Sedap!! Klik gambar di atas!

Bersabar dengan musang berbulu ayam?

Berikut ialah email dari pembaca blog ini. Saya tak edit sikit pun. Siapa setuju dengan cadangan dalam yang nombor 5 di bawah?
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Sejak akhir-akhir ini saya lihat Pak Bakaq step up your attack on golongan musang berbulu ayam dalam PAS. Boleh kata dalam seminggu tu, ada sajalah dua atau tiga penulisan Pak Bakaq mengenai golongan musang berbulu ayam.

2.Saya bersimpati dan bersetuju dengan Pak Bakaq dalam hal ini. Tindakan golongan musang berbulu ayam inilah yang akan memusnahkan PAS dan Pakatan Rakyat.Tindakan golongan ini yang lepas dan YANG AKAN DATANG akan menyebabkan kekeliruan dikalangan rakyat dan waktu itu yang mendapat faedah adalah UMNO/BN.

3.Dulu bila TGNA jerkah sekali, dia panggil sampah, pucat sedas Timbalan Presiden. Sec Gen pun kena juga jerkah TGNA. Menggelupar kepanasan Sec Gen. Kemudian TGNA jerkah buat kali ketiga pula. Dia minta buat EGM, riuh rendah musang-musang puak tu. Tetapi bila dah keadaan reda sikit, jeng-jeng-jeng depa buat pula.......Keluarlah ungkapan "PAS boleh berbincang dengan UMNO dalam apa hal sekali pun "! Ada juga ungkapan bodoh, " YB Zulkifli Nordin boleh menyertai PAS...."

4.Dalam melihat Faktor 3 diatas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jerkah atau tamparan atau peringatan tidak mendatangkan hasil 'once and for all in removing the problem'. Selang masa, golongan ni akan buat kacau pula.Jadi menurut pandangan saya,'PAS tried to solve the problem by holding on the bull's tail'. Sedangkan dalam Management 101. ' you solve the problem by holding on the horns (head)'.Tak payah masuk kelas Management 101 pun kita boleh faham. Aruah Pak Ya Tok Imam kampong saya kat Kedah tu bila dia nak sembelih lembu, dia perjatuh lembu tu dengan pegang kepala.Bila dia pegang kepala lembu tu, barulah dia hempas badan lembu tu ketanah.Lepas tu dia sembelihla.......

5.Jadi saya nak tumpang Blog Penarik Beca.Saya nak ajak ahli PAS dan penyokong PAS dan semua warga PR 'handle the bull by the horns'.Bolehka Blog ini initiate internet polling yang meminta Presideng,Timbalan Presideng,Sec Gen, YDP Selangor,Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama meletakkan jawatan mereka ? Dalam internet polling tu bolehka kita tengok berapa yang setuju dan berapa yang tidak setuju ?

6.In conclusion Pak Bakaq, lets call a spade a spade.....Dalam menuju Putrajaya, 'let us get rid of these turncoats'.'Let us test, How many that agree with us....'

Wassalam,terimakasih.
Di bawah pula ialah artikel dari Huzaifah AY. Juga saya tak edit sikit pun.
Si lompat dan cara nak mengajaq depa ni!

Oleh Huzaifah AY

Ketika mahu memenangi pilihanraya, mereka menabur janji-janji manis dengan rupa yang manis dan suara yang manis. Ketiak yang masam berlengas dan mulut yang busuk kerana gigi yang tak sempat digosok menjadi harum semerbak buat para petugas pilihanraya demi memenangkan seorang calon. Diheret ke hulu ke hilir berjumpa pengundi, diarak ke atas ke bawah meraih simpati. Asakan lawan sejahat BN digagahi bersama, calon ditatang bak minyak yang penuh, pengundi diyakini bahawa setiap pangkahan mereka tidak akan rugi. Semuanya dengan satu matlamat: Menang!

Bukan mudah mencipta suatu kemenangan. Tapi betul sangat apa yang dikata orang cerdik-pandai, bila dah menang lebih sukar lagi mengurusnya. Dah menang, lagi banyak pancaroba. Dah menang lagi banyak bahananya. Apatah lagi bila menang, orang yang menang itu bukanlah pejuang sejati. Tapi pejuang taik minyak yang penuh pura-pura dan kepalsuan memenuhi rongga hati. Mereka ini ibarat sesumpah atau pokka mengapuk di dahan, sekali dahannya kelabu maka kulitnya jadi kelabu, sekali dahannya hijau maka kulitnya menjadi hijau.

Baik dalam PAS, PKR mahu pun DAP, semuanya menghadapi gejala yang sama – sukarnya menguruskan kemenangan. PAS bermasalah dengan Ibrahim Ali yang kononnya merasa dirinya tersangatlah betul. Tidak sedar, dia naik pun atas ihsan PAS, tapi berlagak bagai PAS langsung tak ada kena mengena dengan kemenangan dirinya. Begitu jugalah sekerat dua kerat pemimpin PAS yang lain, yang berura-ura mahu bercinta dengan Umno. Mereka sudah menang pilihanraya, sudah rasa rakyat sokong mereka walhal yang rakyat sokong ialah parti PAS, bukannya sosok tubuh mereka yang mungkin berpenyakit di sini-sana!

Manusia-manusia seperti inilah yang menjahanamkan kepercayaan rakyat kepada PAS. Mujurlah Ibrahim Ali ini memang sudah mahsyur akan sikapnya yang lebih dari pokka dan sesumpah bahkan rela dirinya diiktiraf sebagai raja lompat sedunia…tapi rakyat masih kecewa, kerana yang dipilih ialah PAS bukan Ibrahim Ali. Saya yakin dia akan tenggelam dalam lubuk paling dalam jika hanya bertanding atas tiket namanya sendiri - si juara lompat!

PKR lebih malang berbanding PAS dan DAP. Hingga kini, seorang demi seorang menzahirkan wajah mereka yang sebenar. Kita kasihan kepada Anwar dan Azizah bahkan kita belas melihat nasib PKR yang kian terumbang-ambing, tetapi kita tidak tahu apakah tindakan yang selayaknya kita ambil bagi ‘mengenakan’ para manusia yang biadap dan tidak mengenang jasa dan tak tahu mengukur budi ini? Disuruh berhenti mereka enggan, disuruh bertaubat mereka lari, disuruh diam mereka bising dan disuruh meletakkan jawatan sebagai YB mereka buat tak tau. Memang mereka ini manusia tak tau malu dan manusia yang layaknya dihenyak beramai-ramai dengan punggung dan siku. Mereka inilah manusia yang tak tau diuntung dan tak sedar diri walau sekelumit. Diberi susu dibalas tuba, diberi madu dibalas racun berbisa, diberi bunga dibalas selumba!

DAP nampaknya agak stabil. Pelik kita, DAP yang didominasi oleh bukan Melayu – Islam lebih stabil. Mungkin inilah yang dikatakan oleh sarjana Islam Muhammad Abduh, wajah Islam pada non-muslim. Saya terkesima bila Lim Guan Eng beriya-iya mahu meneladani Umar Abdul Aziz. Dia bersungguh dalam hal itu nampaknya. Dia belum Islam tapi wajah dan suaranya sudah Islam. Alhamdulillah…saya doakan dia akan mendapat hidayah dan mudah-mudahan dia dapat menarik telinga, memulas perut dan menampar seliang dua ke muka-muka para manusia tidak sedar diri yang senang-senang hati menukar wajah dan kulit mereka itu.

Kesimpulannya, PR perlu ada satu cara yang menggerunkan mereka yang ada hasrat di hati mahu membuat lompatan dan pertukaran wajah dan identity. Saya tak tau caranya, tapi saya terfikir satu jalan, mungkin nampak bodoh dan kelihatan bengong, tapi apa salahnya mencuba…senang sahaja, mereka yang mahu mengkhianati parti dan pengundi ini, kita tuntut kembali segala penat-lelah dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan sehingga dia menang…jika dia gagal jelaskan, maka ada caranya, lelong segala hartanya hingga dia bangkrup dan muflis…jika saya, saya akan charge seminit berkerja memenangkannya, nilainya ialah RM1,000….so, ada jalan tak? Hangpa pikiaq la sendiri...Wallahua’lam!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aku setuju cadangan no 5 tu!

  2. BUANG MASA DOK CARI SALAH PEMIMPIN LEBIH BAIK PERBAIKI DIRI SENDIRI.

  3. Memang la DAP parti yg stabil, lebih baik, tak macam PAS, flip lop, lebih banyak mengakfirkan orang islam dari mengislamkan orang kafir, gunakan agama utk kepentingan politik, tapi Bakar takan siarkan coment camni kot...heeee...

  4. Lembu baru kereta lama!

  5. Fully agree with the suggestion to make on-line poll on those leaders.

  6. salam

    sangat setuju cadangan no 5 tuuu !!!

    Dr SYED
    Gombak setia

  7. SETUJU 100% TIDAK RAGU RAGU ..
    TOLONG SEGERAKAN CADANGAN NO 5 ITU..
    DAH TAK TAHAN NAK UNDI...

  8. undi satu hal...kalu poll result show 90% responden agree remove presidengg pon ...
    saya cadang buat demo kat pejabat agung PAS jln raja laut....
    minta prsideng,timb. pres dan seangkatang dgn nya letak jawatan....
    alah demo bersih sapa yg turun, demo anti-ppmsi sapa yg turun ....

  9. KALAU SETUJU PUN DEPA INGAT MEREKA AKAN LETAK JAWATAN.KALAU DEPA TAK NAK MEREKA TU
    SEMUATUNGGULAH TAHUN 2011. TAK KAN TAK SABAR KUT.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008