Sedap!! Klik gambar di atas!

Kaedah dakwah (silap, tajuk sepatutnya ialah fiqhus-siyasi)

Update 2 pm

Silap tajuk. Tadi tulis berebut-rebut. Nak kena keluaq tadi. Nak santai-santai sambil menulis pun, kesian pulak anak nak ambik result SPM dia. Sepatutnya tajuk dia bukan kaedah da'wah tetapi fiqhus-siyasi.

Posting asal

Untuk menghalang perpecahan, hendaklah digaulkan mentega dengan taik. Taik dan mentega bila digaulkan akan menghasilkan suatu kesatuan. Kesatuan lebih afdal dari perpecahan.

Jika terlalu susah hendak membasuh tong taik dengan menembak air dari jauh, hendaklah masuk ke dalam tong taik itu.

Tidak mengapa membantu kaummu yang melakukan kezaliman seperti menjadi barua Yahudi, melantak rasuah, menyalahgunakan kuasa, menggasak harta rakyat dan pembunuhan demi kesatuan ummah. Ia tidak termasuk dalam 'asabiyyah dan tidak bertentangan dengan Nabi Muhammad s.'a.w.w riwayat Abu Daud: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman".

Tidak mengapa berbohong dalam muktamar, sidang akhbar dan di mana-mana pun bagi mencapai maslahat kesatuan ummah.

Boleh mengkhianati amanah dan kepercayaan para pengundi termasuk golongan mustadh'afin demi mencapai maslahat yang lebih besar demi kepentingan perpaduan ummah.

Tidak perlu ditakrifkan dengan jujur dan tulus apakah sebenarnya mudharat yang lebih besar asal pandai sebut istilah akhafud-darurain yang diajar dalam kaedah fiqh.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau air teh-0 ada taik cicak sapa sanggup nak minum?

  2. Isu kerajaang Perpaduang memang tak habis KECUALI adakan EGM tendang depa2 ni...atau pun masa pilihanraya nnt apabila nama2 depa dicalonkan kita boikot dan adakan calon BEBAS...

  3. Ha Ha Ha. Can't help laughing at what you wrote. Tepat pada sasarannya.

  4. "Jika terlalu susah hendak membasuh tong taik dengan menembak air dari jauh, hendaklah masuk ke dalam tong taik itu."

    pak bakag masuk lah tong taik sorang2. Kami tak nak ikut. Busuk la.

  5. Ini ada satu maklumat penting kepada semua umat Islam khususnya pelajar-pelajar di IPT-IPT:

    http://citu.uitm.edu.my/index.php?option=com_ccboard&view=topiclist&forum=4&Itemid=85

  6. Melayu/Uslim telah menganuti "agama lahwal hadis" yang mengkafirkan agama Islam tulin.
    Berbohong itu punca semua dosa...rujuan...
    1) "Saya seorang Muslim,solat lima waktu, tak makan babi,tak judi tak kaki pompuan,tapi...cuma satu kelemahan..ia itu berbohong". Justru itu bila berbohong, semua akan boleh di buat.
    2) rujuk rencana "Bohong Sunat + Lahwal Hadis" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  7. golongan2 UG ni kalau berceramah mahu kena booooooo saja dan kalau program di orang jangan datang. Mulakan kempen menghalau mereka dari pimpinan.

  8. Ada baiknya sempena Maulidur Rasool ni, setiap masa dipaparkan sikap, amalan serta segala nya yang diamalkan Nabi Muhammad SAW agar kita semua berusaha menyerapkan amalan tu kejiwa kita. Ramai yang lupa dan kekadang binggung antara Islam dan keadaan sekeliling.

  9. mentega boleh makan...
    taik boleh buat baja...
    tp kalau dah campur adukkannya, kau nak buat ape?
    makan?? kau la makan sorang...
    baja?? kan ke membazir je..??

  10. Bakar selalu saja timbulkan tentang kerajaang perpaduan.Lebih baik pak bakar turun
    kemping ke kawasang untuk pemilihang 2011.

  11. Cadangan hnan 2.14m ni bagus.Kalau Geng UG yang sedang bermaharajalela diIbu Pejabat PAS tu masih nak berkuasa dan masih tak sadar diri,biar ahli-ahli biasa PAS yang mengajar mereka.Boikot mereka,jangan undang mereka untuk sebarang acara,jika mereka adakan krusus,bengkel atau brainstorming - jangan pergi, apatah lagi majlis-majlis yang suruh ahli wala.DiPRU akan datang jika muka-muka tu bertanding - tak usah undi dan lebih baik letakkan calun bebas untuk menentng mereka.Ini kuasa yang ada ditangan ahli biasa.Jangan fikir ahli biasa tiada kuasa.Jumlah mereka tak ramai - cuma 5-6 kerat saja.Ayuh mari kita lakukan.

  12. Alaa....Bakaq wei...PAS & UMNO ni serupa kentut dengan berak je....dua-dua keluaq kut lubang yg sama... Hang ni..duk dgn ambition Fasal 5 (??) hang tu tak habih habih.. Hang ni nak jadi serupa Mat Sabu jugak ka??? Hang ingat orang PAS tak tau ka?? Depa tau...tapi hgpa yg duk rheriau mcm orang jual ubat tepi jalan, depa kisah apa..asai ubat depa laku, depa peduli apa hg & the geng 'follower'.....TAPI, hg ingat depa rheti ka apa itu 'kebenaran' sebenaqnya??? Tarak pasai Bakaq wei...depa bukannya yg minority lani...depa dah rasa majority...

    Result anak hg ok dak???

  13. Cangkui

    Aku duduk di Malaysia. Anak cucu aku pun duduk di Malaysia. Tak kisah kalau hang tak nak ambik tau hal ehwal Malaysia.

    Bila berjumpa kebenaran, ia bukan lesen utk berlagak dan angkuh. Aku boring dgn kwn2 yg rasa depa dah jumpak kebenaran, duduk di kedai kopi cakap kuat2 kutuk sana sini lepas tu pakat2 gelak. Mak bapak depa pun sama dgn org yg depa kutuk. Tak jumpa mcm depa jumpa. Kesian, dgn mak bapak depa sekali depa kutuk secara tidak sedar.

    Anak aku sedang2 saja.

  14. taik dan mentega. lawak, pak bakaq. ini mesti kes nasha jumpa moohideen, satu taik manakala lagi satu mentega. tapi sedih pak bakaq, orang pas masih bonggap pilih taik jadi ahli kepimpinan, mana tak lembab parti PAS - tak de yang positif yang boleh menarik bangsa asing undi pas kelak pru13. panggil ajelah EGM dan buangkan taik pada IWK. MCA yang besar dan kaya pun boleh panggil EGM, inikan PAS yang tak pakai duit kopi arabica dibru sepesial.

  15. Kita doakan depa kena tendang dlm Muktamar akan dtang...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008