Sedap!! Klik gambar di atas!

Fakta daripada audit Umno salah guna, khianati duit royalti minyak

Berikut ialah 'bola tanggung' yang diumpan oleh Setiausaha Agung PKR kepada Presiden PAS ketika Presiden PAS menyampaikan ucapannya di Dewan Rakyat Isnin lalu (22/3/10) dan sambutan Presiden PAS kepada 'bola tanggung' tersebut:
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Yang Berhormat Marang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Marang. Saya membaca dokumen daripada sidang Dewan Negeri Terengganu yang menyebut angka bayaran royalti untuk Terengganu daripada tahun 2000 hinggalah tahun 2009 ialah RM13.5 bilion. Satu angka yang cukup besar sebenarnya yang hari ini tidak sampai ke Terengganu. Sebab itu Menteri Besar Terengganu sekarang dia belum gugurkan lagi tuntutan royalti ini daripada Petronas.

Untuk tempoh tahun 2000 hingga 2004 itu saya juga sempat membaca laporan audit bagaimana Umno Barisan Nasional membelanjakan wang royalti yang sepatutnya pergi pada rakyat Terengganu. Antara yang disebut dalam teguran audit ialah:

(i) membiayai Program Puteri Umno Sungai Petani;

(ii) menyediakan komputer riba kepada JKK seluruh Kedah;

(iii) membaiki pejabat Menteri Besar Kedah; dan

(iv) membaiki kediaman rasmi rumah Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bukan ada kena mengena pun dengan perbelanjaan royalti minyak. Ini khianat namanya. Umno Barisan Nasional khianat ini sudah jadi darah daging dia. Dia tidak rasa bersalah. Tidak rasa bersalah. [Disampuk] Audit tegur dengan baik. Teguran ini teguran Audit Yang Berhormat Pasir Salak. Teguran-teguran audit.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Saya tidak minat hendak bahas dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak saya kena ikut pesanan Imam Shafie. Imam Shafie kata “Aku kalau berbahas dengan orang jahil aku tidak pernah menang, aku tidak pernah menang tetapi kalau berbahas dengan orang alim aku tidak pernah kalah.”

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tidak. Kenapa takut, kenapa takut bila saya bacakan fakta daripada audit tentang Umno salah guna, khianat duit royalti minyak milik rakyat Terengganu. Salah apa? Hendak takut sebab apa? Apa pandangan Yang Berhormat Marang tentang perbuatan mengkhianati ini? Khianat. Bukan amanah, khianat. Saya tekankan. Parti agama, bangsa dan negara tetapi khianat wang rakyat. [Tepuk]

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Tuan Yang di-Pertua kesilapan ini bukan sahaja kenyataan-kenyataan daripada pihak kami bahkan daripada tokoh-tokoh Umno sendiri. Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, yang terakhir Tun Musa Hitam dan Tun Mahathir pun saya rasa sama. Dalam hati dia sama.[Ketawa] Bahkan tokoh-tokoh Petronas, arwah Tan Sri Azizan dan yang diberhentikan itu, Tan Sri Hassan Merican dan mereka yang terlibat dalam memateraikan perjanjian masih hidup lagi iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abas, Tun Ahmad Yaakob.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. duit tu hak rakyat terengganu tapi boleh dapat ke UMNO.. memang sedap mengambil hak orang.. tapi tunggulah balasan di akhirat..

  2. Kenapa dapat bola tangung tak libas? Atau yg kena tanya tak faham tujuan soalan yg bertanya?

  3. macamana boleh biar audit punya laporan tak de bende ..
    sedangkan kalau nak kenakan 'seseorang' tak de hujah pun bole
    ape nak buat ramai sangat manusia celaka dimsia
    yang dianggap hero plak tu
    atau yang bodo tenging mcm brahim ali
    nak minta saiful sumpah depan qardhawy
    dia tak ikut perkembangan ke tiba-tiba melenting macam tonggong
    kan orang dah cakap mana terima sumpah cam tu walaupun kau sesumpah
    kemdian qardhawy akan kata ; tak payah kau jelaskan
    empat orang saksi mana ? tu je ...
    brahim dah la tenging tak ikut perkembangan plak
    PAK BAKAQ _ benda yang posting kat atas tu
    yang duit rakyat dan negara jadi duit sendri suka mau pakai apa suka
    frankly speaking bagi aku - takkan berubah .........

  4. Korang tunggulah pilihan raya akan datang,kita kasi sapu habis.bah.

  5. Bila Naqib `usrah barbican` menulis...ginila tak jauh beza ngan Utusan Malaysia..nak tahu cerita sebenar baca kat hansard Parlimen..

  6. Pak Bakaq... President Pas jawab ke tak soalan bola tanggung tu. Aku rasa macam tak jawab dan tak "smash" lansung. Apa jadi dengan President Pas ni..? Tak ligat lah..

  7. bila haji hadi tak smash bola tanggung
    pak bakaq siarkan ni untuk apa
    nak bagi bola tanggung supaya kita smash 'perpaduang' ka pak bakaq?

    aku jenis bukan mengata dan mulut capui
    pak bakaq je la yang smash balik
    tapi aku akan layan baca .. k .. best

  8. UMNO pusat kalu nk dikutuk xpe, tp kalu umno trgganu, nk trgeliat lidah utk mngutuk tindakan diorang...kan umno trganu n pas trganu tue adik bradik?..dua2 bangang!!

  9. Biasalah Pak bakaq tak kan siar jawapan TGHA kerana "itu" sebagai strategy halus utk menimbulkan tanda tanya serta kalau boleh mencetuskan keraguan dlm hati pembaca.

    Tak percaya tengok article yg lepas2 dan rujuk pendedahan dari Allah swt akan "usaha" Pak Bakaq ini dlm surah An Nas....

  10. jawapan yg dicari tak ada dalam kitab2 karangan ulama yg muktabar...

  11. Pak Bakaq,

    Memang betul YB Saifuddin beri Hadi Awang "bola tanggung",malangnya tak nampak pun "smashnya".Dari sini boleh timbul 3 kemunkinan.Satu,munkin Hadi Awang tak faham "bola tanggung" yang diberikan oleh Saifuddin untuk "dismash" atau dia tak reti nak smash atau dia sengaja tak mau smash khuatir menjejaskan "hubungan" perpaduang dengan UMNO.Hanya Hadi Awang saja yang dapat menjawab teka-teki ini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008