Dalam dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan:
Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai - Nasharudin (Utusan Malaysia 10/3/10)
Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat (lihat Harakah Daily semalam "Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz").Berkaitan:
Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai - Nasharudin (Utusan Malaysia 10/3/10)










Cantik? Klik 






melihat kepada komposisi majlis syura ulama, hasrat tgna besar kemungkinan terpaksa merentasi jalan2 yang penuh duri dan onak.
timbalannya adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan kertas kerja tahaluf siasi pas-umno. dia juga bersikap songsang dengan keputusan parti dalam isu kalimah Allah.
seorang daripada ahlinya terlibat mempolularkan pertemuan dalam gelap dengan umno mendapat restu dari majlis syura ulama. pada mulanya didiamkan dan kemudian dinafikan oleh ketua penerangan ketika itu sehingga menyebabkan mahfuz menerima 'kecelakaan' memohon maaf apabila yang ditemui mendedahkan pertemuan dalam gelap benar2 berlaku.
majoriti ahli adalah pemegang jawatan parti yang terlibat secara langsung mengendali parti yang akan ada ketikanya keputusan yang dewan/jk yang mereka pimpin perlu dirujuk kepada majlis syura ulama. kehadiran mereka di dalam majlis syura ulama sudah wujud elemen 'conflict of interest'. sehatkah?
adalah penting majlis syura ulama sebagai badan tertinggi parti dianggotai oleh para ulama yang tidak mewakili mana2 dewan/jk demi keutuhan badan tersebut. kredibiliti majlis syura ulama tercemar apabila elemen 'conflict of interest' berlegar di dalamnya. sesihat manapun keputusan yang dibuat oleh majlis syura ulama tidak akan dilihat sihat kerana yang memberi pandangan/hujah sudah pasti akan mempertahankan keputusan dewan/jk yang mereka wakili. manusia katakan. masa turut terbuang kerana mendengar hujah2 mereka membenarkan keputusan dewan/jk yang mereka wakili. keputusan badan tertinggi parti bukan menjadi rahsia lagi.
lagipun ia senang dieksploitasi oleh mereka yang berkepentingan sepertimana yang berlaku dengan isu pertemuan dalam gelap. oleh kerana dia anggota majlis syura ulama, dia gunakan majlis syura ulama untuk mempertahankan pertemuan dalam gelap yang sangat popular itu walaupun ramai mempersoal akan kebenarannya.
ahli majlis syura ulama juga perlu berkecuali di dalam pemilihan parti. ini tidak berlaku pada muktamar ke 55 di shah alam apabila timbalan mursyidul am turun padang berkempen "presiden dan timbalan presiden mesti ulama"! kegairahan ini boleh berlaku kerana dia cuba pertahankan kertas kerjanya tahaluf siasi pas-umno yang ditolak oleh mursyidul am. ia boleh dilihat sebagai satu usaha mempertahankan kumpulan sendiri.
seperti selsema babi, selsema 'ug' dilihat masih memberi ancaman kerana virusnya ada di mana2, lebih2 lagi di titik2 strategik di jalan raja laut.
hasrat tgna adalah sesatu yang sangat tinggi. hanya ahli2 paslah yang boleh menjayakan hasrat beliau.
wallahu'alam.
Ahli ahli PAS yang baru ini tidaklah meletakkan walaq mengatasi pemikiran sendiri kerana pegangan kalangan ahli yang tak diusrah dan melalui majlis majlis ilmu oleh pimpinan gerakan islam ini adalah mereka merasakan sebagai manusia diberikan allah dari kepala hingga hujung kaki dgn kecintaan mereka kepada Allah dan rasul. Namun keperyaan kepada sesama manusia sudah pasti tak lebih dari 40%. Pemerhatian kami amat teliti tentang perlakuan, tingkah laku, perkataan di tuturkan atau dikeluarkan serta tindakan dan perbuatan mereka. Kalau masih di tahap tidak turun padang dan hanya bergantung ceramah sana ceramah sini, pakai baju lawa lawa, jubah bersih berseri sahaja ... sayonara lah. jangan ingat boleh kami dilakukan seperti ahli yang menganggap hanya mereka yang berkualiti dan lama dalam PAS. Total walaq dan jangan pertikaikan langsung kepimpinan PAS. Maaf kami bukan seperti mereka....kami bukan seperti lembu dicucuk hidung, kami ada akal fikiran sendiri. Kenapa kami terus bersama PAS kerana kami sayang PAS dan bukan sayang kepimpinan PAS. kepimpinan boleh datang dan pergi
salam ,
Sama-sama lah kita berdoa kehadrat ALLAH agar memelihara PAS daripada musuh-musuh yg kita nampak dan yg tak nampak ....Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada kita semua !!!
Dr Syed gombak setia
walak, kata ketua penerangan pas ...walak membiar parti berkendak dengan umno agaknya