Sedap!! Klik gambar di atas!

Harga ikan naik oii!!

Dalam berita bertajuk "Noh kesal pengimport ikan ingkar", Sinar Harian hari ini melaporkan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau kesal masih terdapat segelintir yang ingkar arahan itu dengan mengugut untuk menghentikan import ikan ke negara ini selepas dikuatkuasakan arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat bermula hari ini.

Dalam Berita Harian hari ini pula, terdapat berita yang boleh diberi tajuk "Kronisme punca harga ikan meningkat". Nasib baik berita itu menyatakan punca kenaikan harga ikan. Jika tidak, tentu kita akan tercari-cari apa puncanya sama seperti kita tercari-cari siapa sebenarnya pembunuh Altantuya Shaariibuu.

Nasib baik juga punca kenaikan harga ikan itu dilaporkan oleh akhbar. Kalau blog ini yang laporkan, orang tak percaya seperti orang tak percaya kisah berkendak politik dalam gelap yang cuba didedahkan oleh blog ini. Nasib baik dilaporkan oleh media-media.

Untuk mengetahui bagaimana kronisme menjadi punca harga ikan meningkat, sila baca perenggan yang dihitamtebalkan dalam berita bertajuk "Kos tambahan punca harga meningkat":
Berita Harian (1/3/10): Bekalan ikan dalam negara akan berkurangan dan harga dijangka naik 10 peratus jika Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia menghentikan import ikan bagi membantah arahan kerajaan menggunakan kotak ikan berinsulasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail, berkata 1,500 tan ikan import dari Thailand dan Indonesia setiap hari mungkin tidak dapat dibawa masuk jika penggunaan kotak berinsulasi diwajibkan.

“Ini kerana kebanyakan ahli persatuan tidak mampu membelinya kerana harga kotak itu lebih mahal berbanding tong plastik digunakan sekarang.

“Kalaupun pengimport menggunakan kotak berinsulasi ini, harga ikan dijangka meningkat kerana kos tambahan akan disalurkan kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan penggunaannya dilaksanakan mulai hari ini selepas dibantah sebelum ini.

Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.

“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.

“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.
Berkaitan:
Pemborong, peniaga ikan bantah pengunaan KIBFG
Sinar Harian (2/3/10): Pengimport dan pemborong ikan tetap membantah penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) dan menghentikan operasi membawa masuk ikan import bermula semalam, sehingga mendapat maklum balas positif daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail berkata, penggunaan KIBGF itu akan meningkatkan kos operasi dan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan, termasuk kemungkinan harga ikan melambung tinggi di pasaran.

“Kos untuk menukar kotak lama kepada kotak baru ini mencecah jutaan ringgit. Secara tidak langsung harga ikan juga akan naik lambat laun, dan ini kelak membebankan pengguna,” katanya.

Yusoff berkata, berikutan penguatkuasaan peraturan itu, 35 buah syarikat pengimport bimbang kos operasi mereka meningkat mendadak dan terpaksa menyalurkan kenaikan kos kepada peniaga ikan dan pengguna.

“Harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Kotak KIBFG bagi 100 kg pula RM205 berbanding harga biasa sekitar RM150,” katanya.

:Menurutnya, Kementerian sepatutnya berunding atau mendapatkan maklum balas daripada pengimport dan pemborong terlebih dahulu sebelum menguatkuasa peraturan itu.

Peniaga, Atan Ali Ahmad berkata, golongan peniaga sepertinya merasa tempias kenaikan kos dan bimbang harga ikan terpaksa dinaikkan, walaupun bukan di atas kemahuan mereka.

Peniaga, Osman Abdullah pula bimbang bekalan ikan terjejas.

“Saya harap Menteri berkaitan turun padang dan mendengar masalah kami,” katanya.

Bermula semalam, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mewajibkan penggunaan KIBFG bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Noh Omar sebenarnya kecewa kerana jangkaan untung mencecah jutaan RM sekiranya undang2 "paksa" itu dipatuhi.Malangnya konspirasi kapitalis dan pemerintah telah tergendala kerana tindakan boikot warga peniaga yg prihatin.

    Kenapa syarikat KFM sdn bhd diberikan "subsidi" dgn mewajibkan hanya mereka shj yg boleh membekalkan kotak tersebut dgn harga yg berlipat kali ganda?

    Kenapa syarikat lain yg menjual dgn harga yg lebih rendah dinafikan?

    Apa kepentingan Noh Omar ataupun kerajaan dlm undang2 paksa beli ini?

    Kenaikan harga ikan adalah berpunca dari onar kerajaan umno.

  2. jual kotak simpan ikan pun depa sudah outsource macam ni. bak mat salleh kata: world! world! (dunia! dunia!).

  3. pak bakaq,
    agak2 apa la kejayaan lkim sehingga hari ni?udang pulau sayak pun nampak dah hancus.kat demong tu lebih berita dari kejayaan.projek ternakan hiasan kat pd lagi lawak..tangkap 2~3 ekoq kuda laut bubuh dalam akuarium, habeh 5~6 juta..kemudian pakat2 tepok tangan..

  4. Tak pa, undilah lagi UMNO/BN. Undi lagi parti pejuang bangsa tu ... tolak ketepi semua kira-kira akal. Tak yah guna akal, undi saja UMNO/BN.

    - MUS.

  5. Apalah Menteri pendek akal, buatlah berperingkat-peringkat. Kenapa nak monopoli. Dah berpuluh tahun aku makan ikan Indon dan Siam taadalah pulak masaalah insulasi ni timbul. Asal ada kilang air batu tu kira ok lah.

  6. Memang dr dulu puak UMNGOK ni berniaga dgn rakyat..jlnraya,air,api,telekom,minyak,gas,beras (diswastakan)...apa lg?? kete buatan malaysia proton..(kat luar sana jual murah kat rakyat sndiri hantam mahal) apa lg ????? woi tolong tambah..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008