Sedap!! Klik gambar di atas!

Yang lain tu dia (Abdul Hadi) punya pasal - Mursyidul Am

Apabila membaca kenyataan Presiden PAS dalam berita Harakah Daily hari ini bertajuk "Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS," dia tak ada pula hentam Umno, tibai hakim atau maki sana-sini.

Tetapi kenyataan seperti itulah yang kita expect dari seorang pemimpin kepada partinya (saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS). Kita tak pula gila nak suruh dia bubuh lima hakim tu cukup-cukup serta menuduh hakim-hakim itu adalah hakim-hakim kangaroo court, maki raja puas-puas serta menuduh raja-raja sebenarnya raja-raja Umno dan bukan raja-raja Melayu serta melaknatkan Umno.

Kita tak gila nak suruh pemimpin PAS buat lagu tu.

Hanya kenyataan seperti itu sahaja yang kita harapkan dan bukan kenyataan seperti yang dilaporkan berita Bernama semalam bertajuk "MB Kedah minta semua pihak terima keputusan kekal Zambry sebagai MB".

Mengapa Ustaz Azizan Abdul Razak tidak dilihat menerima Haji Nan Ayam dengan hati terbuka misalnya?

Mengenai Presiden PAS pula, saya masih lagi terbuku di hati apabila membaca berita Sinar Harian hari ini seperti di bawah:
Hasrat perbincangan PAS-Umno mula kabur

KOTA BHARU - Masyarakat Islam yang mahu dua parti terbesar negara, PAS dan Umno duduk berbincang mengenai agama seperti dicadangkan sebelum ini mungkin boleh melupakan impian itu apabila perkembangan terbaru menyaksikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bercanggah pendapat.

Terbaru, Nik Abdul Aziz, semalam, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya hanya duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan soal berkaitan dengan agama sahaja tanpa melibatkan isu lain.

Pendiriannya itu sebagai reaksi kepada kenyataan Abdul Hadi yang dua hari lepas berkata perbincangan itu boleh meliputi isu berkaitan politik, agama, ekonomi dan keselamatan negara.

Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan beliau jelas dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan Abdul Hadi.

“Saya tidak mahu campur urusan orang lain, saya hanya nak perbetulkan kenyataan saya sahaja. Yang lain tu dia (Abdul Hadi) punya pasal,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Abdul Hadi sebenarnya senada dengannya namun ia mungkin diputar belit oleh wartawan.

“Mungkin kenyataan ambo (Nik Abdul Aziz) dengan dia sama, cuma wartawan buat kacau,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dan berbincang dengan Umno dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, polisi kerjasama antara PAS dan Umno sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincangkan atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

Katanya, kerjasama di dalam politik adalah amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana PAS boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.

“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi PAS,” katanya.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.

“Dalam perkara yang kita boleh bersama seperti isu berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan negara, kita akan bersama kerajaan. Dan sekiranya berlaku perkara yang kita tidak boleh bersama seperti isu royalti minyak, kita akan menegur kerajaan namun kita bersabar,” katanya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz menyempurnakan Majlis Penyampaian Kunci Rumah Dhuafat kepada dua penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dekat Kampung Taman Buaya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kenapa Nik Aziz setuju bincang atau muzakarah ttg isu berkaitan agama sahaja dgn Umno?
    Berdasarkan kenyataan tempoh hari nik Aziz kata untuk mencari dan berbincang sebab permusuhan selama 50 tahun pas dan umno berseteru.
    Seolah-olah pas umno selama ini hanya berseteru isu2 agama sahaja...sebab itu isu itu sahaja yang boleh dibincang kan..manakala isu lain adalah haram.
    sedangkan perjuangan pas dan perseteruannya dgn umno lebih luas, pas beseteru dgn umno pasal ekonomi, pasal keadilan sosial, pasal agihan hsil sumber negara, pasal undang2 dan banyak lagi.
    Jadi kalau isu yg Nik aziz sbut berkaitan agama yg menjadi perbalahan antara pas dan umno selama ini boleh dimuzakarahkan..mengapa isu lain yg juga menjadi perseteruan pas dan umno haram di muzakarahkan?

  2. selayaknya TGNA berkata demikian supaya ada nampak jelas perbezaan antara duduk berbincang soal agama sahaja dengan anak penjajah.
    ini bukan lanjutan episod UG atau pertemuang dalam gelap.
    biar ahli dan penyokong Pas serta rakyat marhaen nampak inilah waktunya
    untuk memberi peringatan terakhir kepada anak penjajah,sebelum PRU13 menjelang.
    Man Nawa..pak bakaq tolong ulas sikit lagi

  3. PAS..hidung tak mancung pipi tersorong sorong..

  4. talian hayat untuk gang ganu kite nak jadi pemerentah la tu,cara lain dah tak ada dah,hehehe.Selagi pemimpin2 macam hj hadi,stopa,harun taib,bakar chik,ya ali,dalam saf Pas ganu bye bye ajalah pak bakaq,cuma yang hipokrit aja yang kata pas boleh menang di ganu tuh,maaf lah secara jujur mereka2 ini harus berundur untuk selamatkan pas ganu dan PAS MALAYSIA juga.Kesian kat hj hadi tu idea dah macam pejuang melayu pulak dah,dok kampung ngajar ngaji dah lah,

  5. Kalu lanun nak bertaubat aku sanggup pergi mana saja untuk berdakwah. Tapi kalau nak masuk dan duduk sama dalam kapal walaupun tak ikut melanun aku memang tak hingin. Apatah lagi jadi tukang masak walaupun gaji seribu. Lanun tetap lanun.

    Ada faham?

  6. Siapa dan mengape pule dengan Hj Nan Ayam tu?

    Tolonglah abang becak cerita sedikit....

  7. woi geng ganung... nak memerintah kalu... bagi menang pru laaa... ni pru kalah... tapi gila nak kuasa.. cheh... cak ayang pok mung!!!

  8. Hj. Nan Ayam dah lama bebas..dah ada jawatan sekarang..

  9. Aku nampak satu je... pemilik blog ni seorang syiah yang cuba memecah belah PAS dari luar

  10. security... oh... patut lah kot tak nampak yang nak pecahbelahkan pas dari dalam... asek tengok yang kat luar saja... kehkehkeh...

  11. Nik aziz kata agama dan politik x boleh pisah... so nak bincang agama saja dgn umno...hahah termasuk politik la tu...pening la aku...apa ni??? sebaiknya jangan bincang langsung dgn puak quraish....hahah

    ~tukaq tayar~

  12. TGNA tegas - dia nak bercakap dengan UMNO hanya mengenai Islam.Kalau ada akhbar-akhbar nak putar-belit kenyataannya tempuh hari,sekarang dia perbetulkan dan ulang apa yang dia betul-betul cakap.TGHA pula agak lain sikit - siang malam asyik berfikir tentang UG.Menunggu dan menanti "peluang" untuk menyelitkan agendanya.Dia sendiri(sudah 2 kali) "menutup buku" tentang UG malangnya yang ditutup hanyalah buku tapi otak,hasrat dan keinginannya terhadap UG masih hidup dan terus membara.
    Kita tidak heiran blogger seperti Aduka Taruna melancarkan kempen "Langgar Hadi"munkin kerana dari bacaan Aduka Taruna Presiden PAS ni wajar ditukar dan digantikan.

  13. bila ada kepentingan islam , politik , ekonomi , bla..bla.. terpisah la pulak...

    ngacau-ngacau

  14. Fatwa mengenai umno sudah tak relevan ke wahai Dato' Seri
    Presiden Pas..
    UG tak bisa dilupakan begitu saja.
    Nasha nak bertanding dimana pula PRU 13 nanti.
    nawaludin

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008