Sedap!! Klik gambar di atas!

Muncullah segera generasi muda Melayu yang komited kepada Allah

Semalam, dalam posting bertajuk "Bila pak yet Zionis ditelanjangkan", saya tulis:
Mungkin selepas ini depa akan selak kain Datuk Seri Anwar Ibrahim pula selepas Anwar menyelak kain tokan depa.

Jika perkara itu berlaku, saya hanya nak berterima kasih kepada kedua-dua pihak. Yang untung ialah rakyat yang dapat tahu pekung dan tokak yang selama ini disorok di dalam kain.
Hari ni, nampak depa jawab dah. Sila lihat posting Ahirudin Attan bertajuk "Life in a glass house on GreenRoad".

Bagi saya, kesemua itu menunjukkan kepada generasi muda betapa teruknya pemimpin-pemimpin Melayu hari ini, tidak kira dari parti mana pun. Ada yang berkawan, berkerjasama dan menjadi pecacai Zionis, ada yang dikaitkan dengan kejahatan seks seperti zina dan liwat, ada yang dikaitkan dengan pembunuhan, ada yang bongok terlampau sehingga tidak boleh diterima sama sekali, ada yang dengan mudah termakan hasutan sang bangang yang berlagak pandai, macam-macam.

Kalau setakat rasuah, penajaan, ambil duit tauke konon untuk parti, kronisme, itu semua tak payah cakap. Hampir semua pemimpin politik Melayu yang ada kuasa di dalam kerajaan buat kerja-kerja jahat tu, tak kira la parti apa pun.

Tetapi, kelaku mereka tidaklah seburuk kelaku pengikut-pengikut mereka yang 'asabiyyah. Setan-setan 'asabiyyah yang ta'sub gila kepada pemimpin-pemimpin itu akan merangkai pelbagai tipu kelentong untuk memberi warna putih, warna gemilang kepada para pemimpin sanjungan mereka. Setan-setan 'asabiyyah itu ada dalam semua parti.

Negara ini dan anak cucu kita nanti akan menanggung padah yang sangat menyakitkan jika setan-setan 'asabiyyah itu terus berkeliaran dan semakin membiak.

Saya harap, generasi muda Melayu yang komited kepada Allah, keadilan dan kebenaran serta berani berlawan dengan kemungkaran politik, ekonomi dan moral akan segera muncul untuk mengambil alih dari gerombolan pemimpin Melayu kini yang sama ada jahat, bongok atau malas.

Tetapi, saya juga berharap sangat kepada Allah s.w.t. yang dikasihi agar generasi muda yang mengambil alih itu tidaklah termasuk generasi muda yang bersikap 'asabiyyah atau apa yang dipanggil "bunch of stupids".
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Insya Allah ....ianya sedang diatur.....kini masa depa.....biarkan depa buat 'kerja' depa.....masa akan bersilih ganti.....

    Hanya perlu yakinlah kepada Allah dan Hadiths Rasulullah saw......

    malayulama...

  2. assobiyyah yang mana satu tu, Pak Bakaq? Kat Tanah Melayu ni, ada dua jenis pemahaman assobiyyah... satu, assobiyyah yang dinisbatkan kepada fahaman kebangsaan, manakala satu lagi ialah assobiyyah yang dinisbatkan kepada golongan yang sentiasa menyokong kumpulan mereka dalam apa juga aktiviti dan pemikiran, sekalipun ianya bersifat zalim, tidak mematuhi ajaran Islam, berdusta dan sebagainya....

  3. InsyaAllah...

    Generasi muda yang tak suka tabur fitnah... yang tak suka maki hamun... yang berasa sayang pada saudara2nya yang lain... yang tak mengkafirkan sesama saudara mereka... yang menjaga kehormatan dan kemuliaan Islam dengan erti kata yang sebenarnya... yang tak ambik kisah2 tahyul media tanpa pemikiran wajar... yang reti menilai setiap bentuk penulisan dan kata2 dengan berhemah... yang mengamalkan segala yang makruf dan melaknati segala kemungkaran... yang pandai menjaga hati sendiri... yang tak poyor macam pemimpin2 parti yang poyor... yang tak memperdagangkan Agama Islam demi kepentingan dunia... yang tak memperkudakan agama Islam untuk beroleh sifat riak... ujub... bangga dalam diri... yang tidak merasakan dirinya lebih Isle dari saudara2nya yang lain............

  4. Boleh senaraikan nama2 pemimpin melayu dari setiap party politik yg mengamalkan rasuah beserta dgn bukti dan saksi nya sekali?

    kalau setakat tuduh secara rambang dan tanpa bukti dan saksi ......tu namanya FITNAH

    Sama la mcm kaum yahudi yg suka mengamalkan fitnah.

    Nak berjuang menegakkan islam dan menghapuskan kezaliman kena bermula dr diri sendiri Pak Bakaq.Menuduh tanpa bukti dan saksi tu namanya fitnah dan menzalimi diri sendiri.

    Kata dulang paku serepih

    KIng

  5. Betui hang cakap King! Orang yang tuduh tanpa bukti adalah orang fasik, usahkan nak dipanggil pejuang islam, nak jadi saksi pun tak layak! Hisbussyaitan kot? IbM said

  6. yang ni aku sokong pak bakaq ....sama je org melayu dalam umno < pkr dan Pas ....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008