Malam tadi, anak-anak muda Pakatan Rakyat (PR) termasuk beberapa wakil rakyatnya mengadakan forum. Ntah lagu mana, saya turut hadir.
Dari apa yang saya dapat teka, anak-anak muda itu cuba nak move forward tanpa mempedulikan apa yang kini terjadi ke atas PR. Yang saya ingat, mereka gunakan kata-kata "generasi perubahan". Saya dok rasa, depa nak move forwardlah itu.
Sambil bersyukur kerana sikap proaktif mereka untuk bergerak terus tanpa mempedulikan apa yang berlaku, saya kasihan kepada mereka.
Saya kasihan kepada mereka kerana ada celaka-celaka yang membuat kebun di atas kepala depa dan rakyat lain yang mahukan perubahan (teringat pula Surah al-Masad di mana Allah s.w.t. menyatakan "Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab"). Ada di antara mereka yang membuat kebun atas kepala rakyat yang mahukan perubahan itu akhirnya menjadi wakil rakyat.
Ketika rakyat yang mahukan perubahan sedang berlari deras menuju destinasi mereka, ada juga yang menabur paku di atas jalan. Bukan sahaja larian deras menuju perubahan yang cedera, malah hati rakyat yang mahukan perubahan juga banyak yang terluka (Ah, susah sungguh nak melupakan perbuatan khianat menabur paku di atas jalan perubahan sebaik sahaja selepas 8/3/08 dalam episod yang saya namakan berkendak politik dalam gelap).
Puak yang buat kebun di atas kepala rakyat yang mahukan perubahan itu kini sedang bermaharajalela dengan perbuatan jahat dan khianat mereka. Ada yang lompat parti. Ada pula yang lompat prinsip dan pendirian.
Yang melompat prinsip dan pendirian lebih beruntung. Dengan tertegaknya institusi 'asabiyyah yang dijenamakan dengan kalimah-kalimah yang diciplak dari ajaran Islam seperti thiqah dan wala', para penyokong mereka akan menjadi histeria setiap kali perbuatan mereka didedahkan atau diungkit lagi.
Tak kenal lagi puak-puak yang buat kebun atas kepala rakyat yang nak perubahan? Dari PKR dipanggil katak-katak. Dari DAP pun ada seekor. Dari PAS tak ada katak. Malangnya, musang berbulu ayam berkeliaran.

Cantik? Klik 

Assalamualaikum Pak Bakaq...
Minta jasa baik parkingkan blog saya di Malaysiakita BM @ Malaysiakita. Terimakasih.
PKR kena ambik banyak anak muda yg sebaya dengan Hannah dan Nik Nazmi yg betul betul berkeupayaan menjadi pemimpin rakyat dan bukan menyangak duit rakyat.
Kalau diharap kepada kebanyakan wakil yg ada dia pakai baju banyak lapis kat dalam sekali ada baju asabiyah dan baju nama kuasa dan duit.
Kita perlu yg muda tapi berhati dan berbaju RAKYAT.
Mohor
haha, bila anwar cakap 30 MP bn nak lompat, kebanyakan orang PR ok, nik aziz pon suka, sampai dia marah cikgu pa buat kenyataan cakap mende tuh tak logik sebab 16 sept takdak persidangan dewan rakyat. La ni, nik aziz cakap plak, khianat amanah la, tak jujur la. hang pulak, gadai prinsip la, apa la......
kesimpulan, orang politik, dan orang yang cari makan dengan politik nih, takleh nak percaya sangat. kalau untung dia, macam2 dalil keluar nak kasik halal, kalau rugi dia, macam2 fatwa keluar kata haram...
gorila
Dengki tak habih2 ... memang hang la masalah sebenaq . Dok dengki kat pimpinan PAS dari dulu sampai la ni bakaq oii . Kerja hang nie lagi celaka . Nak membinasakan dalam keadaan hang ingat hang tu nak membina . Hang nie tulih la apa pun last2 nak kona pi kat pimpinan PAS juga .... memang jenis dendam . kalau hang nak berkendak dengan sapa2 pun pi la . Tak payah dok tuduh musang ...
Saya kasihan kepada mereka kerana ada celaka-celaka yang membuat kebun di atas kepala depa dan rakyat lain yang mahukan perubahan (teringat pula Surah al-Masad di mana Allah s.w.t. menyatakan "Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab"). Ada di antara mereka yang membuat kebun atas kepala rakyat yang mahukan perubahan itu akhirnya menjadi wakil rakyat.
Ketika rakyat yang mahukan perubahan sedang berlari deras menuju destinasi mereka, ada juga yang menabur paku di atas jalan. Bukan sahaja larian deras menuju perubahan yang cedera, malah hati rakyat yang mahukan perubahan juga banyak yang terluka (Ah, susah sungguh nak melupakan perbuatan khianat menabur paku di atas jalan perubahan sebaik sahaja selepas 8/3/08 dalam episod yang saya namakan berkendak politik dalam gelap).
Dua perenggan ni cukup buek den insaf dan bertambah semangat menentang kejahilan sapo main gilo nanti tunggu la akibantnya.
PENARIK BECA...yang buat hal dlm mengacau bilaukan PAS ni bukan org2 JIM ka? setau aku...dorang la yg byk buat hal dlm PAS...JIM..jim...
Manusia-manusia katak dan musang berbulu ayam memang banyak dikalangan melayu kita. UMNO tak sah katalah. Itu tak masuk lagi profesor-profesor mulut longkang dan ulama-ulama tak tauliah dikaki lima sembang sampai lohoq dikedai-kedai kopi. Oleh kerana pandai kelentong, rakyat terbeliak bijik mata. Oleh kerana Ketuanya (anuar) sebuk dengan 'kes' hapraknya, pemimpin-pemimpin haprak PR yang tak guna ni ambik kesempatan. Itu biasalah. Semuga pemimpin-pemimpin musang berbulu ayam, duri dalam daging dalam PR ini boleh belah cepat-cepat sebelum PRU13 ni. Semuga mereka-mereka ini akan jadi pemimpin haprak macam Ibrahim Ali yang menjadi duri dalam daging dalam puak-puak UMNO atau BN. Ketengah tidak ketepi pun tidak. Biak lepa jadi 'virus' H1N1 pulak pada puak-puak UMNO atau BN. Mungkin ini satu lagi agenda anuar yang gagal menubuhkan kerajaan 16 september tempuh hari, siapa tau? Lu orang ada fikir ka?
Nasib baik ada komen no 6. Ada bukti hidup asabiyah. Jeniskan salahkan semua orang tetapi musang berbulu ayam dilindungi. Menolong musang berbulu ayam melakukan kezaliman.
Ah berangan je lebih, bila dah diatas nanti 2 x 5 atau pun 5 x 2 sama sahaja.