Pagi tadi, saya dah tulis. Lepas Subh, bila tengok berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Harussani dedah keangkuhan PAS", saya fikir dalam hati, tak boleh biar putar alam ni. Pagi tadi dapat buat satu dua para ja. Ni baru sambung.
Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:
Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)
Harussani juga berkata:
Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?
Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?
Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.
Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".
Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")
Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.
Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.
Kita tak ada hak untuk melarang Mufti Perak itu hendak menolong Umno meneruskan kezalimannya. Tidak kiralah sama ada parti itu parti perasuah, busuk hingga ke ususnya atau tidak mampu lagi memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu.
Apa sekalipun, kita tak boleh kacau hobi dia untuk membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Ikut suka dialah. Tetapi adakah kerana tak mahu membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman akan melayakkan mana-mana pihak dilabelkan "sayang kepada kafir maka kafir"?
Adakah kerana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP menyebabkan Harussani berpendapat "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula Umno yang berada di dalam Barisan Nasional bersama-sama PBS? Siapa bertanggungjawab ke atas Kristianisasi di Sabah?
Satu lagi soalan kepada Harussani. Ketika orang-orang PAS di bunuh kejam di Memali dahulu dan para pemimpin Umno terang-terang memperlihatkan merekalah yang berada di belakang pembunuhan beramai-ramai orang-orang PAS itu, adakah pada masa itu PAS berada dalam satu pakatan dengan DAP?
Akhirnya, entah kenapa saya teringat firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Maknanya, ada manusia yang lebih sesat dari babi kerana babi juga salah satu binatang ternak.
Berkaitan:
Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita' (Malaysiakini 5/3/10)
Catatan-catatan Ustaz Ahmad Awang mengenai Harussani di sini.

Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim."...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".
Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)
Harussani juga berkata:
"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?
Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?
Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?
Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.
Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".
Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")
Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.
Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.
Kita tak ada hak untuk melarang Mufti Perak itu hendak menolong Umno meneruskan kezalimannya. Tidak kiralah sama ada parti itu parti perasuah, busuk hingga ke ususnya atau tidak mampu lagi memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu.
Apa sekalipun, kita tak boleh kacau hobi dia untuk membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Ikut suka dialah. Tetapi adakah kerana tak mahu membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman akan melayakkan mana-mana pihak dilabelkan "sayang kepada kafir maka kafir"?
Adakah kerana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP menyebabkan Harussani berpendapat "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula Umno yang berada di dalam Barisan Nasional bersama-sama PBS? Siapa bertanggungjawab ke atas Kristianisasi di Sabah?
Satu lagi soalan kepada Harussani. Ketika orang-orang PAS di bunuh kejam di Memali dahulu dan para pemimpin Umno terang-terang memperlihatkan merekalah yang berada di belakang pembunuhan beramai-ramai orang-orang PAS itu, adakah pada masa itu PAS berada dalam satu pakatan dengan DAP?
Akhirnya, entah kenapa saya teringat firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Maknanya, ada manusia yang lebih sesat dari babi kerana babi juga salah satu binatang ternak.
Berkaitan:
Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita' (Malaysiakini 5/3/10)
Catatan-catatan Ustaz Ahmad Awang mengenai Harussani di sini.

Cantik? Klik 

gaduh la orang2 agama, apa nak jadi xtau...
pak bakaq.. saya cadangkan pak bakaq hantar soalan ni terus ke harussani
harussani tu boleh pakai lagi ka...ke dia guna kedudukan dia utk 'mencapai cita2 politik'..heheheee...
Terima kasih pak bakaq. Ulasan yang cukup mantap. Saya nak tunggu ulasan Ust Ahmad Awang yang saya jangka lagi mantap. Insya-Allah...
Oleh kerana Ahmad Awang adalah bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, maka saya kira Ahmad Awang juga layak menjadi Presiden Partai Islam Semalayia.
Saya kira beliau mempunyai kekuatan berhujah. Pengalaman dalam kerajaan juga cukup luas. Pengalaman bersama gerakan islam antarabangsa juga tidak kurang hebat dengan hadi awang. Ust Hadi terlibat dalam majmak taqrib, tapi tidak de pun program taqrib diperluas ke malaysia. lebih baik Ahmad Awang aktifkan balik,
lagi pun perak adalah sebuah negeri yang mempunyai demografik politik yang majmuk, sesuai dengan iklim politik majmuk malaysia.
Dah tak relevan Usta Harussani ni. Dah buta dek pangkat, kedudukan yang diberi oleh Raja Perak dan UMNO. Denagr cakap dia ni kena banyak pakai penapis.
sri hartamas
boss aku kata ternak babi pun tak pe asalkan hati ikhlas dan ada logo halal....
Sudah2 la bergaduh sesama Islam. Dari kata parti aku baik, parti kamu jahat, mari sama2 cari jalan tengah.
Kita bising ngapa pak Arab yg bersepah tu tak dapat nak bersatu tolong Palestin yg kena henyak dgn Israel.
Tapi kita sendiri pun sesama org Islam kat Malaysia bertelagah. Asyik2 gaduh benda sama. Aku bagus. Kamu tak bagus. Aku islamik. Kamu polemik.
Udah2 ler.
bravo pak bakaq...ana appreciate anta punya smash kat tok peti perak tuu...ana tak tau... instinct ana... sejak dari dulu lagi cukup buruk sangka dgn dia nie skali pun pada satu ketika dulu dia ni kunun2 jadi juara di dalam isu murtad malah ada segulungan orang2 pas tertipu dgn dia nie...sampai bukan main puji lagi dia nie tapi ana tetap istiqomah dengan buruk sangka ana dengan dia kerana ana perati dia nie jika isu yg tak akan mengugat kedudukan tok peti dia, dia akan berani komen tapi jika isu itu melibatkan periok nasi tok peti dia, mampuih dia tak usik isu tuu..sekadar contoh kes fatwa mengenai tuduhan liwat DSAI pda tahun 1999...mengapa perlu Alsheikh Qardawi dari Qatar terpaksa keluaq fatwa membela DSAI..tok peti kita nie wat apa??? juga di dalam melihat isu rasuah dan macam2 onar yg berlaku di negara kita nie..apa dia buat???..awat dia tak keluaq ayat alquran, hadith ke....ana na tunggu Sheikh Ahmad Awang jawab dia nie...
pak bakaq. sapa babi, sapa lebih sesat dari babi..???? babi di malaysia tak boleh sesat punye, sebab bila sesat mesti kena tangkap masak gulai bak-kut-teh. sapa babi??? oooooo...itu mangkok hayun bukan babi, tapi malaun. si firaon pun tak malaun. tengok muka dah tahu dah, bonggap.
HMF... lama tak dengar nama pendokong tegar syaih seorang ni.
Taqrib apanya, kalau puak sana sibuk memaki Saidina Abu Bakr, Umar, Uthman rha?
Pak Bakaq, Salam.
Kami tak terkejut dengan Ustaz "Harus"sani kerana memang banyak perkara dia hukum harus. Teringat masa student dia ceramah, kami tanya hukum ambil pinjaman bank yang ada interest, dia jawab hukumnya "harus" kerana orang Islam nanti tak dapat berniaga dan ketinggalan ekonominya. Itulah jawabnya.....dah lebih 30 tahun berlalu nampaknya makin keliru umat Islam dibuatnya. Sejak peristiwa tersebut, senior kami dan kami gelar dia Ustaz "Harus". Betul nampaknya sampai kini.....
Mufti sorang memang lain macam sikit ontah mano punyo guru dio belajar dulu tak tau la...
Bro, jangan terjemah makna binatang ternakan dalam ayat Tuhan tu dengan akai atau kepala lutut.
Salam Pak Bakaq..Hebat ,inilah julung kalinya aku tengok hang berhujah seperti
seorang yang dapat cukuo tarbiyah.
teruskan usaha untuk memantapkan aqidah para muslimin sekalian.
anom 11
mana hujjah nya ! isu nya ,apakah yg dikatakan oleh pak bakaq tu betul? kalau salah bawa lah hujjah nya untk menafikan nya.itu lah konsep ilmiah yg di anjurkan oleh orang ilmuan !!!
LU pikirlah sendiri !!!
hahahaha,
Marah nampak Abe Burn Al haq kita ni....Jangan sampai mufti kata BABI halal dimakan setelah cukup syarat samak sudah ler...
Saya bukan banyak ilmu - itu pun hanya setakat pass kolej islam klang aje.. Tapi saya ada kedudukan yang sanggat tinggi dalam bab agama, gaji agak lumayan, tokoh malhijrah dan dapat pangkat Tan Sri. Mana tau lepas mati dapat pula Tun. Xkisah lah jadi barua ke apa.. Hidup Melayu! Hidup UMNO!
Hidup biar sedap..
Buku hitam mu kena belajar sejarah manusia dari zaman nabi Adam lagi kehidupan begitulah anak-anak nabi Adam pun berbunuhan ini kan pula perbezaan pendapat sesama kita biasa la tu...
pak bakaq, minta izin copy paste..... Geram sungguh aku.... Nak menyumpah kang dikata takdak akhlak islami pulak...... Aku setuju sangat apa yg hang tulih..... Babi pun ada harga kat pasar cina....
Patut buat wacana:Islam dan melayu.
Jemput Mufti ni sbg ahli panel.
Jika tak dapat buat kat Perak, harap dapat anjur di Kelantan atau Selangor..