
Dengan ucapan terima kasih tak terhingga, saya sokong sangat-sangat kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang meminta semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyediakan laporan lengkap berhubung masalah beban kewangan yang dihadapi pelajar masing-masing, sehingga ada yang terpaksa 'mengikat perut' kerana ia boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Kenyataan itu lebih proaktif dari sedap-sedap mulut menyuruh orang mengubah cara hidup.
Saya tahu banyak kes pelajar yang ikat perut, bukan sahaja di IPTA malah di IPTS. Oleh kerana saya sendiri tak berapa ada duit, saya telah meminta tolong kepada dermawan-dermawan seperti Salahuddin Ayub, Datuk A Kadir Jasin, Dr Zulhisham Ghazali dan Elviza Michele Kamal (sekadar menyebut beberapa nama). Saya bagi nombor akaun pelajar yang berkaitan. Di atas budi baik dan keprihatinan mereka, saya memohon Allah membalas budi baik mereka dengan kebaikan yang melimpah-limpah.
Menjadi impian saya untuk membuat tabung bagi membantu pelajar-pelajar yang kesusahan. Tetapi kalau saya yang diketahui umum sebagai kutu sengkek yang initiate dan kutip duit, tentu orang berkata-kata dalam hati, "bagi duit kat barua ni, budak miskin dia tak bantu, perut dia pulak yang buncit dengan duit kita".
Saya masih berharap ada pihak yang initiate dan tolong kutip serta bagi derma kat pelajar-pelajar yang kesusahan tu.
Berita berkaitan:
IPTA diarah lapor graduan 'ikat perut'
Kenyataan itu lebih proaktif dari sedap-sedap mulut menyuruh orang mengubah cara hidup.
Saya tahu banyak kes pelajar yang ikat perut, bukan sahaja di IPTA malah di IPTS. Oleh kerana saya sendiri tak berapa ada duit, saya telah meminta tolong kepada dermawan-dermawan seperti Salahuddin Ayub, Datuk A Kadir Jasin, Dr Zulhisham Ghazali dan Elviza Michele Kamal (sekadar menyebut beberapa nama). Saya bagi nombor akaun pelajar yang berkaitan. Di atas budi baik dan keprihatinan mereka, saya memohon Allah membalas budi baik mereka dengan kebaikan yang melimpah-limpah.
Menjadi impian saya untuk membuat tabung bagi membantu pelajar-pelajar yang kesusahan. Tetapi kalau saya yang diketahui umum sebagai kutu sengkek yang initiate dan kutip duit, tentu orang berkata-kata dalam hati, "bagi duit kat barua ni, budak miskin dia tak bantu, perut dia pulak yang buncit dengan duit kita".
Saya masih berharap ada pihak yang initiate dan tolong kutip serta bagi derma kat pelajar-pelajar yang kesusahan tu.
Berita berkaitan:
IPTA diarah lapor graduan 'ikat perut'
Berita Harian (13/3/10): Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diarah menyediakan laporan lengkap berhubung masalah beban kewangan yang dihadapi pelajar masing-masing, sehingga ada yang terpaksa ‘mengikat perut’ kerana ia boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata arahan itu dibuat selepas beliau menerima maklumat ada segelintir pelajar IPTA terpaksa ‘mengikat perut' atau bekerja sambilan untuk menampung kos hidup sepanjang mengikuti pengajian di kampus. “Berdasarkan maklumat yang saya terima ada pelajar yang terpaksa bekerja sambilan untuk mendapatkan wang tambahan, malah ada yang terpaksa meminjam daripada pensyarah kerana ketiadaan wang.
“Walaupun perkara ini tidak serius namun kita perlu menanganinya dengan mengenalpasti jumlah sebenar pelajar yang berhadapan dengan masalah itu supaya langkah sewajarnya diambil bagi membantu mereka,” katanya kepada media selepas melancarkan bengkel ‘Training of Trainers’, Kokurikulum Berkredit Institusi Pengajian Tinggi di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh selama sebulan iaitu sehingga pertengahan April ini kepada semua IPTA untuk menyerahkan laporan terbabit antara lain mengandungi cadangan yang perlu dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah itu.
“Masalah ini perlu ditangani bersama oleh IPTA dan kementerian kerana kita khuatir akan berlakunya fenomena kemiskinan kampus hingga boleh menjejaskan kualiti serta kebolehpasaran graduan IPTA.
“Pada masa yang sama, kita perlu mengenalpasti punca masalah ini sama ada ia disebabkan latar keluarga, jumlah pinjaman yang diterima atau dasar yang ditetapkan oleh kementerian," katanya.
Mengenai usaha yang dilakukan pihak IPTA untuk menangani masalah ini, Saifuddin berkata, semua IPTA mempunyai mekanisme masing-masing untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan namun jumlahnya adalah terhad.
Oleh itu, beliau meminta semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru dilantik membantu mengenalpasti pelajar terbabit, bagi memudahkan urusan pemberian bantuan.










Cantik? Klik 






Najib had given his ministers the KPI, what about him, who is going to grade him.
Take this poll:
How would you grade the PM's KPI (key performance index) during his 1 year in office.
Salam Pak Bakaq.
Yang ni saya tak berapa setuju. Dok derma apa ka sudahnya. Kebanyakan penuntut yang terlibat ikat perut kerana memperlingkup duit biasiswa dan pinjaman PTPTN dengan hidup bergaya dan bermewah-mewah dengan h/phone dan perbagai keperluan tak berfaedah. Ada yang beli motorsikal dengan duit tersebut, bayar bulanan. Begitu juga pelajar-pelajar MARA. Yang teruk mak pak. Mereka sanggup ikat perut kerana itu semua. Hanya sebilangan kecil yang betul-betul laeeh! Saya cakap kerana ketiga-tiga anak saya buat kerja tu semasa di IPT. Pening kepala aku. Kalau kerajaan bantu jugak, lama-lama habislah duit rakyat.
Sebenarnya dengan duit pinjaman dan sedikit bantuan keluarga, tiada masalah langsung yang besar. Aku lebih setuju TMP Dato' Saiffuddin siasat yuran-yuran kursus di IPTA/IPTS yang tak masuk akal dan kadang-kadang tak standard. Mereka-mereka ini yang mencekek darah penuntut-penuntut dengan perbagai yuran tersembunyi bila semester bermula.
Kalau gomen wang tadak aku cadang kita jual balik kapal selam (sekarang dah dapat selam). Ada pun bukan boleh buat apa.
Wang komisen 500 juta aku rasa susah sikit nak ambil balik. Kan gitu?
Sekurang-kurangnya budak-budak kita tak kelaparan boleh belajar dengan baik.
Masalah ni dah berlarutan sejak bertahun dulu.Masa che det PM dulu, ada juga dibangkitkan, tapi pi mai pi mai dok tang tu jugak!Cakap kosong saja !Dulu aku tak berapa ambil pusing dengan isu ni, tapi disebabkan anak aku 3 orang di ipta lo ni mengalami nasib serupa, aku gagahkan juga utk memberi komen ini.Inilah bahananya kalau pilih MPP tukang angguk kepala!Konspirasi menghancurkan anak melayu di ipta masih berjalan sehingga kini.Yang menjayakan konsp. ini bukan orang asing tapi oleh orang Melayu sendiri.Sedarlah wahai umat Melayu Islam se Malaysia!
Inisiatif nak bagi pendidikan percuma (contoh dalam 5,10 tahun) tak dak langsung. Kata nak jadi negara maju tapi negara maju depa dah siap bagi pendidikan percuma tak kira bangsa. Buat la Plan dulu, baru execute. Ni baru pendidikan, belum kesihatan. Rugi duit aku bayaq cukai tetiap tahun tp dok masuk poket depa ni buat shopping oversea...
Bagi le dia orang sebulan RM1,000 lepas tu hutang tak nak bayar. Jangan le manja sangat budak - budak ini. Hisap rokok lepas tu pakai kereta bawak makwe sana sini, Keputusan peperiksaan asyik ada sangkut je tiap semester. Macam itu daftar je dengan jabatan kebajikan masyarakat. Seumur hidup ditanggung kerajaan.
Salam Pak Bakaq-
Untuk pelajar Utara Perak, Penang dan Kedah yang kesempitan wang. Minta depa/ibu bapa hubungi saya. Insya Allah sikit-sikit tu bolehlah. Call saya Shamsul 019-5176476
jgn asyik salahkan pelajar sahaja, bayangkan pinjaman ptptn 1semester utk degree lbh kurang dpt 3200, tolak yuran+ hostel da cecah 1600, baki 1600, bahagi lak utk 6bln makan, bru sebulan 266, mn ckp 266,tu duk tuduh bli moto laa, bw awek,handpho laa,..tu xmasuk bli buku lg, asgmnet lg, bj xberganti , pakai ja bj U xpun bj kolej ke kuliah,..
klu uversity ulu banat xpa laa gak,ni tgh town segalanya kena duit,lg la pokai,...
sahabat2 ku sekalian... kenapa x boleh ckp dgn duit pinjaman yang diberikan.. pnd2 la berjimat. sy phm pelajar uni byk guna duit. tp bukan sume buku2 kena beli kn? klu dulu2 byk pelajar2 cthnya ibu bapa kita buat bisnes kecil2an smbil blaja. apa kata kita contohi mereka. duit x kn ckp klu bg sebanyak mana pun. bukan brp ringgit yang kita perlukan sebenarnya... mcm mana kita mengaturkan perbelanjaan yang sepatutnya... anak2 zaman skrg di uni hanya ada segelintir yg x mampu. Hal Ehwal Pelajar ada peruntukan untuk mereka. tp kebanyakannya mmg yang agak senang dan sederhana. jd, marilah sama2 kita berjimat cermat.
kpd semua sahabat bersabarlah, inilah ujian dari Allah kepada kita semua yang sedang mencari ilmu. x dop duit pun x pa jangan duk fikir2 sangat. relex k..