Sedap!! Klik gambar di atas!

Thiqah paksa macam nikah paksa oi!

Saudara saya yang dikasihi, Aris Awang menulis:
Begitulah juga, kepada mereka yang lain, thiqah itu boleh ada dan thiqah itu juga boleh hilang disebabkan tindakan, percakapan, gaya dan sebagainya.

Oleh itu, untuk memaksa ahli "thiqah" kepada Aris Awang sebagai Setiausaha PAS Kawasan adalah mustahil, kecuali Aris Awang sendiri berusaha membina ciri-ciri "thiqah" atau ""orang yang dipercayai" untuk dirinya sendiri.

Mengapa ia dikatakan sampai ketahap mustahil?

Ini adalah disebabkan kepercayaan atau thiqah itu terbit dari hati ahli. Jika ahli melihat bahawa kamu Aris Awang sudah tidak boleh lagi dipercayai, maka akan hilanglah thiqah mereka kepada kamu. (Baca selanjutnya dalam posting bertajuk "Thiqah")
Saya masih yakin, pihak yang tidak bertanggungjawab dengan begitu sadis telah memangsakan ajaran Islam yang murni tentang thiqah dan wala' dengan menginstitusikan candu masyarakat ke dalam panduan agama yang semakin disula-sula oleh penyalahgunaan itu. Sedih sungguh apabila berlaku sadism ke atas thiqah dan wala'!

Sebab geram sangat kepada candu masyarakat itu, saya sedang masuk tadika yang mengajar perbezaan antara wau 'athof dan wau ma'iyyah.

Berkaitan:
Penjelasan-penjelasan mengenai wala' di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Puak-puak tu mana boleh faham sebab candu dan menebal di dada mereka. Minda pun dah tertutup. Dunia mereka hanya PAS walau sebodoh mana orang yang memimpin. Serupa dengan puak-puak UMNO yang memikirkan dunia mereka akan kiamat tanpa UMNO walau sejahat mana pun orang yang memimpin mereka.

    Kesimpulannya, PAS dan UMNO sama saja. Tak boleh kata mengata.

    Jadilah rakyat yang bertamadun wahai sahabat-sahabat ku sekalian...

  2. Salam Pak Bakaq,

    Gua cuba nak thiqah pada Nasarudin Mat Isa, Hasan Ali dan semua yang terlibat dengan perpaduang...

    Tapi tak boleh... la...

  3. PAS akan musnah, hancur, tidak mendapat tempat di hati rakyat, tidak releven dan punah ranah dalam masa tidak lama lagi. Ini kerana Presiden PAS, begitu cintakan UMNO dan mahu bergabung dengan UMNO dalam kadar segera. Begitu juga dengan kumpulan ‘PAS Terengganu’ yang begitu sukakan UMNO itu. Merekalah punca PAS musnah, tidak lama lagi. Itu kalau dibaca daripada tulisan-tulisan blogger-blogger ‘pro-PAS’ yang lebih sudu dari kuah.

    Peliknya, lain pulanya kalau kita bersama-sama dengan ahli PAS yang setiap hari kerjanya membersihkan markaz, menampal poster ceramah umum dan setiap minggu berusrah, walaupun usrahnya itu hanya membicarakan perkara-perkara asas Islam. Begitu juga kalau kita berdamping dengan pimpinan PAS peringkat cawangan, kawasan dan Negeri, di mana PAS sudah mula wujud sejak merdeka. Mereka tidak begitu berbicara hal-hal tinggi-tinggi, hal-hal rahsia jemaah, kerana mereka itu masuk PAS sejak mula dulu, sejak PAS terkenal dengan wala’ dan thiqoh. Sekarang ini dua benda itu sudah dianggap taboo, taqlid buta dan bodoh.

    Ulama’ atau tidak, asalkan dia tampak penyokong Presiden, bodoh semuanya di mata blogger. Unity Government, yang merupakan suatu cetusan idea bebas, yang sudahkan ‘ditalkinkan’ tidak lama dulu, disebut-sebut sampai sekarang, entah apa tujuan mereka. Apa sahaja yang Presiden katakan, perlu dibangkang, UMNO hanya perlu melihat dari tepi tersenyum.

    Semua keputusan jemaah yang tidak dipersetujui mereka, ditentang habis-habis. Mereka mahu keputusan sepertimana yang mereka mahukan. Mungkin mereka mahu wakil blogger dalam Jawatankuasa Displin, Mesyuarat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan. Mereka juga mungkin kuasa veto dalam muktamar dalam menentukan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan S/U Agung. (walaupun S/U Agung hakikatnya di bawah kuasa Presiden untuk memilih)

    Entah blogger-blogger ini pernah ke usrah cawangan atau tidak,saya pun tidak pasti. Yang pastinya, kelakar juga membaca ulasan mereka yang lebih sudu dari kuah.

    Mungkin, muktamar pemilihan tahun hadapan, mereka perlu bertanding?

    i

    Tambahan : Memang senario yang aku lihat sekarang ini begitu menyesakkan dada. Walaupun hanya ahli biasa, tanpa jawatan, aku lihat apa sahaja yang Mr. President aku buat sekarang ini pastinya akan menimbulkan persoalan ketidakpuasan hati sahabat² blogger yang berpartikan PAS ini. Sehinggakan peristiwa menolong orang hampir lemas pun dijadikan sketsa, seolah² gambaran yang mereka berikan itu lelaki yang hampir kelemasan tempohari telah berpakat dengan Mr. President.

    Teringat ketika Tuan Ibrahim Tuan Man singgah memberi suntikan motivasi buat Pemuda PAS Perak di Taman Meru sedikit masa dahulu. Antara kisah menarik yang dibawanya ialah persoalan dari seorang lelaki kepada saidina ‘Ali ra kenapa dizaman beliau kelihatan begitu lemah pemerintahannya berbanding dizaman RasuluLLah saw. Maka dijawab saidina ‘Ali ra, ketika dizaman RasuluLLah saw, baginda mendapat rakyat seperti aku, namun ketika zaman pemerintahan aku, aku mendapat rakyat seperti kamu.

    Jadi adakah bersesuaian kisah ini dimainkan kembali di zaman Mr. Presiden sekarang ini???

    Aku x da jawapannya melainkan mereka-mereka ini

  4. Anon 3, anda umpama manusia yang bercakap berdegar-degar di PWTC bila ada perhimpunan UMNO. Cuma bezanya anda tak ada keris untuk dijulang.

    Walau presiden mereka bodoh, jahat, kaki rasuah, kuat tidur dan bermacam-macam buruk kelaku perwakilan mereka tetap akan bercakap mempertahankan presiden mereka seperti hendak runtuh bangunan PWTC tu.

    Apa bezanya dengan anda? Rakyat kata presiden anda lembab? Bodoh? Kemaruk mikrofon? Tak ada idea? Anda masih nak pertahankan?

    Pertahankanlah... kami sebagai rakyat biasa yang bertamadun tidak akan peduli samada PAS menang atau terlingkup sekali pun. Kami pada mulanya inginkan kepada pemimpin yang baik berbanding pemimpin UMNO. Tapi kalau BAIK tapi BODOH pun tak guna.

    Presiden PAS dulu dalam ceramah pernah berkata jika kita tengok berita TV, pastikan kita lebih bijak dari TV. Sekarang, saya kata bila kita dengar Presiden PAS berkata-kata terutama apabila mikrofon yang bercop TV3 dihadapannya, kita kena pastikan yang kita tak sebodoh Presiden PAS.

    Lantaklah kepada anda semua samada nak teruskan kebodohan tersebut. Kami rakyat biasa tak sama terikut-ikut bodoh macam anda semua. Jangan salahkan blogger kerana mereka alternatif kami. Harakah? Harakah pun sama macam Utusan.

    Maaf kerana kali ini komen saya agak kasar sedikit bahasanya pada Presiden PAS yang kami sayangi.Melayan orang bodoh bila cakap berlapik mereka tak reti bahasa. Makin hari makin menjadi-jadi bodohnya. Hormat pada Presiden PAS makin hari makin pudar.

    Kepada anda semua yang masih menyokong, teruskan menyokong kalau boleh kucup keris sekali macam penyokong UMNO buat. Bersoraklah HIDUP MELAYU... banyak-banyak.

  5. Sambungan...,

    Ada sedikit penambahan tentang komen saya sebelum ini. Pastinya akan ada penyokong-penyokong hardcore PAS akan menuduh saya sebagai agen UMNO selepas ini.

    Untuk pengetahuan semua, apabila saya benci dengan kebodohan presiden PAS seperti yang saya maklumkan sebelum ini, maka kejahatan presiden UMNO saya 10 kali lebih benci. Maka saya bukanlah penyokong UMNO. Setelah 4 kali melalui pilihanraya kesemuanya saya undi selain dari UMNO/BN. Tidak pernah sekali pun tangan ini mengundi UMNO/BN.

    Pilihan yang masih ada pada saya sekarang ini ialah PKR, DAP serta PSM. Diharap menjelang pilihanraya ke 13 nanti, presiden PAS biarlah bertukar kepada seorang tokoh ulama yang lebih bijak berpolitik. Tak kira ianya masih orang yang sama atau bertukar dengan manusia yang lain.

    Jika masih lagi orang yang sama serta kebodohan yang sama, maka mohon maaf pada PAS yang saya sanjungi selama ini bahawa saya tidak akan mengundi PAS, jauh sekali mengundi UMNO/BN.

    Kami sebagai rakyat sangat berharap kepada seorang pemimpin yang perfect atau hampir perfect iaitu seorang yang BAIK, TINGGI ILMU AGAMA, BIJAKSANA SERTA BERPERIBADI MULIA. Saya sendiri tidak memiliki ciri-ciri tersebut tapi saya perlu kepada pemimpin yang memiliki ciri-ciri yang tersebut di atas.

    Jika gagal maka kami rakyat tiada pilihan. Kami perlu terus hidup walau PAS jatuh tersungkur sekali pun kami tidak akan ambil peduli.

    BERWALAKLAH kamu semua pada pemimpin yang bodoh serta memperbodohkan kamu semua.

  6. "Antara kisah menarik yang dibawanya ialah persoalan dari seorang lelaki kepada saidina ‘Ali ra kenapa dizaman beliau kelihatan begitu lemah pemerintahannya berbanding dizaman RasuluLLah saw. Maka dijawab saidina ‘Ali ra, ketika dizaman RasuluLLah saw, baginda mendapat rakyat seperti aku, namun ketika zaman pemerintahan aku, aku mendapat rakyat seperti kamu."

    khalifah dengan presiden (parti) dua perkara berbeza... khalifah mentadbir kerajaan, presiden mentadbir parti. sebagai presiden parti, presiden hendaklah mentadbir parti ke arah memperkasakan parti, me arah menjadi kerajaan, ke arah menjadikan parti yang dominan dalam kerajaan (kerana bersendirian, hatta bersama umno sekali pun, pas tak akan mampu menubuhkan kerajaan).

    "biar pas kalah asal islam menang" bukan cara gerakan islam berjuang. dalam pengundi non-muslim sudah muali memberi kepercayaan kepada pas, pas memilih untuk berpadu dengan umno. jika diambil kira keputusan pru 12, rakyat telah tolak umno, pas memilih melawan arus apabila tak tahu nak 'brake' bab kerajaan perpaduan. biar apa pun alasan yang pas cuba bagi hatta tidak akan menubuhkan kerajaan bersama umno, dengan terus menimbulkan perbincangan/muzakarah dengan umno, pas dilihat songsang dari hasrat dan citarasa rakyat. pada pru pru 12, rakyat turun dengan slogan "asal bukan umno (abu)". dan dengan berbekal slogan yang sama, rakyat akan turun ke peti2 undi pada pru 13.

    lalu, bijakkah membiarkan umno memperlekehkan pas dengan tindakan2 tidak cerdik yang memberi ruang kepada mereka untuk menghuduhkan pas menjelang pru13?

    adakah contoh, di mana pemimpin2 islam pergi berunding dengan pihak musuh ketika pihak musuh ternyata sedang di ambang kelemahan? adakah contoh, di amana pemimpin2 islam begitu galak mahu berbincang dengan musuh yang sudah lemah?

    tapi presiden, timbalan presiden dan pengarah pilihanraya pas/merangkap pesuruhjaya pas terengganu begitu galak bertemu paklah...

    wallahu'alam

  7. Ana thiqah pada parti bukan individu.sekian terima kasih

  8. aku dah bersama Pas sejak awal 80-an lagi.

    kesetiaan tetap kpd perjuangan....pemimpin dan party akan pergi.

    namun sehingga kini jika semua meninggalkan Pas ....aku tetap akan bersama Pas

    banyak bercakap menunjukkan kurang beramal

  9. Biarlah jebon engkou sorang sokong dap yang anti islam termasuk kau la. Sedap saja kou kata orang bodoh, tak cerdik apa kau ni. Ramai lagi rakyat yg sokong pas dan pemimpinnya walaupun pergi berbincang dengan umno dan sapa saja. Yang takut pas bercakap dengan umno ni ialah puak pkr saja.

  10. Pergi mampos la PAS kalau korang nak sangat berkawan dengan UMNO tu ... Allah dah kata " Sembahlah Allah dan jauhilah Thaghut" korang ni tak paham-paham lagi ker? Thaghut kecik dalam diri sendiri tak settle .. lagi mau kerjasama dengan Thaghut besar ! Memang sampai kiamat la korang takleh tegakkan negara islam kat muka bumi ni ... kalau cakap BODOH kata kurang ajar .. tapi dah memang korang ni jenis tak MAKAN AJAR .. memang kena KURANG AJAR sikit kalau nak kena gaya tegurnya...

  11. High time now to re-assess the viability of the concept or at least the structure of the kepimpinan ulama' within our party. For a start, an EGM should immediately be held for the purpose of amending the party's constitution to remove any ambiguity with regard to the disciplinary matters within our party. I suggest a campaign be made to get one third of AJK Pusat or Kawasan to petition for the said EGM.

  12. JIka pasukan Presiden tak mahu orang seperti blogger anak anak muda Pas,teruskan sahaja niat saudara semua itu.
    Kami berjuang untuk menjatuhkan ubn bukan kerana Pas.
    Segala bakti dan buah fikiran yang kami lontarkan kerana kami ingin melihat Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari itu.
    Sekiranya tuan Presiden masih rela 'open the floor gate' itu adalah pilihan beliau sendiri.
    Saidina Ali pernah berkata bahawa kebatilan yang tersusun rapi bisa meranapkan kebenaran yang tidak terurus.

  13. To anon9, berikut adalah formula daripada BODOH untuk jadi cerdik;

    Bila anda BODOH - Perlu belajar + Sedia untuk diajar + Jangan Kurang Ajar = CERDIK

    Insya-Allah berkesan... Cuba amalkan...

  14. Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

    1.Lama sudah dan banyak kali juga Pak Bakaq membangkitkan isu tiqah,wala' dsbnya.

    2.Mengapa Pak Bakaq 'beat around the bush'?

    3.Let's go straight to the point : The present problem in PAS are these people :- The President - Us Hadi ; The Secretary General - Cik Gu Pa ;The Deputy President- Us Nasa ; Ketua Dewan Ulama - Us Haron Taib ; Timbalan Mursyidul Am - Us Harun Din ; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat - Us Abu Bakar Chik ;YDP PAS Selangor - Hassan Ali.

    4.Diatas adalah senarai orang-orang yang menimbulkan masalah dalam PAS.Mereka ini bercinta dengan UMNO dan sebenarnya adalah lebih kepada fahaman Islam - Melayu (Islamist Nasionalist).

    5.Kebanyakan mereka diatas adalah penyebab kepada kekalahan PAS diTerengganu pada 2004 dan 2008.Tetapi sayang, PAS tidak mengamalkan meritokrasi.Sebab tu lah masih ada puak diatas yang sekarang ini merupakan pembikin kacau dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

    6.So my Dear Pak Bakaq,lets go straight to the point - REMOVE THOSE JOKERS ! BUANG SAJA PENGACAU-PENGACAU NI !Gunakan segala yang ada ; EGMka ? Pemilihan yang akan datang ditahun depan ka ? Vote of No Confidence dalam Jawatankuasa Pusat ka ? Kita kempen satu Malaysia ka ? Buatlah apa saja,asalkan puak-puak ni OUT OF PAS !

    7.OK neh ? Lets start the ball rolling....Lepas tu kita tibai pula the REAL ENEMY OF THE STATE - UMNO !

    Terima kasih.

    Mat Kedah

  15. Anon 9, DAP anti Islam sebab dia orang tak faham Islam. Jadi tugas kitalah kena tunjukkan Islam itu baik. UMNO memang orang Islam tapi buat-buat tak faham tentang Islam. Jadi tugas kitalah untuk menghancurkan golongan munafiq tu.

    Kenapa minda anda tertutup? Bila Islam nak maju kalau ramai golongan macam anda yang mindanya tertutup?

  16. Jebon, engkau sorang je lah yang betul...engko je lah yang jadi Presiden.. Presiden Suku Sakat Jebon.

  17. Kluangman dah tak ada hujah? Pak Bakaq selalu pesan, hujah lawan hujah. Saya tak layak jadi presiden mana-mana parti politik sebab saya bukan orang politik. Saya cuma rakyat biasa yang mempunyai impian untuk berketuakan seorang pemimpin yang BIJAKSANA...

    Sekian, terima kasih.

  18. Apa pun yang disuarakan oleh "Jebon".. itu adalah pandangan ikhlas dia untuk kepentingan parti PAS. Dia dapat apa kalau parti PAS itu berada dilandasan yang betul seperti yang diharapkan sebahagian besar ahlinya..?

    Apakah akan dia akan dilantik sebagai presiden Suku Sakat Jebon... seperti tulisan "kluangman...?

    Apa idea kau, pandangan kau atau fakta yang boleh kau kemukakan untuk berhujah berkaitan tajuk yang disediakan oleh penari beca ini..? Atau kau sekadar pencacai yang tidak bertuan...?

    Kluangman... kau memang hebat... otak kau sama tarafnya dengan PM Malaysia.... kah... kah.. kah,....

  19. Salam Bakaq,

    Saya setuju pada pandangan dan saranan Mat Kedah.
    Nama-nama yang tersebut hendaklah dibuang dalam penamaan calon dalam pemilihan akan datang.Jangan tulis dan sebut langsung.
    Inilah sahaja jalan yang dapat menjernihkan keadaan.
    Tutup buku.
    Jangan bukak lagi aib sana,aib sini.....

    Kepada Jebon,
    DxP makan Bxxi
    MXA makan nasi.

    Penipuan berulang-ulang oleh Umno/BN.

    Perlembagaan persekutuan diguna pakai.
    Fasal 153 kekal.

    Puak UG nak pakai perlembagaan apa ?
    Atau sama-sama makan nasi dengan parti MXA ?
    MXC dah masuk Islam....hang tak tau ka ?



    Ramlee.

  20. mAT KEDAH

    AKU SOKONG DGN HANG ....PRESIDEN AS ULAMA AKU SANJUNG TINGGI SEBAB DULU AKU GI SOKMO KAT RUSILA NADOH KITAB DGN PRESIDEN DOK MIS SOKMO ....TAPI AS A LEADER KURANG !! ITU PANDANGAN AKU

    WHAT WE WANT IS A LEADER WHO CAN LEAD AND MANAGE THE PARTY !!!!KALAU AKU JADI PRESIDENT DAH LAMA AKU BUANG STOPA/ HASSAN ALI AS YDP ...DAN BUAT EGM

    kEPADA KLUANGMAN ..TAK YAH NAK MENYEBOK KAT SINI !!! GI MAIN JAUH

  21. Saudara Jebon..

    Hujah lawan hujah ke... aku tak nampak mana hujah nya....kecuali maki hamun... lepas tu ulang balik apa yg org lain cakap... itu bukan hujah... itu kakak tua...

    Tak tau la kalau maki hamun tu adalah standard saudara jebon...

    Formula yg Jebon mungkin tgh amalkan..... Kurang ajar + Perasan diri tengah berhujah = JEBON

  22. Aku nampak hujah Jebon..dan tak nampak pun maki hamun saudara Aku..buta ke

  23. Terima kasih anon 22... Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Saya tak kisah pun apa mereka kata kerana tiada kepentingan apa-apa. Cuma saya ikhlas menegur segala kepincangan yang berlaku.

    Sebagai orang luar yang tiada kepentingan saya hanya mampu membuat komen seperti ini sahaja. Semoga PAS berjaya dalam misinya untuk menegakkan hukum Islam. Kita sama-sama doa agar kita semua jadi seorang hamba Allah yang baik serta mulia.

    Mungkin perkataan BODOH itu yang mereka sangka saya memaki hamun. Tak apalah... saya tarik balik perkataan tu dan saya tukar dengan KURANG BIJAK. Maklumlah orang MELAYU ISLAM, terlalu sensitif dengan perkataan yang agak kasar sedikit. Takut nanti keluar keris pulak.

    Mungkin saya terbawa-bawa dengan sikap saya yang menganggap semua bangsa sama sebab saya nak meletakkan MELAYU ni sama level dengan bangsa-bangsa lain. Jadi saya perlu meletakkan diri saya yang melayu ni sama taraf dengan bangsa-bangsa lain. Saya biasa berurusan dengan banyak bangsa termasuk bangsa eropah, jepun, korea serta timur tengah atas urusan perniagaan. Saya rasa MELAYU dengan bangsa lain sama saja bila kita tau meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya.

    Jika kita masih lagi bersifat sensitif serta malu-malu kucing maka MELAYU akan terus LAYU sampai bila-bila. Cuba kita kaji sejarah sebelum merdeka dahulu walaupun saya belum dilahirkan, ada terdengar kata-kata "orang MELAYU nak buat jarum pun tak tahu, macam mana nak merdeka?" Nah... sekarang sedah lebih 50 tahun merdeka, ada kita dengar orang melayu yang pandai buat jarum? Yang ada cuma pandai cucuk jarum sahaja.

    Walaupun DAP makan BxxI seperti yang ditulis pengomen di atas tapi kata-kata seperti AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR dan KALIFAH UMAR ABDUL AZIZ sebagai idola datangnya dari pemimpin DAP. Sepatunya secara logik ia dikeluarkan dari mulut pemimpin PAS atau UMNO sendiri di mana masing-masing mendabik dada mengatakan mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain. Jika saya letakkan diri saya sebagai seorang MELAYU yang kurang bertamadun, maka saya akan malu alah pada LGE. Tapi saya letakkan diri saya sama taraf dengan bangsa lain maka saya berbangga apabila penganut agama lain meletakkan ISLAM (bukan MELAYU) sebagai panduan hidup mereka walaupun masih belum beriman.

    Begitulah serba sedikit hujah saya. Kalau itu bukan hujah, saya tak tau HUJAH tu binatang apa? (Opps.. kasar sikit. Takut sensitif pada orang MELAYU). Mohon maaf kepada saudara-saudara ku umat MELAYU, INTAN PAYUNG GUNUNG MELETUP.

    Wassalam...

  24. Salam Bakaq.

    Komen saya mungkin tersasar dan melukakan hati Jebon.

    Saya nak confess macam mana lagi ?

    Secara kiasan sebetulnya wahai saudaraku Jebon.
    Apakah saudara mahu saya dan bakaq kedalam dengan menulis terang-terangan dalam keadaan gawat begini?

    Bagaimana harus saya tulis untuk menyatakan bahawa MXA sebagai sekutu Umxo buatlah kot mana pun tak apa ?
    Apa beza LGE dan Lxe Liong Sxk ?

    Apakah saudara Jebon ingat saya seorang diri boleh reda atas perbuatan bangsat pemimpin UMxO merogol budak bawah umur dan mengangkat mereka ini sebagai pemimpin di keranakan mereka ini melayu ?
    Pemimpin yang mengaibkan sesama manusia kita angkat mereka-mereka ini sebagai pemimpin ?

    Dan bagaimana pula saya harus melontar jauh perintahNYA dalam Surah Ali Imran 28 :

    Janganlah orang2 Mukmin mengambil orang2 kafir menjadi pemimpin yang bukan dari kalangan orang Mukmin.


    Dan apakah ancaman keras harus dikesampingkan dalam surah Maidah 78&79:

    "Kena kutuklah orang2 kafir dari keturunan Israil oleh lidah Nabi Daud dan Nabi Isa anak Maryam.Sebabnya ialah kerana mereka itu durhaka dan aniaya.Adalah mereka tidak saling melarang dari memperbuat yang mungkar.Sesungguhnya amat jahat perbuatan mereka itu!"

    Apakah sudah tidak ada amar makruf nahi mungkar di bumi bertuah ini ?

    Apa-apa pun maaf jua saya pohon pada Jebon.
    Terima kasih pada Bakaq kerana memberi ruang diskusi.


    Ramlee.

  25. Terima kasih saudara ramlee. Saya bersetuju dengan anda bahawa kita mesti mengangkat seorang mukmin sebagai pemimpin tetapi biarlah pemimpin itu tergolong dari golongan mukmin yang BIJAKSANA. Tiada yang sempurna di mukabumi Allah ini tetapi biarlah yang TERBAIK dari segala yang baik.

    Saya tidak berniat untuk memuji LGE melambung-lambung tetapi hanya sekadar contoh perbandingan akhlak serta keikhlasan LGE adalah lebih baik dari pemimpin PAS yang sedia ada. Perkara sepatutnya berlaku sebaliknya.

    Saya berharap sangat pemimpin PAS jauh lebih ke depan berbanding pemimpin kafir kerana Islam itu indah dan terbaik untuk umat manusia.

    Sekian, Wassalam...

  26. jebon..hebat hang, hang mengaku hang bukan orang politik jadi aku heran macamana hang boleh kata Presiden sebuah parti politik tak BIJAKSANA berpolitik dan bodoh...mana hang tau..."...serahkan amanah kepada ahlinya"...Rasulllulah pesan macam tu.

    Macamana hang nak kata tukang rumah tak reti buat rumah..sedangkan hang 'marton' pun tak penah pegang...kompius aku.

    tu ja hujah aku yang sudah pasti jauh lebih tidak 'BIJAKSANA' berbanding TGHA....kalau boleh pakai la...kalu x boleh...tak payah la hang kata 'BODOH' kat aku pulak ..takut aku...orang kata mulut 'Tok Guru' ni masin.

  27. Pak Bakaq,
    Kenapa kamu asyik serang Nasaruddin, Mustafa Ali, Hassan Ali, Harun Din. Sedangkan mereka ini orang bawahan kepada Tuan Guru Haji Hadi. Atau anta rasa seram nak serang TGHH. Tak baik orang lain dijadikan kambing hitam, kesiannnnnnnnn.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008