Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila pak yet Zionis ditelanjangkan

Sejak beberapa lama, kawan-kawan dari Umno banyak mendedahkan tentang Ethos Consulting. Mereka dikaitkan dengan budak-budak Tingkat Empat Jabatan Perdana Menteri di waktu Tun Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dulu. Sambil mengaitkan Abdullah dengan benda-benda tu semua, mereka mendebik orang tua itu sampai setengah nyawa.

Orang berpendapat, ketua depa dalam festival pendebikan itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Without reservations, saya sangat berterima kasih kepada mereka.

Hari ini, perbuatan Ethos Consulting dibangkitkan lagi (lihat berita Malaysiakini hari ini "Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja"). Mungkin kawan-kawan Umno tu tak terusik dengan apa yang didedahkan. Mungkin selepas ini depa akan selak kain Datuk Seri Anwar Ibrahim pula selepas Anwar menyelak kain tokan depa.

Jika perkara itu berlaku, saya hanya nak berterima kasih kepada kedua-dua pihak. Yang untung ialah rakyat yang dapat tahu pekung dan tokak yang selama ini disorok di dalam kain.

Namun yang lebih penting untuk diketahui oleh semua ialah jangan harap kawan-kawan yang digelar "Dr Mahathir's boys" itu akan mengulangi apa yang mereka lakukan terhadap Abdullah.

Dr Mahathir sendiri, yang dilihat mendebik dan menibai Abdullah dan kerajaannya sejak bulan Mei 2005 lagi, tidak akan mengulangi apa yang beliau buat terhadap Abdullah. Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap bernasib baik.

Walaupun beliau menafikan, bagi saya peranan Dr Mahathir dalam menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8/3/08 lalu amat besar. Malah, empat negeri selain Kelantan, terlepas dari cengkaman Umno BN (itu kenangan manis dan saya tetap tak lupa apa yang sangat pahit untuk diterima selepas pilihan raya itu iaitu pengkhianatan yang berlaku terhadap mandat dan kepercayaan rakyat melalui siri-siri berkendak politik dalam gelap selepas pilihan raya itu. Tak payah la nak paksa supaya dilupakan peristiwa rakyat ditikam kejam dari belakang itu. Once bitten twice shy!)

Bagi saya, Dr Mahathir dan orang-orangnya yang menghentam Abdullah adalah penyebab derita Umno dan BN dalam pilihan raya itu (jangan lupa, sebelum pilihan raya 2008, Anwar hanya kelihatan aktif pada dan selepas pilihan raya kecil Ijok sahaja. Itu pun, Abdullah boleh dianggap sangat selamat dari debikannya).

Bekas Presiden Umno itu tidak mahu mengulangi sejarah hitam tersebut. Begitu juga orang-orangnya. Sekali lagi saya sebut, Najib selamat.

Sama ada suka diterima atau tidak, pembangkang meraih kemenangan dalam pilihan raya 1990, 1999 dan 2008 dalam begitu banyak kerusi akibat dari perpecahan dalam Umno dan BN. Dan hari ini pula, pak yet dan pecacai Zionis sudah ditelanjangkan. Persoalannya, sambil seronok sangat dengan pendedahan mengenai pak yet Zionis dalam Dewan Rakyat itu, marilah kita fikirkan adakah pembangkang hanya boleh meraih kemenangan dengan bantuan perpecahan di dalam Umno dan BN?

Akhirnya, pagi tadi ketika minum pagi di Restoran Thaqwa (Mamak tu eja gitu), saya lihat sekumpulan anak-anak kecil pra-sekolah beratur ke kelas mereka. Mengenang anak-anak kecil itu, saya merayu kepada Allah s.w.t. yang dikasihi agar meluruskan niat saya supaya menulis untuk mengelakkan generasi akan datang kencing di atas kubur saya. Allah Maha Mengetahui, saya orang jahat. Sebab itulah saya sangat memerlukan belas kasihan dan pertolongan-Nya untuk meluruskan niat saya.

Pagi tadi juga, saya mendengar seorang Ahli Parlimen menceritakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang melompat dari PKR sebelum ini mengaku kepadanya dalam surau Parlimen bahawa beliau hanya menerima "RM100,000 ja".

Saya menanti Mohsin bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa beliau tidak membuat pengakuan itu dalam surau Parlimen semalam.

Berkaitan:
Nota ucapan Anwar Ibrahim di Parlimen berkenaan skandal APCO (Anwar Ibrahim 30/3/10)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ini macam cerita Pak Belalang.

  2. Elok kita jangan komen benda yang kita tak tahu.

  3. sama-sama pakai baju halimunan, sama-sama pakat terlondeh.

  4. Komen di bawah ni tertekan reject tadi:

    Hang putaqq sampai apa satu pun tak pahammmm.....nak kena mengaji denagn hang dulu baghu pahammm niee..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008