Sedap!! Klik gambar di atas!

Wow! Teoh Beng Hock tak dibunuh!

Pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand kata, lebam di leher Teoh Beng Hock adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor pula kata, kesan kecederaan pada bahagian punggung dan dubur mangsa disebabkan terjatuh dari tempat tinggi (lihat berita Malaysiakini semalam "'Tiada bukti Teoh dicekik atau ditembus'" dan berita Malay Mail semalam "Teoh Beng Hock wasn't murdered, says pathologist" - kebetulan saya kutip senaskah akhbar tersebut yang berlambak-lambak di sebuah stesen minyak menjelang tengah malam tadi. Akhbar tersebut diberi percuma kini. Heran, orang bagi free pun tak nak).

Teoh dijumpai mati terbunuh di perkarangan pejabat SPRM Selangor Julai tahun lalu.

Oleh kerana terdapat dua kenyataan bercanggah, mana satu yang betul. Mesti ada yang betul dan ada yang tidak betul. Mesti ada pengamatan yang tepat dan salah.

Kalau tersalah pengamatan, ia kesilapan. Tetapi kalau keterangan tidak benar, ia bermakna berbohong dalam mahkamah.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Saya tidak sampai hati menuduh mana-mana pihak berbohong, lebih-lebih lagi Dr Shahidan. Sebagai orang Islam, tentulah beliau lebih dari arif tentang balasan Allah s.w.t. jika beliau berbohong. Takkan beliau berani sangat sehingga sanggup melakukan pembohongan yang Allah larang!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. demi bangsa MELAYU kite boleh berbohong tuan... itulah didikan sekular...

  2. Kalau boleh tukar buntut antara keduanya - Saiful dan mendiang Teoh Beng Hock tentu Malaysia lebih glamor!

  3. adakah bunyi semacam dialog dalam kisah nabi Allah Ibrahim ngan bapanya tentang satu patung merosakkan patung yang lain....

  4. Pak bakaq, hang ni ada akai ke tidak.. keputusan samada budak itu dibunuh ataupun tidak, belum lagi diputuskan oleh koroner dan hanya koroner sahaja kelak yang akan membuat keputusan.

    Mana mana pihak lain sebagai saksi dalam kes ini hanya memnjawab saolan yang dikemukakan dan nyata mereka juga tertakluk kepada tidak menjatuhkan hukum atau membuat keputusan.

    Pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand @ Penari Bogel Thailand dan Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor sekadar membuaat kesimpulan hasil analisa mayat. Terdapat perbezaan dan itu akan diputuskan oleh mahkamah. Pornthip dibayar khas oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membuat 'analisa' dan Dr Shahidan adalah kerja routinnya sebagai penjawab awam. Kalau sudah dibayar khas, faham faham sahajalah di mana ia akan mencodong.

    Kita hanya boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan kredibiliti mereka. Lazimnya Nik Aziz lebih rela memeluk Lim Kit Siang dari memeluk Najib dan berdasarkan 'prinsip agung' itu tentulah Nik Aziz suka bangat memeluk Porn dari Najib.


    http://theunspinners.blogspot.com/2010/02/neews-kelentung-dap-melalui-dr-porntip.html

  5. sahidan mungkin pikir dia tipu pun takpe.... sebab demi melayu dan yang mati tu pun bukan melayu pun..........

  6. kalau betul dia berbohong terimala balasan Allah

  7. salam pak bakaq,
    sebenarnya kluangman ni berakal, waras dan mampu menilai peristiwa. cuma adakalanya mereka tergelincir dari landasan. ada orang dia mengaku islam - tapi solat, puasa, haji, dsb entah ke mana. jauh sekalilah pula pentadbiran dan siasah islam.
    lebih baik berkawan dengan ah chong yang minat tentang islam dan mempunyai ciri-ciri ketua ke arah itu berbanding dengan ahmad yang kaki minum, pembunuh, perogol, sapu duit rakyat dsb serta tidak minat dengan siasah islam.
    53 tahun memerintah malaysia, islam dan melayu bukan sahaja belum nampak jalan tetapi tanda arahnya juga tidak kelihatan...nak ke mana?

  8. wowwwwww.... nampak gayanyer melayu buleh! yang dah mati tu matilah dan yang belum mati tu, bulehlah melayu pakai keta mercedes E-Class baru RM370K dan duduk kat bungalow taman tun. bukan senang makan gaji buta gomen nih, lebih lebih lagi kat hospital nun kat hulu kuala lumpur.

  9. Sebenarnya, mereka berdua tu (Dr Shahidan dan Dr Pornthip) pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Apa jua kesimpulan yang mereka buat adalah berdasarkan observation dari segi saintifik.

    Buat masa sekarang, itu saja pilihan terbaik yg kita ada.

    Kalau kita ambil kira hujah Saintifik Dr Pornthip bahawa lebam di leher adalah disebabkan Teoh di cekik contohnya, Dr Shahidan dah terangkan bahawa kalau mangsa dicekik, kesan lebam takkan sekata kerana kekuatan setiap jari adalah berbeza. Terpulanglah korang rasa nak percaya yang mana tapi harus diingat, semua pakar dalam dunia tengah tengok hujah ni dan mereka boleh saja sangkal kalau pendapat Dr Shahidan salah.

    Satu lagi hujah Dr Pornthip adalah luka yang teruk di dubur. Pada pendapat beliau, ini berlaku sebelum Teoh jatuh dan mungkin satu bukti penderaan. Pendapat ini juga di telah diterangkan oleh Dr Shahidan iaitu kecederaan itu terlalu teruk. Dia lebih percaya bahawa itu merupakan kesan dari tempat jatuh yang tinggi bukannya penderaan.

    Orang bodoh akan cakap, apa pulak jatuh tempat tinggi pun boleh luka dubur? Jawapan aku, cuba korang terjun kalau nak tahu hehe (Jawapan kena sama bodoh dengan tanya la).

    Jawapan sebenar dah Dr Shahidan jawab dah kat atas tu.

    Saja nak share- dulu aku ingat orang yang terjun dari jambatan tinggi ke dalam air tu mati sebab lemas semata-mata. Tapi, rupanya masa mereka jatuh ke atas air, tulang-tulang mereka patah sebab hentakan yang begitu kuat (Tak sangka air pun begitu keras?). Lemas tu adalah sebab kedua lepas tulang-tulang mereka patah.

    p/s: Tapi, secara peribadinya aku rasa pendapat Dr Shahidan adalah pendapat saintifik dari keadaan mayat semata-mata. Masih ada ruang untuk kita cari bukti lain dari inkues tu.

    Tapi, kalau hangpa nak ikut Pak Bakar yang berdebat guna persepsi, lantak hangpa la. Kalau persepsi kata Dr Shahidan ni talibarut SPRM/UMNO maka pendapat dia langsung tak boleh nak ambil, terpulanglah.

    Macam korang kata, Dr Shahidan dah cuba terangkan secara mudah dan berdasarkan pengalaman. Selebihnya hanya Allah yang tahu la.

    -Malaymind-

  10. Apa-apa pun bagi lah peluang kesemua pakar dlm dan luar negara bagi keterangan masing-masing.

    Dah taksub sgt dgn pendangan sendiri ...tu la pasal.

    makin lama makin jumud melayu Msial ni.

  11. Penarik beca sekadar melaporkan berita Teoh kau (Kluangman 7:32:00 AM) kata "..hang ni ada akai ke tidak.." Agak kau saja yang ada akai..?

    Aku amat bersetuju dengan kau ......"Pornthip dibayar khas oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membuat 'analisa' dan Dr Shahidan adalah kerja routinnya sebagai penjawab awam. Kalau sudah dibayar khas, faham faham sahajalah di mana ia akan mencodong...."

    Tapi ada satu persoalan untuk kau Kluangman... Kalau Pornthip dibayar khas oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membuat 'analisa'.. faham faham sahajalah di mana ia akan mencodong...."

    Bagaimana pula Dr Shahidan kerja routinnya sebagai penjawab awam yang diberi gaji oleh kerajaan UMNO... Dr. ini akan condong kat mana pulak...? Apakah dia akan tegak seperti dacing Barisan Nasional... atau dia akan dibuang kerja kalau bercakap benar...?

    Aku percaya kau memang hebat sama tarafnya dengan PM malaysia... "cakap tak serupa bikin.."

  12. Al Khomeini,

    Ah Chong mana yang kau cakap minat dengan Islam ni? Aku rasa, rakan karib kau, letak kata nak tubuh negara Islam pun dia marah?

    -Malaymind-

  13. Berita ada beribu-ribu setiap saat.

    Kalau nak siar semua memang tak mampu.

    Gunalah akal utk memilih yg mana perlu dan apa niatnya.

    Lembu pun ada otak.

  14. ramai betul pencacai umno, jijik dan mejijikkan... kalau dah pekat dgn rasuah, kejahatan dan kebobrokan, bangkai busuk tutup dgn kain pon boleh nampak nangka ish ish ish, ego tinggi takdak akai, ni kalau zaman nabi Noh memang berkeras taknak masuk kapal

  15. Islam dan beriman seseorang itu atas taqwanya. Sebagai manusia, ada sesiapa ke yang di sini boleh mengukur ketawqaan seseorang. Solat dan sebagainya belum cukup memenuhi kategori taqwa kerana 'penilaian' itu tersembunyi dan cukup Allah sahaja yang tahu.

    Tetapi di sini ramai sangat yang cukup jijik terhadap suadara seugamanya sekadar kerana seseorang itu (atas persepsinya) kaki minum, perogol atau sebagainya - nilaian mata kasar dan persepsinya semata mata tetapi secara megah pula sanggup sehati dan sejiwa dengan si kafir, yang sudah tentu tidak menerima Allah kita sebagai Tuhan mereka. Inilah bibit bibit hebat penyokong dan ahli PAS akhir zaman ini.

  16. Al Komanni, pasai rakan Ah Chong hang minat Islamla.. MB Kedah tersentap teloq nak tutup kedai judi. Pasai Ah Chong hang minat Islamla.. MB Kedah habaq Kelantan lain, Kedah lain. Pasai tu jugak, PAS declare bilamasa depa habaq depa nak buat hudud..
    Yang duk riuh perasan..hangpa la jugak.. Dulu mengata kat orang, cukup tera.. Bila dah kuasa, habih terhebang prinsip yg duk ada..
    Pasai tu jugak, MB Kedah lani duk senyap bisu.. Komen apa kesatu serupa kera kena tengalong dgn ketui batu..
    Dia kata kat orang, cukup sedap.. Bila orang pi tegoq dia, sawan laju saja naik kat kepala...
    Hgpa duk riuh org lompat parti tak dak maruah..tapi hgpa tak amik kisah undi org kat hgpa jgak adalah amanah.. Hgpa bela sakan musuh-musuh hgpa kunonnya atas sifat setiakawan, tapi hgpa peleceh sendiri rakan-rakan hgpa yg ikhlas nak pebetui keadaan.. Yang hgpa duk mau, orang kipas hgpa.. But*h hgpa..

  17. Tuan Penarik Beca,

    Tuan tidak cerita habis tentang Dr Shahidan:-

    "Dr Shahidan told the inquest that he had been reluctant to conduct the post-mortem on Teoh’s remains.

    He added that one Tricia Yeoh from Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s office had called and requested him to conduct the second post-mortem followed by a similar request from Teoh’s family lawyer Gobind Singh Deo the following day."


    Bererti, perlantikan Dr Shahidan untuk melakukan inkues ke-2 ini adalah atas desakan pihak2 PKR dan DAP sendiri, maka tidaklah sesiapa pun boleh mempertikaikan bahawa Kerajaan atau SPRM melakukan apa2 konspirasi seperti sering diwar2kan oleh mereka.

  18. Anon 12:47 kata:

    Bagaimana pula Dr Shahidan kerja routinnya sebagai penjawab awam yang diberi gaji oleh kerajaan UMNO... Dr. ini akan condong kat mana pulak...? Apakah dia akan tegak seperti dacing Barisan Nasional... atau dia akan dibuang kerja kalau bercakap benar...?


    Aku ada satu persoalan untuk si Anon ini:

    Dr Shahidan telah dilantik oleh pihak Mahkamah untuk melakukan inkues ke-2 atas permintaan oleh Tricia Yeoh dari Pejabat Menteri Besar Selangor dan Peguam Keluarga Teoh iaitu Gobind Singh Deo sendiri. Sekarang kau boleh percaya ke bahawa Dr Shahidan tidak berbohong?

    Aku ingat kau tetap percaya Dr Porntip juga, kerana rambutnya berwarna-warni.

  19. Kluangman n Malaymind...
    Dengar sini ...1...2...3...


    POH RAHHHHHHH......

  20. pacat cakap....

    lepas nie jumpa mayat cepat2 panggil pakar luar negara selengara n siasat!!! pakar2 malaysia tak leh pakai..... buang duit mak bapak g ngatar blajo ....

  21. malaymind, apa nak heran Ah Chong tak kasi buat negara Islam, yang mengaku Islam, mak bapak Islam, beranak-beranak Islam, yang pergi masjid sembahyang raya, pun tak nak buat negara Islam. Takut huru-hara. Banyak pulak pengikut tu. Ni aku rasa paling heran.

  22. Kawan-kawan ...
    Jangan gaduh, jangan sangka yang bukan-bukan, jangan tak yakin kepada siasatan yang dibuat, jangan pecaya kepada pakar asing yang berniat jahat, jangan meragui sistem yang kita miliki dan jangan.... jangan ...
    Teoh Beng Hock mati bunuh diri .... dia sengaja terjun melalui tingkat bangunan SPRM, dia terjun sambil terbang, tiada seorang pun yang melihat dia terjun, segala kecederaan yang terdapat pada tubuhnya dia sendiri yang buat (seperti anwar tumbuk matanya sendiri)...
    Persoalannya kenapa? ... kerana, sejak kecil lagi beliau berminat nak jadi spiderMan. Namun beliau bernasib malang kerana getah laba-labanya kurang melekat.

  23. Anon 1:09 - Kalau macam tu teori kau, baik kau gi cerita kat budak2 tadika sudahlah, mana tahu ada budak2 yang leh caya. Kau ni buat malu pakatan aje. Berambus le kau masuk dap ke, amno ke. bangang betul!!!

  24. Anom 1.09, betui yang hang cakap, depa saja yang betui, benda - benda macam ini pun mereka nak politik kan. Cerita sebenarnya rasuah, kiri kanan mereka makan. Buat duk tunjuk muka baik je tapi siang malam pikir macam mana nak kaut duit rakyat.

  25. kluangman , malaymind dan semua malay yang mangkok mind ,
    minta maaf ..... pendapat yang hampa suka pakai spt -
    nik aziz lebih rela peluk lim kit siang drpd najib .....
    sudah tidak dapat dipakai lagi , dulu-dulu boleh ...
    takkan yang tu hampa tak nampak lagi , 'tenging' spesis apa hampa ni ?
    hampa tau tak budak sekolah menengah pun muntah dengor nama najib ....

  26. apapun moga Allah tunjukkn kebenaran. siapa yg betul dan siapa yg salah. yg salah mungking terlepas di dunia, tp balasan di alam kubur,alam mashyar, alam akhirat tetap ade. tapi..apa yg aku cakap ni org da tk amik port da, sbb diorg jarang2 ingat ttg alam2 ni semua.tp kita akan tetap bertemu dgn janji Allah ini

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008