Sedap!! Klik gambar di atas!

Pembunuhan Altantuya: Perencanaan siapa terhadap Sirul?

Di Dewan Rakyat, Zulkifli Noordin sebentar tadi sakan-sakan membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu (saya akan siarkan hansard ucapannya di bawah bila hansard tersebut disiapkan nanti). Itu hak dia.

Sambil kita tidak berhak untuk menuduh Perdana Menteri terlibat, ia tidak bermakna kita tidak berhak untuk merasa hairan dengan kelakunya yang begitu pelik dalam isu tersebut.

Kita juga berhak bertanya apa sebenarnya di sebalik keluhan Koperal Sirul Azhar Umar seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini 4/2/09 dalam berita bertajuk "Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul" seperti di bawah:
Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
Rakyat mesti bangkit bertanya, siapakah mereka yang tidak berada dalam mahkamah untuk menghadapi pertuduhan? Perencanaan siapa terhadap Sirul? Kalau penyiasat persendirian P Balasubramaniam berbohong dan pembohong besar, adakah tidak pelik seseorang yang berkuasa tidak dilihat berani menghadapi si pembohong yang tidak ada kuasa sehingga terpaksa dibikin drama melarikan si pembohong itu?

Saya tidak tuduh Najib. Saya hairan. Bila saya hairan, saya tanya. Itu sahaja.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Dah tu kenapa bodoh sangat pergi bunuh si mongol tu. Berapa juta mereka nak bagi. 10 juta , 20 juta. Duit tak dapat membeli orang yang ada Iman. Berani buat berani tanggung

  2. zul nordin nak bela tantuya jib ?
    hahah ... yela , mesti buat kerja dulu baru masyuk dapat ...
    ahh ... parlimen sarkis ...........

  3. Pak Bakaq pi la tanya kat zulkifli nordin nuh... apa settlement antara dia dan azeez sheikh fadzir dulu...?? macamana tiba2 azeez boleh tarik balik petition Kulim Bandar Baru...??

    mangkuk zul nordin ni is just a PLANTED PERSON by Bkt Aman SBs utk bikin kacau dalam PR jer...

    berbakul-bakul sumpah seranah terhadap pdrm oleh mangkuk zul nih, ada dia kena panggil ambil kenyataan? HARAM...... See More

    Ask any of the 9 defense lawyers that acted on behalf of PR member of parliaments' election petitions 2008 and they will tell you that this zul nordin is nothing but a lying SCUMBAG.


    Kasi buang la itu kopiah, the hell with u zulkifli nordin...

  4. Betul...

    Setuju. Kita tidak menuduh sesiapa. Kita hanya bertanya. Logik akal. Kalau tidak ada apa2 tujuan kenapa Sirul membunuh?. Itu soalan yang mahkamah perlu rungkaikan. Bukan sekadar menjatuhkan hukuman tetapi membongkar motif pembunuhan. Takdak kerja lain ka tetiba Sirul dengan kawan dia dok makan nasi kandar depa pun sembang..."weh, lepas makan ni jom pi bunuh orang,...bunuh sapa? bunuh Altantuya la...sapa Altantuya????...Sirul diam..dia tak kenal tetiba nak pi bunuh...

    Cerdik la sikit polis, mahkamah...

    Di Malaysia ada 20 buah unversiti. Ada beratus-ratus profesor dan dr. pHd. Takkan sumuanya bangang...

    Jangan bodoh rakyat, sehingga rakyat Malaysia kelihatan bodoh di Mongolia, rasa jijik di mata masyarakat Australia, nampak bengap di mata Indonesi.

  5. Siapa yg merancang supaya polis kita menjadi PEMBUNUH?
    Mahkamah kenapa tak siasat?

  6. salam,

    mohon Link Blog ini http://wasiatpejuang.blogspot.com/ ke dalam blog tuan, Blog ini berkisar sejarah tanahair. Terima kasih

  7. Berani buat, berani tanggung... itu isu lain.
    Satu lagi isu penting, hukuman mahkamah tertakluk kepada pelaku sahaja, dan perancang terlepas dan tak dikenakan hukuman.
    kalau memang itu stand mahkamah, susah rakyat malaysia wooo.
    bayangkan: tak puas hati ngan si A, upah pembunuh dan pegi bunuh dia. mahkamah akan hukum pembunuh upahan tu saja. kita yang upah tak kena hukum, paling teruk pun mungkin disabitkan bersubahat...walopun kalo ikut logik akalnya, kalo kita tak upah pembunuh tue, pembunuhan tersebut takkan berlaku...

  8. kepada anon,
    pernahkah terfikir yang sirul pun mungkin telah terpaksa? mungkin ada ancaman lain terhadap dia atau orang lain yang berkenaan dengan dia.dia memang patut dikenakan hukuman, tetapi jika ada rencana pihak lain kenalah dibongkar siapa pelakunya..

  9. Saya tak mahu cakap panjang mengenai Zul Nordin ni, cuma nak nasihat, don't waste your time on him. He's not worth it.

  10. No 9, terima kasih atas pandangan. The issue is justice for Altantuya, not Zulkifli Nordin.

  11. Penarik beca ni shiah ke?

  12. Yes lah.. €Zul Nordin has a mentality of a juvenile delinquent.

  13. Sila check betul2. Mulla Zul sudah temberang dalam Parlimen. MI reported, '( Zul) was a lawyer for Chief Inspector Azilah Hadri.He was asked to implicate the prime minister and [his] wife in the murder case. I was asked to make a sworn statement, I withdrew from acting on the case because there is a third force acting on the case,”

    Ini Mullah Zul sudah temberang. Satu hari semasa perbicaraan, Zul dan seorang lagi Peguam Kamarul sudah datang mahkamah. Kamarul bagitahu Hakim bahawa dia mewakili Azilah. Zul pun bangun dan cakap dia yang wakili Azilah. Apabila Hakim tanya Azilah, siapa peguam dia, Azilah cakap Kamaru. Terasa malu, Zul pun bagitahu Hakim, ' I am dischargin myself'. Itu cerita sebenar.

  14. ORANG LUAR MAHKAMAH TU...BUKTIKANLAH YG KITA TU TK BRSALAH...JANGAN DIAM SAJA..SEBAB TU ORANG SYAK YANG BUKAN2...GUNALAH MAHKAMAH UTK BERSIH DIRI...DAKWA ORANG YG BUAT FITNAH...SAMAN DIA..TUNTUT GANTIRUGI BANYAK2..BARU PADAN MUKA DIA...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008