Malaysian Insider hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor berkata, "Saya hampir letak jawatan MB kerana isu lembu, kereta" (versi Bahasa Inggeris, "I nearly gave up over cattle allegations, says Khalid"). Persoalannya, siapa yang beri maklumat kepada Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) yang membuat laporan lembu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid?
Bekas Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus tahu cerita itu. Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS, Abdullah Karim juga tahu cerita itu. Beliau telah menyerahkan aduannya kepada Setiausaha Agung PAS, Haji Mustapha Ali untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS.
Malangnya, Cik Gu Pa mendakwa aduan Abdullah itu "tidak cukup merit" untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin (lihat berita Malaysiakini 18/2/10 "Aduan Abdullah ditolak, Dr Haron 'dimaafkan'" dan posting Abdul Rahman Abdul Talib bertajuk "Aduan Abdullah Karim dan Suwardi Yaakob")
Pengkhianatan terhadap Khalid itu akan terbongkar jua akhirnya. Tunggulah.
Saya tidak cuba hendak menyatakan atau cuba merasai bahawa Khalid tu baik sangat. Tetapi bagi saya, Menteri Besar Selangor itu seorang yang sabar. Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 8/3/08 lalu, beliau dan partinya telah dikhianati dengan episod beberapa pemimpin PAS berkendak politik dalam gelap dengan Umno. Surat persetujuan dari PAS supaya beliau menjadi Menteri Besar Selangor, mengambil kira PKR memenangi lebih banyak kerusi dari tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu, dilewat-lewatkan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan sehingga ke peringkat menengking dengan perbuatan melewat-lewatkan persetujuan itu - maklumlah, nak nanti selesai berunding dengan Umno dulu.
Bila Menteri Besar Selangor itu mengadukan buruk kelaku Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang tak jemu-jemu memburuk-burukkannya (saya dengar sendiri rakaman mulut longkang itu) melalui surat yang dihantar dengan tangan, Presiden PAS mendakwa beliau tak terima surat itu kepada wartawan yang bertanya selepas Mesyuarat Khas PAS yang masyhur ekoran luahan tidak puas hati Mursyidul Am dalam blognya.
Sehingga hari ini pun, saya dengar sendiri orang Dr Hassan terus menghentamnya. Adakah Khalid memerlukan musuh jika beliau mempunyai kawan seperti Dr Hassan?

Cantik? Klik 

Pecat je presideng dan PJ yang BODOH tu. Malas nak ulas dah. Kerja tak ada lain asyik nak menipu ahli je. Lepas tu suruh walak, thiqah, usnuzon dan macam-macam lagi. Letih nak dengar cerita ni selagi presideng tak dihimban ke longkang. Merosakkan PAS sahaja...
Lepas ni ada sesiapa nak bantai saya, dipersilakan dengan segala hormatnya...
Apa nak jadi dengan kepimpinan PAS...
ikhlaslah jangan pileh kaseh...
Jangan lah ikut perangai UMNO..
Nun disana nanti nak kena jawab...
tak takut ke?
Apa yang Pak Bakaq nak marah sangat. Siapa pun yang buat aduan tak ada masaalah samada orang kecik maupun orang besar. Mungkin yang buat aduan tu ada 2 niat (hanya ALLAH yang tahu). Satu untuk kebaikan kerajaan Selangor dan yang kedua mungkin untuk agenda peribadi.
Kita bahas yang pertama - Sekiranya aduan pertama itu bertujuan untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dimana silapnya ? Tak kan nak jadi macam UMNO, tunggu pembangkang buat laporan dan ahli dan penyokong tengok aje. Itulah uniknya PR ini. Kalau pimpinan buat salah laku atau menyerupai salah laku maka semua bebas untuk buat laporan. Macam Pak Bakaq hentam TGHH Ust Nasha, Ckgu Pa dan yang lain-lain.
Cuba kita fikirkan dan bahaskan logiknya aduan ini samada ada asas atau tidak. Sejumlah 110 ekor lembu telah diserahkan didalam kawasan parlimen beliau di Bandar Tun Razak (Wilayah Persekuan)untuk ibadah qurban. Didakwa pada umum dana untuk beli lembu ini dari kantung perbendaharaan S'gor ataupun agensinya, maka sewajarnya ia harus dinikmati oleh Selangor bukannya rakyat Wilayah Persekutuan.
Masih ramai lagi miskin tegar yang terdapat di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tannjung Karang Hulu Selangor dan lain daerah yang memerlukan daging korban ini berbanding dengan penduduk Bandar Tun Razak yang mungkin paling tidak makan daging 2 kali sebulan. Adalah lebih utama memberi makan yang MISKIN dari orang KAYA (Bandar Tun Razak)
Mungkin si pengadu merasakan perkara ini tidak betul maka dia buat aduan. Baru aduan dan ianya didatangkan dengan dokumen yang dirasakan sebagai bahan bukti. Bukan tuduhan melalui blog (celaka !, celaka! macam TGNA cakap tu) atau surat khabar. Kalau betul aduan maka lekatlah, kalau tiada kes, tak ada apa-apa pun. Itu biasalah.
Tidak kah ini pada pada pandangan umum menunjukkan kita TELUS dalam menangani masaalah rasuah samada dalam bentuk direct maupun indirect. Ianya bersesuaian dangan sabda Nabi " Kalau Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya" Keadaan ini juga telah membuktikan secara langsung bahawa TKI adalah bebas dari tuduhan RASUAH dan ianya diconfirmkan bukan oleh penyokong PR sahaja tapi oleh SPRM. Kan cantik tu.
Kita bahas yang kedua - Agenda Peribadi. Adapaun sekiranyanya orang yang membuat aduan ini mempunyai agenda peribadi ini bercita-cita untuk menjadi MB maka ianya adalah angan-angan Mat Jenin. Saya kata begitu kenapa ? Sekiranya TKI sangkut atau letak jawatan tak kan beliau pula yang dilantik jadi MB. Orang yang paling kanan ialah sahabat DSAI iaitu Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa) Fakta menunjukkan tak da ruang untuk beliau jadi MB dan ianya tak semudah yang didakwa oleh penulis blog yang lemah mental dalam membuat analisa.
Perkara nak jatuhkan pimpinan bukan setakat lawan luar parti, komponen parti malah dalam parti sendiri, Apa peliknya. TKI juga dikatakan cuba dijatuh oleh orang dalam PKR sendiri.
Kesimpulan - Mana-mana individu yang tak puas hati dengan pimpinan maka buat adauan secara gentleman dan datangkan bahan bukti dan pastikan bahan bukti tu layak diterima sebagai bahan bukti. Lepas tu pastikan saksi layak sebagai saksi mengikut perlembagaan tak kiralah perlembagaan malaysia ke, parti ke maupun organisasi. Kan mudah baru boleh selesai. Sekiranya Dollah Karim nak aduannya diterima maka datangkan saksi yang layak bukannya datangkan saksi yang TAK LAYAK untuk dijadikan saksi kerana kekangan perlembagaan. Kalau nak juga guna saksi tu maka langkah seterusnya buat usul dalam muktamar untuk pinda perlembagaan yang membenarkan bukan ahli layak untuk menjadi SAKSI. Mudah ajer kalau masing-masing berfikiran terbuka.
Wallahu'alam
Haqqul Mubin
PAS ini hidup penuh dengan permusuhan dan syak wasangka sesama Muslim. Buruknya perangai PAS. jangan lupa Iblis sebenarnya ahli syurga, kuat ibaah tetapi segala amalannya rosak kerana dengki kat manusia, Nabi Adan SAW.
Lupakan kepentingan peribadi. kembalilah semula ke jalan Allah dengan mengikhlaskan diri sepenuhnya solat kita , ibadah kita, hidup dan mati kita semata2 kerana Allah Ta'ala.
Macamana Cikgu Pa nak bertindak bilamana dia sendiri yg jadi puppetmaster?
Kalau bertindak kat Hassan Ali, akhir nanti Cikgu Pa pun yg akan kena jugak.
Muka hodoh..perangai hodoh...menyampah aku
kemana tumpahnya taik, kalau tak keatas otak pencinta kubangtaik UBN!!!
Salam Pak Bakaq
Saya ingin tumpang semangkok untuk diangkut ke sana. Izinkan..
Kebatilan yang nyata (no 3 di atas),
Nak mengadu atau nak khianat? Perangai pengadu yang memperjuangkan ketelusan tak sama dengan perangai pengkhianat. Kalau nak mengadu, kenapa tak adukan sama si penagih 30 peratus kononnya untuk infak? Bahan bukti dari orang luar tak layak? Maknanya kalau amoi China mengadu kepada PAS bahawa ada orang PAS yang melakukan gangguan seksual terhadapnya, bahan bukti yang dikemukakannya ditolak kerana bahan bukti dari orang luar tak layak? Adakah parti yang memakai predikat "Islam" menggunakan undang2 rimba?
Akhir sekali, harap jangan perkosa istilah dari al-Quran yang untuk dijadikan nama sembunyi si kebatilan yang nyata. Al-Quran dari Tuhan kami. Jangan perkosa istilah dari Tuhan kami!
"kalau amoi China mengadu kepada PAS bahawa ada orang PAS yang melakukan gangguan seksual terhadapnya, bahan bukti yang dikemukakannya ditolak kerana bahan bukti dari orang luar tak layak? Adakah parti yang memakai predikat "Islam" menggunakan undang2 rimba?"
Apalah punya rendah punya analogi. Ini kes jenayah, buatlah aduan kat Polis, kenapa kat PAS pulak. Sahlah bangang punya orang. Guna lah otak sikit.
Ptui. Haqqul Mubin kamu dah ke mari pulak dari blog Tulang Besi ye.
Selagi mereka-mereka kelaku seperti PJ Selangor (dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya) kami kat bawah ini tak akan merasa senang. Kerana apa? Sebab kita mahu mereka-mereka yang bebar-benar berjuang kerana Allah memimpin kita semua, bukan mereka-mereka yang nak rebut pangkat, adu domba, khianat dan entah apa-apa lagi yang buruk. Sekali lagi, Haqqul Mubin, jangan chong. Nanti chong memakan diri.
PAS lama Selangor
Analogi yg apalah punya rendah (pinjam ayat no 10) tidaklah pula memberikan kekuatan atau menolak kebatilan prinsip keadilan ganjil yang dipertikaikan oleh no 9. Guna analogi yg salah tidaklah juga bangang punya orang spt no 10 kata. Akan tetapi kita setuju dengan no 10 dan menolak analogi no 9 kerana pihak yg dimaksudkan tidak lagi bersidang utk membicarakan masalah akhlak org2nya. Kalau tak caya tanya adun Melor. Oh ya, kan itu kes mahkamah Shariah?!! Bukan kes politik, kan? Politik dan akhlak tak bercampur. Politik suku, akhlak suku.
hahahaha,
PAS = KARUT...UMNO = ZALIM....PKR = TAK ISLAMIK...DAP=KOMUNIS...MCA=MCM NASI KERABU....MIC=SAMY JUGAK ADA
KITA JOIN PARTI KATAKLAH PULAK ..ABE HIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
HIDUP BRAHIM ALI
eh korang ni..gol deme tu maksum..gol perpaduan ni banyak ,buruk kelaku/..puak tu buat apa saja..jangan bimbang..takde hal nya disisi blogger yg kurang cerdik ..ni
Kredibiliti pemimpin2 pas sudah jatuh merundum jatuh nangka busuk, nak simpan lagi ke?