Sedap!! Klik gambar di atas!

Kuntau lidah Umno

Jika ada sesiapa yang percaya kuntau lidah orang Umno dalam hansard Dewan Rakyat 16/3/10 di bawah, tidak ada mana-mana pakar perubatan boleh mengubati penyakitnya:
Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Pertahanan menyatakan hasil siasatan dalaman, SPRM dan polis ke atas kehilangan 2 enjin jet pejuang yang kemudiannya dikesan di Uruguay. Apakah kesan ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera apabila satu lagi skandal kapal selam dibeli tidak boleh menyelam. Nyatakan kos pembelian dan kehilangan wang atas kedua-dua alat kelengkapan yang cacat ini.

Menteri Pertahanan [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat pada hari ini dan saya sekalikan kerana kesemuanya adalah berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat perlu sebut kawasan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Ya. Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Alor Gajah dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kes kehilangan enjin pesawat F-5E adalah di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara bagi proses perundangannya.

Di samping itu juga, kes ini telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC dan menunggu dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan dengan rapi dan telus supaya penjenayah akan menerima hukuman yang setimpal.

Kes kehilangan dua buah jet ini adalah satu perbuatan mencuri yang dilakukan oleh anggota bawahan. Kejadian tersebut dilakukan tanpa penglibatan daripada mana-mana pegawai atasan TUDM. Laporan kejadian kehilangan enjin berkenaan telah dilaporkan kepada polis pada bulan Ogos 2008 iaitu dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh kehilangan enjin tersebut dan bukan mengambil masa selama 18 bulan sebagaimana yang didakwa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.

Kehilangan enjin ini telah disedari setelah empat bulan berlaku dan seterusnya TUDM melakukan siasatan dalaman yang mengambil masa tiga bulan sebelum memutuskan membuat laporan polis.

Faktor yang menyumbang kepada kehilangan enjin pesawat berkenaan adalah disebabkan oleh kecuaian beberapa individu. Pada masa kejadian, pihak TUDM sedang melaksanakan proses pemantapan sistem pengkomputeran yang sedia ada. Manakala mengenai kos pula, perolehan enjin berkenaan dilakukan pada tahun 1972 yang pada ketika itu berharga US121,000 atau bersamaan dengan RM303,000 tiap-tiap sebuah.

Berkaitan kedudukan enjin pesawat F-5E berkenaan yang telah dijumpai berada di Amerika Selatan, ianya di bawah bidang kuasa Pejabat Peguam Negara dan pejabat tersebut sedang mengusahakan untuk membawa ia balik ke Malaysia.

Bagi mengatasi kelemahan tersebut dan mengelakkan kejadian sedemikian supaya tidak berulang, TUDM telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan semua arahan dan prosedur keselamatan dikemaskinikan supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.

Kementerian juga berpendapat bahawa tiada keperluan bagi mengeluarkan kertas putih mengenai isu enjin, kehilangan enjin berkenaan kerana kementerian ini berpendapat ia akan dapat dijelaskan melalui kertas yang akan dibentangkan di Dewan ini dan kami percaya rakyat masih berkeyakinan tinggi terhadap keupayaan Angkatan Tentera Malaysia di dalam mempertahankan kedaulatan negara. Secara amnya Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berusaha menjamin keselamatan negara supaya berada di tahap yang tinggi. Kehilangan dua enjin pesawat F-5E berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan keupayaan TUDM dalam menjalankan tanggungjawab memandangkan enjin tersebut malah pesawat tersebut bukan merupakan pesawat tempur persada barisan depan, ia hanya sebagai pesawat latihan. Mengenai kapal selam, ia telah dapat diselesaikan kerana ia masih dalam jaminan dan merupakan tanggungjawab pembekal untuk mengatasi masalah ini sepenuhnya.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Panglima Tentera atau Ketua Turus Panglima Tentera Tan Sri Dato' Seri Azizan Ariffin yang menyatakan bahawa kehilangan atau kecurian enjin jet ini mungkin adalah tips of the iceberg dan kerana ada kemungkinan bahawa enjin-enjin atau kelengkapan tentera lain mungkin hilang sejak 2007. Oleh itu, kerana ia adalah suatu perkara yang amat serius tentang kecacatan atau kelemahan yang timbul, adakah kerajaan bersetuju untuk menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas kecurian dua enjin jet pejuang ini supaya kita dapat gambaran yang telus dan accountable? Kerana ia melibatkan keselamatan negara, integriti kelengkapan senjata dan juga kredibiliti pemimpin.

Saya rasa tidak seorang pun akan percaya bahawa seorang Sarjan TUDM mampu mencuri dua enjin jet, macam mana seorang boleh angkat dua enjin jet di mana satu enjin mempunyai keberatan satu tan, kecuali dia adalah Superman. So disebut oleh itu saya rasa kita perlu mempunyai satu gambaran jelas yang pertama, supaya ia tidak berlaku lagi dan yang kedua memastikan semua kelemahan dapatlah ditutup, minta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dapat diadakan.

Kedua tentang kapal selam yang tidak boleh selam. Ini adalah satu perkara yang serius Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau kita beli kereta, viper tidak boleh pakai tidak apa, itu kita boleh tukar tetapi kalau kereta tidak boleh jalan, kita akan minta kereta ini ditukar dengan kereta baru.[Tepuk] So di sini bolehkah bertanya, sungguhpun jaminan tetapi saya rasa kita sudah tidak percaya lagi dengan kapal selam yang tidak boleh selam, sampai Yang Berhormat Menteri puntidak berani selam bersama-sama dengan kapal selam. [Ketawa]

Bolehkah untuk keselamatan Yang Berhormat Menteri supaya dia boleh selam dengan selamat. Bolehkah kita minta pembuat Scorpène Submarine ini, tidak mahu submarine ini lari, ini kita tidak boleh percaya, tidak boleh pakai demi keselamatan anak-anak kelasi dan anak-anak kapal selam ini, anggota tentera kita, kita minta dia tukar kapal selam yang baru. [Tepuk]

Seorang Ahli: Betul.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ini kita hantar balik. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya ingat Ketua Menteri ini cakap lemah lembut, rupa macam bapa dia juga.[Ketawa] Suruhanjaya Diraja ini Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu kerana PAC telah diberikan taklimat dan kertas itu akan dibentangkan di Dewan ini. Apabila ia dibentangkan di Dewan ini penyebaran akan dilakukan kepada umum dan secara telus semua akan mengetahuinya. Yang Berhormat jangan menuduh bahawa ada pegawai atasan yang terlibat, memang benar bukan sarjan itu seorang yang angkat. Oleh sebab kes ini masih kes di mahkamah, saya takut sub judies kalau perkara ini saya bincangkan di Dewan yang mulia ini. Sekadar, saya cukup menyebutkan bahawa memang beliau bersekongkol dengan beberapa orang pegawai bawahannya. [Riuh] Bersekongkol dengan pegawai bawahan, biar mahkamah menentukan, pegawai bawahan. Biar mahkamah menentukannya tetapi menuduh ada pegawai atasan lihat Yang Berhormat Kepong ada wakil di dalam taklimat pada ketika itu...

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: [Bangun]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Tunggu dulu, itu plan...

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Akan tetapi saya tidak tuduh...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tunggu dulu,

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Yang Berhormat tunggu dulu. Tadi saya tidak tuduh..

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Duduk, duduk.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: To be fair lah,

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Duduk, duduk.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya tidak tuduh langsung

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Duduk, duduk.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Tadi saya, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh, ini sesi soal jawab Yang Berhormat...

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya tidak tuduh langsung,

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Duduklah

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya tidak sebut pun pegawai atasan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: So, dalam perkara ini ya, saya tidak mahu menutup kelemahan. Dalam perkara ini saya diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan ada agenda saya untuk ada sesetengah orang melaga-lagakan saya dengan Perdana Menteri. Saya diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendedahkan perkara ini supaya umum mengetahui bahawa tidak ada konspirasi dalaman oleh pihak atasan terhadap perkara ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Macam mana boleh tahu tidak ada konspirasi kalau belum ada siasatan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada kena mengena Yang Berhormat

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Duduk, duduk, duduk...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Cepat sahaja buat keputusan

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Duduk, duduk, duduk...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini menunjukkan konspirasi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam duduk.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Duduk, duduk, duduk...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Soal siasatlah dahulu.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, siasatan telah dilakukan oleh pihak Provos Marsyal.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah, Mahkamah buat apa?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:... oleh pihak polis.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Soal siasat semua keputusan diketahui bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang Berhormat Shah Alam cerita fasal kalimah Allah lah nanti. Yang kedua, kapal selam, kapal selam! Yang Berhormat, yang rosak itu penutup sahaja, sekarang ini dalam warranty dan telah diperbaiki dan telah boleh menyelam. Saya jemput Yang Berhormat menyelam bersama-sama dengan saya supaya Yang Berhormat tidak juga takut untuk menyelam... [Riuh]

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: [Bangun]

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: [Bangun]

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya terima cabaran Yang Berhormat Dato’, tidak ada masalah, saya terima cabaran, tetapi saya minta Dato’ sahaja...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: ...tukar baru, itu yang kita minta untuk keselamatan, kita tukar baru! [Riuh] Jangan pakai yang lama ini, tidak boleh selam kita tidak mahu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Karang selam tidak boleh timbul.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Nanti timbul masalah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Selamat pagi Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya hendak tabik pada Menteri Pertahanan. [Ketawa]

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tabiklah.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya tabik Kerajaan Barisan Nasional. [Dewan Riuh] Ini floor saya, hak saya bercakap selagi Dato’ tidak mengganggu dan menahan, inilah tandanya kerajaan yang telus. [Ketawa] Telus, kerajaan yang berani.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Telus bukan fulus.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kerajaan yang berani berdepan dengan rakyat. Ini soal kecurian. Ini bukan soal politik. Akan tetapi pihak pembangkang sebenarnya tidak ikhlas menanyakan perkara ini bukan soal kepentingan negara tetapi kepentingan hendak mencari keuntungan politik kerana mereka memang pakar tentang putar belit fakta.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak perlu suruhanjaya, saya faham Yang Berhormat Menteri, fasal benda ini akan dibawa ke dalam Parlimen ini. Apakah Ahli-ahli Parlimen tidak merasa bertanggungjawab dan rasa bahawa dia dihargai kerana kes ini hendak dibawa kepada Parlimen, sepatutnya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: Apa soalan?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini soalanlah [Ketawa] Yang Berhormat Menteri seorang yang pandai, bijaksana, dia tahu mana soalan, mana...

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Tuan Yang di-Pertua, budaya bodek bukan soalan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, awal-awal dia ‘dok’ tabik-tabik sahaja.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sri Gading tidak mengamalkan bodek, yang bodek parti pembangkang .

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Itulah yang bodek.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ketua yang tidak begitu pun dibodek, diampu juga. Itu sebab empat orang keluar daripada pakatan pembangkang kerana mereka tidak mahu membodek, yang tinggal ini semuanya membodek. [Dewan Riuh]

Seorang Ahli: Soalan tiada.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Menteri, agak-agak, ini soalannya. [Ketawa] Ini soalannya Yang Berhormat Menteri, agak-agak, saya tidak mahu jawapan yang tepatlah [Riuh] ... kerana ada perkara-perkara yang lain, yang tepat juga akan dijawab, bila agaknya seberapa segera bawa ke Parlimen perkara ini? Saya harap penjelasan, agak-agak kerana Yang Berhormat pun tahu ada galangan-galangan yang tertentu hendak menyiapkan laporan bukan laporan cerita yang remeh ini. Cerita yang berkaitan dengan kepentingan negara. Bilakah agak-agaknya? Itu soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, agak-agak dalam bulan ini juga... [Ketawa] Drafnya telah kami siapkan dan kami telah kemukakan dan insya-Allah dalam bulan ini juga laporan ini akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Jadi ertinya kami proaktif, kami telus, kami mahu menyebutkan bahawa tuduhan pembangkang yang memutarbelitkan sebagai bahan-bahan kempen mereka yang spinning...

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Perkara ini adalah agenda politik yang sempit.

Seorang Ahli: [Menyampuk]
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Tak nampak pun mana yang kata pembangkang spinning cerita...
    YB Menteri konar-konar cakap ada la...

  2. Kanggorooooo Court

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008