Sedap!! Klik gambar di atas!

Maruah Melayu akan terbela dengan menolak Umno

Dalam usul politiknya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) antara lain mengemukakan usul berikut:
"...meminta parti politik Melayu khususnya PAS dan Umno duduk semeja dan berbincang dan mengadakan kerjasama strategik demi menjaga hak Melayu dan bumiputera berdasarkan perlembagaan" (lihat berita Malaysiakini hari ini "'Jangan tunduk desakan, ugutan parti Cina'").
Dalam beberapa posting sebelum ini, saya ulang-ulang bahawa hak Melayu dan bumiputera hanya boleh dijaga dengan:

1. Peningkatan keimanan kepada Allah s.w.t. yang dikasihi

2. Peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran

Hari ini, saya nak tambah satu lagi syarat yang sangat integral untuk menjaga hak serta mengembalikan maruah orang-orang Melayu Islam:

3. Bersatu mengetepi, menolak dan memulaukan Umno dan pertubuhan-pertubuhan satelitnya (atau organisasi pak yetnya) seperti Perkasa yang semakin dimomok-momokkan sebagai Perkosa. Ajar anak-anak kita memperkukuhkan pendirian berikut dalam jiwa mereka, "Saya Muslim, saya tak boleh sokong Umno yang sudah jadi parti perasuah".

Dengan tiga langkah yang sangat penting dan mendesak itu, insya Allah maruah orang-orang Melayu Islam akan terbela. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah jua kembali segala urusan.

Berkaitan:
Perkasa: Jangan tunduk ugutan parti Cina, Umno-PAS perlu dialog (Malaysian Insider 27/3/10)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Jauhkan lah diri kita serta anak-anak kita dan cucu cicit kita bahkan keturunan kita daripada mendekati umno insyaallah selamat dari duni hingga akhirat.

    Tiada dalil dan nas bahawa Melayu akan terbela kalau bersama umno....tetapi manusia akan selamat dunia dan akhirat kalau tidak meninggalkan dua perkara yang telah disebut oleh nabi besar kita Muhammad saw....bukanya titah presiden 1malaysia.

  2. Allah SWT suroh ikut Quran dan Sunnah saje. itupun berjuta Melayu susah nak terima ikut dan patuh. tanpa perkosa dan umno, Melayu tak hilang di dunia punye. pak guard Melayu mesti ade sampai akhir zaman.

  3. Al quran dan As sunnnah jangan kite tinggal dan letakkan keduanya ditempat paling atas insyaALLAH berjaya dunia dan akhirat..hukum selainnya sila ketepikan

  4. Pak Bakaq,
    Kadang-kadang kita pun tak berapa nak faham tentang "otak" dan minda orang Melayu dinegara ni.PAS mendukung Al Quran dan As Sunnah sebagai tali perjuangan dan bercita-cita untuk menegakkan Daulah Islamiah.DiMalaysia ni berapa peratuskah orang Melayu yang bukan memeluk agama Islam? Nak tanya sikit dengan Perkasa@Perkosa dan UMNO.Keadaan amat berbeza dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Indonesia atau Egypt.DiEgypt nama memang pakai nama Arab tapi ramai beragama Kristian begitu juga diIndonesia,walau pun nama ikut nama Indonesia tapi ramai yang beragama Kristian dan Hindu.DiMalaysia hampir 95% orang Melayu beragama Islam sama keadaan dengan Brunei.Jadi apabila kita menyebut soal Islam diMalaysia,secara otomatis kita memperkatakan nasib orang Melayu.Cuma PAS tidak memperjuangkan Asobiah tetapi memperjuangkan Islam.Kalau ini pun orang Melayu diMalaysia ni tak faham sebab itulah sudah lebih 50 tahun dihambakan oleh UMNO.Tak sadar-sadar dan tak faham-faham lagi termasuk Ibrahim Katak.

  5. bakaq,
    hang perati perangai2 brahim ngan tok det ni tak ubah macam salesman multi level, produk tah apa2, tapi pandai kelentong, jadi kaya..sebab skim piramid depa pakai modai ayaq lioq..dan orang melayu memang mudah telioq, tak dak beza macam skim bela cacing, lintah, ikan keli, atau tanam stevia atau gaharu..yang lingkupnya semua melayu.

    tok det dok merapu yg kroni pak sheh tibai projek juta2, sekurang2nya kroni pak sheh tu orang melayu..
    dia lupa pulak p.k.ting hantar ikan empurau tiap bulan kat dia dulu nak bagi grease projek bakun.kalau tanya orang perhutanan, balak bakun tu nilai dia sama dgn empangan, tapi pasai apa kerajaan kena keluaq 14b.dia kutuk yahudi, tapi anak dia dulu pun kerja dgn morgan stanley, kemudian bengkrap pasai buat business kapai.berapa lama dia merajuk, sampai gomen kena naikkan anak dia yg sorang lagi jadi billionaire, tu pun tak pueh hati lagi.

    pasai apa depa diam menonong bila menteri umno yg kononnya nak bela orang melayu bandar disuruh "go and fly kite" oleh ytl.
    yg seronok tu..depa2 yg dengaq kelentong2 tu berkobar2 semangat perkasa depa..macam ahli2 amway mendengar ceramah sorang artis (dah hampir muflis) yg mendakwa dapat 5 angka sebulan menjual produk amway.

    jangan2 polisi perkasa pun ditentukan oleh ytl, vincent dan ting p.k. ataupun puak2 ananda k.

    dulu..marah orang putih juai melayu...la ni melayu sendiri juai melayu..amacam?

  6. pak bakaq, kalau boleh tolong tanya ketua perkosa tu, dia dah cium bontot che det ke belum seperti yang dia janjikan dalam ceramah PRK DUN Kijal Trg; semasa Shabery Cheek (S46) lawan Ahmad Said (UBN).

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008