
Dalam berita bertajuk "Polis siasat pendedahan Zulkifli Noordin," Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis akan siasat pendedahan mengejut yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengenai ganjaran lumayan yang ditawarkan pihak tertentu untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana pendedahan Zulkifli itu merupakan maklumat baru kepada polis dan orang ramai, justeru, ia perlu disiasat kesahihannya.
Berikut ialah reaksi Zulkifli yang disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana pendedahan Zulkifli itu merupakan maklumat baru kepada polis dan orang ramai, justeru, ia perlu disiasat kesahihannya.
Berikut ialah reaksi Zulkifli yang disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi:
Setakat yang saya lihat, dari segi undang2 pun tak ada keperluan, sebab konteks yang saya sebut tu konteks nak membayang, menggambarkan budaya fitnah yang sedang melanda. Sesuai dengan kekhuatiran Tuanku. Itu saja. Tetapi kalau Tan Sri KPN nak panggil saya untuk bincang lanjut, saya tengoklah macam mana keadaan. Apa yang dia nak tau (lihat di sini).Malas nak kata apa-apa. Buatlah tafsiran sendiri.











Cantik? Klik 






Salam
Kah..kah... tahu kecut perut siMalaun ni!
Pandai pula berdalih bila polis nak siasat.
ala dah tau dah.. zul akan tuduh PKR/DSAI yg buat offer tu.. lepaih tu DSAI akan disiasat.. lepaih tu bukti takdak!!... lepaih tu ZUL kena penjara sebab buat kenyataan palsu... MAMPUIH LA HANG ZUL.. hang balik kulim siap la hang kena ludah!.. aku dok tunggu ni.
Air muka dia macam takut-takut, cakap pun rendah intonasi. Semasa dalam perhabasan dewan baca teks sambil mengaru-garu pipi bermakna dia sendiri mushkil apa yang dibacanya. Soal kepada dia siapa yang bagi teks tu?.
Salam Tuan Bakaq,
Begini lah tahap mentaliti Ahli Parlimen Malaysia . Tiada kualiti langsung. Jika nak umpamakan adalah seperti ikan kembung yang sudah pecah perut kat pasar...sapa pun tak ingin nak beli......bahkan ikan pun tak selera nak hampir.
Berani cakap tapi tak berani bertanggung jawab.
Tapi kualiti begini memang sesuai menjadi salah seorang menteri dalam kabinet sekarang , kerana yang lain-lain pun hampir sama saja kualitinya.
5. Untuk makluman tuan juga, pihak kontraktor asal projek ini telah berjaya mendapatkan sokongan Y.B. Perdana Menteri Malaysia untuk menyertai proses tender terhad ini tetapi arahan Y.B. Perdana Menteri ini telah diabaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan sebaliknya cuba mengelirukan Y.B. Perdana Menteri dengan memaklumkan proses tender ini telah pun selesai sedangkan pada masa yang sama beliau telah mengarahkan pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan untuk mempercepatkan proses kelulusan tender dan penganugerahan projek ini kepada syarikat kroni beliau. Ini adalah kerana Menteri tersebut takut sekiranya ada satu kontraktor lain yang menyertai sebut harga tender terhad ini, beliau tidak dapat mengawal @ menentukan harga yang bakal dikemukakan oleh kontraktor tersebut.
6. Terdapat keraguan adanya unsur campurtangan dan salahguna kuasa Menteri Kesihatan Malaysia dalam urusan kelulusan tender dan penganugerahan projek ini dan kami dengan ini memohon satu kertas siasatan terhadap menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pihak-pihak yang terlibat dapat dibuka dengan kadar segera berdasarkan fakta-fakta diatas. Kami juga mencadangkan siasatan dilakukan terhadap akaun bank Menteri tersebut di Singapura dan Malaysia serta pemeriksaan di rumah dan pejabat beliau kerana mungkin terdapat banyak wang yang disimpan disitu.
7. Disini ingin juga disyorkan supaya proses tender terhad tersebut dibatalkan dan dilakukan semula dengan memanggil kontraktor-kontraktor lain yang berwibawa untuk mengelakkan kerugian yang besar dialami oleh pihak kerajaan akibat tindakan menteri tersebut.
8. Kami juga akan memaklumkan perkara ini kepada parlimen supaya satu siasatan yang telus dapat dijalankan dan semua hasil siasatan akan dimaklumkan kepada masyarakat umum sesuai dengan visi 1Malaysia ilham Y.B. Perdana Menteri iaitu “Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan.”
Sekian. Terima kasih.
Yang Benar,
Rakyat Prihatin
s.k.
i. Y.A.B DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK,
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
ii. Y.BHG. TAN SRI WAN ABDUL AZIZ WAN ABDULLAH
KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
Kementerian Kewangan,
No. 5, Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
alang2 nak siasat, tolong siasat yang ni skali
part 1 of 3
PESURUHJAYA,
BAHAGIAN SIASATAN,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Aras 2, Blok D6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000, Tel: 03 - 8886 7000
62007 Putrajaya Malaysia. Fax: 03 – 8888 9489
(U/P: Y.Bhg. Datuk Hj. Mohd Shukri bin Abdull) 24 Mac 2010
Y.Bhg. Datuk,
Per: CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA HOSPITAL QUEEN ELIZABETH,
KOTA KINABALU, SABAH (PAKEJ 4) – TOWER BLOK:
MEMOHON DIADAKAN SIASATAN TENTANG CAMPURTANGAN /
SALAHGUNA KUASA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA,
DATUK SERI LIOW TIONG LAI.
Perkara di atas dengan ini dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, projek ini sebelum ini telah dianugerahkan kepada satu syarikat kontraktor bumiputera tempatan Sabah namun kemudiannya telah dibatalkan atas arahan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tel. no: 0122907280 / 0388833888) tanpa dinyatakan sebarang alasan yang munasabah. Menteri Kesihatan sebelum ini ada memaksa kontraktor bumiputera tersebut supaya subkontrak projek ini kepada syarikat kroni beliau tetapi kontraktor tersebut tidak mahu.
3. Projek ini kemudiannya telah dibuka untuk proses tender terhad tetapi yang menimbulkan persoalan di sini ialah kenapa kontraktor asal tidak dijemput sekali untuk menyertai proses tender ini sebaliknya hanya 4 kontraktor baru yang dijemput. Keempat-empat syarikat tersebut adalah:
i. Techbay Sdn. Bhd
ii. Sri Lantasmas Sdn. Bhd
iii. Exodaya Sdn. Bhd.
iv. Para Cemerlang Sdn Bhd.
Keempat-empat kontraktor ini biarpun bumiputera adalah kontraktor “alibaba” dan dikawal oleh satu syarikat iaitu Imej Warisan Sdn. Bhd. milik kroni Menteri terbabit bernama Choo Chee Kun (tel no: 088723833). Keempat syarikat ini juga tiada pengalaman dalam pembinaan hospital. Choo Chee Kun ini juga merupakan individu yang mengawal 4 syarikat kontraktor yang lain dan ini dapat dibuktikan apabila nilai harga tender yang dikemukakan oleh keempat-empat syarikat tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah hampir sama. Nilai harga ini juga hampir mencapai limit budget maksimum yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk projek ini. Keadaan ini berlaku adalah kerana Choo Chee Kun telah dimaklumkan tentang nilai budget maksimun kerajaan oleh Menteri tersebut dan keempat-empat syarikat ini telah diarahkan untuk mengemukakan nilai tender yang hanya rendah sedikit daripada nilai budget maksimum kerajaan untuk memastikan projek ini akan dianugerahkan kepada mereka dengan nilai yang tinggi dan mereka dapat menipu kerajaan serta makan duit kerajaan.
4. Sedikit maklumat tentang Choo Chee Kun, beliau adalah merupakan individu yang sama telah dianugerahkan projek kerja pembaikan Bangunan QEH sedia ada dan juga merupakan individu yang terlibat dalam urusan penjualan Sabah Medical Center kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga dipercayai memberi komisyen kepada Menteri Kesihatan untuk kedua-dua projek tersebut. Selain beliau, kami juga percaya individu-individu berikut terlibat sama dalam merancang dan dipercayai telah menerima komisen untuk memastikan projek ini dianugerahkan kepada syarikat kroni Menteri tersebut:
a. Datuk Edward Khoo –
Pembantu Menteri, JKM Negeri Sabah (tel. no: 0198136333)
b. Datuk Chin Goo Chai –
Pengarah, Bah. Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM (tel. no: 0388833888)
c. En. Jagjit Singh a/l Nashatar Singh –
Bah. Perancang & Pembangunan, KKM. (tel.no: 0388832019)
PR mesti adakan satu siri saringan yang ketat dalam memilih calon di PRU13 dan seterusnya nanti..............kalau boleh ambik pihak ketiga jadi consultant, profesional yang betul2 bebas.aku dengag dulu masa sebelum PRU12, nama dia telah ditolak dari menjadi calon pas, pastu PKR ambik, patutnya pas beri nasihat kpd PKR kenapa pas menolak zul nordin sebagai calon...sepatutnya perlu di buat pengselarasan sebegini........sekadar satu cadangan
abu nuqman
Dalam hal ni Mulla Zul pun betul juga. Apa bendanya yg Polis nak siasat ni? Kalau SPRM baru betul. Mereka kena siasat mengapa Zul tak lapor bila ada orang tawar duit untuk implicate Najib & rosmah dgn pembunuhah Altantuya. Musa memang bengong. Zul buat kenyataan tu 'just for political mileage as a new Umno's lapdog to please his new master". Kenyataannya banyak tergantung. Kiri bukan dan kanan pun bukan. Dia cakap ada orang suruh implicate Najib & Rosmah. Dia tak cakap orang tu suruh buat 'false implication'.
Mengenai penglibatan Najib & Rosmah, Raja Petra telah membuat pengakuan sumpah dan bagitu juga PI Bala. Kenyataan bersumpah lebih kuat dari segi undang2 dari cakap dalam Parlimen. Mengikut pengakuan2 sumpah tu memang Najib & Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan tu. Apa lagi nak siasat. Third party tu suruh Zul buat pengakuan sumpah, itu atas anggapan mereka Zul munkin tahu penglibatan Najib & Rosmah dengan lebih detail dari CI Azilah. Azilah bunuh Altantuya semestilah atas arahan Najib samada "directly or indirectly through his aides." Third party tu tak suruh Zul pergi buat pengakuan sumpah palsu. Cuba tanya Mulla Zul, adakah 'third party' tu suruh kau membuat 'false implications' terhadap Najib & Rosmah.
Musa bengong sebab dia ada Diploma Undang2 saja. Belajar undang2 sekerat saja. Sebab tu buat kenyataan, 'siasat' tanpa befikir. Musa apa dia tahu. Dia tahu rekacipta kes liwat terhadap Anwar sahaja. Atas sebab tu mamak Mahathir bagi dia jadi IGP.
Baik la zul mengaku awal awal apo yang dio cakap tu merapu sebolum kono sumpah jadi tapir.
Bismillah...
Kata sahibulhikayat...bahawa MANUSIA ini jenis HAIWAN juga. Bezanya, haiwan kurang akal tetapi banyak naluri. Manusia, kurang naluri tetapi banyak akal. Tetapi ada yang kurang akal jadi gila. Macam-macam gila. Nafus pun begitu. Mansuia tidak kurang yang tidak dapat kawal nafsu jahatnya. Angkuh, cinta kebendaan dan sex bekerumun di nafsunya.
Manusia ada yang hidup merdeka. Sedikit sahaja. Ada yang jadi alat persatuan, orang lain dan sistem. Mereka teperangkap dalam pekerjaannya atas berbagai alasan halal. Mereka kena ikut arahan dari zaman sekolah sampai mati, apa saja. Mereka sedar bahawa kena perangkap dan jadi alat. Kena suruh itu dan ini. Maka tidak pelik jika orang nampaknya alim pun kena buat dan cakap yang songsang. Cakap hendak membela Islam tetapi ia pilih isu yang boleh mereka berdali-dalih ; tidak berjuang pada isu dasar dan besar.
Lihat dan fikir sendiri. Tidak payah dinyatakan dengan teperinci disini. Wallahualam. Maaf.