Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan dayus bagi rakyat negara ini jika mengatakan Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk.
Bimbang berlakunya fenomena "ayam den lapeh" dan demi menyekat kedayusan merebak luas di kalangan rakyat negara ini, beliau membayangkan akan berlaku penapisan Internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan.
Menurut beliau, seperti perniagaan dan penulisan yang mempunyai had dan peraturan tersendiri, Internet juga tidak boleh dibiar sepenuhnya tanpa pemantauan dan kawalan.
"Seperti Facebook dan Twitter, kita tidak boleh terima bulat-bulat aplikasinya. Lihat bagaimana kanak-kanak boleh leka dengannya sehingga lupa membantu ibu bapa, mengaji (al-Quran) dan membaca buku.
"Tanpa kawalan, tanpa tanggungjawab di atas apa yang dilakukan dalam Internet (menulis blog atau menonton pornografi), bagaimana kita mahu membina sebuah negara, sebuah tamadun yang murni," soalnya ketika ditemu ramah secara langsung melalui program Soal Jawab di TV3 malam ini.
Bagaimanapun, ada blogger (aku la!) yang menyifatkan tujuan kenyataan Rais yang menggunakan pornografi sebagai alasan itu sebenarnya mahu menyekat ancaman ke atas kepala-kepala bana Umno dan Barisan Nasional apabila tersebarluasnya kebencian rakyat terhadap mereka melalui pelbagai aplikasi seperti blog, Facebook dan Twitter (Sumber: Berita Utusan Malaysia 2/3/10 bertajuk "Penapisan Internet, media").

Cantik? Klik 

dia berani la nak tapis.. ari tu najib kata takkan ada tapisan..mamat ni nak melawan bos dia kot... kekeke
Kalau nak pupuk budaya murni bukan sokat internat jang tapi kelakuan kau orang yang macam hantu tu la yang banyak merosakan orang Melayu, anak Melayu, bangso Melayu dan apo juo yang Melayu jago terutamo Islam.Rais jangan merapik la...
Bhai...
Rais Yatim tue bercakap macam orang takder telur jer... kalu ader telur .. sure diorang akan gunakan media Internet untuk lawan balik .... hahaha... tapi memang dah sohih Rais Yatim dan kengkawan dier dalam UMNO/BN memang takder telur... hahaha.... sudah lama hilang telur diorang nieh...
Dasar dayus UMNO/BN ... hahaha
ni peluang bisnes ni untuk vendor IT..jual alat penapis kandungan kat kerajaan...sapa la yg dapat tu?..
Cuba fikir guna kepala otak bukan kepala lutut semua. Internet memang banyak kebaikan tetapi banyak juga keburukan. Yang perlu dan wajib ditapis adalah yang merosakkan moral dan budaya. Sanggup ke kita tengok anak dara sunti kita dok terbeliak mata dan 'berayiaq' tengok gambaq lucah dan porno! Tolonglah, kalau pasal berkelahi hal politik sanggup biarkan moral anak-anak dihancurkan. Fikirlah mana yg lebih penting, anak punya moral atau nak bela politik sempit hampa kononnya. Lagipun kalau gomen nak ambik peluang sekat kebebasan bersuara, hah tentanglah habis-habisan untuk itu saja, tapi untuk sekat porno perlu sokongan drp kita semua yg cintakan kemurnian moral! Pikiaqlah tuan-tuan semua cara terbaik, jaga anak supaya mempunyai moral yg baik tu adalah amanah, tapi jaga parti supaya pemimpin parti yg sama ideologi dgn kita tak mampus tu bukan amanah!
cadangan utk Rais, sebelum tapis internet, tgk lah dulu TV & Majalah yg diluluskan oleh kamu. Tgk lah artis2 kita, itu idola anak2 muda. buka sini dedah sana. terbonjol2 kat dada. kain tak berapa cukup !
buat itu dulu, then u do talking !
kenapa tak di haramkan saja penggunaan media massa.......biar kita semua balik ke zaman batu.....................
teknologi tak salah, yang salah manusia itu sendiri. Guna akal dan fikiran, walaupun tak semua orang belajar agama tinggi-tinggi tapi semua orang tahu simple basic do and dont. Pornografi tu dah lama ada, tak payah internet pun boleh tengok kalau mahu, janganlah salahkan nyamuk kelambu dibakar. Rais Yatim memang tak revelan.
kalu tak nampak perbandingan internet content dengan Tv kita ni...memang org tu butalah...seksi tak sama dengan bogel lah...belum bab sex lagi tu..
orang politik niee cakap mengenai apa apaa pon...yang dia nampak politaiik ajaa...aku ghasa laa...kalau malaikat maut mai mintakkk nyawaa ...dia akan kata nie mesti ada kaitan ngan politik niee....
dah jadi pak bonggap, apa nak buat. satu negeri dah lah bonngap sampai kering kontang walau dah lamo jadi orang besar, tapi dok tak tukar tukar lagi negeri tu. dasar orang bonnggap lah, apa nak buat.