Ramai yang kata, lompat parti berlaku kerana pengaruh wang. Itu cerita katak. Bagaimana pula musang berbulu ayam? Depa lompat prinsip dan lompat pendirian kerana apa? Suci dari pengaruh wang? Allah jua Yang Maha Menyaksikan!!
Orang tanya saya, mana lebih bahaya antara katak dan musang berbulu ayam? Barangkali ramai yang boleh memberikan jawapan yang tepat.
Orang tanya saya, mana lebih bahaya antara katak dan musang berbulu ayam? Barangkali ramai yang boleh memberikan jawapan yang tepat.











Cantik? Klik 






anwar ibrahim sebenarnya adalah musang berbulu ayam
dua dua bahaya..
Musang lebih bahaya dari katak. Sekurang-kurangnya kita boleh lihat secara fizikal rupa katak ni. Musang ni lebih bahaya kerana nampak macam ayam tapi sebenarnya musang. Siap pakai serban dan jubah lagi.
Katak tetap katak. Kalau nak langgar pakai tayar kereta pun boleh. Tapi musang kalau nak langgar takut pulak nanti dituduh langgar ulama.
Kesimpulannya musang berbulu ayam lebih bahaya sebab masih menyerupai ayam.
Antara katak dan musang berbulu ayam, batu api ronsen macam hang bakaq lagi bahaya.
Nik Aziz pengasas sindrom 'kecut perut' lari masuk sepital takut mengadap tuanku sultan tidak lah semerbahaya batu api.
Ibrahim Ali juara lompat pun masih ada nilai bagi penyokongnya.
Hassan Ali tetap Pesuruhjaya PAS Selangor dan bakal MB kalau merge dengan UMNO.
Jangan ingat batu api macam bakaq tak 'main' duit.. Air tenang jangan disangka tak ada buaya. Penyokong lelah yang sekejap lagi nak kutuk aku tu...kesian, sebab depa tak ada peluang nak dapat dudit.
Kesian KluangMan, selalu berjalan dalam gelap, orang kecut perut mana boleh LARI masuk spital, mungkin dibawa orang lain masuk spital. Tapi orang berjalan dalam gelap lagi teruk, terserempak musang pun tak sedar, terpijak taik (tahi lah tu) pun tak perasan, sedar-sedar diri telah terpalit. Tapi tak perlu cerita banyak kepada orang buta hati yang berjalan dalam gelap macam KluangMan, suluh dengan spotlight berjuta-juta watt pun tetap tak nampak kebenaran dan sentiasa buta mata hati nya kerana terlalu banyak makan duit umNO=rasyuah.
sepatutnya komen-komen diatas berbunyi begini, "pemimpin-pemimpin umno dan para pencacainya yang bahaya"
zaman moden nih bukan macam zaman batu, duit tak de nilai. sekarang nih, ade duit boleh pakai mercedes keta besar, bini baru lebih muda dari anak sulong bini satu, rumah banglo ade aircond sampai ke jamban, holiday main salji pulak tu. zaman moden nih mana ade orang yang lompat pasal prinsip, sebab macam nih tak dapat ape ape pon, teluq rasa macam tu jugak. sekarang semua lompat nak duit....ringgit! lebih sedih, yang nak duit tapi tak nak lompat takut malu orang kutuk tapi perangai dah lompat. buleh tipu orang sekali aje, dua kali mana buleh. kalau perangai dah lompat, lompat badan sekali aje le, buat apa duduk dalam kubur bila badan ada atas bumi. kalau dah gol, buat macam gol; itu aje.
Pak Bakaq, selagi istilah lompat parti ujud selagi itulah ujud manusia-manusia yang tak berprinsip dalam hidup. Hipokrit! Gila berpolitik. Sebenarnya mereka ini sengaja menguji kesabaran pengundi. Mereka mencabar dan mempermain-mainkan undi pengundi yang mahukan perubahan. Mereka juga memperbodohkan pengundi dan para pengemudi bloggers. Pengemudi blog pulak, syok sendiri kerana dapat cari makan. Itulah rencam politik tanah air yang diwarnai oleh manusia-manusia yang 'syirik dan murtad' dalam parti dan sengaja mereka cipta isu agar mereka dijadikan idola politik murahan selepas perut kenyang. Hampir kesemua ahli-ahli politik diibaratkan 'penjual barangan murahan' yang mengiklankan produknya walau pun tidak bermutu. Yang menjadikan 'mutu dan keungulan' produk tersebut adalah 'kebijakan' dalam memasarkan produk parti tersebut.
Memang betul semua pasal DIUT . Penipu kalau MP atau ADUN cakap pasal prinsip. Temberang org lain boleh la aku tau sapa dalang dan brokernya. Kenal sangat-sangat lebih kenal dari orang lain. Pada yang lain jangan dok bagi komen yang bukan-bukan dah sah semua pasal diut mereka lompat. Celaka betul MP dan ADUN ni semua.