Sedap!! Klik gambar di atas!

Mana ada jalang politik? Fitnah! Fitnah!

Adakah anda fikir ketika katak masih lagi lagi di peringkat berudu (tadpoles), para pemimpin PKR masa itu masih tak sedar? Adakah anda fikir bila dah jadi katak dan melompat ke dalam lubang taik barulah para pemimpin PKR pakat-pakat terkejut?

Adakah anda fikir sebelum mereka menjual tubuh, para pemimpin PKR tidak perasan langsung buruk kelaku jalang-jalang politik itu?

Kalau mereka tahu dan mereka sedar, apa tindakan yang mereka ambil waktu itu? Adakah mereka tak berdaya langsung?

Adakah para pemimpin PKR tidak tahu bahawa Majlis Syura Ulama PAS telah menolak Zulkifli Noordin sebagai calon parti itu sebelum pilihan raya 2004? Jika mereka tahu, mengapa mereka kutip dia dan jadikan calon parti itu? La ni, padan muka!

Ah, banyak lagi persoalan yang boleh kita tanyakan.

Di dalam PAS tidak ada katak selepas 8/3/08. Yang berlaku pada tarikh itu hanyalah percubaan parti itu untuk melakukan transformasi terhebat dalam sejarah. PAS gagal. Katak memang tidak boleh ditransformasikan menjadi manusia bermaruah.

Memang dalam PAS tidak ada katak. Bukan kerana tidak ada yang teringin hendak menjual tubuh. Tetapi ada bai'ah tertentu yang menghalang berlakunya pelacuran politik dalam bentuk lompat parti.

Tetapi, adakah orang-orang PAS tidak sedar wujudnya jalang-jalang politik yang melompat pendirian dan melompat prinsip? Adakah orang-orang PAS tak sedar wujudnya musang berbulu ayam dalam parti itu?

Cara yang paling mudah ialah menafikan semua itu. "Mana ada, syeikh! Fitnah tu, syeikh! Anta jangan buat fitnah, syeikh!!"

Tak kisahlah. Kalau penafian-penafian itu diyakini dapat menyelesaikan masalah dari membarah, dipersilakan.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hang tak tido lagi ke bakaq??

  2. Bakaq, dalam PAS mana ada jalang... DARAI ada la..

  3. ug tetap ada selagi pemimpin utama dok nafi sepanjang masa.pokok tak bergoyang tanpa angin

    ug tetap jadi agenda selagi geng kalah perang terajui pas

    ug tetap ada selagi hawa nafsu gilakan pangkat nak jadi menteri dll jadi igauan

    ug takkan habis kecuali selepas pru13 dan pemimpin tganu kalah pru dan ditolak oleh muktamar

  4. ug tetap ada selagi buruk sangka ada dlm kepala otak pas recond
    ug tetap ada selagi cyber trooper umno menyamar jd pas
    ug tetap ada selagi penarik beca idup lagi...hehehe

    yes2ug

  5. Salam Pak Bakaq

    Tapi adakah semua Pimpinan tidur? Tang UG saya setuju dengan no2ug.

  6. Tak payah susah susah umNo mainkan PAS dongan isu Ug pun dah cukup buek PAS terlingkup, melopeh nak idup sonang...

  7. Pak Bakaq tentu tau bila tarikh pemimpin pas akan meninggal dunia...tak kan tak nampak?

    Pak bakaq tentu tau siapa2 yg akan mati dlm iman dan siapa2 akan mati kufur....tak kan tak nampak?

    Pak Bakaq tentu tau siapa2 yg akan masuk syurga dan siapa2 akan masuk neraka....tak kan tak tahu?

    Pak bakaq tentu tahu apa nombor ekor yg akan naik minggu depan.....tak kan tak tau?

    Pak bakaq tentu tau bila tarikh pru13.....tak kan tak nampak?

    Pak Bakaq tentu tau siapa yg akan menang dan siapa akan kalah nanti.....tak kan tak nampak?


    Pak Bakaq tentu tau segala-galanya....tak kan tak nampak?

    Pak bakaq tentu tau apa yg tersembunyi dalam hati setiap insan yg dikenalinya....tak kan tak tau?


    I'm watching....huhuhu

  8. dalam pas takdak katak.. yang 2 alam ada la... (minat UMNO)

  9. Bakaq, beginilah bila orang yang tak cukup penglibatan pengalaman hidup beroganasasi. kalau ada pun penglibatan bukan di peringkat pengurusan, maka kebiasaan akan menyalak dan menghentam pihak yang bertanggung jawap dan berperanan dalam organisasi.Sana tak betul, sini tak betul. Jadi kalau orang yang "bercalibre" seperti bakaq ta minat melibatkan diri dalam mana organisasi politik, maka tinggal lah orang yang kurang "calibre", kurang moral,dan tak bercharisma(seperti DSAI, TGNA, LKS, khalid samad, dr. zul, LGE, Tony Pua, Zaid Ibrahim, Nik Nazmi,Tian Chua,Nurul Izzah..) meneraju Pakatan Rakyat. Patutlah PR tida mendapat sokongan rakyat berbilang kaum.

  10. Orang yang bermoral dalam memahami konsep kesopanan dalam hidup,ia tidak akan sama sekali membiarkan diri nya terjebak dalam salah guna kuasa atau pun apa jua bentuk rasuah,apalagi untuk megkhinati amanah rakyat.Dan kebanyakan manusia(orang islam) telah mengkhinati amanah Allah untuk berbuat diri nya sebagai hamba Allah,kebanyakan mereka telah menjadi hamba sesama manusia dan hawa nafsu.Terlalu sedikit yang ingin benar benar berpegang teguh pada pertunjuk Allah dan pertunjuk Rasul Nya.

  11. Penarik beca,

    Kalau anda seorang pencuri, apakah anda akan memperkenalkan diri sendiri bahawa anda adalah seorang pencuri..?

    Ketika anda sedang mencuri, apakah anda membuat bising sehingga orang lain mengetahui anda sedang mencuri...? Mungkin berlaku jikalau anda seorang amtur.

    Apabila anda tertangkap dengan bukti, tapi anda kenal dengan seseorang yang ada kuasa melindungi anda, apakah anda akan mengaku bahawa anda memang seorang pencuri walaupun anda ditangkap ketika mencuri..?

    Dalam politik, seseorang itu tidak akan membuat sesuatu pekara yang dianggap melanggar peraturan atau undang-undang parti jika dia bersendirian, tapi pada kebiasaannya mereka yang menentang arus dalam parti adalah berkumpulan.

    Mereka ini sentiasa merancang bagaimana mencari kesempatan dan mereka merancang juga bagaimana untuk melarikan diri apabila disyaki atau dikejar. Cuba lihat dan dengar apa yang mereka kata bila kita tuduh mereka pengkhianat parti..?

    "Mana ada, syeikh! Fitnah tu, syeikh! Anta jangan buat fitnah, syeikh!!"

  12. Pak Bakaq,

    Apa yang sedang dan akan berlaku dalam PKR ni adalah kesilapan pemimpin-pemimpin tertingi PKR khususnya yang bertanggung-jawab memilih calun.Apa yang nak dikatakan disini ialah perangai "tamak" PKR pada PRU yang lalu,bermati-matian hendak menempatkan ramai calun-calun bertanding atas tiket PKR.Walau pun PKR tidak empunya "ahli-ahli politik yang berkualiti" namun mereka tetap hendakkan banyak kerusi untuk PKR.PAS yang punya lebih ramai "ahli-ahli politik yang berkaliber dan baik" terpaksa memberi laluan kepada PKR atas dasar semangat setia-kawan dan Pakatan Rakyat.PKR amat mementingkan "kuantiti" dari "kualiti" - Nah! sekarang menerima akibatnya.
    Ini bukan sekadar masaalah "calun yang berkualiti" tetapi menyentuh juga soal persiapan kawasan yang nak ditandingi.Dikebanyakkan kawasan,cawangan PAS lebih banyak dibandingkan dengan cawangan PKR - dan rundingan-rundingan antara PAS dengan PKR sering memihak kepada PKR.Ada calun PKR didatangkan dari parti lain,ramai juga yang bekas orang UMNO dan ada yang sekadar ambil gambar Lingam dipilih jadi calun - semua ini membuktikan PKR memang telah mengundang masaalah sejak dari awal lagi.Parti-parti kawan dalam Pakatan Rakyat tidak mau mempersoalkan "kebijaksanaan" PKR tetapi sekarang telah jelas "ketamakan" PKR telah membawa padah.Katak-katak dari PKR ni bukan sahaja telah mendatangkan masaalah kepada PKR tetapi telah menggugat kedudukan imbangan antara BN dengan Parti Pembangkang diParlimen.Hasrat pengundi tidak mahukan BN mendapat kuasa 2/3 diParlimen nampaknya terjejas.Teringat pepatah Melayu "Kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan nak diduga".

  13. heheheheheh,

    king katak kawan PAS ...Pak bakaq wooiiit ..hang lupa kaaa...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008