Sedap!! Klik gambar di atas!

Anak muda anggap PAS tak relevan

Kalau tak silap, sejak 2005 lagi saya berkempen supaya orang-orang muda menjadi peneraju. Oleh kerana saya tak ingat banyak sangat contoh, saya bagi la contoh peningkatan TV3 sejak diterajui orang muda, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan. Itu ja contoh yang saya boleh ingat. Apa nak buat (saya bukan peminat TV3 terutama Buletin Utama yang saya tutup TV untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana anak-anak saya akan tutup TV tanpa tangguh jika keluar 1Puaka dalam TV).

Maksud saya, orang muda yang layak. Kalau tidak layak, tak dapek den menolong. Sebab itulah, apabila dalam tahun yang sama, seorang anak muda yang tidak layak dipilih menjadi Timbalan Presiden, saya tidak sokong fenomena karut-marut itu. This is not personal. Dia tidak ada buat salah apa pun kepada saya. Tinggal lagi, dia tak layak. Itu sahaja.

Itu hal sampingan. Balik kepada cerita orang muda. Barangkali sebab obsesi saya kepada kemampuan anak-anak muda, setiap kali selepas demonstrasi besar, contohnya demonstrasi Bersih dan anti-ISA, saya tanya sana-sini selepas berdemonstrasi berapa anggaran berapa anak muda.

Dari anggaran-anggaran yang diberikan, saya kata kepada kawan-kawan, "Ada future".

Bagaimanapun, peristiwa kebelakangan ini tidaklah menyeronokkan saya. Saya mendapat tahu ramai bekas pelajar yang di zaman universiti mereka terlibat dan ditarbiyyahkan oleh PAS, tetapi apabila keluar universiti mereka aktif dalam PKR.

Nasib baik PKR. Kalau mereka terjun dalam lubuk 1Puaka, lingkup punah ranah Melayu dan Islam.

Saya berpeluang menyelami isi hati mereka. Pelbagai alasan mereka berikan. Ada yang mendakwa PAS tak lagi relevan dengan mereka. Ada yang tuduh PAS mesra Umno. Malah, ada yang tuduh "Pemuda PAS (Pusat) is a bunch of stupids", kecuali dua tiga orang exconya (ayat kecuali dua tiga orang saya tambah sendiri). Oleh kerana saya tahu ayat "Pemuda PAS is a bunch of stupids" amat menyakitkan hati, boleh tuduh saya yang mereka-reka ayat tersebut. Kalaupun saya yang mereka-reka ayat tersebut, kita ada Allah s.w.t.

Yang Maha Menyaksikan akan memberitahu semua yang tidak puas hati di Akhirat nanti sama ada saya yang mereka-reka ayat tersebut atau tidak.

Kepada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan, setelah puas memaki hamun saya, diharap sama-sama dapat berusaha untuk menjadikan PAS lebih relevan dengan aspirasi anak muda. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai sense of belonging kepada Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS.

Saya tulis apa yang saya tulis di atas setelah terbaca coretan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah di laman Facebooknya:
Barangkali sudah tiba waktunya kebangkitan Kaum Muda berfikiran baru menguruskan ekoposial negara ini, kerana peristiwa di Parlimen sehari dua ini menggambarkan kegagalan pengurusan masadepan - ini bukan zaman Penglipur Lara dan Tok Dalang.
* Nota: Hampa tau ka apa menatang ekoposial tu? Ekonomi, politik dan sosial la!!

Menarik:
Konspirator di belakang blog anti-Husam (Abdul Rahman Abdul Talib 22/3/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Memang pun tak minat dengan PAS. Dulu zaman Ustaz Fadhil memang kami berkobar-kobar sokong PAS. Tapi sejak TGHH ambil alih kami rasa dia tu lembab sangat. Bukan saja pergerakannya lembab tapi pemikirannya juga lembab.

    Biasalah darah muda. Orang muda mana nak yang lembab-lembab macam tu. Maaflah PAS, kami orang muda tak berapa berkenan dengan kelembaban pemimpin yang sedia ada. Kalau anda semua nak walak, walaklah ikut suka anda. Kami peduli apa. Itu hak demokrasi kamu semua.

  2. ahli parlimen pas byk sgt yg tua2 banding dgn pkr dan dap.. bukan menidakkan keupayaan mereka.. tapi org muda lebih kenal pemimpin pemuda/i pkr dan dap dr pas.. bila ada majlis org muda... kena pggil izzah, elizabert wong, teo nie ching,nik nazmi

    sdgkan org muda nak pemimpin yg aggresif..

  3. way to go, Pak Bakaq~...hail to Gen Muda.

  4. setuju... pemuda PAS yang ada hari ini hilang daya penarik. bkn la nak menghina tapi itulah realitinya. dari segi penampilan dan hujah yang menampakkan kurang berkarisma utk menarik org muda.. tapi adakah mereka mahu menerima kenyataan ini???ntah la

  5. ... pehh, dashyat Bakaq - hang tibai kiri kanan, ye ler hang dok berasa hang tak dak hutang dengan orang lain jadi suka-suka hang nak tibai sapa pun.
    Tapi ingat Bakaq - hang tu manusia, kencing berak juga.
    Cuma aku tengok apa yang hang dok cerita - cerita basi. Macam hang jugak.
    Pasai apa hang tak cerita kawan & "naqib kedai mamak" hang si Mat Sabu tu dah terlebih-lebih angkat Lim Guan Eng sampai banding dengan Khalifah Umar Abd Aziz?
    Pernah si Mat Sabu buat banding yang sama dengan pimpinan Islam lain termasuk TG Nik Aziz? Ni lah mudah benar terkesima & terdodoi. Pasai tu kena kelentong dengan Husam masa tanding Timbalan Presdien itu hari. Punya ramai orang nasihat tak perlu tanding TP tapi semua tak dengar - pasai geng-geng keliling (termasuk hang Bakaq kot?) pun sama-sama nak tumpang sekaki - Jelas semua tak layak!

  6. Betul... sy pun tidak betah sgt nak sokong PAS, walaupun kira hardcore gak menyokong PR. Pada saya, klik2 tua yang gilakan sgt kerajaan perpaduan ngan UMNO tu (e.g Nasaruddin Isa yg org Bachok pun kata payah nk jumpa sejak dd MP Bachok, Harun Din, Abu Bakar Chik yg emosional tu dll)kena dilupus lebih dahulu.. barulah sokongan kami kepada PAS akan membuak kembali...
    Hujahnya mudah je - apa beza saya ngundi PAS atu BN, jika org PAS pun sibuk nak berpadu ngan BN? Undi sy tu ibarat undi BN gak... baik sy undi DAP!
    Nasib baik masih ada Tok Guru MB Kelantan...

  7. isu ni isu besaqq... dah lama dah jadi duri

    saya setuju sangat dengan tuan, kecuali dua tiga kerat
    yg lain tu semua bunch of stupids... hasilnya jelas hari ni!

    sbb anak muda yg pandai dan elok dah menjauh dari pas maka
    masa depan pas saya rasa dah dekat sangat pd endingnyo..

  8. Mmg benar, inilah yang sebenarnya terjadi...

  9. Dalam PAS tak ada kebebasan dan suara baru, semua disekat @ di atas kongkongan AGAMA sedangkan islam tak sperti itu sebenarnya, orang2 tua dalam PAS jumud , tak boleh terima pembaharuan , walau pas tapi fikrah yg lemah, idea yang mandul, dan darah melayu adalah faktor hilangnya islam dalam ORANG TUA PAS , seorang penyokong, ahli pas , dan antara penyumbang besar dalam setiap pilihanraya pas pun cadangkan saya ke PKR untuk kebebasan idea dan kepimpinan. semoga PAS berubah!!!

  10. Salam....

    Jangankan muda... Aku yang dah hampir setengah abad pun dah muak dengan gelagat PAS.

  11. setuju dengan pak bakaq.

    suami saya aktivis sejak muda. sekarang ada jawatan sikit la di peringkat kawasan. saya sendiri tidak berminat untuk menjadi ahli walaupun menyokong. kadang2 kesian pada suami yang bertungkus lumus. ada sekali dia sangat bengang dengan pelapis2 PAS (Dewan PEMUDAnya!) yang tidak aktif, tak reti buat keje dan suka sambil lewa dalam bekerja. sampaikan aktiviti2 pemuda pun tak mampu untuk dibuat. ada juga membantu menaipkan minit mesyuarat bila suami tidak menang tangan dengan kerja serta program. laporan dari Pemuda sangat menyedihkan. hanya satu, dua aktiviti sahaja yang mampu dibuat dalam 3,4 bulan. bila saya tanyakan pada suami .. takan ini je aktiviti Pemuda .. suami akan kata .. 'biasalah .. Pemuda.'

    namun, alhamdulillah dewan muslimatnya sangat aktif dan penuh idea untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

    jadi tidak hairan ramai anak muda sudah menganggap PAS tidak relevan ... Pemuda PAS sendiri yang menjadikan diri mereka tidak relevan. kalau dalam peringkat kawasan/cawangan sendiri ada masalah sikap ... Pemuda PAS pusat apatah lagi. Jenuh la 2,3 exco yang ok tu nak cover yang tak ok ni.

    kalau perkara begini tidak diambil berat oleh pimpinan PAS Pusat ... faham2 sahaja la apa akan jadi ...

  12. Memang langsung tak relevan. Cuba tgk ketua dia masuk ke laut pakai kain pelikat. Ada ke patut. Kalau dah tau nak mengail ikan pakailah seluar pjg. Masuk laut pakai kain pelikat kalau kain tu kembang dalam air mcm mana? Tak ke malu? Ikan pun malu nak dekat. Nasib baik tak pakai serban terjun laut.

    Apa2 pun hatiku masih bersama pas dgn syarat pas mesti berubah. Berikan kepada ketua yang lebih relevan untuk memimpin jamaah yang semakin hari makin mencabar.

    Berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang.

  13. Pak Bakaq. PAS dah jadi satu parti politik yang tak berprinsip lagi. berbeza dengan ketua kepimpinan terdahulu yang berani kerna benar, dan malam tetap gelap. kepimpinan PAS hari ini gagal memantapkan prinsip malam tetap gelap, malah sanggup menjahilkan kebenaran malam tetap malam, hanya sinaran lampu letrik saja yang menerang sekelilingnya sesuai untuk bersekedudukan tanpa mahzab, ala toyol dan setan. parti yang tiada prinsip akan hilang di mukabumi sebab tak mampu menegangkan kudratnye, bagai Makkal Sakhti dan Kari Kepala Ikan.

  14. Nizam (no 12)

    Turun ke laut nak selamatkan orang lemas tak kira pakai kain atau pakai seluar. Nak nanti pakai seluar dulu, mati lemas la pulak kawan tu!

  15. aku pun setuju, aku sejak daripada universiti memang aktif dengan gerakan mahasiswa Islam, beberapa kali aku diajak masuk PAS, tapi bila aku terbayangkan wajah Haji Hadi, Mustafa Ali, Harun Taib, .. Nasarudin Tantawi??

    waduh.. lupakan, aku lebih rela berketuakan Khairy berbanding Nasarudin Tantawi.. aku pun tak tahu kepada, dulu aku minat Dewan Pemuda PAS ketika dipimpin oleh Salahuddin Ayub, tapi sekarang Pemuda PAS, sungguh hampeh! sori to say..

    Tapi memandangkan aku anti-UMNO, so aku terpaksala pilih PKR.. cuma aku tak daftar ahli je..hik3x...

  16. Saya rasa tua atau muda bukan isu besar. Walaupun pemimpin itu tua tapi berkarisma, berfikiran pantas serta mempunyai daya intelektual yang tinggi saya kira sudah mencukupi untuk memacu ummah ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Saya ambil contoh (termasuk pemimpin zalim) seperti Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka ini semua bukannya muda tetapi idea serta karisma mereka jauh lebih terkedepan. Ada juga yang muda tapi lembab, walak tak tentu pasal. Itu dah jadi lumrah. Bukan semua manusia Allah jadikan sama.

    Cuma, kepada pemimpin yang lembab tu, sedar-sedar dirilah. Berilah jalan kepada pemimpin yang lebih berwibawa. Bukan senang nak ubah minda rakyat yang dah lama dibelengu oleh pemikirann cara umno. Ambil contoh Turki, memang sukar nak ubah cara pemikiran sekular dengan cara paksa. Begitu juga di Malaysia, kita tak boleh gunakan cara paksa. Gunakan pendekatan memujuk. Itulah cara berdakwah. Jika kita paksa rakyat walak, walak, walak, maka cara tersebut lebih kurang sama dengan umno supaya rakyat walak pada pemimpin. Jika tidak tindakan akan diambil. Cuma bezanya umno tak guna perkataan walak. Itu saja.

  17. pas masih relevan
    tapi macam umno le
    ahh orang melayu .......
    aku dan hang pak bakaq orang melayu - hampeh juga la
    guan eng tu cina - mat sabu takat jadi pengulas je
    pkr tu multi racial tapi kemelayuan melayu pun
    kadang-kadang serupa umno
    adakah pak bakaq nak kata jadi melayu ni tak relevan
    sbb akan jadi hampeh mcm umno , sebahagian hampeh pas @ pkr
    melayu tak nak tunjukkan atau jadikan dirinya sesuatu yg kita
    dpt bangga ....
    khabarnya bila guan eng tanya cikgu azmi -
    cerita sikit dengan mendalam skit sapa dia umar abd aziz
    kantoi cikgu azmi tak leh cerita
    so aku nak tulis buku umar bin abd aziz
    dan dedicated to lim guan eng
    aii ... apa sudah jadi aku ni kalau aku berjaya tulis buku tu
    aku dedicated pada orang cina ....
    mana pemimpin melayu dan islam aku ??? hahaha
    tapi aku nanti hanya pengulas macam mat sabu
    tapi cina lim guan eng juga pelaksananya ??? hahaha
    hampehkan melayu semua la pak bakaq - bukan takat pemuda pas je ..
    tapi melayu masih diperkosa perkasa - apa cerita
    serupa tu je nanti kita ni ha ..........

  18. relevan atau tidak yang penting bertindak mengikut lunas yang betul dan amalan yang menjadi contoh. saya orang muda . tapi menghormati orang lama yang lebih tua menjadi satu prinsip hidup saya selagi tidak melanggar batas susila . pemimpin yang sentiasa merendah diri dan berserah kepada Allah pilihan saya tidak kira tua atau muda.

  19. jangan salahkan pemimpin dalam keadaan anda tidak memberi sumbangan dalam pimpinannya. bosan la dengan salah-menyalah ni. tanya dulu apa sumbangan kita sebelum sibuk nak cari apa salahnya orang.

    pemimpin yang baik datangnya dari komitmen orang yang dipimpinnya..tak guna ada pemimpin yang hebat, tapi orang yang dipimpinnya futur dalam berjuang.

  20. Muktamad! Parti yang lebih tunduk kepada Allah SWT wajib tetap disokong walaupun dihukum pancung! At the moment... wajib sokomg PAS! Tak caya? Cubalah mati kejap!!

  21. macamana org muda nak sokong pas kalo pemimpin pas ramai (bukan semua) yg berfikirkan terkebelakang???

    minta maaf cakap la, presiden pas sendiri pn ada ciri2 mcm bekas pm kita yg kuat tido dulu.... banyak mendiamkan diri dari memberi penjelasan dalam semua hal2 dan isu2. Kena tunggu 4-5 minggu baru nak ulas hal2 dan isu2 yg telah pun menjadi 'basi'.

    ayoooooooo plz laaaa aktif sikit macam TGNA yg boleh beri komen sepantas kilat pada setiap hal2 dan isu2 yg timbul!!!

    Respect la TGNA!!!! ada khelasssss

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008