Sedap!! Klik gambar di atas!

Konspirasi rasuah PM dan TPM?

Raja Petra Kamarudin menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah terlibat dalam pakatan yang melibatkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan entah apa lagi.

Konspirasi apa?

Beliau mendakwa, lebih 25 tahun dahulu, kerajaan Johor bersedia memberikan kontrak bernilai RM32 juta kepada George Kent dengan syarat syarikat itu sanggup memberikan RM1 juta kepada Umno Johor. Muhyiddin didakwa menjadi wakil kepada Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ajib Ahmad.

Masalahnya, kontrak yang bernilai lebih RM20 juta mestilah mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan. Jadi dipecahkan kontrak itu menjadi dua, RM16 juta setiap satu, dakwa beliau. Itu tak termasuk Variation Orders atau perubahan-perubahan yang dibenarkan. Kalau termasuk Variation Orders, boleh lambung harganya kepada RM19 juta setiap satu. Dari RM32 dah mencanak naik kepada RM38 juta.

Tapi masalah tak selesai juga. Johor dah habis peruntukan belanjawannya. Najib yang ketika itu Menteri Besar Pahang dihubungi kerana Pahang masih ada lagi peruntukan yang belum dibelanjakan. Najib didakwa bersetuju meminjamkan peruntukan itu kepada Johor untuk membolehkan urusniaga dengan George Kent itu dijalankan.

Geroge Kent akhirnya didakwa berjaya mendapat kedua-dua kontrak itu, termasuk Variation Orders bernilai beberapa juta. Pahang memindahkan wang yang dijanjikan untuk membolehkan Johor membayar kepada George Kent, dakwa beliau. Umno Johor pula, dakwanya lagi, berjaya mendapatkan RM1 juta yang dijanjikan yang dibayar melalui bil-bil yang kecil untuk memastikan ia tidak dapat dikesan.

Beliau juga mencabar mereka menafikan pendedahannya. Tetapi, katanya:
...before you do, let’s play some poker. Do you want to bet that maybe, just maybe, I still do or do not have the contract documents to support my story?

Call my bluff, if you think I am just playing poker.

Okaylah, let me give you a small hint. Ask Tan Kay Hock about the civil suit, George Kent (M) Bhd versus Bumi Kejuruteraan Sdn Bhd (baca selanjutnya dalam "Otak lembu" Malaysia Today 17/3/10).
Itu sebab saya tak suka PAS melaksanakan perpaduang dengan Umno. Kalau dua puak tu berpadu, mat-mat korup dalam Umno ajar mat-mat korup dalam PAS bagaimana nak sapu duit tanpa dapat dikesan. Mat-mat korup dalam PAS pula tolong bagi istilah yang Islamik, misalnya rasuah dikosmetikkan dengan nama infak. Lingkup Malaysia, punah Melayu!

Bagai biasa, jalan mudah bagi orang-orang Umno yang radang dengan pendedahan itu ialah memaki hamun Raja Petra dan menuduhnya pembohong, penakut dan sebagainya. Sebelum editor Malaysia Today itu mendedahkan dokumen-dokumen yang dimilikinya dan juga kes saman antara George Kent (M) Bhd dan Bumi Kejuruteraan Sdn Bhd, saya rasa itulah satu-satunya pilihan yang ada kepada mereka yang 'asabiyyah kepada Najib dan Muhyiddin.

Tunggu apa lagi? Makilah Raja Petra sepuas-puasnya. Tetapi bukan dalam ruangan komen blog ini. Buat blog sendiri dan tutoh puas-puas!

Berkaitan:
Zahrain, let’s talk about this instead (Malaysia Today 18/3/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. banyak nyer maklumat? mana dia dapat yer...?

  2. Orang Melayu syiok sendiri


    1) Berapa peratus cina / india dah masuk islam sejak PR 2008.


    2) Hari itu saya ada seorang rakan Cina pengusaha ternakan akaukultur... Saya tanya ambiklah org Melayu tempatan kerja.

    Apa dia cakap ... Kalau Melayu kerja , itu melayu tak berhenti saya berhenti... (Ini benar)


    saya bukan anti mereka... tetapi itulah realiti rendahnya Melayu di mata mereka. Peduli apa PAS. Melayu PKR dan UMNO. Rela ambil Mynmar

    Hee geramnya... saya bukan racist

    Tetapi mencerita yg realiti

  3. Pak Bakaq

    Hari-hari orang Melayu gasak sesama sendiri

    Tetapi kaum Tiongha bijak mengambil kesempatan dan ruang


    Melayu asyik berpolitik memuaskan naluri masing-masing penuh dendam kesumat.

    Hari ini dua perkara yg saya nampak.

    1) Melayu sangat baik , tak pa tak pa last-last sekali tinggal celpa.

    2) Hari ini mahu masyarakat cina lebih jawatan dlm kerajaan .. atas alasan lebih tahu bahasa mandrin

    3) RM 37 juta perlu dibayar oleh kerajaan negeri kpd KTM kerana cina-cina ini duduk secara haram atas tanah KTM . Untunglah dia orang. Sedangkan to nenek saya (Melayu) tak duduk sebab depa kata ni tanah orang.. KTM punya tak boleh ceroboh haram. Kalau macam tu senanglah dapat tanah.. Depa bukan miskin ... sebab org Cina tak tunjuk ..

    Org Melayu hari-hari kena tipu... Tak tipu bukan cinannnn.. Kita keriau macam org gila suruh pohon sijil halal

    Tapi mereka buat dono... pi mampus lu lah.


    Pak baqak bukan berani komen cina sesama bangsa beranilah gadebe.

  4. Pak Baqak kata

    Pendidukan adalah penting

    Adakah Rakyat palastine dan Melayu Selatan Thialand tu tak berpendidikan

    Mengapa mereka terus ditindas

    Adakah mereka tiada Peguam yg nebat-hebat


    Setakat Pandai sijil kelas I pun tak guna ..... Mereka apa peduli selagi Arab tak tunduk dgn Yahudi .....

    Depa bina rumah seikut mahu mereka.

    Perkara ini akan berlaku kpd Melayu di Malaysia apabila tanah harta telah menjaid hak Cinnnn sehingga 40%.

    Malaysiakinipun pandai guna wanita Mat salleh dok kritik Melayu... Yg Cina mengapa tak kritikpun.. Yang mereka kedekut pait nak kongsi dgn Melayu

    Asyik dok deman sahaja..

    Ini realiti bukan perkauman


    Fikirkan Jgn dok syiok berpolitik hasilnya tak pi kemana

    Teknologi blogg pun kafiq yg buat Melayu pandai guna ja

  5. kita perlu manusia yang mengambil berat pasal negara...betul atau tidak ia perlu di siasat...yang takut untuk siasat mesti ada sebab...faham2 ajelah sendiri...kenyataan bukan bererti tuduhan...apa yang raja petra lakukan adalah untuk kebaikan rakyat dimalaysia...kalau ikut keturunan...dia lagi baik dari kita semua...

  6. pusin pi pusin mai cina melayu cina melayu.sampai mampuih tak selesai bab melayu miskin malas bodo.history repeats itself. lagi pemimpin tak da kekuatan iman habih negeri kena jual. hampa tau tak, punya besaq tanah melayu, bermula dari chumpon siam lagi.CHUMPON dari bukit kayu hitam 500km. Batu sempadan pun dok ada lagi. la ni tingai ciput.BADWI PAS

  7. Org melayu umno je yg tergila2 nk 1malaysian konon!! Bangsa lain kata,p mampos la melayu. Memang byk tauke2 cina yg tak mau ambil org melayu kerja..kalau ada pun bayar gaji rendah..kerja pun mcm jd kuli batak depa. Org melayu sndiri (pemerintah+umno) tak mau bela bangsa sndiri,apa ingat bangsa lain teringin nk tolong melayu??? pirahhhhh..INGAT! bangsa melayu tak sama bngsa umno.

  8. Anon 2/3....,

    Kalau ada lidah anda nak bercerita seperti
    "...Hari-hari orang Melayu gasak sesama sendiri. Tetapi kaum Tiongha bijak mengambil kesempatan dan ruang. Melayu asyik berpolitik memuaskan naluri masing-masing penuh dendam kesumat.

    "...Orang Melayu syiok sendiri
    1) Berapa peratus cina / india dah masuk islam sejak PR 2008.

    Anda sedang bercerita tentang apa...? Anda membuat komen mewakili puak mana..?

    Siapa dan parti mana yang berkuasa hari ini dalam Malaysia...? Kenapa tak usulkan pekara ini kepada mereka...?

    Ada mata tengok apa..? Ada telinga dengar apa..? Ada otak fikir apa..?

    Jangan samakan kami dengan ahli UMNO yang bangang....!!

  9. Pak Bakaq,

    Minta maaf banyak , Cikgu Mie tu sapa plak?

  10. Jgn lupa sejarah Arab. Bila 'Umno' Arab dgn kjasama Lawrence of Arabia dapat rampas kuasa dari khalifah di Turki, hari ini tanah Arab di jajah secara langsung oleh Amerika walau nampak mcm tak langsung.

    Negara ini pon akan lingkop jika dibiar Umno terus berkuasa.

  11. Sdr Muzali Mohamad

    Saya tak pernah jumpa itu cik gu. Ayah dia saya ada jumpak. Tetapi sejak awal (iaitu sblm pilihan raya 1990) saya tidak cuba nak rapat atau berbual dgn dia.

    Boleh jadi Ustaz Nik Abduh kenal itu cik gu. Boleh jadi.

  12. Pak Bakaq,

    Betul ke Bumi Kejuruteraan jual motosikal di K Terengganu pd tahun 1980-an milik Paja Petra? Apakah hubungan kes George Keny vs Bumi Kejuruteraan dengan RPK?

  13. manusia ni pun ada perangai macam binatang jugak bila kepala dah besar, ada power brutel dan duit. mana pun tikus makan telur biawak kalau bukan biawak biawak sendiri yang dah mengigil kelaparan. biawak makan tikus tu kira biasa tapi bila dah terdesak macam kat pulau komodo dragon indonesia tu, biawak biawak makan telur masing masing aje sampai gemuk debab sembab dan lagak pondon, sebabnya dah takde telur lagi. nak harapkan otak, otak biawak bijak sampai kat mana aje.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008