Berikut ialah email dari seorang pembaca blog ini yang saya siarkan tapa edit sikit pun:
Assalammualaikumwbt Dear Pak Bakaq,
1.Pagi ni tertera disurat khabar NST bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darulaman akan membuat rombakan barisan exconya.Reshuffling exco ni ada bagusnya sebab ia menyebabkan everybody on their toes.Dalam budaya korporat ni reshuffling of management memyebabkan setiap ahli pengurusan mesti pulun untuk mencapai KPI masing-masing.Kalau terdapat kegagalan kerap juga pengurus dibuang atau ditukar perkhidmatan kejawatan atau tempat yang lain.
2.Rombakan exco juga boleh dimenafaatkan dengan membuang yang tidak cekap bekerja atau yang malas bekerja atau yang dok pulon untuk diri sendiri serta keluarga.Biarlah mereka ni diberhentikan sebagai amaran bahawa Exco Kedah means business !
3.Exco atau MB juga wajar digugurkan andaikata mereka telah membuat kesilapan yang besar dan serious dalam menguruskan negeri.Pengurusan negeri termasuklah pengurusan kewangan negeri,yakni duit rakyat Kedah la. Kalau ada sesiapa yang membuat kesilapan menguruskan wang rakyat ,patut mereka digugurkan atau yang lebih mulia mereka mengundurkan diri.
4.Berdasarkan kepada Faktor 3 diatas ,saya ada terdengar berita akan pelaburan syarikat Kerajaan Negeri Kedah sebanyak lebih kurang RM 4 juta lebih di Papua New Guinea. Katanya pelaburan tersebut dah hangus. Kalau benar sedihlah khabar berita ini.Who in their right state of mind want to invest of all places in PNG ?! Siapa yang bertanggong jawab disini ? Mengikut pengalaman saya, any investment overseas must get the approval of the CEO of the state, which in this case the MB.Did he approved this ? Was he conned to approve this ? Whatever it is, if it is true that such dubious investment was made, the chap who approved it or consented to it must take the resposibility. Then, barulah ada accountability. To take responsibility and be accountable to it and to leave with dignity voluntarily is ISLAM in practice.....
Thank you.










Cantik? Klik 






Bakaq, asai ada email/sms yg kutuk & hentam pemimpin PAS, hang mesti siar. Apa prinsip hang? Takkan jadi posmen saja.
Betui kata salah sorang yg pernah komen di sini, selagi syiah tak naik hang akan terus merapu.
Rombakan adalah perkara bisa dalam politik. setakat rugi 4 juta pun nak kecoh, pump lagi 8 juta kalau xjlan gak pump lg 16 juta itu yg dipanggil revolving fund dlm business. Proton rugi rm500 juta kerana beli company sakit Agusta dan lepas itu Harley Davison USA pun jatuh sakit rm250 juta kerana tersalah beli Agusta. Huntung rugi ini biasa kerana iklim pasaran sentiasa berubah-ubah.
Saya seronok tengok ust azizan jd mb kedah,tenang,steady dan yg penting nampak keikhlasan dia menjalankan tugas ulul amri. Kalau boleh biar ust azizan pegang jawatan itu lebih dari sepenggal untuk membuktikan kemampuannya mentadbir dengan baik.
Bila MB Selangor nak rombak barisan EXCO pulak?
takkan hampa nak bagi tetighap dulu baghu nak ubah,abah la ni ,janagn dok ambek modai umno/bn ghogi saja ada meniaga.
biar rugi beribu juta pak bakar,taat jangan tak taat,wala' jangan tak wala',siqah jangan tak siqah, nanti marah ust idris !
kalo rugi 4 juta saje dlm bidang perniagaan tu biasa la bro, tapi yg telan 500 juta komission dan bebas lalu berhijrah ke UK mcm mana? syabas MB Azizan, keikhlasan MB tu kami terima.
bagaimana dgn pm umno yg beri 5 billion kpd Valuecap? itu wang KWSP, wang kita, bukan wang pm umno tu....mana pencacai2 umno? kenapa tak pi demo?
aku orang kedah, kedah aman makmuq ja...
Azizan?? Kepala otak dia serupa kepala k*t* dia jugak la.. Lambat lepa, kira nak mengamuk saja......
Ust Azizan tu Ust aku masa di ukm dulu . ajar undang-undang. Bagi aku Dia adalah ustaz yang paling mengerti dan ambil berat pelajar.
Tugas sebagai pengajar, sesuai la. Ni sebagai pemimpin. Pemimpin tak boleh la nak buat keras kepala tak tentu pasai. Kepala ketegaq seketegaq kepala anu. Ceramah kat orang cukup terer, mai dia kena ceramah sikit, kepala pun dah naik kembang. Hakikatnya, orang kat keliling dia pun, semua jenih tak bertelor. Pakat sepi demi pangkat & elaun yg ada. Depa peduli apa, orang kampung bukannya tau. Kuasa beb..kuasa... Kalau dah in power, sapa sapa pun boleh berubah wei...tambah la Melayu.. terha tu dah..
Ka..kut pasai la ni..ramai sangat kut depa duk pegang ada hadis menyatakan,‘Islam akan diperkukuh dan disokong oleh orang-orang fasik’....biaq betoi...
reshuffle tu benda yg baik dlam satu2 organisasi..n itu xbermakna mereka yg tidak memimpin tdak lg memberi sumbanagn kpd org.dia mcm nk try suatu yg baru,idea yg fresh etc.tp mcm biasa bos besar xtuka krna igin kesinambungan n matlamat yg sama dlm org itu.boss besar tuka bile lembaga pengarah/pemegang saham nk dituka.in this case,kita rakyat yg leh tuka..
i think its a good move by ustAzizan. kedah xbercelaru mana sjak pas naik compare to negeri2 lain termasuk klantan.tahniah ust azizan.matapp.sybkan rkyat kedah tp my wife is and i'm stay for years at loqstaq.
Bukan 4 JUTA,lebih lagi ,dengaq dengaq 10 juta dan CEO Kedah corp yang mengurus projek tersebut telah ditamatkan kontraknya.Pas semasa menjadi pembangkang mudah kritik orang ,sekarang bila memerintah baru tau ,kena batang hidung sendiri.
Reshuffle EXCO,bagus ! tapi cuba tengok siapa yang bakal dilantik nanti,khabaq angin dari ahli majlis PKR MPSP yang akan gugur nanti ialah YB Tan @TUKANG URUT KAKI (FOOT MASSAGE)ADUN Bakar Arang dan akan diganti dengan PEMANDU BACKHOE,ADUN Sidam.Macam mana dia nak bawa pembangunan kalau diri dia pun tak lepas.
Waduh waduh !kesian negeri kedah nak cari pemimpin pun susah.