Sebelum pilihan raya umum tahun 2004, Majlis Syura Ulama PAS menolak dua orang sebagai calon parti itu dalam pilihan raya tersebut. Salah seorang dari mereka ialah Zulkifli Noordin.
Hari ini, mStar Online menyiarkan berita yang disiarkan di bawah. Jika berita itu betul, dengan mengambilkira Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah seorang sarjana dalam bidang pengajian da'wah, boleh jadi dia mahu berda'wah.
Hari ini, mStar Online menyiarkan berita yang disiarkan di bawah. Jika berita itu betul, dengan mengambilkira Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah seorang sarjana dalam bidang pengajian da'wah, boleh jadi dia mahu berda'wah.
PAS Sedia Terima Zulkifli
PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.
"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.
"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.
"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.
Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.
"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.










Cantik? Klik 






Bengong kot Ustaz Tuan Ibrahim ni. DAP dan PKR pernah bergaduh dulu kerana PKR ambik bekas pemimpin DAP sebagai ahlinya. Ni PAS nak bergaduh dengan PKR kah? Ilmu dakwah lain, ilmu politik lain, brother. Adab berpakat tak boleh curi ahli kawan, tak boleh kutip bekas ahli yang direject oleh kawan. Kalau ini pun tak tau baik jangan bercakap. Benda begini kena bincang dalam JKPP dulu, kalau nak buat kenyataan pun biar Presiden. Dengan kenyataan ini makinlah hilang respect aku pada anak saudara Tuan Guru Nik Aziz ni. Dahlah sebelum ni respect dah hilang gara-gara keputusan JK Disiplin dia.
Sebagai umat islam, kita mesti bersangka baik. Kalau hati baik, jiwa tenang tidak bercelaru, dan jika niat bersih dan suci- dalam kumpulan apa atau parti mana pun kita berada hati kita akan tetap memilih kebenaran dan keadilan. Jesteru kalau dah memilih jalan kebenaran pasti tahu yang mana kaca dan yang mana intan-berlian. Jadi bila YBC Zul berkata "kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan", saya jadi keliru, tidakkah dari dulu artikel 5 serta artikel-artikel yang seerti dengannya di dalam perlembagaan Pas adalah untuk memperjuangkan Islam. Atau YBC keliru antara perjuangan PAS dengan perjuangan sesetengah individu di dalam PAS sama kelirunya YBC Zul tentang perjuangan PKR serta PR dengan fahaman sesetengah individu di dalam PKR & PR. OK kalau YBC Zul betul betul berprinsip, terus saja jadi MP Bebas, tapi perlu bebas sebebas bebasnya, jangan pula ahli bebas yang mesra parti United Melayu No Otak tuan besar kepada Barang Najis. Namun saya cadangkan tubuh je parti baru United Muslim Yang Adil (UM-YA as opposed to UM-NO). Footnote: YBC = Yang Berhormat Celaru; United Melayu No Otak ditujukan hanya kepada orang melayu dalam umNO yang tidak guna otak untuk berfikir samada rasuah tu najis atau tidak, assobiyah tu haram atau tidak, fitnah tu berdosa atau tidak, melakukan kezaliman tu zalim atau tidak dan sebagainya, suka diingatkan bahawa golongan United Malay No Otak ni tidak termasuk YBM TRH, Dato SAK, Aspan Alias dan yang seangkatan dengannya yang walaupun menghentam pembangkang atau partinya sendiri tetapi berhujah menggunakan akal yang waras dan rational serta mengatakan perkara yang betul.
Baguslah Zul Noordin kena reject dengan PAS dulu, kalau tidak dia pun terpengaruh dengan perangai kebanyakan Lebai PAS. Perangai apa? perangai perasan alim dan kuat agama!Perasan lebih, habuk tarak?
WOI TUAN BRAHIM NI DAH TAMBAH2 BENGONG DIA NI,CARA DAKWAH DIA MUNGKIN IKUT HARAMSANY AL MUFTA KOT.NAK JADI AGEN SAMPAH AGAK NYA.APA LAH MALANG PAS PAHANG DAPAT PEMIMPIN MACAM TITM. BERHENTI JERLAH JADI NAIB PRESIDEN,MINTA TANAH JADI PENEROKA FELDA MANA2,YANG MASEH KOSONG PASTI NAN YAACOB KASI.CUKUP LAH MENYUSAHKAN PAS.
BUKAN NYA KITA TAK SUKA BILA PENCEN BARU KENAL PERJUANGAN TAPI SEDAR LAH DIRI SIKIT BILA NAK BERCAKAP.JANGAN BILA BERCAKAP BERTAMBAH2 NAMPAK BENGONG TU.NASIB KAMU BAIK KERANA PRESIDEN AKAN TERUS SIMPAN ORANG MACAM U KERANA PRESIDEN AMAT SUKA PADA KEBODOHAN PEMIMPIN2 NEGERI KALAH SEBAB BOLEH JADI KAWAN NGAN TRENGGANU AKAN TERUS KALAH.
hallo pemimpin pas,cepat meeting hantar tuan brahim ke hospital check otak nya , maseh berpungsi atau dah ...................cepat la. apasal lembab sangat,presiden mana> pergi luar negeri lagi ker? kesian kat Pas tengah2 rakyat dok nak sokong dapat pemimpin2 bingai dan lembab.
tak da cara dah selain egm.Tuakr smua yang lembab2 nih.
Pemimpin seperti Zul ni (betul ka dia pemimpin?)adalah 'liabiliti' kepada parti. Parti mana yang mengambilnya ibarat menelan teloq busuk! Itu pun kalau benar berita tersebut dari mulut Datuk Tuan Ibrahim. Saya harap, itu berita haprak!
Tiada Beban Batu Digalas
kepimpinan PAS PKR dan DAP perlu belajar dari kesilapan lalu, contohnya WeeChooKeong masuk PKR lepas tu buat taik. sebaiknya taik hidung perlu dibuang terus dari di uli uli sampai tertelan abuknya di jari. kes Zul Nordin ialah 'gone case' sama macam Wee, nak buat apa simpan taik hidung banyak banyak kat jari?
Kurang ajar punye mamat jendol bahasa tak beradab langsung!
Adik saya kata,
"Laaa, nanti gaduh lagi teruk dengan Khalid Samad".
Budak form 4 pun pandai fikir!