bertanggung jawab terhadap kehendak pucuk pimpinan party adalah suatu ajaran "sesat."
    Keangkuhan mereka seolah-olah mempersendakan amaran dan peringatan Allah swt melalui Rasulullah saw.

    Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.

  3. ada apa pada pangkat dan gelaran ?!


    majoriti dato sekarang perangai mengalahkan SETAN !!!

    maaf la pada sesiapa yg terasa....

  4. klu setakat dato gelaran...mcm2 org boleh kurnia untuk dapa gelaran tu....artis pun dapat juga,nak heran ape....mcm aku pun datuk juga...tapi uku dapat gelaran datuk sebab aku ada 19 org cucu...kah kah kah...ni ada 2 lagi coming soon cucu baru....ni gelaran kekal sampai ke mampos...kah kah kah....takde sape2 pun boleh tarik gelaran tu ...kah kah kah.....

  5. Kalau nak ditarik balik pun tak de ruginya kat akhirat nanti.

    Bukannya bila ada gelaran dari istana kita boleh terlepas dari pengadillan ALLAH. Ingatlah semua manusia sama je kat akhirat nanti tak kira apa pangkat mereka di dunia. Hanya amal soleh sahaja yang dapat membantu.

  6. sokong supaya YB2 PR yang dpt gelaran dato' menawarkan diri utk menyerahkan balik gelaran berkenaan. baru kelass, beb...

  7. Hari ini kalau aku dapat kentut 1000 kali dan masok dalam Guinness Book of Records sudah tentu aku dapat title Datuk!
    Tak payah tunggu cucu..hehe April Fool!

  8. Ingat malaikat yang jaga kubur tu akan bagi kelonggaran ke siapa-siapa yang ada dato'? Silap-silap yang beri gelaran dato' tu kena belasah dulu oleh malaikat yang bengis serta tidak mengenali belas kasihan kerana mengikut perintah Allah.

    Kalau PDRM atau SPRM yang jaga kubur mungkin kita boleh hulur-hulur sikit mintak belas ihsan. Tak pun boleh mintak surat sokongan dari dato' seri ke tan sri ke untuk diringankan seksa.

  9. umat Islam and semua orang lahir kedunia bogel tak de apa pun tutup badan, mati pun macam tu jugak. paling kuat bungkus dengan karong emas macam firaon malaoun moden tu. anak kecik pakai diapers aje, dah tua nyanyok pakai diapers jugak. latuk ke, ton ke, latuk seli ke, semua pangkat tak bawak mati. kalau ikut pun sampai ke batu nesan atau atas keranda. yang bagi gelaran gelaran ali baba ke, si toyol ke, mamat jakun ke... mati pun masuk kubor bogel makan ulat tanah dengan ular api. tok sah dibangga sangat dengan gelaran pangkat bila duit nak beli diapers pun tak mampu sampai pakai duit sedekah rakyat.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008